Saturday, 4 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 1


PROLOG

            DIA meneliti baju yang dikenakan ditubuhnya di hadapan cermin. Tidak pasti sama ada baju itu sesuai untuk tubuhnya atau pun tidak. Dia tidaklah mempunyai tubuh yang menarik, tiada istilah ramping yang sesuai diberikan kepadanya. Rupa yang cantik? Huh! Jauh api dari panggang. Tinggi? 152 cm itu dikatakan tinggikah?
            Gaun labuh separas lutut itu menarik pandangannya sebaik sahaja dia memasuki kedai pakaian itu. Pasti sesuai dikenakan sewaktu dia berjalan-jalan di pantai nanti. Baju yang disangkut pada penyangkut baju diambil. Gaun yang dicuba itu ditanggalkan dan diganti dengan pakaiannya yang asal.
            Pembantu kedai sudah menantinya di hadapan kaunter dengan senyuman yang melebar. Sudah pasti komisyen akan masuk ke dalam koceknya sekali lagi.
            “Is it okay miss?” soal pembantu kedai. Amini menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman manis.
            “Okay...” jawab Amini. Dia mengeluarkan beberapa keping wang dan diberikan kepada pembantu kedai itu. Amini mengangkat tangannya. Jam di pergelangan tangan ditatap sejenak. Ke mana lagi dia harus pergi untuk menghabiskan masanya yang kosong. Telinganya menangkap desiran ombak yang memecah pantai. Bibirnya mengukirkan senyuman sekali lagi. Dia tidak menyangka dia bakal mencari kedamaian di sini semula selepas berlibur bersama teman-temannya dua tahun yang lalu sebelum dia kembali ke negeri asalnya.
            Kakinya melangkah di tepian gerai sambil memerhati gerai-gerai yang menjual aneka barangan cenderahati. Beberapa orang lelaki tertoleh-toleh padanya. Amini tidak mengambil endah sangat. Lelaki, pantang nampak perempuan jalan seorang diri. Lirikan matanya dan lenggok tubuhnya sememangnya menarik perhatian jejaka-jejaka yang melintasinya. Dia bukanlah seorang perempuan yang cantik, menarik apatah lagi, jauh api dari panggang. Dia tidak merasakan dirinya seorang yang menawan setiap hati lelaki tetapi dia bersyukur dengan keadaannya dirinya sekarang ini. Tuhan telah memberikan tubuh dan bentuk wajah yang sempurna.

“NICE one Riz!” satu tepukan singgah di bahu lelaki itu. Senyuman lelaki itu melebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun. Suit menyelam yang dipakai ditanggalkan sebaik sahaja kakinya mencecah pasir. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan, asyik memerhatikan pelancong-pelancong asing yang hanya berbikini, berjemur di bawah matahari petang. Pemandangan itu bukanlah satu perkara yang asing dalam hidupnya. Dia sudah lali dengan pemandangan seperti itu.
            Telinganya menangkap satu suara gelak yang tidak berapa jauh darinya. Terkedu dia, bermain kejar-kejaran bersama ombak? Seorang diri? Biar betul! Pelik! Dia menggelengkan kepalanya.
            “Jumpa malam ni okey!” rakannya memperingatkan dia.
            “Okey!” Rizal mengangkat tangannya. Bila lagi dia mahu meluangkan masanya bersama dengan rakan-rakan kalau bukan sekarang? Tapi, sebelum itu dia kena selesaikan dahulu masalahnya sekarang ini.
            Pandangannya sekali lagi diarahkan kepada perempuan yang bermain kejar-kejaran bersama ombak. Kali ini perempuan itu sedang berbual-bual dengan pelancong-pelancong asing di pantai itu pula. Ada juga orang seperti itu?

KEHIDUPAN yang sempurna? Kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang sempurna... Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Bilakah dia akan mempunyai sebuah kehidupan yang sempurna? Yakinkah sebuah perkahwinan akan memberikan dia satu kehidupan yang sempurna? Mimpi tidak selalunya indah... berkali-kali dia mengingatkan dirinya. Mak dan bapa tidak pernah menggesa dia mendirikan rumah tangga, tapi sanggupkah dia menolak hasrat orang yang banyak membantu keluarganya?
Ombak sesekali melanggar kakinya. Dia tidak lagi berlari-lari seperti tadi. Dia penat di kejar ombak, kali ini dibiarkan sahaja ombak itu melanggar dan membasahi kakinya. Dia perlukan satu jawapan pasti, dan dia perlukan satu ketenangan sebab itulah dia mengambil masa ini untuk bercuti. Dia perlu mencari jawapan yang pasti selepas solat isthikarah.
            Ya Allah!
            Ini adalah peluang untuknya. Rakan-rakannya dahulu pernah berkata kepadanya, dia mungkin tidak akan berkahwin memandangkan perwatakannya yang kasar. Tidak mungkinlah ada lelaki yang mahu mendekatinya. Peluang?







































