KEPALA HOTAK! Tak boleh tidur tanpa dia?
Berkerut-kerut dahi Amini. Dia menelan liurnya berkali-kali. Masa-masa inilah
pula… perlahan-lahan dia mengalihkan lengan Rizal. Wajah itu diperhatikan,
berharap agar lelaki itu tidak terjaga dari tidurnya.
Yes!
Dia
berjaya turun dari katil.
“Nak
pergi mana tu?”
Hah!
Terbuka
mulut Amini, perlahan-lahan dia menoleh ke arah Rizal. Senyuman terus sahaja
terukir di bibirnya bila Rizal sudah membuka lampu. Amini membetulkan
rambutnya.
“Lapar,”
menyeringai. Malu memberitahu Rizal yang perutnya berkeroncong minta makan.
“You nak I ambil makanan untuk you?”
tanya Rizal.
Cepat
Amini mengangkat tangannya. “Tak apa, saya boleh ambil sendiri. Kau tidurlah…”
dia benar-benar tidak mahu tidur Rizal terganggu.
“I’ll come with you.” Amini mengerutkan
dahinya. Biar betul?? “Kenapa?” soal Rizal bila dia nampak kerutan dahi Amini
di dalam kesamaran malam.
“Tak
ada apa-apa, pelik.”
“Pelik?
Kenapa pelik pula?”
“Yalah,
tiba-tiba kau nak ikut saya pergi dapur sedangkan sebelum ini kau tak pernah
nak ikut saya pergi dapur. Jadi, saya rasa peliklah,” bersungguh-sungguh Amini
meluahkan rasa kepelikkannya. Dia tidak sedar yang Rizal kini sedang berdiri
betul-betul di hadapannya.
“Siapa
tahu kalau you tiba-tiba menghilangkan diri nanti.”
Amini
menjuihkan bibirnya. Dia mula mengangkat kaki perlahan-lahan keluar dari bilik
itu, malas melayan perangai Rizal yang semakin mengada-ngada.
BAHUNYA
sudah ditekan supaya duduk di atas bangku itu. Mug di ambil. “Horlicks atau
Nestum?” tanya Rizal kepada Amini.
“Horlicks.”
Amini memerhatikan setiap pergerakan Rizal. Aroma Horlicks sudah menerawang di
udara, masuk terus ke dalam hidungnya. Mug yang berisi minuman panas itu
diletakkan di hadapannya. “You know
Rizal, you don’t really have to...” belum sempat Amini menghabiskan
ayatnya, bibir itu sudah dimatikan dengan kucupan kecil dari Rizal.
Amini
terus mengetap bibirnya bila Rizal sudah mengambil tempat di hadapannya. Dia
membasahkan bawah bibirnya. Rizal memerhatikan Amini. Baju tidur yang menutup tubuh
itu tampak nipis. Dia menarik nafasnya dalam-dalam, cuba mengelakkan otaknya
daripada memikirkan mengenai Amini. Rambut yang menutup kedua-dua bahu itu
turut menarik perhatiannya.
“Rambut
you dah panjang,” Rizal memberikan
komennya.
Amini
menjungkitkan kening. “Apa dia?”
“Jangan
potong rambut tu.” Rizal meneguk minumannya. Tidak perasan yang Amini turut
memerhatikannya. Mata itu nampak sedih. Rizal seolah-olah menyimpan sesuatu di
dalam hatinya. Lelaki itu masih terkenangkan pada teman wanitanya. Hangat
dirasakan di dalam dadanya. Dia cepat-cepat memandang pada dinding.
Berdebar-debar dadanya, malahan semakin kuat pula debarannya itu.
Kenapa
dia tiba-tiba rasa seperti ini? Selama ini dia tidak pernah merasakan debaran
yang kuat seperti ini di dalam dadanya. Dia perhatikan Rizal yang kini duduk di
hadapannya. Dia tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati itu. Dia tidak tahu
apa yang difikirkan oleh lelaki itu mengenai dirinya. Apa yang dia tahu, dia
menyesal kerana menolak ajakan Rizal bermain badminton petang tadi. Tapi, kalau
dia pergi sama, dia hanya boleh tengok bukannya bermain. Hmm…
“Kawan-kawan
I kirim salam dengan you.”
Suara
itu menenggelamkan fikiran Amini mengenai perkara lain. Matanya kini fokus pada
Rizal. “Kalau you dah sembuh kita boleh duel dengan diaorang.”
Amini
tergelak. Duel? Duhh. Dia bukannya hebat pun. “Ishk, tak kanlah nak duel dengan
kawan-kawan kau. Saya bukannya hebat sangat pun.”
Rizal
menjungkitkan keningnya. “Kenapa? You pukul bola macam perempuankah?” duga
Rizal. Tidak disedari muncung itu memanjang.
