Friday, 20 June 2014

Novel : Cinta Antara Kita Bab 46

            “WAH! Tante Leh kata, Ami bukan main lagi makan di restoran mewah.”
            Terkedu Amini. “Apa tante?” wajah ibu saudaranya dipandang. “Makan di restoran mewah?” sejak bila pula dia makan dia restoran mewah? Sedangkan duit elaunnya itu pun cukup-cukup sahaja, dia tanggung semua perbelanjaannya menggunakan duit elaun. Dia membeli tiket kapal sendiri, dia menanggung sewa rumah sendiri, ada kalanya, dia juga turut membantu maknya membayar pinjaman daripada bank, itu belum termasuk bayar pinjaman PTPTNnya lagi.
            “Tante Leh kata, Ami celebrate birthday di restoran mewah mengalahkan orang kaya.”
            Amini teringat akan sambutan hari lahirnya yang diadakan secara mengejut oleh rakan-rakannya. Dia sendiri tidak tahu akan perkara itu, nama pun surprise. “Surpriselah… saya pun tak tahu yang dia orang sambut birthday saya.” Amini cuba menilik pada air muka ibu saudaranya itu. Perasaannya sudah berubah, kalau boleh dia mahu pergi daripada situ. Dia tidak pernah menyangka hal sekecil itu boleh diperbesar-besarkan sehingga disalahtafsirkan oleh individu-individu yang sangat berhati nurani.
            Amini tahan perasaannya. Dia tahan hati yang sedang menderita itu. Tante Leh. Dia sudah menganggap ibu saudaranya itu sama seperti ibu kandungnya sendiri. Dia tidak pernah memburuk-burukkan keluarga mereka kepada sesiapa. Dia tidak pernah mengambil kisah mengenai perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan oleh anak mereka tetapi kenapa harus dia difitnah dan diburukkan seperti itu.
            Dia mengambil komputer ribanya, dia harus menunjukkan bukti sebenar. Kebetulan rakannya ada membuat video, jadi dia tunjukkan kebenaran itu kepada ibu saudaranya ini. Dia berharap agar persepsi buruk itu akan hilang.

            BILIK kecil itu menjadi penemannya yang setia, bilik kecil yang dingin itu menjadi saksi pada curahan air matanya. Kenapa harus aku? Tidak cukup lagikah penghinaan yang mereka berikan kepada keluarga aku dan kini mereka memburuk-burukkan aku lagi. Amini menarik selimut ke paras dadanya. Dia cuba sedaya-upaya untuk tidak mengenangkan perkara yang sudah berlalu tapi suara-suara itu terus sahaja bermain di dalam benaknya. Terus bermain dan berputar. Laju. Dan bila bahagian yang mengkejinya itu beralih, suara itu dimainkan perlahan-lahan pula, seolah-olah mahu Amini mengingatkan semua peristiwa buruk itu lagi.
            ‘Anne kata kau bukan main lagi celebrate birthday di restoran mewah. Kau tak ingat mak kau bersusah-payah cari duit untuk kau. Kau senang-senang sahaja berfoya-foya dengan kawan-kawan kau di sana.’
            Sekali lagi. Ayat yang sama hanya penyampai sahaja yang berbeza. Amini tidak tahu berapa ramai orang yang sudah mendengar cerita yang tidak benar itu. Mereka tidak tahu keadaan situasi yang sebenar tetapi sudah membuat ceritanya sendiri. Tidak perlu disahihkan kebenaran informasi itu. Amini sudah maklum dengan perangai saudaranya itu.
            ‘Hari itu, mak dia ada datang minta pinjam duit. Duit yang dipinjam dulu masih berbaki RM20 belum dibayar, sekarang minta pinjam lagi. Jangan harap mak bagi!’
            Ya Allah! Air mata itu turun tanpa belas kasihan. Hatinya semakin sakit. Anne… Anne itu sepupunya. Anne yang dia sudah anggap seperti kakak kandungnya. Anne yang pernah mengajar dia itu dan ini. Anne yang pernah melayan dia dengan baik. Anne yang…
            Tubuh itulah yang dia rangkul dahulu, biar apa pun kesilapan yang dia pernah lakukan kepada keluarganya namun dia masih dapat menerima dengan baik. Dia tidak menjadikan masalah yang sudah lepas menjadi penghalang kepada hubungan mereka. Biar Anne tidak pernah berbicara mesra dengannya tapi dia kasihkan Anne. Kasih seorang adik itu tidak akan pernah surut biar apapun yang berlaku. Biar badai melanda sekalipun, akar pokok tidak pernah tercabut dari bumi. Begitu teguh kasihnya, hanya mereka sahaja yang tidak pernah mengetahui.
            Kenapa mereka suka berkata yang bukan-bukan? Mereka tidak tahu cerita yang sebenar? Mereka bukan berada di dalam situasinya. Bagaimana jikalau mereka juga dituduh dan difitnah seperti itu? Sudah lama Amini mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu berhadapan dengan insan-insan seperti ini, bukan kerana dia takut, tapi dia tidak mahu hubungan kekeluargaan itu putus begitu sahaja. Sedangkan dia sayang tante Leh, dia sayang kakak Anne. Dia sayang semua ahli dalam keluarga besarnya. Sekiranya mereka memerlukan pertolongan, dia tolong, dengan seikhlas hati, sedikit pun dia tidak mengharapkan apa-apa balasan. Walau dia sedar, dia diejek tapi dia tetap memberikan senyumannya. Senyuman itu tidak akan pernah lekang. Senyuman itu akan pernah sirna kerana senyuman itulah yang memberikan dia kekuatan yang sebenar.
            Kakinya yang berbalut itu ditatap. Belum satu masalah selesai, timbul pula masalah baharu, tetapi dia sudah dapat penyelesaian. Dia berharap agar jalan yang di ambil itu benar-benar mampu membuatkan dia terlepas daripada semua hinaan. Dia tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Tidak adakah lagi kedamaian yang ada di dalam dunia ini untuk dia dan keluarganya. Amini memejamkan matanya. Nafas ditarik dalam. Sakit. Dia ingin menangis tapi air mata itu dirasakan kering. Sangat kering. Tidak ada guna dia menangis lagi.  

