“ABANG!” satu cubitan kecil singgah di lengannya. Johan terkejut. Dia
menoleh ke arah isterinya. Balqis membesarkan matanya. “Terkenang pada
perempuan lain ke?” soalnya dalam nada sinis. Tertawa Johan.
“Tak adalah, pelik tengok Rizal
dengan Amini.”
“Kenapa? Kolot sangatkah bini Rizal
tu?” tanya Balqis lagi, dia teringat akan dakwaan yang diberikan untuk
menggambarkan isterinya suatu ketika dahulu.
Johan mengetap bibirnya. “Kolot?
Abang tak nampak Amini jenis perempuan kolot. Rizal tu saja yang cakap yang
bukan-bukan...”
“Habis tu,” sampuk Balqis tidak
sabar.
Johan menarik straw dan memasukkan
ke dalam mulutnya, disedut perlahan minuman yang masih bersisa di dalam gelas
itu. “Amini memang tak hebat bergaya seperti Nelly tapi dia ada gaya dia
tersendiri, susah abang nak terangkan. Abang rasa, Rizal dah jatuh hati pada
Amini tu tapi dia saja yang tak sedar. Biasalah kalau orang ego tegar ni payah
nak sedar benda-benda halus macam ni.” Balqis menganggukkan kepalanya, menanti
ayat seterusnya dari mulut suaminya. “Rizal sangat ambil berat pada Amini, dia
jaga pemakaian Amini. Dia tak bagi Amini terus mengenakan seluar pendek masa
kat padang tadi, dia siap arahkan bini dia cover
lagi. Lepas tu, dia tak bagi Amini minum minuman berkafein takut gastrik Amini
datang lagi...”
Balqis mengerutkan dahinya. Biar
betul. Dia juga mengenali Rizal.
“Sejak dua menjak ni Rizal jadi
orang yang banyak bercakap. Abang tak pernah lihat Rizal seperti itu.”
“Hah? Sejak bila pula Rizal yang
kita kenal jadi orang yang banyak bercakap?”
Johan senyum. “Sejak Amini muncul…” fikiran
Johan menerawang terimbas kembali peristiwa sebentar tadi di Starbucks.
RIZAL mengajak untuk membasahkan
tekak di Cafe Starbucks di 1 Borneo,
sebaik sahaja sampai di kaunter Amini mengeluarkan kad starbucknya namun belum
sempat Amini memberikan kad itu kepada pekerja di kaunter Rizal terlebih dahulu
memberikan kad kreditnya.
“Bagi saya Caramel Macchiato, ventti satu...”
“Wait!”
Rizal mengangkat tangannya kepada pekerja itu sebelum mengambil pesanan Amini.
Johan yang ada di belakang turut kehairanan. Pelik. “You tak boleh ambil caffeine,”
usul Rizal pada Amini.
“Hah?
But, why?”
“I
tak larat nak jaga you kalau you sakit...”
“Tapi...”
Rizal membesarkan matanya sekali gus
membuatkan Amini sukar untuk membantah kata-katanya lagi. “Bagi Chocolate Cream Chip, Coffee Americano dua...”
Amini menjuihkan bibirnya, selama
ini dia menjaga dirinya sendiri. Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa kalau
dirinya sakit. Lelaki ini sahaja yang tergedik-gedik menjaga kesihatannya. Kenapa
harus Chocolate Cream Chips yang manis itu? masih ada minuman yang lain, dan
kenapa tidak Green Tea Latte? Urgh, Rizal! Suka hati buat keputusan untuk aku.
“Amini, you ambil degree you dekat
mana dahulu?” tanya Johan sebaik saja mereka mengambil tempat di sebuah meja
berdekatan dengan dinding cermin. Amini mengangkat kepalanya.
“IPDA,” jawab Amini ringkas.
Terjungkit kening Johan. “IPDA,
laahh... dulu I pernah stay dekat Bukit Indah.”
“Yakah?”
“Tau cakap utara lagi dak?”
“Bolehlah sikit.”
Rizal hanya diam, memerhati Amini
dan Johan berbual. Patutlah Amini dengan mudah ke Langkawi rupa-rupanya dia
menuntut di negeri itu.
