Sunday, 5 April 2015

Novel : Cinta Antara Kita Bab 51

        TAPI, masih mampu didengari oleh Rizal. Bila dia cuba mengangkat tangannya, Amini sudah menjauhkan dirinya. Tidak mungkinlah Amini mahu meninggalkannya? Sudah tentulah tidak! Amini  isterinya yang sah. Tempat isteri adalah di sisi suaminya. Amini tidak akan pernah tinggalkan dia. Dia tahu, Amini seorang yang patuh.
            “Ami ada nak cakap sesuatu pada abang?” Rizal bertanya pada Amini yang sudah menjauhkan dirinya. Bila Amini menoleh padanya, mata itu tajam memandang ke arahnya. Terjungkit kening Rizal bila Amini mendekatinya dengan mata sepasang mata yang membaham itu.
            Amini menggigit bawah bibirnya. Dia menyembunyikan barang yang dia jumpa di dalam bilik mandi semasa dia mengenakan pakaian di belakang badannya. Dan, dia masih lagi berjalan dengan langkah perlahan, seperti singa yang menghendap mangsanya, penuh berhati-hati, tubuh itu tidak lari daripada renungan matanya yang tajam, sangat tajam. Rizal tahu renungan mata tajam itu. Dia juga pernah menonton National Geography, dia tahu bagaimana mata pemangsa apabila pemangsa itu ingin menerkam mangsanya. Tapi, di sini, dia bukan lagi dominan meskipun dia lelaki. Dia memerhatikan setiap pergerakan Amini. Apa yang disembunyikan Amini disebalik belakang badannya itu?
            Bila tangan itu bergerak. Matanya turut mengikut pergerakan tangan itu.
            “Macam mana benda ni boleh ada dalam bakul sampah dalam bilik air?” tanya Amini. Dia mengangkat tangannya. Mata Rizal tertancap pada berus gigi yang ada di tangan Amini.
            Erk! Terbuntang biji matanya.
            Aha, kantoi!
            Senyuman melebar di pipi Rizal. Dia mengangkat tangannya, menyerah kalah. “Shoot me.” Dia reda dengan apa jua hukuman yang akan diberikan oleh Amini.
            “Mati-mati saya ingat yang saya tak ada bawa. Rupa-rupanya, dah dibuang ke dalam tong sampah.”
            You know honey, abang cuma…” dia melihat Amini sudah mengembungkan pipinya. Dia ingin ketawa tapi dia simpan.
            “Sudahlah, dah lambat.” Amini membuang berus gigi itu di tong sampah semula. Beg tangan dicapai, belum sempat dia memulas tombol pintu, namanya sudah dipanggil.
            “Kenapa buang pula?” tanya Rizal.
            Bulat biji mata Amini. “Euww! Tak kan nak saya pakai yang dah…” dia tidak meneruskan ayatnya. Biar betul lelaki ini? “Urgh! Whatever.” Menyesal pula dia melayan lawak bodoh Rizal di pagi hari. Merosakkan mood.
           
            SENYUMAN itu disimpan. Langkah yang perlahan itu diperhatikan. Bolehkah Amini berjalan dalam keadaan seperti itu? Dia tahu Amini berusaha untuk menunjukkan yang dirinya sudah berada dalam keadaan yang baik tetapi dia tahu, Amini menyembunyikan kesakitan itu di dalam.
            Dia turut mengekor langkah Amini dari belakang. Dia cuba untuk mendekati Amini, rapat. Dia takut sekiranya Amini terjatuh sekali lagi. Kain gaun Amini itu mencecah ke lantai, mengheret, seperti gaun labuh pengantin. Senyuman terukir di bibirnya bila dia teringat kembali bila Amini mengenakan gaun pengantin sewaktu sesi photoshoot mereka.
            Wajah itu sememangnya berubah. Berbeza. Mekap itu membuatkan Amini kelihatan seperti orang lain. Dan, dari situ dia merelakan segala-galanya. Bukan kerana pernampilan Amini tetapi cara Amini. Biar Amini kasar dengannya tapi itu bukanlah Amini yang sebenar. Rizal tahu di dalam lubuk hatinya, Amini yang sebenar ialah seorang yang lemah-lembut dan nilai sopan-santun yang ada pada diri Amini itu begitu tinggi. Dia nampak bagaimana Amini melayan orang yang ada disekitarnya. Dia tidak tahu kenapa Amini sanggup menutup dirinya yang sebenar sedangkan itulah yang dia mahukan.
            Rizal melepaskan keluhannya. Kenapa baru sekarang dia sedar di saat Amini membencikan dirinya?