             “MIMI!!” panggil Ikhwan. Dia dan Khalil masuk. Berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa. Amini cepat-cepat mengelap air matanya. Khalil meletakkan sebuah beg kertas di atas meja.
            I hentam beli saja. Harap-harap ngam dengan kau...” mengekeh lelaki itu ketawa. Ikhwan meletakkan bungkusan makanan di atas meja  katil Amini.
            “Nasi ayam The Chicken Rice Shop dan Caramel Macchiato dari Starbucks. Your favourite...”
            Thanks bro...” ucap Amini. Suaranya masih serak-serak. Minuman yang dibeli oleh Ikhwan itu ditatap, Rizal tak bagi aku minum minuman berkafein. Aahhh!! Lantaklah!
            Don’t be silly, I dah cakap yang you macam adik kandung I.”
            “Betul tu, kita orang dah anggap you macam adik kita orang sendiri. Jangan malu dengan kita oranglah Mi.” Khalil menyokong. Dia duduk di sofa yang disediakan khas untuk pengunjung. Mujurlah sahabatnya bertugas di hospital ini. Dapatlah bilik yang selesa sikit.
            “Saya tak tahu macam mana nak balas budi korang. Saya tak mampu nak bayar kos perubatan di sini,” akui Amini.
            Ikhwan tertawa. “Jangan risau,” berlatar belakangkan ayahnya, dia mampu untuk membayar kos perubatan Amini.
            “Tapi...”
            “Kali ini giliran kami bantu you next time, siapa tahu. Tuah ayam nampak di kaki Mi, tuah manusia tak siapa yang tahu lagipun you dah banyak bantu kita orang sebelum ini, remember...” Khalil berkata lagi. Bicara mereka terhenti seketika apabila doktor yang merawat Amini tadi memasuki bilik itu bersama dengan jururawat yang bertugas bersama dengannya.
            “Tak apalah Mi, kami balik dulu. Kalau ada apa-apa jangan lupa call, tak pun bagi tau Dzul...” Khalil berpesan. Dia menepuk bahu Dzul yang ada di sisinya. “Anyway Dzul, thank you very much. Tolong jaga Princess kami buat masa ni ya,” ujar Khalil.
            Dzulkifli tersenyum, dia melirikkan pandangannya pada Amini. Princess? “Jangan risaulah,” dia menyambut salam yang dihulurkan padanya. Giliran Ikhwan pula menghampirinya. Dia turut bersalaman dengan Dzulkifli.
            If something happen, bagi tau aku. I’m really worried about her,” bisik Ikhwan pada Dzulkifli. Terangguk-angguk doktor muda itu. Hebat betul penangan pesakit yang bernama  Amini ini!
            You mungkin akan mengalami kepayahan untuk berjalan nanti sebab tendon you membengkak nanti nurse akan berikan you ubat surut bengkak.” Dzulkifli menatap Amini buat seketika. “Any problem?” soal doktor muda itu.
            Amini mengangkat kepalanya. Dia menggeleng.
            “Are you trying to commit suicide?” soal Dzulkifli tiba-tiba.
            “I beg your pardon Mister!” terjegil keluar biji mata Amini. Berubah benar air muka yang ditunjukkan oleh Amini sekarang ini. Terkejut beruk doktor muda itu. “Saya seorang guru. Tidak mungkinlah saya akan cuba melakukan benda bodoh seperti itu.”
            Dzulkifli terdiam. Bibrinya mengukirkan senyuman. “I’m sorry, I tak bermaksud nak menuduh dan I tak tahu yang you seorang guru. I thought...”
            Comfort woman Khalil dan Ikhwan?” pintas Amini, dia tergelak. Selimut yang menutup bahagian bawah kakinya ditarik, menutup mulutnya. Dzulkifli tercengang, sedikit-sebanyak dia membenarkan dakwaan Amini itu. “You memang selalu berfikiran sempitkah doktor? Sehingga tak boleh membezakan di antara sahabat dan comfort woman...” Amini mengambil minuman Caramel Machiato yang dibelikan oleh Ikhwan kepadanya. Dia menyedut perlahan minuman itu. Nasi ayam yang dibungkus dari Chicken Rice Shop itu turut dibuka, Dzulkifli hanya memerhati. Kagum melihat perwatakan mendadak yang ditunjukkan oleh Amini. Amini bukanlah perempuan yang sembarangan.
            Amini memalingkan kepalanya ke kanan. Doktor itu masih berdiri di sana seperti sebuah tugu negara, tidak berganjak langsung. “Want some?” bungkusan makanan itu diangkat, ditunjukkan pada doktor yang mengelamun itu.
            “Oh!” Dzulkifli tersentak. “No, thanks. Enjoy your dinner...” dia membelakangkan Amini. Stateskop yang tersangkut di lehernya dibuka. Kakinya menapak perlahan, sebelum dia melangkah keluar sempat lagi dia melihat Amini.
            Perempuan itu tidaklah secantik mana tapi comel, hatinya bersuara. 