“Depa
ada bagi tau dak kenapa orang Putih
tak berani nak mai Kedah?” tanya
Johan dalam pelat utaranya sambil menahan tawanya. Dia memandang Amini dan
Rizal bersilih-ganti. “Kau tau ke Riz?” tanya Johan kepada Rizal pula.
“Tanya aku pula,” alih Rizal.
“Sebab kalau kat Melaka ada lima
beradik Hang saja, tapi kalau kat Kedah banyak Hang. Kalau Melaka ada Hang
Jebat, Tuah, tapi kalau kat Kedah ada Hang
nak pi mana, Hang makan dak lagi,
Hang pakai baju apa, Hang tau dak, Hang tunggu sat lagi aku sampai...” jawab Amini. Mengekek Johan
ketawa, sungguh senang berbual dengan Amini. Rizal yang tadi tidak memahami
butir bicara kini sudah pandai tersenyum.
“Betul tu!”
Pandangan Rizal tertancap pada minuman Amini yang masih belum berkurang. “Kenapa
tak minum?” tanya Rizal pada Amini. Amini mengambil minuman itu, dimain-mainkan
straw minuman. Dia menyedut sedikit minuman itu. “Tak sedap?” duga Rizal lagi
apabila nampak Amini hanya minum sekadar untuk mengambil hatinya sahaja.
“Nak rasa?” soal Amini. Dia
memberikan minumannya pada Rizal. Lelaki itu menyedut, tidak sampai sesuku dia
sudah menolak tepi minuman Amini. Berkerut mukanya.
“Manisnya...”
“Sebab tu saya suka minum Coffee.”
“Ambil I punya dulu. You nak
minta lain?” Rizal bertanya kepada Amini. Kasihan pula dia melihat Amini yang
sesekali menyisip minuman manis itu. Baru Rizal berkira-kira hendak berdiri,
Amini terus menahan.
“It’s
okay, boleh minum juga...” Rizal ditatap sekilas, Amini cepat mengambil
tuala kecil yang ada di dalam begnya. Dia memegang bahu Rizal dan menahan darah
yang mengalir dari hidung lelaki itu. “Bleeding
lagi,” beritahu Amini. Lelaki itu sendiri tidak perasan darah mengalir keluar
dari hidungnya.
“Rasanya tisu lembut cedera teruk
kot,” ujar Johan. Amini menekan dan melepaskan hidung itu selang beberapa
minit. Johan yang tadi pergi kini kembali bersama dengan segelas ais.
“Thanks,”
ucap Amini pada Johan. Dia mengambil ais dan membalut dengan tuala kecil itu,
dituam perlahan-lahan pada hidung Rizal. “Harap-harap boleh berhentikan
pendarahan.”
“WOW!!” Balqis tiba-tiba menepuk
tangannya. Terkejut Johan, orang-orang yang ada di kiri, kanan mereka turut
memandang mereka. “Romantiknya...” usul Balqis.
Johan tersenyum, memang romantik.
“Jadi mereka berkongsi minumanlah?”
Johan menggelengkan kepalanya, ternganga
Balqis. “Kenapa pula?” dia pula yang kecewa.
“Amini macam tak mahu sebab Rizal
dari awal tak suruh Amini ambil caffeine.
Amini nampak macam orang yang dengar cakap, mungkin sebab Rizal suami dia kot
tapi yang peliknya mereka saling ambil-berat di antara satu sama lain. Hurmm,
entahlah, abang pun tak tahu. Complicated
sangat,” akhirnya Johan bingung sendiri. Dia sendiri tidak dapat memberikan
definisi kisah cinta di antara Amini dan Rizal.
RIZAL memandang Amini sementara menekan-nekan kekunci komputernya. Dia
menyelang-selikan memandang monitor itu dengan memandang Amini yang sedang
melakar sesuatu di atas buku lakarannya.
Bila mata mereka berlaga, Rizal terus sahaja mengalihkan pandangannya. “Macam
mana dengan hidung? Sakit lagi tak?” tanya Amini pada Rizal.
“I dah okey. You nak pergi kuliah besok?”
Buku lakaran diletak di tepi. Dia
berjalan menuju ke kabinet baju. Amini memanggungkan kepalanya. “Ya.”