            “AMI kerjakah?” tegur Mahani sebaik sahaja dia nampak Amini mengambil tempat di hadapannya. “Kaki Ami masih belum okey, kenapa tak berehat di rumah sahaja?” tanya Mahani lagi.
            “Tak apa ma, Ami nak siapkan tesis. Ami masih bercuti lagi, jadi Ami ambil peluang ni nak siapkan tesis.” Amini menerangkan kepada Mahani. Terangguk-angguk orang tua itu mendengar penjelasan daripada Amini.
            Bila Amini menyenduk nasi goreng ke pinggan, segelas air putih sudah diletakkan di hadapannya. Sebiji ubat berwarna hijau diletakkan di atas bekas kecil. Amini mengangkat kepalanya. Dahinya dikerutkan sedikit.
            “Boleh tak kalau saya tak makan ubat?” soal Amini pada Rizal dalam nada yang berbisik. Sempat lagi dia mengerling kepada Mahani yang sedang sibuk dengan telefonnya. Dia tidak suka makan ubat. Dia hidup selama ini seolah-olah banyak bergantung kepada ubat-ubatan.
            Rizal menggelengkan kepalanya perlahan. Dia meneguk minuman yang ada di dalam cawannya. “Kalau tak makan ubat ni, bila bengkak tu nak surut?” duga Rizal pada Amini. Dia dengar keluhan Amini. Mahu tidak mahu Amini akan mengambil juga ubat itu selepas makan.
           
            “KAMU berdua jadi balik hari ini?” tanya Mahani sebaik sahaja dia meletakkan semula telefonnya di atas meja. Minuman yang masih bersisa itu diteguk perlahan-lahan. Dia memandang satu-persatu tampang anak muda yang ada di hadapannya. “Riz dan Ami tak boleh nak consider untuk tinggal bersama-sama? Mama bukannya apa, seorang tinggal di situ, seorang lagi tinggal di sana. Sampai bila kamu nak hidup macam itu?”
            Terkedu Amini. Kalau sahaja Mahani tahu perkara yang sebenar, pasti wanita itu akan terkejut sehingga tidak mampu berkata-kata.
            “Mama tengok kamu mesra je. Tak macam dulu. Mama rasa kamu memang sesuai untuk tinggal bersama-sama. Yalah, mama pun bukannya muda lagi, mama pun nak juga gendong cucu mama.”
            Tersedak Rizal sebaik sahaja mendengar perkataan cucu. “Ehem!” dia membersihkan kerongkongnya sambil terbatuk-batuk kecil. Dia mengerling pada Amini. Amini hanya menundukkan kepalanya.
            “Kalau kamu duduk berasingan, sampai bila kamu nak mama tunggu?”
            Hujung kainnya dipegang dengan kuat. Dia cuba menahan rasa sebak di dalam hatinya. Ya Allah! Aku tak boleh menangis. Tak boleh Amini, tak boleh! “Ma… Ami minta maaf…” terkedu Rizal. Dia terus sahaja menoleh pada Amini. Amini meminta maaf? Untuk apa?
            Bila Amini mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Tangannya sudah digenggam oleh lelaki itu. “Untuk pengetahuan mama, Riz dan Ami sebenarnya dah tinggal bersama.”
            Tergamam Amini. Cepat dia menggelengkan kepalanya, menidakkan. “Tak ma,” Amini melepaskan tangan Rizal yang menggenggam jari-jemarinya. Dia menoleh pada Rizal. Mahani masih kurang mengerti perkara yang sebenar. Amini nampak begitu kalut sekali apabila Rizal membicarakan mengenai tinggal bersama.
            “Rizal... we…”
            “Shhhh!” matanya dibesarkan, sekali gus membuatkan Amini terdiam. Terjungkit kening Mahani. Sejak bila pula Rizal pandai bertingkah seperti itu? “It’s okay, I’m okay with it now.”
            “Tapi…”
            “It’s okay.”
            Mahani menggelengkan kepalanya. “Apa yang ‘it’s okay’, ‘it’s okay’ ni? Mama tak fahamlah kamu berdua. Kamu dah tinggal bersama atau belum? Kalau dah, itu berita gembira bagi mama.” Mahani berkata dengan terang, biar anak-anak muda ini faham. “Ami, mama bukannya paksa Ami nak ada anak sekarang. Mama faham, kamu berdua perlukan masa tapi masa itu biarlah pandai dirancang…” tambah Mahani lagi.
            Tawar  sahaja senyuman yang terukir di bibir Amini. Anak… dan sekarang, perihal anak pula menjadi isu.

