“HEI PEREMPUAN!” bahu Amini dipegang
dengan kuat, dipusingkan tubuh itu supaya menghadapnya. “Siapa lelaki tu?” soal
Rizal tiba-tiba. Amini menjeling. Dia tidak tahu apa yang dibicarakan oleh
lelaki itu. Dia tidak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Rizal.
Rizal
menjungkitkan keningnya. “Tak cukup lagikah apa yang aku bagi pada kau? Kau
cari lelaki lain pula!” dagu Amini dipegang dan dihadapkan padanya.
Amini
menolak tangan yang memegang dagunya. “Jangan jadi bodohlah Rizal!” dia cuba
untuk meraih semangatnya untuk menentang lelaki itu. “Cakap pakai otak boleh
tak?” dengus Amini lagi.
Tidak
semena-mena Rizal mengangkat tangannya dan hinggap di pipi Amini. “Kau cakap
apa? Kau cakap aku bodoh?” suara lelaki itu meninggi. “Kau tak sedarkah yang
kau tu bini orang. Yang kau sibuk-sibuk menggatal dengan lelaki lain tu apa
pasal? Tak cukup lagi aku tak bagi kau keluar, sekarang kau menggatal dalam handphone pula?”
Amini
menarik nafas dalam-dalam. Rizal tampar aku? Bibirnya diketap menahan sakit
hati. Pipi yang ditampar Rizal tadi masih perit dirasakan. Dia mengetap
bibirnya lagi. “Siapa?” dia cuba menahan air matanya daripada jatuh. Jangan kau
cuba menangis di hadapan binatang ini Amini!
Rizal
tersenyum sinis. “Mr.B...” dia fikir aku tidak tahu!
Hah!
Amini meletakkan tangannya di atas dada. Sesak nafasnya tiba-tiba. Tidak sedar
yang dia menepuk-nepuk dada sebelah kirinya dengan genggaman tangannya. Jantung
itu sakit. Lemah dirasakan lututnya. Dia terduduk di hadapan lelaki itu. Dia
tidak pernah lemah seperti ini. Sekali lagi dia menarik nafas panjang. Sendu
ditarik. “Bodohnya kau Rizal. Kau tak check
nombor telefon dan kau hentam aku tanpa usul periksa.” Kali ini Amini sudah
tidak dapat membendung lagi. Air matanya tetap mengalir turun jatuh membasahi
pipinya. Amini mendongakkan kepalanya. Air mata itu sudah merembes. Air mata
itu bukan kerana tuduhan Rizal tetapi di atas kebodohan lelaki itu sendiri. “Kalau
kau orang yang bijaksana, kau tak akan terus menghukum.” Bergetar suara itu.
Amini bangun dan meninggalkan lelaki itu di dapur.
Nombor
telefon? Cepat-cepat Rizal mengambil telefon bimbit Amini dan memeriksa nombor
telefon itu. Bila matanya tertancap pada nombor itu, telefon itu terus sahaja
jatuh dari tangannya.
Mr.B itu…
Amini!
PIPI
yang ditampar itu diperhatikan pada cermin. Ada bekas jari lelaki itu dipipi
itu. Merah. Amini membasahkan mukanya dengan air yang ditadah. Sekali lagi
tangannya ditadahkan di bawah paip yang mengalir, menggeletar jari-jemarinya.
Tubuhnya ini seolah-olah tiada nilai dimata lelaki itu. Boleh diperlakukan apa
sahaja. Senang untuk ditendang, diterajang, ditampar bila benci. Dan bila suka
pula, tubuh itu dipeluk dengan erat. Pipi dan rambutnya akan dikucup dengan
hangat. Rizal memang Rizal. Tidak akan pernah berubah.
Hati
aku dia tidak pernah ambil kisah.
Siapa
kau mahu dia ambil kisah?
Aku
isterinya yang sah! Bukan Nelly!