“You
nak I hantar?”
“Tak apa, saya ada kereta. Saya
boleh pergi sendiri.”
“Ami, I tak nak you pakai baju seksi
macam tadi bila keluar.”
Tersentak Amini. Cepat dia memandang
pada wajah lelaki itu. Sejak bila pula Rizal peduli akan pakaian yang dia
pakai? Haih? Pelik bin ajaib. “Siapa kata saya nak pakai baju seksi-seksi pergi kuliah, agak-agaklah…” alih
Amini pula. “Are you jealous?” tambah
Amini, sengaja menyimbah gasoline pada api yang sedang marak itu. Dia tahu
marah tapi dia sangat yakin yang Rizal tidak akan pernah cemburu, tahu siapa
yang bertakhta di dalam hati lelaki itu.
“Excuse
me?” kening itu terjungkit. Dia memandang pada muka yang seolah-olah
mengejeknya itu. “Kenapa I mesti
cemburu pula?” soal Rizal lagi. Bila dia lihat Amini sudah membesarkan matanya,
dia membersihkan kerongkongnya. Cuba mengelak daripada bertembung dengan mata
itu. “Bukan ke kuliah saja, bila-bila masa. I
tak nak lelaki-lelaki tu tengok you macam
nak telan. Dan, ini tak ada kena-mengena dengan cemburu. You got it?”
You
got to be kidding me! Amini tergelak. Buat-buat. “Saya tak pernah layan
orang-orang itu Rizal. Kau yang salah anggap pada saya.”
“But,”
“Sudahlah, saya nak mandi.”
DERINGAN telefon bimbit membuatkan
Amini tergesa-gesa bersiap mengenakan pakaiannya. Dia keluar dengan pantas.
Panggilan itu cepat sahaja di sambut.
“Hi
baby!” sapa Amini sambil tertawa. Rizal yang sedang menyiapkan kerjanya di
penjuru tertoleh ke belakang. Baby? Bisik hatinya.
“Sorrylah
sayang, I tak sengaja so nak sekarang ke?” tanya Amini dalam
nada suaranya yang manja. “I think I can
meet you up right now. Same place. Huh! Really? Jadi, nak jumpa dekat mana
ni? Alamak! Hummm, okeylah.” Amini tergelak manja lagi. Dia mencapai beg bimbit
yang diletakkan di tepi dinding. Tangannya sibuk mencari-cari dokumen di dalam
beg bimbitnya. Setelah jumpa dokumen yang diingini dia terus menyelak lembaran
kertas itu.
Tertoleh-toleh Rizal. Siapa
pemanggil itu? Kekasih Amini? Ada kekasih rupanya perempuan itu. Senyuman sinis
terukir di bibirnya.
“Okay,
see you gotta go.” Amini terus mematikan panggilan. Dia mengeluarkan
pakaiannya dari almari. Seluar pendek dan sehelai baju tanpa lengan yang
mempunyai labuci yang banyak. Dalam keadaan yang tergesa-gesa dia menukar
pakaiannya.
Rizal hanya memerhatikan. Ke mana
pula tu? Bisik hatinya.
Kau mahu melihat isteri kau buat
maksiat?
Tak mungkinlah, bisik hatinya lagi.
Amini keluar dengan berpakaian
lengkap. Terjegil biji mata Rizal melihat Amini berpakaian sedemikian.
“Err Rizal, saya perlukan
pertolongan daripada kau?”
“Apa dia?” mahu tidak mahu sahaja
lelaki itu menjawab, berpura-pura bersikap dingin sedangkan di dalam benaknya
terpancar beribu imaginasi mengenai Amini dan kekasihnya itu tapi ego Rizal
menghalang. Bagaimana kalau Amini bertemu dengan rakan-rakannya yang kaki mabuk
lagi?
“Boleh tak temankan saya keluar
sebentar?” pinta Amini. Takut-takut dia bertanya kepada lelaki itu.
Hah! Ingatkan tak mahu bagi tau.
“You nak keluar pergi mana
ni?”
“Hari ini saja, please...” Amini merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia
memejamkan matanya tetapi pada masa yang sama dia membuka sedikit. Berharap
agar lelaki itu akan menerima.