            SANGSI sahaja hatinya. Ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh dua orang anak muda itu. Biar tidak dibicarakan secara terlus, dia dapat kesan sesuatu. Dia mengambil semula telefon pintarnya, berpura-pura menyentuh skrin itu, padahal dia memerhatikan perlakuan pasangan muda itu dengan matanya yang nakal melalui kamera pada telefonnya. Hahaha, hatinya ketawa riang apabila dia menangkap gambar Rizal yang sedang mengelus-elus muka Amini. Lembut sahaja pergerakan itu.
            Berkerut dahinya bila anaknya Rizal membisikkan sesuatu di telinga Amini. Apa yang dibisikkan itu? Hati tuanya juga ingin mengetahui, terjungkit keningnya apabila Rizal memberikan kucupan pada rambut itu.
            Aik! Anak-anak muda ini…
            Mahani menyimpulkan senyumannya di dalam hati. Rizal sudah pandai menunjukkan rasa itu. Siapa kata dia silap mengikat pasangan itu bersama?
            “Ehem.” Mahani berdehem. Dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja makan semula. Rizal cepat-cepat duduk seperti keadaan asal. Pandai sungguh anak-anak ini berlakon di hadapannya. “Ami,” panggil Mahani.
            Amini mengangkat kepalanya.
            “Sejak bila Ami jadi cover girl untuk magazine?” tanya Mahani tiba-tiba. “You look so beautiful honey, tak nampak macam Ami pun, bangga mama. Rasanya mama pun nak Ami jadi model mama kalau macam tu.” Terpempan Amini. Kenapalah topik ini muncul di hadapan Rizal pula? Dia menelan liurnya. Perit. Sedar yang Rizal sudah menumpukan perhatian padanya. Sedar yang mata itu memanahnya dengan tajam. Faham benar maksud yang disampaikan oleh reaksi muka itu.
            “Cover girl?” kali ini suara Rizal pula yang bergema. Amini tidak memberitahunya mengenai perkara itu, teringat pula pada Kaliesa; sahabat Amini itu. Padang golf itu. Huh! Dia tidak percaya yang Amini menyembunyikan perkara itu daripadanya, “so, it does makes sense now.” Kasar Rizal menolak bangku ke belakang, berkeriut bunyinya. Dia memandang pada Mahani sebentar. “She’ll never do any photoshoot again, from now on. I forbid it!”
            “Rizal…” terkedu Amini, belum sempat dia menangkap lengan itu, Rizal sudah mengalihkan tangan itu dengan mengambil beg bimbitnya di sebelah bangku. Dia tidak memperdulikan Amini langsung.
            Terkelu lidah Mahani. Dia tidak sangka pula Rizal akan bertindak seperti itu selepas mendengar beritanya. Forbid? Biar betul anaknya ini.
            “Sorry ma,” Amini terus berdiri, mengejar Rizal dengan kakinya yang masih sakit itu.

            “RIZAL!!” Amini menahan Rizal sewaktu Rizal mahu membuka pintu keretanya, lelaki itu pegun sebentar sebelum berhadapan dengan Amini. Dia cuba mengawal emosinya.
            Tapi… “Berapa banyak benda yang Ami sembunyikan dari abang sebenarnya?” dia menikam tajam ke dalam anak mata itu, dan bila Amini melarikan matanya, dia terus sahaja memegang bahu Amini, dicengkam dengan kuat. “Act macam orang innocent, padahal, di belakang I… Ami, kenapa nak buat benda macam ni? You met Kak Dilla and you didn’t told me about that. You became a cover girl, you don’t even bother to tell me. What in the hell are you thinking Amini?” meninggi suara lelaki itu.
            Amini memejamkan matanya, menahan telinganya yang perit mendengar lelaki itu dengan nada suaranya yang meninggi, “stop swearing at me!!” bergetar suara itu. Naik turun dadanya menahan marah.
            Rizal membutangkan biji matanya. “You do know that you shouldn’t talk to me like that, don’t you?” dia mengetap giginya.
            Amini menarik nafasnya dalam-dalam. Rizal tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk berbicara. Bila dia merasakan jari-jemari itu semakin kuat menggenggam bahunya, dia mengangkat kepalanya semula, cuba bertentang mata dengan lelaki itu, tidak perasan yang matanya sudah memerah dan mulai digenangi dengan cecair itu.
            “What do you want me to do Rizal?”

Saturday, 7 February 2015

Life Can Be Busier As It Can Be...

Letter to my beloved readers... 