1

            LANGKAH Amini terhenti. Dia terpandang seorang gadis yang bertudung litup sambil mendakap failnya sedang melintasi jalan raya. Gadis itu mengingatkan Amini pada dirinya suatu ketika dahulu…

“AKU perlukan seorang muslimah. Bukan seorang perempuan yang mendedahkan auratnya.” Bicaranya itu menyentap sanubarinya. Langkahnya yang luguh tadi menjadi laju tiba-tiba. Dia tidak kisah sama ada bicara itu ditujukan kepadanya ataupun tidak. Hina sangatkah perempuan yang tidak bertudung labuh sepertinya di mata seorang lelaki? Padahal bertudung itu bukan penentu seorang perempuan itu baik ataupun tidak.
Seburuk-buruk perempuan ialah perempuan yang mendedahkan auratnya.
Bagaimana kalau bertudung tetapi sebenarnya bertelanjang?
Tetapi sekurang-kurangnya mereka menutup sebahagian daripada aurat mereka bukan? Kau bagaimana?
            Amini menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin. Dia mendakap fail seerat-erat yang mungkin. Dia mengakui bahawa dia tidaklah sealim seperti penuntut-penuntut lain tetapi dia tidak pernah melakukan zina. Dia tidak pernah menyerahkan tubuhnya pada mana-mana lelaki apatah lagi membenarkan lelaki menyentuh kulitnya. Pantang baginya membiarkan kulit tubuhnya dinodai oleh tangan-tangan yang bukan muhrim baginya.
            Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku marmar. Fail dan beg tangannya pula diletakkan di atas meja marmar. Pokok yang rimbun itu meredupkan suasana. Kawasan kolej kediaman ini memang lenggang di petang hari. Kebanyakan penuntut keluar untuk mencari isi perut untuk malam hari. Dia masih baru lagi di tempat ini namun dia andaikan bahawa negeri Jelapang Padi ini merupakan rumahnya yang kedua.
            Buku lakaran dikeluarkan. Tangannya ligat melukis apa saja yang terlintas dibenaknya. Fikirannya mula melayang. Dia teringatkan kisah beberapa minggu yang sudah. Geli hati ada, rasa malu pun ada juga. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkan perasaannya yang bercampur baur itu. Cepat ingatannya kembali ke masa tersebut.
            “Adik nak pergi mana?” tanya pengawal Kolej Kediaman kepada dirinya dan Misha. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mereka kurang senang apabila pengawal itu bertanya soalan bonus kepada mereka. Apa tidaknya, setiap kali keluar pengawal akan bertanya itu dan ini. Sudahlah kereta yang ditempah oleh mereka tadi sudah meninggalkan mereka sekarang pak cik pengawal ini pula berleter. Dia memang tiada mood mahu melayan leteran orang tua ini memandangkan dia hanya menutup kepalanya menggunakan topi. Sungguh semakin lama semakin hilang mood dia mahu memakai tudung. Dia sudah terbiasa dengan dirinya yang sebelum ini.
            “Sha, kau call akak tu sekali lagi. Dah lama dah kita tunggu ni…” dia membetulkan topinya sambil menghalakan pandangannya ke arah wanita tua cina yang sedang berusaha menghidupkan enjin motor buruknya itu. Rasa kasihan dan simpati sekali lagi bercampur baur tetapi simpati sahaja tidak memadai. Kalau saja dia arif membaiki motor sudah lama dia menyinsing lengan bajunya jangankan menunggang motor, bonceng motor pun dia tidak tahu. Sesungguhnya tiada pendedahan awal mengenai motor sejak dia lahir. Hujan pula mula merintik turun.
            “Kesiannya auntie tu Sha, kalaulah aku tau buat motor tu hidup okey jugak, ini tak…” ujar Amini.
            “Meh pi pondok pengawal. Hujan ni, kita tunggu kat sana sampai akak tu sampai.” Misha memberikan cadangannya. Amini mengetap bibirnya. Berat hati meninggalkan wanita tua itu kehujanan. Kalau saja dia ada payung, akan dia berikan kepada kepada wanita itu. Misha terlebih dahulu menarik lengannya. Tanpa berlengah lagi mereka berjalan menuju ke pondok pengawal di sebalik tembok pemisah di antara Kolej Kediaman dengan kawasan perumahan Bukit Indah.
            “Pak Cik, tengok auntie tu tak dapat hidupkan enjin motor.” Amini memberitahu pengawal tua itu, berharap agar pengawal itu akan membantu wanita cina itu. Malangnya, pengawal itu dengan muka selambanya memandang ringan ke arah wanita cina itu.
            “Sapa tu?” soalnya sambil menghalakan pandangannya ke dada akhbar.
            “Tak tahu, saudara student tadi tu…” jawab Amini. Pandangannya dari tidak pernah lari dari wanita tua itu. Rasa simpati bercampur kasihan semakin bertambah-tambah.
            “Biar kat dia, dia tak masuk dalam pun…”
            “Tapi, hujan ni pak cik… kesian kat auntie tu, pak cik pi la tengok.” Amini tidak berputus asa memujuk orang tua itu dari membantu wanita tua itu. Dia tidak menyangka bahawa sikap tidak suka membantu orang lain masih lagi tebal di dalam diri sesetengah individu di sini. Tua-tua masih tidak mahu hidup dalam permuafakatan. Jangankan peristiwa 13 Mei berulang kembali. Tapi, tidak semua seperti itu. Sikap itu datangnya dari diri individu, jangan jadikan satu pertelingkahan semata-mata kerana perbezaan kaum. Sungguh! Amini tidak akan suka perkara buruk seperti itu berlaku di tanah airnya. Orang yang menjadikan perkauman dan agama satu isu adalah orang yang rendah martabatnya! Sungguh, sebaik-baik manusia ialah manusia yang tidak menyebabkan pertelingkahan dalam negara. Propaganda manusia serigala ini salah-satu daripadanya. Huh! Amini mengkeji tindakan orang-orang seperti itu.