“Tukar pakaian tu,” arah Rizal.
“No
time. Tempat tu ada dress code.”
“Dress
code? Are you talking about going to club Ami?” terjegil mata Rizal. Tidak
percaya bila Amini membawa dia ke tempat seperti itu. “No. Kita tak akan pergi
unless you change your clothes.”
“Rizal,
please…” lengan itu dipegang. Mata itu cuba untuk meraih simpati. “Please, kali ini sahaja.”
KERETA BMW kesayangan itu dihentikan
di tempat parkir kereta. Malam di Bandar raya Kota Kinabalu masih belum
berakhir. Kelab-kelab malam masih beroperasi. Menghiburkan hati-hati yang
kesunyian tidak kira tua atau muda tanpa memikirkan dosa yang bakal ditanggung.
Amini melepaskan keluhan berat. Dia
takut sebenarnya menjejakkan kaki di kawasan ini. Sungguh! Dia takut bertemu
dengan orang-orang yang mabuk. Mungkin juga perogol! Samseng! Gangster!
Kehadiran Rizal sedikit membantu. Sekurang-kurangnya tubuh Rizal yang sedikit
sasa itu akan membuatkan orang-orang tertentu tidak berani menghampiri.
Kenapalah Baby memilih tempat seperti ini untuk bertemu? Ahh! Bukan salah Baby
sepenuhnya, dia yang sendiri rela untuk bertemu Baby di tempat ini.
“Blue Bar?” tanya Rizal pada Amini.
Amini menganggukkan kepalanya. Wajah risau tampak jelas di mukanya. “Nak jumpa
siapa sebenarnya?” tambah Rizal lagi.
“Kawan saya, nak serah dokumen ni.”
Amini menunjukkan dokumen yang ada di dalam sampul surat. Rizal sendiri tidak
tahu dokumen apa yang dimaksudkan oleh Amini. “Boleh kita gerak sekarang?”
Rizal menganggukkan kepalanya. Amini
terus keluar dari kereta. Dia mempercepatkan langkahnya. Jalan beriringan
dengan lelaki itu. Sesekali dia memegang lengan lelaki itu bila lelaki itu
berjalan jauh darinya. Dia tidak mahu ditinggalkan di belakang. Bagaimana kalau
dia ditarik lalu diculik? Ohh tidak! Minta simpang.
Lelaki itu menghentikan langkahnya
lalu memaling ke belakang. Amini tidak sempat mematikan langkahnya, terlanggar
dia tubuh Rizal. “Kalau takut, kenapa datang ke tempat macam ni?”
Amini mengangkat kepalanya, dia
mengetap bibirnya. Dokumen yang dipegangnya itu dipeluk rapat ke dadanya.
“Takut apa pula, tak adalah...” jawab Amini berpura-pura berani.
Rizal tersenyum sinis. Dia memegang
pergelangan tangan Amini, “Jom!”
“MIMI!!”
Amini mencari-cari orang yang
melaung namanya sebentar tadi, suara yang melawan lagu yang dipasang kuat.
Hurmm, ada live band. Bisik hati
Amini. Langkahnya terhenti. Dia menarik tangan Rizal yang sejak tadi memegang
lengannya, meminta lelaki itu turut berhenti. Amini mengangkat tangannya, dia
melepaskan tangan Rizal yang memegang tangannya. Senyumannya melebar. Dia berjalan mendapatkan
sahabatnya yang mengenakan baju super seksi
itu. Mana-mana lelaki pasti akan terbeliak biji matanya. Ditambah lagi dengan
susuk tubuh yang mantap itu...
“Beraninya datang sini! I ingat you tak berani,” wanita yang berpakaian seksi itu memeluk tubuh
Amini. Amini tersenyum membalas pelukan temannya.
“Saya ada bodyguard. Meet my husband, Rizal. Rizal, ini Baby...” Amini
pura-pura berbangga dengan kehadiran Rizal. Kononnya...
Baby mengalihkan pandangannya pada
suami Amini. Lelaki bukan menarik perhatiannya. Dia lebih suka bersama dengan
kaum sejenis. “Hello there Mr.Perfecto!”