Dear following readers,

      I apologise for not updating my blog for a while. I know all of U must be waiting for the next chapter. But, I kinda busy right now. my time is limit. Insya Allah, if I got some free time, I will update the chapter as usual. This year I need to finish everything that I've started for 5 years and half. This is new challenge for me, the kind of challenge that can change my future in 2016. Well, by right now... if u guys got some idea or maybe something that u wish to read in a novel but u never found it in any novels, u can share it to me in the comment below. I'll try my best to make what u want to read come true. I no fairy, but I can make it true in a fantasy world of writing. 
                                                       
                                                                                                                                    Regards,
                                                                                                                                    vie amini

Tuesday, 21 October 2014

Novel : Cinta Antara Kita Bab 50

            MATA itu ditatap, pertama kali Amini membalas pandangan matanya. Dia nampak perubahan pada warna anak mata itu. Aurakah? “Ami cakap apa ni? Abang tak faham. Kenapa harus kembalikan keadaan seperti biasa?”
            “Selamat malam Rizal.” Dia meninggalkan Rizal begitu sahaja tanpa memberikan jawapan kepada pertanyaan daripada Rizal. Masa itu belum tiba lagi. Suatu hari nanti Rizal akan tahu juga. Mungkin pada masa itu, Rizal adalah lelaki yang paling bahagia di muka bumi ini.
            Amini mengiringkan tubuhnya membelakangkan Rizal. Rasa kosong mulai menghantui dirinya walaupun Rizal masih ada di sisinya sekarang ini. Dia tidak tahu kenapa, tapi mungkin disebabkan dia banyak menghabiskan masa bersama dengan Rizal. Kehadiran Rizal di sisinya membuatkan dia sudah biasa dengan situasi seperti itu. Air memenuhi ruang, dan Rizal pula sudah memenuhi ruang di kepalanya.
            Rizal juga punya masalahnya sendiri. Dia hanya menantikan lelaki itu memberikan lafaz cerai kepadanya, dia hanya tunggukan lafaz itu. Walaupun dia tidak pernah ada lelaki yang hadir di dalam hidupnya sebelum ini, dia tidaklah terdesak untuk menyimpan Rizal supaya berada di sampingnya sampai bila-bila. Tanpa cinta, hubungan itu akan terus hambar. Biar punya cinta sekalipun tetapi berkekalankah cinta itu sehingga ke akhirat? Terlalu banyak contoh yang dia boleh ambil. Dia hanya tidak mahu hidupnya akan berakhir dengan sesuatu seperti itu.
            Sekarang ini, dia hanya perlu bersabar. Biar banyak perubahan yang dia lihat pada diri Rizal tetapi dia masih mahukan lelaki itu melepaskan sikap keprejudisan yang ada di dalam dirinya. Bukan untuknya sahaja tetapi untuk semua. Rizal seorang lelaki yang baik tetapi ada sebahagian di dalam diri lelaki itu yang perlu diubah. Lelaki itu sendiri perlu mengubah dirinya. Dan, dia juga perlu mengubah jalan kehidupannya nanti.

            KABUS yang masih membalut di kawasan bukit itu menggamit rasa dingin. Berkali-kali dia menggosok lengannya yang kedinginan. Dia menyandarkan belakangnya pada besi di balkoni itu, matanya diarahkan pada tubuh yang masih melingkar di atas katil. Masih nyenyak, seperti biasa tubuh itu tidak berkalih banyak semasa tidur. Sudah menjadi kebiasaan Amini tidak membuat banyak pergerakan semasa tidur.
            Bila dia bangun tadi, dia dapat merasakan kain satin menyentuh tubuhnya. Rapat. Rambut hitam itu sudah menutup sebahagian bahunya. Bila dia mendongakkan kepalanya sedikit, hidungnya sudah menangkap haruman yang terbit dari rambut itu. Bunga dan vanilla. Tiap detik, tiap saat, dia sentiasa terkenangkan senyuman itu, lirikan mata itu. Dia mungkin tidak akan dapat tidur tanpa haruman yang terbit dari tubuh itu. Manis dan menenangkan.
            Adakah Amini akan meninggalkan dia demi lelaki itu suatu hari nanti? Dia benar-benar tidak mahu Amini bersama-sama dengan lelaki lain. Amini hanya layak bersama dengannya. Bukan dengan orang lain. Tidak tahukah Amini yang dia perlu lindungi Amini? Dari dahulu sehingga kini, dia melarang Amini ke mana-mana hanya kerana dia mahu melindungi Amini.
            “Rizal…”

            TERKEBIL-KEBIL mata mamai itu melihat Rizal yang sedang berdiri di balkoni itu. Amini membersihkan matanya dan membetulkan rambutnya yang berserabai itu. Lelaki itu tidak mengejutkannya pagi ini seperti hari-hari sebelum ini.
            Rizal menapak masuk. Senyuman terukir di bibirnya, dihulurkan kepada Amini. Senyuman itu memberikan Amini satu keyakinan untuk memulakan harinya dengan ceria. Meskipun dia tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati lelaki itu tetapi dia dapat menerima pancaran positif itu di pagi hari.
            “Mandi ya, nanti abang hantar pergi library.”