            “Pak cik tengoklah dulu mana tau dapat bantu…” kali ini giliran Misha yang memujuk. Amini tidak lagi menunggu jawapan yang keluar dari mulut orang tua itu. Kakinya terus melangkah meredah gerimis menuju ke arah wanita tua itu. Misha turut membuntut. Fikiran mereka sentiasa sama, mereka berdua mempunyai deria rasa yang sama. Meskipun baru tiga bulan mereka berkenalan.
            “Motor masih tak dapat hidup ke?” tanya Amini. Wanita cina itu hanya menganggukkan kepalanya.
            “Kenapa dengan motor ni auntie?” soal Misha.
            “Tak tau la…” ringkas wanita cina itu menjawab mungkin tidak biasa beramah dengan orang Islam. Amini mengetap bibirnya sekali lagi. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh tua yang berpayung mendekati mereka. Akhirnya pak cik pengawal itu sudi juga menjenguk meskipun dengan hati yang berat. Amini mula mengukir senyumannya. Dia dan Misha kembali ke pondok membiarkan dua orang tua itu berbincang.
            Tidak lama kemudian, pengawal tua itu kembali ke pondok. Sebuah kereta proton saga edisi lama berwarna merah berhenti di hadapan pondok.
            “Hang nak pi mana?” tanya pak cik itu kepada pelajar senior itu.
            “Nak balik pak cik…” tanpa banyak bicara pak cik itu masuk ke dalam kereta pelajar senior lelaki itu, berpura-pura ingin menumpang kereta pelajar senior itu.
            “Pak cik nak tumpang pi Yawata…”
            Amini sempat lagi mencuri pandang ke arah senior itu. Senior itu tersengih-sengih. Biar betul pak cik ni? Duga hati Amini. Dia dapat melihat pelajar senior itu sudah meletakkan tangan kirinya di atas gear, bersedia untuk berlepas.
            “Meh pak cik hantaq pi Yawata.” Pak cik pengawal itu memanggil mereka berdua.  Amini dan Misha berpandangan sesama sendiri. Pak cik itu selalu saja membuat loyar buruk. Senior itu masih lagi tersengih-sengih, di antara mahu atau tidak.
            “Hah! Naiklah, tumpang je pun bukannya apa-apa... kalau hang nak tunggu van lambat lagi tak dan lah nak beli barang,” tegur pak cik itu.
            Amini dan Misha masih lagi dalam keadaan serba-salah padahal mereka sudah berada di sisi kereta milik senior itu.
            “Naiklah,” pelawa senior itu. Misha sudah mengambil di tempat duduk belakang. Amini mengetap bibirnya, kurang asam! Tersengih Misha di belakang. Padahal, Amini turut mahu mengambil tempat duduk di belakang tapi ditegah oleh pengawal tua itu.
            “Awat nak pi belakang, duduk depanlah…” Rasa cuak tiba-tiba muncul. Pelahan-lahan Amini membuka pintu dan melabuhkan punggungnya di atas bangku kereta.
            Kereta mula bergerak. Mulut yang sentiasa berbicara itu tiba-tiba terkatup rapat. Jurang itu dikekalkan namun matanya tidak lepas dari memandang kad matrik milik senior itu. ‘Abdullah bin Abu Bakar. Hurmmmm, lahir tahun 87 ambil kursus bahasa Arab.’
            Amini mengerutkan dahinya. Bahasa Arab? Dia mengerling lelaki itu. Muka nampak macam cina, putih pun macam orang cina. Bukan Mualaf.  Erk!!
            “Adik nama sapa?” tanya senior itu pada Amini.
            “Amini,” jawab Amini pelahan.
            “Kat belakang tu?” dia menyoal Misha pula.
            “Misha.”
            “Owhh…” cukup setakat itu. Kereta mula membelok menuju ke Yawata. Dan akhirnya betul-betul berhenti di depan pintu masuk ke pasaraya itu.
            “Abang berapa tambang?” tiba-tiba ayat itu terpacul keluar dari bibir Amini. Terangkat seketika kening lelaki itu.
            Terkejut pelajar senior itu. Belum pernah ada orang yang mahu membayarnya sebelum ini. Dia menatap sebentar wajah polos yang ada dihadapannya itu. Tidak dicalit apa-apa, masih mentah lagi. Tunggu lima tahun lagi, akan tercalitlah warna di wajah polos itu, bisik hatinya. “Eh, tak apa. Bukan teksi pun,” nampak lembut bicara itu namun bermakna. Amini terpaksa membuat muka bodohnya. Sungguh! Dia mati kutu buat sementara.
            “Errr, terima kasih ya…” akhirnya ucapan itu yang menjadi penutup pertemuan itu.
            “Sama-sama…” kereta putih itu menderum jauh meninggalkan mereka berdua. Satu tepukan singgah dibahu Amini.
            “Astaghfirullah al azim, Ami, Ami…” Misha mengucap panjang.
            “Kenapa Sha?” tanya Amini bodoh. Dia memandang Misha terkebil-kebil.
            “Terkejut aku, kau boleh-boleh tanya berapa harga tambang. Dahlah dia tumpangkan kita…”
            “Saya konfius tau, di antara nak cakap ke tak. Manalah tau, dia minta tambang.”
            “Malunya…” luah Misha. Muka Amini mula merona merah. Bukan Misha sahaja yang malu bahkan dirinya lagi-lagi dia yang bertanya pada abang senior itu tadi.
            “Harap-harap dia tak cam aku kat Ipda tapi kau payah sikit sebab kau pakai tudung. Aku conform dia tak kenal sebab lepas ni aku pakai tudung.” Amini sengaja menyedapkan hatinya. Dia mahu lupa akan peristiwa itu buat selama-lamanya.