“Jangan
nak samakan saya dengan perempuan lain okey,” Amini memberikan amaran sambil
membulatkan biji matanya. Rizal tersenyum. Dia perhatikan senyuman kecil yang
terukir di hujung bibir itu. Dua lekuk muncul di hujung bibir atas itu. Tanpa
disedari, Rizal mengangkat tangannya. Ibu jarinya menyentuh lekuk itu.
Tindakan
drastik Rizal itu membuatkan Amini terkedu. Pegun. “I suka bila nampak you
senyum.”
Jantung
Amini berdegup dengan kuat.
Rizal
teringat pada lelaki yang bersama dengan Amini tempoh hari. Dia harus cari
tahu. “Sia…”
“AIK,
tak tidur lagi?” Mahani turun dengan baju tidurnya yang labuh itu. Terkejut dia
bila melihat anak dan menantunya masih lagi berada di dapur menikmati minuman
mereka. “Mama tak ganggukan?” tambah Mahani lagi. Anak dan anak menantunya
kelihatan terkejut bila dia muncul. Dia menganggu detik-detik indah anak-anak
muda inikah?
Amini
senyum. “Tak adalah ma,” jawab Amini. Kedatangan Mahani secara tiba-tiba itu
membuatkan Rizal terus menjatuhkan tangannya dari terus-terusan menyentuhnya.
Amini lega. Dia tidak lagi terseksa dengan pandangan mata yang sukar untuk dia
duga itu. Mahani sudah membuka peti ais. Dia mengeluarkan kotak susu segar,
gelas diambil dan menuang susu itu ke dalam gelasnya.
“Oh
ya, besok mama nak jumpa klien di KL.” Beritahu Mahani. Dia tidak mahu Rizal
dan Amini tercari-cari akan dirinya. “Ami nak mama beli apa-apa untuk Ami?”
Amini
menggelengkan kepalanya. “Rasanya tak ada.” Mahani datang mendekati Amini.
Tangannya terus memegang rantai leher yang tersangkut di leher Amini.
“Cantiknya
rantai ni, Ami beli di mana?” tanya Mahani. Tidak mungkinlah rantai ini ada di
jual di negara ini. Rekaan itu bukan rekaan dalam negara.
“Ibu
angkat Ami beri.”
“Datin
Mastura?” duga Mahani, bila dia nampak Amini menganggukkan kepalanya, dia
mengukirkan senyumannya. “Baru semalam dia beli baju dari butik mama. Katanya,
rumah baru mereka nanti direka oleh Riz.” Kali ini pandangannya beralih pada
Rizal pula. “Nampaknya, semakin berkembanglah ahli keluarga kita.” Mahani
memberikan komennya sambil membasuh gelasnya. “Okeylah, mama naik atas dulu.
Mama tak nak kacau daun.” Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Amini dan
Rizal.
Terkedu Amini, mama
nampakkah apa yang berlaku di antara dia dan Rizal sebentar tadi? Oh tidak!
Malunya!! Terjegil biji matanya bila dia melihat Rizal sudah tersenyum-senyum
seorang diri. Dia teringat pada kucupan yang singgah di bibirnya sebentar tadi.
Kucupan kecil itu bukanlah sesuatu yang berpanjangan tetapi cukup membuatkan
senak pada perutnya, bagaikan bercambah-cambah bunga-bungaan itu. Dia menatap
wajah itu sekali lagi. Dia harus memperingatkan dirinya sendiri. Rizal bukanlah
untuknya.
“Rizal, saya mengantuk.
Boleh kita tidur?”
Rizal menganggukkan
kepalanya. Dia mengambil mug Amini dan diletakkan di dalam sinki. Belum sempat
Amini berdiri, dia cepat-cepat memegang lengan Amini. “I dukung you, nak?”
“Why,
well, thank you.”
Tergelak Rizal,
sangkanya Amini menolak tapi tidak. Dia merendahkan badannya supaya Amini boleh
berpaut pada belakang badannya. Amini berpaut pada bahu Rizal. Bila lelaki itu
sudah membuka langkahnya, dia meletakkan dagunya di atas bahu itu. Belum pernah
ada lagi lelaki yang mendukungnya seperti ini. Rizal benar-benar membuatkan dia
bermimpi. Mungkin, ini adalah memori untuk dia simpan di dalam kotak
ingatannya.
“You dah semakin berat.”
Komen Rizal itu tidak
memberi kesan kepada Amini. “Kalau macam tu, saya boleh turun gimlah kan…”
Amini cuba mengambil kesempatan.