            ABANG… Kenapa harus panggilan itu ditukar? Ke mana menghilangnya I dan You itu? Kenapa harus sekarang? Di saat dia hendak… Rizal!
            Lengan Rizal terus dipegang. Langkah Rizal mati. Dia memandang pada Amini. “Please, please jangan marah saya.” Amini sangat mengharapkan lelaki itu dapat memaafkannya. “Sa… sa… say…” dia tidak mahu Rizal marah hanya kerana tidak melayan kehendaknya.
            “Ami cakap apa ni?” dia terus mengambil tempat di sebelah Amini. Amini sudah menundukkan kepalanya. Tersentuh hati kecil Rizal bila dia melihat wajah sedih itu. Amini menarik nafasnya dalam-dalam, rasa bersalah semakin menghantui dirinya. Bila dia mendongakkan kepalanya dan melihat sepasang mata yang sedang memerhatikannya, dia menarik nafasnya dalam-dalam.
            “Saya akan kotakan janji saya Rizal…” ujarnya perlahan, diungkap satu-persatu perkataan itu dengan jelas.
            Janji? Janji apa?
            “Abang harap Ami tak akan pakai baju seksi-seksi lagi.”
            Dia tak mahu aku pakai seksi-seksi lagi. Amini ingin mengukirkan senyumannya. Rizal ambil berat terhadap pernampilannya, dan bermakna lelaki itu mengambil berat akan dirinya. Buat seketika dia merasakan dirinya bahagia. Bahagia bila lelaki yang bergelar suaminya itu memberikan dia nasihat. Inilah yang dia perlukan. Dia perhatikan wajah lelaki itu dengan pandangan yang lembut. Tahukah Rizal yang dia…
            “Pasal gim tu, kita pergi sama-sama next time tapi no more tight pants, no more tight shirt.
            Terangkat kepala Amini, tersentak lagi. “Kenapa?” dia lebih selesa pakai seperti itu apabila bersukan. Bukankah Rizal juga biasa melihat orang perempuan berpakaian seperti itu. Dia tahu pakaian seperti itu akan menarik perhatian lelaki lain tetapi dia tidak menyangka yang lelaki itu akan ambil kisah, ambil peduli akan dirinya.
            “Abang tak nak lelaki lain nampak benda milik abang.”
             “Yours?” terjungkit kening Amini. Dia hampir ketawa terbahak-bahak.
            Tiada gelak kali ini. “Of course.”
            Amini cuba menahan rasa bahagianya di dalam hati, namun dia dia membuat mukanya yang ketat. “It’s mine actually, not yours.”
            Oh honey, abang tak nak orang lain share benda yang sepatutnya milik abang…” bidas Rizal lagi. Okey, lelaki itu tidak akan pernah menyerah kalah. Amini sudah mengetap bawah bibirnya. Lelaki ini tidak akan pernah mengaku kalah.
            Kalau begitu, “okey, kalau macam tu, you yourself pun jangan buka baju di hadapan orang lain coz I don’t wanna share my Bale with anyone.
            Ternaik kening Rizal. “Bale?” soalnya. “Is that what Mr.B stand for?”
           