Baby hanya melambai. Dia sedikit pun tidak menghulurkan tangannya untuk
berjabat dengan lelaki itu. Lelaki seperti itu bukanlah cita rasanya.
Perempuan rupanya! Ingatkan lelaki.
Rizal tersenyum bodoh, telahannya salah lagi. Dia tidak banyak bercakap, dia
hanya melihat Amini menyerahkan sampul surat itu kepada Baby. Apa agaknya
kandungan sampul itu? Kenapa tidak tunggu sampai esok?
“I’m
counting on you Beb,” ujar Amini.
“Jangan risau, I akan cuba. Come have a drink.
I belanja. Chivas or JD or Label 5?
Cocktail maybe, sex on the beach?”
Terkejut Rizal. Amini minum? Dia
memerhatikan gerak-geri Amini. Amini mengangkat kedua-dua belah tangannya. “Sa kua! Ni fengle ma? You gila ke apa?” marah Amini. Baby ketawa
sakan. Lucu.
“Wah beb! Still can speak in Chinese. Sorrylah darling, I’m kidding.” Tawa Baby masih bersisa. Lucu
dia melihat air muka suami Amini yang berubah. “Air muka hubby you memang tak boleh blah. Sorry, I saja je. Amini ni budak baik tau! Dia tak layan
benda-benda macam ni. I saja yang dia
layan...” Baby menjungkitkan keningnya pada Amini. Rizal memaksa dirinya
senyum. Amini tidak tahu yang dia juga sering mengunjungi tempat-tempat seperti
ini dahulu tetapi sejak kebelakangan ini dia sudah jarang masuk. Mungkin kerana
kerjanya yang berlambak. Nelly juga salah-seorang daripadanya. Kelab malam mana
yang dia tidak pernah jilat tapak kasutnya? Air whiskey apa yang tidak pernah masuk ke dalam perutnya? Tapi, Amini
tidak perlu tahu...
Amini menggelengkan kepalanya.
“Kalau mencarut tahulah, Baby kan sifu mencarut.”
“Yalah, yalah, kalau buruk semuanya
datang dari I lah. Tapi tak apa,
buruk buruk pun kawan you juga kan...
are you sure tak nak minum apa-apa? Ni
yao xian cheng zhi hai shi ke le?” Baby bertanya kepada Amini sekiranya dia
mahukan jus oren ataupun coke.
Amini mengerling pada Rizal yang
dari tadi sibuk memandang ke kiri dan ke kanan. Kekok agaknya. “Tak apalah,
next time, kami balik dulu. Enjoy your
drinks...” dia berjabat tangan dan memeluk Baby.
“Xi
wang neng zai jian mian.” Bisik Baby di telinga Amini, berharap dia akan
berjumpa dengan Amini lagi nanti.
Senyuman terukir di bibir Amini. “Xi wang ru ci, zai hui.” Matanya
dikenyitkan dahulu sebelum membawa Rizal melangkah keluar daripada tempat yang
hinggar itu, mujur sajalah tempat ini masih belum dibanjiri dengan manusia.
Masih ada ruang privasi untuk mereka berbicara dengan aman. Dan Rizal, hurmm…
seronok nampak perempuan-perempuan yang berpakaian seksi itu?
“TERIMA kasih kerana sudi temankan
saya tadi. I owe you,” kata Amini
pada Rizal sebelum melelapkan matanya. Dia mengiring ke kiri. Membelakangkan
Rizal yang tidur di sebelah kanan. Di matanya dia terbayang-bayang akan
peristiwa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia sudah insaf!
“Kenapa tak terima saja pelawaan
kawan you tadi?” tanya Rizal. Dia
pasti Amini masih belum tidur.
“Apa dia?”
“Pura-pura tak tahu, macamlah I tak tahu you pernah pergi kelab dan minum benda tu.” Sinis lelaki itu
berkata. Amini terkedu. Dia duduk. Memejamkan matanya serapat-rapat. Lelaki
itu! Rizal!
“Kau tak kenal siapa saya Rizal!”
keras suara itu berkata. Rizal turut bangun dari pembaringannya. Dia duduk.
Bertentang mata dengan Amini. Matanya dibesarkan.