Nelly…
Amini memejamkan matanya rapat-rapat. Rasa kurang senang tiba-tiba muncul pada
perempuan yang bernama Nelly itu. Biar dia tidak kenal perempuan itu secara
rapat, tapi, dia tahu betapa mesranya pasangan itu sebelum ini.
Rizal
melayan Nelly dengan baik. Rizal mungkin tidak akan pernah memarahi Nelly,
tapi, dia…
“Ami,”
lelaki itu mendekatinya. Amini sudah tidak kisah. Dia tidak memperdulikan
lelaki itu. Bantal dan comforter itu
diambil dan dibawa keluar.
Tidurlah kau seorang
diri malam ini!
Amini
meletakkan bantal di sofa. Tubuhnya direbahkan dan meletakkan kepalanya di atas
bantal itu. Comforter yang dibawa
keluar tadi sudah menutup tubuhnya. Perlahan-lahan tangannya memegang pada pipi
yang ditampar itu. Tanpa disedari kisah lama terlayar di hadapan matanya. Jadi
beginilah rasa seorang isteri ditampar oleh suami? Sakit, pedih, perit, semua
bercampur menjadi satu. Mak, Ami sedang melalui perkara yang sama seperti mak
lalui dulu. Lelaki seperti itu semuanya binatang! Aku benci Rizal!
Jari-jemari
itu bagaikan melekat di pipinya. Tidak hilang malah semakin menebal.
LAMA
dia duduk di birai katil itu. Keliru dengan hatinya sendiri. Kenapa dia harus
marah kerana benda sekecil itu? Ya Allah Rizal! Dia berdiri, kakinya membuka
langkah kecil keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan dia mendekati sekujur tubuh
yang sedang terbaring di atas sofa. Tubuhnya dibongkokkan. Akhirnya dia duduk
di sisi kosong itu. Desah nafas halus yang kedengaran itu menunjukkan yang
Amini sudah tidur. Pipi yang ditampar itu tadi diperhatikan. Merah. Tangannya
diangkat, dan mengusap-usap pipi yang merah itu.
I’m sorry Amini.
Satu
kucupan singgah di pipi itu, berharap agar bengkak itu akan surut selepas ini. Terpana
Rizal bila melihat setitis air mata tiba-tiba jatuh dari mata itu. Ibu jarinya
menyeka air mata itu. Dia tidak mungkin akan pernah membiarkan Amini tidur
bersendirian. Dia harus membawa tubuh itu masuk ke dalam bilik. Diselitkan
kedua-dua belah tangannya di bawah tubuh Amini, seperti biasa, dia mengangkat
tubuh itu dan diletakkan di atas katil. Comforter
dibetulkan agar menutup tubuh itu daripada kedinginan malam. Rizal mengambil
tempat di sisi Amini. Dia menyandarkan belakangnya pada katil. Dia membelai
rambut lurus Amini, perlahan-lahan, membiarkan setiap helaian rambut itu
menyisip di setiap celahan jarinya.
TANGANNYA
diangkat dan didepakan. Bila tangan itu terlantun kembali, matanya terbuka
dengan luas. Huh! Bodoh. Rizal mengangkat dia lagi semalam. Kalau tidak,
manakan bisa dia boleh tertidur di atas tilam ini. Matanya dilirikkan pada kiri
dan juga kanannya. Tiada bayang lelaki itu di dalam bilik ini. Bilik mandi juga
tidak berbunyi. Comforter yang
menutup tubuhnya itu ditolak tepi. Amini memegang pipinya lagi. Bekas tangan
itu sudah hilang tetapi masih meninggalkan parut pada hatinya. Amini turun dari
katil. Dia perlu menyediakan keperluan seperti yang dikehendaki oleh lelaki itu
semalam. Biar hati sakit tapi jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang
isteri.
‘Tidak
kiralah sehebat mana pergaduhan kita bersama dengan isteri atau suami kita tapi
bila kita melangkah keluar dari rumah, peluklah isteri atau suami kamu, lupakan
sengketa yang ada, pupuklah sayang itu sebab malang tidak berbau. Kemalangan
boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Siapa tahu mungkin kita salah seorang
daripada mangsa itu atau pun isteri mahupun suami kita. Jangan menyesal tak
sudah.’