            TERBUNGKAM Amini. Dia sendiri tidak sedar yang dia mengungkapkan perkataan Bale sebentar tadi. Betulkah bibirnya menuturkan perkataan Bale itu? Aku punya Bale. Ohhhhhh tidak!! Malunya. Panas dirasakan mukanya. Bila dia memandang pada Rizal, lelaki itu masih lagi tersenyum. Sempat lagi Rizal mengusap-usap pipinya sendiri. Tangan itu beralih pula kepada otot bicepsnya. Rizal menggerak-gerakkan tangan itu, menunjukkan otot bicepsnya. Amini sudah menggelengkan kepalanya tidak percaya. Rizal sudah menunjukkan hidungnya yang kembang kempis. Amini menyesal… dia menyesal!!
            I know I’m hot but abang tak pernah tahu yang abang ni macam Christian Bale. Which parts of Christian Bale?
            B untuk Beast.
            Dan bukannya, B untuk Bale. Amini bagaikan hendak menghantukkan kepalanya pada diniding itu. Rizal semakin menunjukkan otot-otot yang ada pada tubuhnya.
            Mulutnya terbuka sedikit. “Ump…” dia memandang ke arah lain apabila lelaki itu sudah merenungnya dengan tajam sambil tersenyum. Bila dia terpandang pada mata itu, jantungnya berdegup dengan kencang lagi. “Saya rasa, saya nak mandi dulu.” Comforter dialihkan dari menutup bahagian kakinya.
            “Do I look like Christian Bale?” tanya Rizal. Pertanyaan itu membuatkan dagu Amini hampir-hampir terlepas dari rahangnya.
            Oh Tuhan! Lagi??
            “Excuse me?” perasan lebih pula dia. Menyesal pula dia mengungkapkan perkataan Bale itu sebentar tadi. Rizal sudah tersengih-sengih. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Amini sebelum dia berlalu menuju ke almari pakaian.
            Perit lehernya sewaktu dia menelan air liur. Comforter itu digenggam kuat. Mata itu tidak pernah berhenti dari memandang susuk itu. Cair? Hatinya memang cair sekarang ini, bukan hari ini sahaja tetapi hari-hari sebelum ini juga. Bodohkah dia bila dia tidak mengenal hatinya sendiri?
            “Ami.”
            Amini mengelipkan matanya. Panggilan Rizal itu sama sekali memusnahkan semua bicara kosong di dalam hati dan mindanya. “Hmm…” Rizal mengangkat baju kemejanya yang masih belum bergosok.
            Macam mana dia boleh melupakan benda itu?
            Perlahan-lahan dia turun dari katil dan menghampiri Rizal. Tangannya mencapai kemeja itu. “Lupa pula.” Kemeja itu beralih tangan.
            “Kaki okey?” soal Rizal.
            Amini menganggukkan kepalanya perlahan. Dia sudah tidak berjalan terjengket-jengket tetapi langkahnya perlahan.
            Sure tak nak abang temankan pergi library?” duga Rizal lagi. Bagaimana jikalau kaki itu bertambah sakit lagi?
            “Buat apa?” bentak Amini kasar. Dia sertakan dengan jelingan tajam. Lama dia berhenti. Menyesal pula bila mengeluarkan bicara kasar seperti itu sedangkan Rizal berbicara baik dengannya. “Sorry…” Amini terus sahaja berlalu keluar dari bilik tidur itu menuju ke bilik gosok yang terletak di tingkat bawah. Sukar bagi dia mengawal emosinya sebentar tadi. Dia tidak suka dikongkong. Sudah menjadi kebiasaan di dalam dirinya untuk melakukan semua benda seorang diri.
            Perlahan-lahan dia mengatur langkahnya menuruni tangga. Dia mendakap erat baju itu ke dadanya, baju itu ibarat tubuh Rizal yang sentiasa memegangnya dengan erat. Dia tidak mahu meninggalkan Rizal! Rizal membuatkan dia merasakan dia ingin sentiasa bersama dengan Rizal tetapi kadang-kala Rizal membuatkan dia merasakan dirinya tidak diingini.
            Jari-jemari itu semakin menggenggam erat pada fabrik itu. Amini tidak tahu kenapa hatinya sedang berperang saat ini. Dia tidak pernah rasakan dirinya seperti ini sebelum ini. Sekarang ini… hidupnya sudah terumbang-ambing. Ini semua berlaku kerana Rizal. Sikap Rizal membuatkan dia berjauh hati. Dia masih tidak dapat mengagak apa yang bermain di dalam hati Rizal. Dia tahu Rizal ambil berat akan dirinya tetapi Rizal tidak cintakan dia. Amini tidak mahu kecewa selepas itu. Dia tidak mahu kecewa. Dia hanya mahu bahagia.