“The answer is still no honey. I akan belikan you, your own treadmill, upright bike too…”
“Does
it mean that you’re not going to gym too?” pertanyaan
Amini itu membuatkan Rizal terdiam. Gim adalah tempat dia bertemu
rakan-rakannya, hanya masa itu diperuntukkan untuk berbual bersama dengan
rakannya. Dia menundukkan tubuhnya, meletakkan Amini di atas katil. “Tidur
okey,” ujarnya.
“Rizal, kau masih belum
jawab soalan saya.”
“Shhh, tak sakitkah
mulut bila bercakap banyak macam ni?”
Amini terus mengetap
bibirnya. Rizal memang berniat tidak mahu mengendahkan pertanyaannya. Dia terus
merebahkan tubuhnya. Dan, Rizal juga turut melakukan perkara yang sama.
“Saya tak kerja besok. Boleh
tak saya tumpang pergi library
negeri?”
“Nak buat apa di sana?”
soalan bodoh itu keluar dari mulut Rizal.
“Kalau boleh nak tempah
tiket cruise di sana,” ambik kau!
Rizal sedar Amini mengejeknya. Cepat sahaja dia mencubit pipi itu.
“Kenakan I ya?”
“Sakitlah!”
“I tahulah library tu
perpustakaan. You nak buat apa di
sana?” tanya Rizal lagi. Amini mengetap bibirnya geram. Tidak bolehkah kalau
lelaki itu tidak bertanya soalan cepu emas seperti itu? Perlukah dia memberi
laporan setiap pergerakan yang dia buat.
“Saya nak siapkan tesis
saya Rizal. Tak ingatkah saya ambil Master sekarang ni?” dia cuba memandang
tajam pada sepasang mata yang tidak pernah lari daripada memerhatikannya.
Bagaikan hendak ditelan dia hidup-hidup oleh Rizal. Tajam. Sungguh tajam, mungkin
belati bukan tandingannya. “You don’t
trust me?” soal Amini tiba-tiba.
Tersentak Rizal.
Perkataan percaya itu membuatkan lidahnya kelu. Bukan dia tidak percayakan
Amini tetapi dia hanya tidak suka bila Amini berjalan ke sana dan ke sini
bersama dengan orang-orang yang tidak tentu arah. Dia tidak suka bila Amini
masuk ke dalam tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Apatah lagi berjalan
bersama-sama dengan lelaki yang bukan dirinya. Dia tidak suka, bukan kerana
cemburu. Dia hanya tidak suka.
“Abang bukannya tak nak
percayakan…”
“Abang?” celah Amini,
berkerut dahi itu apabila lelaki itu menggelarkan dirinya abang. “Sejak bila
pula perkataan I itu digantikan
dengan ‘abang’?” sindir Amini.
Rizal menarik tubuh itu
supaya rapat dengannya, menyandarkan belakang badan itu pada dadanya. Dari
belakang, tangannya memeluk tubuh kecil itu. Satu kucupan singgah di rambut
Amini. Bergetar jiwa Amini. Dia memejamkan matanya. “Ami tak suka?”
Air liur ditelan.
Perit. Tersangkut dileher seperti batu kelikir yang besar.
“Rizal.”
“Hmm…”
Bawah bibir itu
digigit, dia cuba menghalang perasaan asing itu cuba menguasai dirinya. Bila
dia merasakan Rizal semakin jauh membawanya ke samudera, dia cuba menggapai
pada tali di angkasa.
“No!”
ditolak tubuh itu menjauh dirinya. Naik turun nafas itu. Amini menundukkan
kepalanya, dan digelengkan perlahan. “No.
You don’t want to be with me. Saya tak sesuai. Saya bukan untuk kau Rizal.”
“APA yang Ami cakap
ni?” Rizal tidak percaya Amini akan menolaknya seperti itu. “Kenapa menidakkan
apa yang Ami rasa?” dagu itu dipegang dan diangkat supaya memandang ke
wajahnya. Bila dia ternampak air mata di hujung mata itu, rasa bersalah mulai
menghantui dirinya. “I’m sorry Ami,
abang minta maaf, betul-betul minta maaf. I
tak bermaksud nak…”
“Bukan
salah kau Rizal. Perkahwinan kita tidak sepatutnya dijalankan. Saya juga
bersalah dalam perkara ini. Saya tak sepatutnya terima. Kau sepatutnya mendapat
perempuan yang layak bersama dengan kau, bukannya perempuan murahan seperti
saya.”
“Ami…”
“Saya
janji, saya akan kembalikan keadaan seperti normal.”
Aku akan satukan kau dengan kekasih kau
kembali.
Amini
mengangkat tangannya dan memegang pipi itu, perlahan-lahan dia mengusap. Dia
dapat rasa janggut Rizal yang bakal bercambah dalam masa sehari lagi. “Bagi
saya masa Rizal. Saya tahu itu bukannya perkara yang senang tapi, saya hanya
mahukan semuanya kembali seperti sedia kala.”