            “AMINI?” Amini tersentak. Seorang lelaki berdiri di hadapannya, tag nama yang tersemat di tudungnya ditatap. Ada kerutan di dahi lelaki itu. Begitu juga dengan Amini, habislah! Mati aku!
            “Kau kenal dengan Ami?” soal Afiq kepada Abdullah. Pelik, setahunya hanya dia sahaja yang mengenal budak-budak junior ini.
            “Bukan hari tu tak pakai tudung ke?” soalnya bingung. Pandangan Amini dihalakan ke arah teman senior itu. Afiq hanya tersenyum. Dia kenal dengan perangai Amini. Amini sangat berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana perempuan lain, tanpa tudung Amini kelihatan seperti orang berbangsa Cina. Bukan kerana kulit, tetapi wajah itu ada iras-iras Cina. Kulit Amini tidaklah seputih mana, kalau boleh dia katakan, kulit itu tidaklah seputih kulitnya...
            “Err…” hanya itu yang keluar dari mulutnya.
            “Mimi join volleyball tu juga ke?” tanya Afiq.
            “Ha’ah, tapi kena ada pemilihan dulu. Tak tau sama ada saya dapat masuk ataupun tak.” Amini sekali lagi lekapkan fail di dadanya.
            “Tak apalah, kalau tak dapat pun masih dalam team volleyball…”
            “Hurrmmm, tu la pasal… saya pergi dulu, kena jumpa dengan Mr.Leong.” Amini cepat-cepat mencari helahnya. Dia tidak betah di situ. Senior yang ditumpanginya dulu merenung dirinya dengan tajam.
            “Thanks for the key chain…” ucap Afiq.
            “No probs, see ya!” laju kakinya melangkah namun telinganya sempat menangkap gelak mengiringi pemergiannya.
            “Budak tu muslim rupanya...” usul Abdullah sebaik sahaja Amini pergi. Afiq mengalihkan pandangannya pada rakannya itu.
            “Biasalah,” hanya itu saja yang mampu Afiq jawab. Abdullah masih tidak percaya. Wajah itu nampak berbeza sekali. Dia hampir-hampir tidak kenal. Ishk, ishk, ishk... apalah nak jadi.

            “EXCUSE me,” tegur satu suara. Amini cepat-cepat mengangkat kepalanya, dia sedar dia sedang menutup jalan orang.
“Sorry,” ucap Amini. Dia tidak boleh melupakan peristiwa lalu berlalu begitu sahaja. Zaman pengajian adalah zaman yang sukar untuk dilupakan, terlalu banyak pahit dan manis yang dia lalui. Kadang-kala terlalu pahit pula bila diingatkan kembali. Dia menanam jauh peristiwa pahit jauh di dalam satu bahagian hatinya. Dia simpan dan tidak akan cuba untuk mengenangkannya kembali.
Amini memandang pada lelaki yang menegurnya sebentar tadi yang sudah berjalan jauh di hadapan menuju ke bangunan MAA itu. Dahinya berkerut tiba-tiba…























Tuesday, 1 November 2011

NELAYAN MODEN TEGAR


   I’m not going to talk about REAL fisherman but I’m talking about fisherman in my family. Confused huh! Let me introduce you to Nelayan Moden Tegar... Clap! Clap! Clap!