            “EH, non! Lagi ngapain?” tegur wanita tua yang tiba-tiba menegur Amini dari belakang. Bila Amini menoleh, wanita tua itu sudah berdiri di hadapannya.
            “Tak ada apa Mbak, gosok pakaian.”
            “Lah, biar Mbak yang buat. Kaki non itu masih sakit, berdiri lama-lama bisa tambah pegal.”
            Bila Mbak ingin mengambil-alih tugas itu, Amini menolak. “Tak payahlah Mbak, nanti kalau buat kerja tak selesai, nanti suami tinggalkan kita.” Amini bergurau. Kata-kata Amini itu membuatkan Mbak tersenyum. Dia memerhatikan Amini menggosok pakaian Rizal. Sentuhan itulah, sentuhan yang paling lembut dia pernah lihat. Jari-jemari itu meniti di atas kain, disentuh dan dibelai dengan penuh kasih. Kalau begitulah layanan yang Amini berikan kepada Rizal setiap masa, dia yakin, Rizal tidak akan pernah meninggalkan Amini.
            “Okey, dah siap. Ami naik atas dulu ya Mbak.” Amini sudah memberikan senyuman manis kepada orang tua itu. Biar Mbak itu pembantu rumah sekali pun, dia tidak akan pernah melayan orang dengan buruk. Pembantu rumah juga manusia, darjat itu tidak ada di mata Yang Maha Kuasa. Semuanya sama.
            Satu-persatu anak tangga itu dinaiki. Kakinya melangkah terus sahaja masuk ke dalam bilik tidur Rizal. Terbuntang biji matanya bila nampak Rizal yang keluar dari bilik mandi dalam keadaan yang... Rasa panas terus menerjah mukanya. Cepat sahaja dia memejamkan matanya rapat-rapat.
            “Confound it!” marah Amini. Dia menundukkan kepalanya. Cepat dia mengatur langkahnya menuju ke kabinet. Tuala dikeluarkan dan dilemparkan ke arah Rizal. Dia tidak sanggup melihat ke muka lelaki itu. Rizal tidak sepatutnya mendedahkan dirinya secara terang-terangan seperti itu!
            “You just hit a jackpot honey,” deru nafas itu melanggar permukaan kulit di belakang telinganya. “Hence, I’m wearing a brief.” Amini mengangkat kepalanya. Tidak terkejut yang Rizal sedang membongkokkan dirinya agar berada dalam ketinggian yang sama dengannya. Bila dia menjatuhkan pandangannya ke bawah, dia sudah nampak bahagian bawah tubuh itu sudah pun dibalut, ditutup. Amini menutup dan memejamkan matanya lagi. Dia merasakan pipinya disentuh ibu jari Rizal, bergerak di pipi dan berhenti di dagunya. Dagu itu diangkat. Amini menelan air liurnya. Perit. Senyuman terukir di bibir Rizal. Amini sendiri kurang pasti apa makna sebenar senyuman yang diukir itu. “You’re drooling…” bisik Rizal lagi. Mengusik Amini.
            “What the heck!” Amini terus menepis tangan dari dagunya. Dia memberikan kemeja Rizal. Kasar ke dada lelaki itu. Dia terus sahaja menghayun langkah menuju ke bilik mandi. Langkahnya terhenti. Amini berpatah balik. Tuala baru dikeluarkan dari kabinet dan dia terus bawa masuk ke bilik mandi.
           
            TELINGANYA dapat menangkap jelas suara lelaki itu ketawa. Huh! Tidak lucu langsung. Apa tujuan sebenar lelaki itu menunjukkan dirinya itu kepada dia? Bukankah Rizal sudah menyimpan dirinya untuk kekasihnya. Dasar lelaki! Buaya! Musang! Serigala!
            Rizal tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Lelaki itu bertindak seolah-olah hubungan mereka sebagai suami isteri akan berkekalan sedangkan hatinya tidak pernah bertindak seperti itu. Dia kenal Rizal. Rizal seorang yang pentingkan standard dan kualiti daripada pasangannya. Dan, dia, jauh api dari panggang.
            Berus gigi dicapai. Eh! Amini menepuk dahinya. Dia manalah ada bawa berus gigi. Bukan dia ada bawa? Entahlah. Bila dia buka peti di hadapannya, peti itu hanya memuatkan stok sabun dan ubat gigi. Tiada berus gigi. Matanya tertancap pada berus gigi yang ada di dalam gelas itu.
            Ewww!! Tidak mungkinlah…
            Apa pilihan yang dia ada? Tidak mungkinlah dia tidak memberus giginya pula. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan masyarakat dengan nafas busuk dan tahi gigi yang melekat pada giginya.
            Itu dia! Berus gigi itu diambil.
Alah! Rizal punya jer pun…
Dia memberus giginya. Usai. Dia terus mandi dan keluar dari bilik mandi setelah mengeringkan tubuhnya lima belas minit kemudian. Dia melihat Rizal yang baru sahaja menyarungkan seluarnya. Dia cuba tidak mengendahkan lelaki itu, dia tidak mahu memikirkan mengenai keadaan Rizal sebentar tadi.
Bahunya ditahan bila dia melintasi Rizal. Amini terus mengangkat kepalanya. Bila dia membuka mulutnya, mahu memprotes, lelaki itu sudah mendekatkan mukanya. “Rizal…” memerah muka Amini bila muka itu semakin dekat. Dekat. Dan, dekat. Nafasnya sesak.
“Abang cuma nak pastikan Ami ada berus gigi ataupun tidak.” Satu kucupan singgah di dahinya. “Berdasarkan pemerhatian abang, Ami guna berus gigi abangkan…” soal Rizal.
Soalan bodoh apakah ini?
Amini membersihkan kerongkongnya dengan berdehem kecil. “Saya lupa bawa berus gigi.”
Senyuman itu terukir lagi. “Abang tak kisah pun.” Pandangannya jatuh pada bahu Amini yang kosong. Tidak sedar yang dia masih belum melepaskan tangannya yang merangkul pinggang itu dari tadi. “Okay, get dressed honey.” Kepala Amini diusap perlahan sebelum dia melepaskan Amini. Dia terus sahaja membelakangkan Amini. Tapak tangannya diletakkan di atas dadanya. Jantung itu semakin lama semakin berdegup dengan pantas.
Oh Tuhan!