            RIZAL  memandang siling yang putih. Ke mana agaknya Amini itu melarikan diri? Dapat pula dia menekan clutch dan brek dalam keadaan seperti itu. Dia mengubah kedudukannya. Kali ini dalam keadaan duduk pula. Pandangannya tertancap pada komputer riba yang pecah monitornya itu. Sedangkan monitor itu pecah apabila terjatuh apatah lagi kaki yang terseliuh itu. Rasa bersalah tiba-tiba datang bertubi-tubi. Dia tidak sepatutnya berkata seperti itu kepada Amini.
            Dia memang tidak senang duduk sejak tadi. Risau akan Amini, sekali lagi Amini membuatnya risau. Ya Allah! Rizal meraup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
            Telefon bimbitnya berdering. Dia yang baru berkira-kira hendak turun dari katil dan mengganti pakaiannya terus mencapai telefon bimbitnya.
            “Hello,”
            “Riz! Bini kau mana?” suara itu bertanya.
            “Tak ada. Kenapa?” Rizal pelik. Tiba-tiba sahaja Johan mencari perempuan itu tengah-tengah malam seperti ini.
            “Jadi, bini kaulah yang aku nampak di hospital sekarang ni?”
            Terlopong mulut Rizal. Amini kemalangan? Ya Allah! Rizal terus melompat turun dari katilnya. Baju yang berlipat di dalam almari terus saja disarung tubuhnya. Bukankah Amini baru sahaja menjawab panggilan telefonnya tadi? Bagaimana kalau Amini kemalangan semasa menjawab panggilan telefonnya?
            Allahuakbar!
            Melayang roh dari jasadnya sebentar.
            I’m on my way...”