Nasihat
yang diberikan oleh pegawainya dahulu terngiang-ngiang ditelinga. Biar dia
tidak cinta Rizal asalkan dia jalankan tanggungjawab yang sepatutnya dia
jalankan. Dia bukanlah sehebat srikandi tapi sebolehnya dia mahu menjalankan
tugasnya sahaja. Soal kasih dan sayang itu hanya berdasarkan simpati. Kasih dan
sayang pada Rizal hanya melewati pintu simpatinya, kasih dan sayang seorang
teman dan isteri, itulah erti dirinya yang sebenar pada Rizal… Jauh sekali bila
disamaertikan dengan cinta. Beda. Walaupun dia sangat membutuhkan cinta
daripada seorang insan bernama lelaki. Dia yakin insan itu bukan Rizal. BUKAN.
Mungkin tersurat ada lelaki lain di dalam hidupnya.
Mata
Amini tertancap pada nota yang dilekatkan pada cermin meja solek. Cepat
jemarinya menanggalkan pita pelekat itu daripada cermin.
‘Amini, I’m sorry. I shouldn’t slapped you
last night. I was wrong, so wrong honey. I keluar awal hari ini. I tahu you masih tak dapat tengok muka I diawal-awal pagi. I
harap dalam masa yang singkat ini akan menghilangkan rasa benci you pada I. Sorry.’
Honey? Dia panggil aku honey? Tidakkah lelaki itu tahu bahawa
panggilan itu sebenarnya boleh melembutkan hatinya? Bibirnya diketap perlahan,
cuba memendamkan rasa aneh itu sedalam-dalamnya. Tulisan tangan itu membuatkan
hatinya tersentuh. Amini bukanlah jenis yang orang yang keras hatinya. Dia
bukanlah jenis manusia yang tidak boleh bertoleransi tetapi tindakan Rizal
semalam yang terlalu terburu cemburu buta itu membuatkan hati kecilnya meraung
kesakitan. Sakit bagaikan dicucuk belati yang beracun. Kalau sahaja lelaki itu
merasa apa yang dia rasa, mungkin lelaki itu akan terjun daripada tingkat itu
ke bawah. Biar berderai otak di atas lantai. Tapi, Amini tidak mungkin akan lakukan
benda-benda bodoh seperti itu. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Mungkin Allah sangat menyayanginya sehingga dia diberikan dugaan seperti ini.
Terima kasih kepadaMu Ya Allah!
Kotak
telefon yang ada dihadapannya itu mengambil perhatiannya. Ada nama dia di atas
kertas itu. Bila Amini buka, sebuah telefon pintar Samsung Note Galaxy II yang
terbaharu itu berada di hadapan matanya. Adakah ini dugaan yang diberikan
kepadanya lagi? Terima pemberian dan dihina sebagai perempuan materialistik
selepas itu?
KEHIDUPAN
ini bukanlah seperti yang didamba-dambakan dalam bayangan minda. Mungkin kita
selalu mengimpikan sesuatu yang boleh membuatkan hati kita senang dan fikiran
yang tenang. Kebahagiaan itu boleh dirasai pada bila-bila masa sahaja. Salah.
Kita hanya boleh meramalkan sahaja, ketentuan itu ada di tangan Yang Maha
Kuasa. Tidak salah untuk bermimpi, bermimpi bukan bermaksud untuk menjadikan
mimpi itu satu kenyataan. Kadang-kala mimpi itu boleh menjadi pendorong kita
untuk menjadikan diri kita lebih baik daripada sekarang.