“I
kenal you! Perempuan yang ingin
membeli produk kembalikan virginity.
Berapa banyak lelaki yang pernah tidur dengan you sebenarnya?” Rizal meletakkan tangannya di pipi Amini. Jantung
Amini bagaikan berhenti berdegup. Pantas tangannya di angkat. Melekat terus di
pipi Rizal. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Lama-kelamaan semakin banyak
pula yang mengalir.
Rizal ketawa sementara tangannya
mengusap-usap pipi yang ditampar oleh Amini, rasa pedas itu masih bersisa.
“Kenapa? Betulkan...” dia memandang Amini yang kini duduk tegak di hadapannya.
Amini tidak berkata apa-apa melainkan menitiskan air mata di hadapannya. “You tak nak I sentuh you tempoh hari
sebab you tak nak rahsia yang you simpan selama ini bocor macam itu
saja bukan?”
“Kau tak berhak hukum saya tanpa
mengetahui perkara yang sebenar. Kau tak tahu apa-apa pasal saya di masa yang
lepas. Kau tak berhak Rizal, kau tak berhak!” Amini menarik sendunya. Kenapa
dia harus diseksa seperti ini?
“What
can I say! Bukti apa yang you nak
beri pada I? Tubuh you
yang dah tak suci tu?” Rizal mendekati Amini. Tangannya memegang pipi
Amini. Amini memalingkan mukanya jijik dia melihat muka itu.
“Jangan nak jual mahal dengan aku!
Bukankah selama ini kau dah tidur dengan lelaki lain.” Rizal menarik tubuh
Amini rapat ke dadanya yang bidang itu, direbahkan tubuh itu semula di atas
tilam. Amini menolak namun semakin kuat tubuhnya ditekan. Semakin kencang
jantungnya berdegup. “Syhh, jangan bising sangat nanti satu rumah dengar,”
bisik Rizal di telinga Amini. Amini mengetap bibirnya. Dia takut! Amini
meronta-ronta minta dilepaskan. Dia tidak pernah didakap oleh mana-mana lelaki
dalam seumur hidupnya melainkan Rizal. Tidak pernah sama-sekali tapi Rizal buat
dia seperti pelacur apabila tangan lelaki itu menjalar di seluruh tubuhnya.
Tiada kemesraan seperti malam itu. Yang ada hanyalah nafsu binatang!
“Rizal please jangan buat saya macam ni,” rayu Amini apabila lelaki itu
mula mengucup bibir dan lehernya bagaikan dirasuk. Tangan itu semakin meliar
sehingga mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya yang selama ini dia
sembunyikan. Tali gaun itu sudah dibuka, bahagian atas gaun itu sudah melurut
ke bawah pinggangnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia takut Rizal akan
meragut segala-galanya dengan paksaan.
“Kau sepatutnya layan aku malam ni
sebab kau tu bini aku!” mata Rizal yang tajam memerangkap sepasang mata yang
ketakutan itu. “Lagi-lagi bila kau tayang tubuh kau dengan lelaki lain. Kenapa
tak nak tunjukkan pada aku?”
Kecut perut Amini. Dia mencuba lagi
melepaskan diri dari Rizal. Dia takut. Rizal tidak pernah melayannya seperti
ini. Rizal tidak pernah melintasi batasan yang ada di antara mereka sebelum
ini. “Kita dah janji tak akan kacau hak peribadi masing-masing. Please, kau dah ada kekasih Rizal...”
mencurah-curah air mata Amini. Dia tidak mahu mahkota yang dijaganya dengan
baik selama ini diragut dengan cara seperti ini. Tidak! “Jangan buat saya macam
ni, saya tak pernah tidur dengan lelaki, saya tak pernah ada teman lelaki pun.
Jangan buat saya macam ni...” rayu Amini sekali lagi. Dia sudah tidak berupaya
melawan Rizal. Tenaga lelaki itu kuat.
Rizal berhenti secara tiba-tiba. Dia meregangkan pelukan. Terkedu. Dia
menatap wajah yang masih lagi menangis itu. Ketawanya pecah tiba-tiba. “I baru hint sikit you dah bagi
tau rahsia you...”