Big Bro : Krist Ozeyy; nama glamerlah kunun
(He told me to put Macho-Wacho Pic of him; but didn't tell me to do this blog)
Sorry kio brother~

P/s: (Sometimes, sebelum pergi kerja. Dia sempat lagi layan bottom di tasik-tasik tepi jalan. Tak boleh blah!!)

   Sebelum berjinak-jinak dengan aktiviti Nelayan Moden Tegar ni, inilah dia. Abang yang tercinta yang terhensem dan termacho seantero dunia! Erk, hensemkah? Mestilahhh... TAPI soalan tak boleh blah yang selalu dipersoalkan, “Kenapa abang kau kurus, kau gemuk?” Duhhhh!! Menusuk ke gastrousus, patutlah I ada gastrik. (Tak ada kena-mengena langsung). Heheh, biaq pi (orang utara cakaplah). 

    Inilah satu-satunya abang yang I ada, walaupun brother I ni jahat dengan I masa kecik-kecik dulu tapi dia selalu fulfil keperluan saya. Bila saya cakap mahu kasut yang macam ni atau macam tu, dia mesti cakap; ‘Tengoklah kalau ada duit,”. Selepas beberapa minggu dan saya hampir melupakan, heheh.. brother I sudah pun belikan kasut Nike (Imitation one. Saya tak kisah pun, janji boleh pakai). Longgar sikit sebab tak ada saiz. But, I love it! Tapi dah rosak. What to do. Sampai sekarang saya masih simpan, sayang pula kalau dibuang. Kadang-kala over-protective, what can I say... My bro sayang I apa~ Tapi sebagai adik yang bertimbang-rasa, kadang-kadang rasa serba-salah pula. Kesian bro saya, penat-penat cari duit. Sudahlah gaji ciput... Hurmm, but I pun ada bagi gift apa. My 1st salary as Promoter I bought him T-shirt dari kedai depan tempat saya kerja. Heheh, T-shirt Crazee Causa. Taklah mahal sangat, around RM50-60 something. Saya pun tak ingat dah. Dua tahun yang lepas tapi masih tak dapat balas pengorbanan brother I dari dulu sampai sekarang. Sob~ Sob~ Sob~ :(

            Melalut sekejap, sekadar berkongsi cerita. Sekarang, kembali ke pangkal jalan. Masa saya pergi Pangkor beberapa bulan yang lepas. Saya ada belikan cast fish lure untuk bro I, tapi mahu tahu apa dia cakap, “Lure jenama Bakau buat apa? Lain kali belilah jenama Rapala, bla bla bla..” Dia siap ketawakan I lagi, tak baik sungguh noh... Jenama tu saja yang saya jumpa dekat Lumut, beli sahajalah. P/s: Lure tu murah jerr, gila apa beli jenama Rapala... duit pun tak dak! Hahahah... sah, I adik yang jahat! Bukan jahat tapi pulus tak dak!

     Alat-alat untuk memancing di rumah memang hampir complete. Brother saya sebenarnya mewarisi hobi memancing ni dari Dad saya. Sanggup mengeluarkan duit semata-mata memenuhi hobi. Tapi, Dad saya jenis orang suka memancing laut dalam manakala brother saya pula jenis orang yang suka memancing di tepian. Too bad, adik lelaki saya juga suka memancing walaupun baru berumur 8 tahun. He got his own fishing set and know more about casting than me... Heii yeee~ bikin malu I saja! How come I didn’t know? But, Hey! I pun pandai pancing apa, I start memancing dari umur 9 tahun okey. TAPI mata kail selalu saja tersangkut di batu-batuan even berkulut-kulut lagi dia punya tangsi (Sabahan term for tangled). My dad said, “Pancing pun tidak pandai!” Lol. Yalah, living in Nelayan Moden Tegar punya family mesti pandai memancing. Bikin malu saja kalau tidak tahu~ according to my dad lahh... My lil brother more advance than me. Bikin malu! 
           
     ---->     Mari tengok gambar-gambar Nelayan Moden Tegar ni...

Stail glamer dengan menunjukkan ikan Haruan ataupun Ikan Jalak atau Badus (Sabahan)
Pancing dan lepas.


Ikan ni, I tak kenal... kena tanya brother I sendiri


Grouper atau Kerapu; 
Dad saya cakap Kerapu jenis ni Kerapu murah sebab isi keras sedikit. 
Kalau Kerapu Merah, yang tu isi lembut.


Haruan lagi...


Heheh, kali ni ikan pari


Ini pula... hihihi, saya tak tau...


Kali ni bro saya dapat Ikan Badukang, saya x tau orang lain panggil apa...

Di sebalik kejayaan-kejayaan ini, inilah sifu. Ketua Nelayan Moden Tegar!!

Dad saya bersama ikan parinya...