Tiada
yang menarik perhatiannya sekarang ini. Rekaan itu sudah siap. Lagu nyanyian Enya
itu yang dipasang pada set hi fi itu membuai-buainya. Irama celtic itu sesuai
dengan jiwanya sekarang ini. Biar muzik itu kedengaran lama, tapi dia masih
merasakan dia perlukan ketenangan seperti itu. Loceng yang berbunyi itu
mengejutkan dia. Amini berdiri, dan melihat orang yang sedang berdiri di
hadapan pintu. Pelik. Dia tidak pernah melihat perempuan itu sebelum ini.
“Ya,
cari siapa?” tanya Amini pada alat yang dikhaskan untuk berkomunikasi itu tanpa
membuka pintu.
“Ini
Amini?” soal perempuan itu.
“Saya,
kenapa…”
“AKHIRNYA
dapat juga berjumpa dengan Amini,” luah perempuan itu dalam nada yang gembira.
Dia memerhatikan perempuan itu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sedar yang
dirinya diperhatikan oleh perempuan itu dari atas ke bawah. Senyuman yang sukar
ditafsirkan itu terukir di bibir perempuan itu.
Siapa
perempuan itu? Bisik hati Amini. Bukankah Rizal sudah melarang dia membuka
pintu untuk orang-orang yang dia tidak kenal? Masalahnya di sini, perempuan itu
sudah menghulurkan senyuman yang ramah kepadanya, tidak mungkinlah dia
menghalau dengan menutup pintu. Bukankah kurang ajar namanya itu. Sejak dia
kecil, dia tidak pernah diajar dengan sikap yang kurang sopan. Biar miskin mana
pun mereka, ibunya tetap menerapkan nilai itu di dalam keluarga mereka. Bukan
sahaja ibunya malah bila sahaja dia bersikap kurang ajar, tidak kira bapa
saudara atau abangnya, sudah pasti tubuh itu akan menerima akibatnya. Jadi
sehingga kini Amini tidak akan pernah berkurang ajar terhadap sesiapa pun.
Besar perbezaan dendaan dahulu dengan sekarang.
“I want you to come with me,” ujar
perempuan itu tiba-tiba. Terkejut Amini. “Take
your time, I akan tunggu Amini bersiap.” Perempuan itu sudah tertancap pada
tubuhnya. Humm… memang sejak tadi lagi dirinya diperhatikan dari atas ke bawah.
Amini
memandang pada bajunya. Cepat sahaja tangannya menepuk dahinya. Dia langsung
tidak sedar yang dia masih mengenakan gaun tidurnya. Bibirnya mengukirkan
senyuman bodoh. “Sorry…”
Perempuan
itu mengangkat tangannya dan dilibaskan perlahan sambil tertawa kecil. “Don’t be. You guys just got married. I know
the feeling.”
Berkerut
dahi Amini. Aishh! Dia fikir aku dan Rizal ada hubungan yang macam itukah? Minta
simpang. Eh! Macam mana dia tahu aku dan Rizal baru sahaja mendirikan rumah
tangga. “Sebentar ya.” Amini meninggalkan tetamunya dengan berjalan ke dapur.
Dia mengeluarkan kek brownie yang masih berada di dalam ketuhar. Pisau kek
dicapai, dan memotong kek itu ke bentuk empat segi kecil. Pinggan kecil yang
ada di hadapannya diambil, kek itu diletakkan di atas pinggan itu. Bila saja
matanya tertancap pada minuman pada teko elektrik itu, hatinya tiba-tiba berasa
ringan. Kertas yang ditampal pada teko itu ditarik.
‘Guess a pot of coffee will make your day.’
Tulisan
berangkai itu diperhatikan satu-persatu. Matanya terbuka luas bila ternampak
tulisan kecil di bawah kertas itu.
‘P/s
: I don’t want you to get sick.
Jangan minum banyak kafein okey!’
Rizal…
Amini menarik nafasnya panjang-panjang. “Ya Allah!” sedar yang dia masih punya
tetamu di hadapan, cepat-cepat dia menuang kopi panas yang disediakan Rizal
sebelum keluar tadi di atas cawan kecil. Satu setengah sudu kecil gula
dimasukkan ke dalam cawan itu.