Amini tersentak. Dia tidak lagi
menangis seperti tadi namun, sendunya masih ada. Air mata masih mengalir dari
matanya. Rizal menundukkan kepalanya sambil tangannya memegang pipi Amini. Dia
mengelap air mata Amini dan membetulkan baju Amini yang tidak terurus itu. Dia
hampir menanggalkan gaun yang dikenakan oleh Amini. “I dah bagi amaran pada you supaya jangan pakai baju macam tu. You tak dengar. Mulai sekarang, I tak nak nampak baju macam tu balut
tubuh you lagi. I tak suka. Tapi I suka
bila you pakai macam tu depan I.” Satu kucupan singgah di dahi dan
pipi Amini yang basah. Lama. “Okey honey,
tidur ya.” Dia merebahkan badannya di atas tilam yang empuk. Selimut ditarik.
Dia memejamkan matanya. Ada getar di jantungnya. Wangian yang terbit dari tubuh
Amini mengganggunya. Setiap lekuk dan bentuk di tubuh Amini sudah menjadi
tatapan matanya, nampaknya tidak ada apa-apa lagi yang cuba disembunyikan oleh
Amini lagi. Dia menjeling ke arah Amini yang masih lagi seperti tadi. Dia
sempat memberikan tanda pada leher Amini, tangannya juga sempat menjalar-jalar
di tubuh Amini. Sekali lagi Rizal memejamkan matanya. Bentuk tubuh Amini memang
membuatkan dia menelan liur apatah lagi Amini kerap mengenakan baju tidur yang
menampilkan susuknya. Dapatkah dia bertahan daripada godaan biologi Amini? Dua
kali. Sudah dua kali dia berbuat seperti itu kepada Amini. Mujur sahaja dia
dapat menahan, kalau tidak.
Relaks Rizal, relaks... Dia masih
teringat akan jawapan yang diberikan oleh isteri Johan kepadanya sebaik saja
dia mengajukan soalan mengenai produk memautkan semula selaput dara.
“Selaput dara tidak akan terpaut
dengan mudah. Bukan mudah nak pautkan semula kecuali dia buat plastik surgery tapi bahagian dalam tetap tidak
seperti anak dara. Besar perbezaannya Rizal. You sendiri boleh bezakan apabila you bersama dengannya kalau produk yang dijual selalunya hanya
merapatkan semula bukan bermaksud memvirginkan
perempuan itu...”
Fikirannya masih terganggu.
Bagaimana kalau tekaannya betul? Dia masih teringat lagi Amini berjalan bersama
dengan lelaki. Mereka nampak begitu mesra. Lelaki itu boleh merebahkan lagi
kepalanya di atas bahu Amini. Membelai rambut Amini. Hatinya tidak senang
apabila mengenangkan peristiwa itu.
Cemburu? Tolong sikit!
**********
P/s : terima kasih kepada semua kerana sudi singgah lagi di blog saya ini. Hmm... mungkin tajuk novel ni saya akan tukar sebaik sahaja tamat pada bab akhir. Sebab, mungkin ada di antara semua yang keliru akan novel ini dengan novel yang ditulis oleh Sharifah Abu Salem. Memandangkan saya ni agak kuno sedikit, jadi hubungan saya dengan TV sudah lama berakhir. huhuhu~ Apapun, saya hanya nak katakan yang novel ni, cerita ini, watak dalam cerita ini, jalan cerita dalam novel ini, sama sekali tak ada kena-mengena dengan slot drama Cinta Antara Kita di TV3, novel yang sudah diterbitkan, dan lagu Cinta Antara Kita yang Baizura Kahar nyanyi tu. lol. Sayang sebenarnya nak hapuskan tajuk ni begitu saja, tajuk ni muncul dahulu sebelum draft novel ini ditulis. Tapi, sukar bila ada tajuk yang bertindan. Nanti tak pasal-pasal saya kena sue pula... So guys, I really need your help... apa agaknya jalan yang terbaik boleh saya buat?
S.O.S
kenapa pulak nak tukar tajuk saya tengok kebanyakan tajuk novel pun sama cuma jalan cerita x sama apa pun saya tetap sokong awak.
ReplyDeletex de sambungan lagi ke?
ReplyDelete