See, inilah perbezaan bro dengan dad saya... 
laut dalam dan tepian.
Rasanya brother saya pernah join Dad saya pergi pancing laut dalam... Dad saya cakap, brother saya Mabuk Laut, hihihi~ 


Hahaha, bangga sakan Dad I

   Memperkenalkan si adik yang mula berjinak-jinak dengan memancing~

Inilah adik I yang umur 8 tahun tuuu. 
I panggil  adik I ni JEMAN singkatan bagi KUZAIMAN, heheh~
Posing maut sambil menunjukkan ikan yang dia pancing sendiri. Siap ada porch lagi, jangan tak tau. Porch tu lengkap tau. Ada mata kail, umpan palsu, loceng, bla bla bla...
Amacam ada stail Nelayan Moden Tegar?
P/s : Kalau jalan dengan budak ni, tak sah kalau tak masuk kedai pancing. Baik jangan jalan dengan budak ni kalau poket kosong. Terkedu taukeh kedai pancing layan temberang dari Apprentice Nelayan Moden Tegar ni. 



 Inilah hobi family kami. Kalau saya free, kami sekeluarga pergi memancing di tempat yang saya tidak pernah tahu nama tempat tuu~ Sekadar pancing untuk mendapatkan dua, tiga ekor ikan. Hihihi, lepas tu saya lebih suka duduk di tepi pantai menikmati view sambil makan bekalan yang dibawa dari rumah oleh mem saya. Picnic laahh, apa lagi! Just Nice! 
       Kami selalu pakai umpan Udang hidup yang dibeli dari orang-orang yang membekalkan udang hidup. Rm0.30 seekor. Kadang-kala, kami pakai umpan ikan ataupun sotong. Tapi kalau pancing di kawasan air tawar kami pakai umpan cacing (untuk ikan kecil seperti talapia), cicak hidup, katak hidup dll... Bro saya tidak  akan pernah menggunakan umpan hidup. Dia lebih suka pakai umpan palsu sebab dia lebih suka buat Casting, Jigging, what so ever (I pun tak pernah ambil tahu)~   Tapi, bro saya lebih suka pancing Ikan Haruan sebab lebih best! Cuma, dia jenis yang suka pancing dan lepas ikan haruan tuu. kalau ada permintaan baru dia bawa balik. Dad saya cakap, tak boleh makan ikan haruan selalu. Walaupun ikan haruan ni baik untuk menyembuhkan luka tapi kalau makan selalu buat kawasan luka tu timbul parut yang kurang cantik. 
        Sebenarnya, masih banyak lagi gambar-gambar Bro saya ni. Cuma ini sahaja yang ada dalam simpanan saya. Bolehlah check-check gambar Bro saya di FB. Siapalah tahu,  kut-kut mahu layan bottom dengan bro saya ni. Bertukar-tukar pengalaman, pandangan, pengetahuan selain daripada berkongsi hobi. hehehe~ Promote sikit...

      Hasil daripada hobi memancing ini, ada  satu lagi yang sangat membanggakan bagi famili Nelayan Moden Tegar ini...

FIRST PLACE WINNER OF DBKK FISHING COMPETITION 2010!!

Heheh, bro I mengangkat ikan yang berjaya dinaikkan...
Yummyyy!!! Mem saya masak sweet and sour that night! Ada orang mahu beli ikan tu, but my bro tak mau jual.


Keratan akhbar  dari New Sabah Times...
So glad, grandma saya juga ada simpan keratan akhbar tuu~ 
walaupun hadiah tak berapa banyak tapi sudah cukup membuatkan pipi brother I kembang selama seminggu~ Perggghhh!!


* * *

the End

P/s : My bro masih lagi aktif memancing lebih-lebih lagi sekarang. Memancing sememangnya tidak boleh dipisahkan dari hidup dia. Saya tak kisah, as long semua orang bahagia. Masing-masing ada hobi. Memancing mengajar anda menjadi orang yang sabar sekaligus mengelakkan anda melakukan perkara-perkara yang tidak sihat. Biar legam dek mentari asalkan diri mengasah pengalaman. Moral of the story; isilah masa lapang anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. 

~Terima Kasih Meluangkan Masa Membaca Entri Yang Tak Seberapa Ini~









Monday, 31 October 2011

Kenapa Mesti Sabah?


Kenapa Mesti Melawat Sabah?

  Kenapa? Heheh, saya pun tidak pasti sebenarnya. Terpulanglah kepada keinginan individu tersebut siapalah saya untuk memaksa kan, kan, kan... Sabah bukanlah Syurga Membeli-belah tetapi Sabah menjanjikan pemandangan alam semula jadi yang sangat memikat sehinggakan saya yang sememangnya anak jati Sabah pun boleh jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan.

  Banyak orang bertanya kepada saya, apa sebenarnya yang ada di Sabah? Oleh itu, saya menjawab pertanyaan itu berdasarkan pandangan saya sendiri. Lain orang lain pandangan, biasalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Inilah yang dinamakan sebagai kepelbagaian personaliti. Heheh, kembali ke pangkal jalan...