SENYUMAN itu sengaja disimpan. Sempat lagi dia melirikkan mata pada Amini. Dia tahu Amini bengang sekarang ini. Berus gigi, hurm… dia mengulumkan senyumannya lagi. Tali leher yang disangkut pada penyangkut pakaian itu diambil, dilingkarkan pada kolar kemeja dan terus sahaja mengikat tali lehernya tapi bila dia memikirkan Amini, dia biarkan sahaja tali leher itu tersangkut pada lehernya.
Bila dia menoleh ke kanannya, Amini masih lagi memilih pakaiannya. Satu-persatu pakaian yang disangkut itu diambil dan dipadankan dengan baju yang lain. “Perlukan bantuan?” tanya Rizal, dia mula mendekati Amini.
“Tak apa.” Amini tidak mahu meminta pendapat lelaki itu. Dia sudah tahu lelaki itu tidak mahu dia mengenakan pakaian yang singkat-singkat lagi. Rizal menilik baju-baju yang ada di dalam almari itu.
“Macam mana yang ini?” sehelai gaun panjang labuh berwarna coklat gelap dan sehelai blouse putih berlengan panjang dicapai. Amini mengangkat kepalanya. Senang sahaja lelaki itu memilih dan memadankan pakaian untuknya.
Sorotan mata yang tidak diketahui maknanya itu terus ditatap. Rizal tidak tahu sama ada Amini suka ataupun tidak tapi dia suka bila Amini berpakaian seperti ini. Nampak matang dan sesuai dengan profesionnya. Bila bibir itu mula mengukirkan senyumannya, Rizal tahu yang dia tidak salah pilih.
“Terima kasih, not bad.” Amini menjungkitkan keningnya sambil memberikan pujiannya. Dia terus sahaja mengambil pakaian itu dan berjalan menuju ke bilik mandi sambil diperhatikan Rizal. Air muka itu berubah.
“Ami,” panggil Rizal.
Amini menghentikan langkahnya dan menoleh. “Hmm…” alih-alih Rizal menggelengkan kepalanya. Tidak jadi untuk bersuara. Amini berpusing dan berjalan masuk ke bilik mandi untuk mengenakan pakaiannya.
Rizal meraup muka menggunakan kedua-dua belah tangannya. Biar apa pun cara dia guna untuk mendekati Amini, Amini tetap menjauhkan diri darinya. Amini umpama merpati yang diberikan makan, datang dekat, bila didekati, dia menjauh. Entah bila dia boleh mempunyai Amini seperti pasangan suami isteri yang lain. Hatinya tersentuh bila Amini kerap mengenakan pakaiannya di dalam bilik mandi. Kenapa harus mewujudkan jurang itu?
            “Kenapa tak ikat tali leher lagi?” tegur Amini sewaktu melintasi Rizal. Pelik bila lelaki itu masih berdiri di situ. Dia menyapu sunscreen pada mukanya. Dan ditampal dengan bedak compact. Amini tidak peduli benda-benda lain. Gincu diambil dan dicalit warna merah gelap pada permukaannya. Mudah dan  senang. Bila dia memandang pada Rizal, dia mengerutkan dahinya. Dia berjalan mendekati Rizal. Awal-awal pagi lagi sudah berdiri seperti tugu negara? Lengan itu ditepuk perlahan. Terkedu Rizal. “Tsk, tsk, tsk…” dia sudah memegang hujung tali itu. Perlahan-lahan dia mengikat tali leher itu untuk Rizal.
            Debar di hati dan ombak di perutnya itu cuba ditahan. Dia tidak percaya yang dia akan memakaikan suaminya tali leher. Sejak dahulu lagi Amini mengimpikan detik-detik seperti ini. Biar sederhana, tetapi benda-benda kecil seperti inilah yang dia teringin untuk lalui. Biar lelaki itu tidak mencintainya, asalkan mimpinya menjadi kenyataan, itu sudah cukup. Amini tidak meminta lebih daripada itu.
            Lama tali leher itu diperhatikan. Sesuai dengan kemeja biru Rizal itu. Kedua-dua belah tapak tangannya diletakkan di atas dada Rizal. Dia mahu simpan kenangan ini. Suatu hari nanti, dia yakin dia perlukan kenangan ini untuk dimain berkali-kali di kepalanya.
            “I’ll miss you…” ucap Amini perlahan. Sangat perlahan…