Amini
berjalan sambil menatang dulang yang berisi kek dan secawan kopi. Dia
meletakkan pinggan yang berisi kek itu di atas meja kopi dan diikuti dengan
kopi itu. Sedar yang buku lakarannya kini sedang menjadi tatapan tetamunya.
“Minumlah,” jemput Amini.
Perempuan itu mengangkat kepalanya. Senyuman terukir di
bibirnya. “Tak pernah tahu masih ada orang dengar lagu Enya pada zaman sekarang
ni.” Matanya tertancap pada cawan kopi yang asapnya masih berkepul-kepul di permukaan
itu. Amini membalas senyuman itu.
“Lagu
tu soothe,” usul Amini. Dia suka
lagu-lagu seperti itu. Biar bunyi itu seperti lagu negara Scotland asalkan
iramanya menenangkan.
“Indeed. I like it too…” perempuan itu mengenyitkan
matanya sambil memberikan senyuman manis kepada Amini. Cawan kopi itu di angkat
dan disisip perlahan-lahan. Bila sahaja air itu masuk ke dalam mulutnya, “hmm… your coffee sedap.”
“Rizal
yang brew,” jawab Amini tanpa
dipinta.
Mata
itu terbuntang. “Oh ya?” tidak percaya dengan apa yang dia dengar. “Not bad. Dan tak sangka pula, arkitek
macam Rizal lukis figure macam ini.”
Dia mengangkat buku lakaran itu dan menunjukkan figura seorang perempuan dari
belakang.
“Ump,
saya yang lukis sebenarnya.”
Kali
ini mulutnya ternganga, diselang-selikan melihat wajah itu dengan lukisan yang
ada di dalam buku lakaran itu. Tidak percaya yang Amini juga mampu melukis
sangkanya lukisan itu milik Rizal kerana ada lakaran rumah di dalam buku
lakaran itu. “Phhufff! You guys sure
ada chemistry yang kuat, patutlah
budak tu pilih you.”
“Pilih
saya?” duga Amini.
Dia
diam, cuba menutup mulutnya seketika. Amini tidak perlu tahu benda itu. “Well honey, you kena bersiap. I want you to go somewhere with me.”
TIDAK
berkelip matanya apabila melihat sebuah kereta mewah yang berparkir di
hadapannya. Bila sahaja tetamunya datang menghampiri, seorang lelaki yang
mengenakan kemeja putih berlengan pendek membuka pintu untuknya.
“Come Amini…”
dia menepuk ruang kosong di sebelahnya. Amini mengetap bibirnya. Betulkah
tindakannya ini? Perlukah dia memberitahu Rizal akan perkara ini? Bagaimana
kalau perempuan ini musuh perniagaan Mahani dan dia dijadikan sebagai tebusan.
“Jangan risau. I bukannya penculik.”
“Err…”
“Takut
Rizal marah?” duga perempuan itu sambil menaikkan keningnya. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya dari beg tangan. “Nak I
call Rizal?” soalnya lagi.
Telefon
Rizal? Tidak mungkinlah dia boleh bercakap dengan lelaki itu selepas apa yang
terjadi semalam. Bila mana dia melihat perempuan itu sudah mahu menekan skrin
telefonnya, “tak usah. Rizal sibuk. Saya tak nak ganggu dia.”
Tak
nak ganggu? Haha… bengonglah hang ni
Ami!
“Good, actually I pun tak nak call budak tu.” Kali ini perempuan itu
tertawa pula. Perlahan-lahan Amini masuk ke dalam kereta itu. Sebaik sahaja dia
duduk di atas bangku itu, belum sempat dia menarik pintu, pemandu itu sudah
menutup pintu untuknya.
Dia
tutup pintu untuk aku!
Terasa
diri seperti anak raja pula.
Perasan…
"Speaking about Rizal.” Amini mengangkat
kepalanya dan menoleh pada perempuan yang sedang duduk di sebelahnya. “You should know something about him.”
No comments:
Post a Comment