Sebab-sebab Kenapa Mesti Melawat Sabah Mengikut Pandangan Orang Ramai

1.      Sumandak (Perempuan) Sabah semuanya cantik-cantik belaka.
P/s : Sebenarnya perempuan sama ada dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia mahupun Afrika sekalipun tidak ada yang tidak cantik. Semuanya dijadikan cantik-cantik belaka cuma pandangan individu tersebut yang membuatkan dia berkata sedemikian. Kalau orang Sabah ke Semenanjung pun akan mengatakan orang di Semenanjung lebih cantik daripada perempuan yang ada di Sabah dan begitulah sebaliknya. Bersyukurlah apa yang telah diberikan oleh Tuhan. Heheh~ Love Peace!
2.      Breathtaking Natural Beauty.
3.      Ada Orang Utan, di Sandakan.
4.      Ada Bayau (Monyet Proboscis atau monyet belanda) di Beaufort.
5.      Sabah ada gunung Kinabalu.
6.      Makanan yang lain dari lain (ada bosou, tuhau, ada kuih penjaram dll).
7.      Terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai adat yang pelbagai.
8.      Berhampiran dengan Indonesia dan Filipina.
9.      Boleh dapat banyak seafood yang murah-murah dan segar.
10.  Mestilah kena jelajah 1 Malaysia, baru boleh jelajah luar negara pula. Semangat Cintakan Tanah Air!

Sebab-sebab Kenapa Mesti Melawat Sabah Mengikut Pandangan Saya Sendiri

1.      Sabah mempunyai pemandangan semula jadi yang cantik dari pulau sehinggalah ke hutan belantara. Terpelihara. (Insya Allah akan terpelihara dengan baik).
2.      Sabah menawarkan orang-orang luar untuk mengenali etnik-etnik yang ada di sini. Adat dan budaya adalah berbeza. Orang yang berbangsa Dusun tidak semestinya dapat memahami bahasa Dusun daripada orang berbangsa Dusun yang berasal dari daerah lain kerana slanga setiap daerah itu berbeza sebagai contoh ada Dusun Lotud, Dusun Timaragang dan banyak lagi. Bangsa Dusun dan Kadazan adalah berbeza. Kadazan itu bukan Dusun dan Dusun itu bukan Kadazan.
3.      Sabah memberikan pengalaman kepada orang luar untuk merasai keunikan makanan tradisional dari setiap etnik. Kalau orang Dusun sendiri makanan tradisional terdiri daripada Bosou (ikan sungai yang diperamkan), Tuhau (sejenis tumbuhan hutan yang boleh dimakan dan mempunyai bau tertentu. Tidak digalakkan kepada yang alah pada bau-bauan), Lembiding (sejenis sayur yang terdiri daripada keluarga paku-pakis), Ulat sagu dan banyak lagi. Kalau mahu tahu lebih pasal makanan tradisional di Sabah, jemput-jemputlah datang. Kami terima dengan hati yang terbuka. Kita kan sama-sama berpijak di bumi yang sama.
4.      Sabah mempunyai sejarah yang banyak untuk dikongsi kepada  semua. Salah-satunya ialah bandar-bandar yang ada di Sabah. Dahulunya, bandar di Sabah terletak di Sandakan dan bukannya di Kota Kinabalu dan dikenali sebagai bandar Elopura (bagi yang tak tahulah). Kota Kinabalu pula dikenali sebagai, Jesselton.  Banyak perubahan yang berlaku dari segi pembangunan sebenarnya. Pembangunan di Sabah agak pesat, sekarang ni Sabah ada 1 Borneo, Suria Sabah, Pelabuhan Sepanggar yang baharu, KK Times Square, even Terminal KK pun sudah dipindahkan ke tapak bersebelahan dengan Wawasan Plaza. Kalau dahulu, Terminal KK sekitar tahun 90an terletak di belakang Center Point namun sejak tertubuhnya kompleks membeli-belah baharu maka dipindahkanlah terminal itu ke tempat lain yang mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari Terminal KK baharu ke Centre Point. Memang berbeza sekiranya dibandingkan dahulu dan sekarang.

Konklusi :

Bagi saya, Sabah adalah tempat yang terbaik bagi individu-individu yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi. Walaupun saya masih belum lagi berkesempatan untuk menjelajah Sabah sepenuhnya namun saya mula meneroka tempat-tempat yang belum diketahui umum; bukan tempat pelancongan pun... saya saja ja. Saya seorang yang gemarkan aktiviti lasak. Hiking di hutan belakang rumah pun boleh diambil-kira okey, janji masuk hutan. Biarlah kita teroka tempat-tempat yang dekat dahulu, jimat duit. Biasalah student kan...

Mari saya tunjukkan pemandangan-pemandangan yang saya ambil dari tempat yang tidak dikomersialkan kepada umum sebagai tempat pelancongan. 

Bukit Salib Kg.Roun. Tuaran
P/s : Saya tak tahu nama bukit ni, kawan saya bagi tau yang dia orang panggil bukit ni Bukit Salib sebab di puncak bukit ni ada Salib yang dipacakkan. Boleh nampak view Pekan Tuaran. huhuhu, tinggi jugalah bukit ni... kepala lutut hampir-hampir tercabut. Insya Allah, nanti atur trip laen naik bukit ni lagi. Sesiapa yang mahu join bagi tau lahh~


Kg.Tinambak, Kuala Penyu
P/s: Kampung ni kampung family husband cuzzie saya. Rumah dia orang betul-betul berhadapan dengan pantai. Memang cantik!

Kg.Kaparingan, Ranau
P/s: View waktu subuh-subuh dari depan rumah cuzzie saya. Kalau mahu tengok scenery yang cantik-cantik kena bangun awal beb! heheh~

Next to Karambunai, Sepanggar
P/s : I pun tak tau nama tempat ni. Brother I yang kenalkan tempat ni... Jadi, me and family selalu berkunjung di sini setiap kali ada masa lapang. Kami sekeluarga  suka memancing... Brother I memang NELAYAN moden tegar sejak kebelakangan ini itupun mem saya yang bagi tau. Layan je lahh~

Air Terjun Kionsom, Inanam
P/s : Air terjun ni ada di Inanam. Tak berapa jauh dari Inanam tapi tempat yang saya snap ni air terjun di tingkat atas. Lebih cantik dari bahagian bawah.  Kami selalunya hiking di tempat ni lah... Naik bukit lepas tu masuk hutan kemudian barulah sampai di tempat ni. 

Kg.Kaiduan, Papar
P/s: Tempat best ni pula tapak perkhemahan. Kampung ni memang cantik sebab ada sungai yang cantik. Terpelihara ni tapi kita tak boleh tangkap ikan dalam sungai ni sesuka hati. Kena denda Wooo~ Sungai ni kena Tagal. Boleh tuai hasil ikan pada masa-masa tertentu sahaja. 

~ Inilah gambar-gambar scenery yang saya boleh kongsi bersama anda semua. Moral of the story; kadang-kala kita tidak perlu menghabiskan duit yang banyak hanya untuk mendapatkan sesuatu. Scenery-scenery ni semua saya dapat tak payah keluarkan duit pun hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Apa yang penting, anda-anda semua kenalah fit. Bersenamlah sekiranya ada masa terluang. Nikmatilah keindahan alam semula jadi secara percuma sebelum dikenakan bayaran suatu hari nanti. Adiosss Amigosss~

Through My Lense

::- Hahahahaha, baru update blog. Saya budak baru belajar. Minta maaf di atas segala kekhilafan diri ini~

A Piece Of Me



Pulau Pangkor, Perak

Walaupun saya tak berapa teror dalam tangkap gambar tapi bolehlah buat stail Kampung-Kampung. Saya tak ada DSLR, kamera compact ni pun saya kidnap (dengan izin) kamera brother saya... Saya memang tak mampu beli kamera ni, even handphone pun masih pakai handphone yang baling kuda pun boleh mati. Pulus tak ada, well student lagi biasalah... Kalau setakat update gadget pakai duit parents baik tak payah, hihihi~ (^_^)V ~ Tak ada kaitan di antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Handphone antik ni pun saya beli pakai duit PTPTN (sorry PTPTN I salah guna sedikit, at least I bayar balik tau) dan satu lagi hadiah dari Dad saya masa saya tingkatan 3. Waduh! Lama dah, 5 tahun tuu~ Rasa cinta dan sayang berputiklah pada kedua-dua handphone yang antik ini. Umur semakin meningkat. What to do ~ sigh!




Pulau Aman, Pulau Pinang
Gambar di atas ni, gambar yang saya ambil masa buat Kajian Lapangan di Pulau Aman, Pulau Pinang (p/s: Alahhhh lokasi Seribu Kali Cinta tuuuu). Tempat ni taklah grand sangat tapi bolehlah kalau setakat nak rasa kehidupan di perkampungan nelayan.



Langkawi, Kedah

Gambar ni saya ambil masa melencong di Langkawi dengan babes saya. Alang-alang duduk di negeri orang biarlah kita study culture orang di sini kan? Nanti tidaklah digelar Katak di bawah Kaca. Nanti ada juga cerita yang boleh dicanai pada individu-individu tertentu.





Pulau Aman, Pulau Pinang

Pulau Pangkor, Perak

Kota Belanda, Pulau Pangkor, Perak

Demikianlah gambar-gambar view yang sempat saya snap menggunakan kamera yang dikidnap dari brother saya. Masih banyak lagi sebenarnya gambar-gambar view dalam simpanan tapi kualiti tak berapa cun. Biasalah, kamera yang diguna pun kamera yang tersangatlah canggih.

P/s : Saya tak reti sebenarnya tangkap gambar manusia ni sebab itulah kebanyakkan gambar pemandangan. Keindahan alam seperti inilah yang akan dicari suatu hari nanti... Love Nature!!


::- Big Yellow Taxi by Counting Crows ft Vanessa Carlton
(Mendalam makna lagu ni )