MATA itu ditatap, pertama kali Amini
membalas pandangan matanya. Dia nampak perubahan pada warna anak mata itu.
Aurakah? “Ami cakap apa ni? Abang tak faham. Kenapa harus kembalikan keadaan
seperti biasa?”
“Selamat
malam Rizal.” Dia meninggalkan Rizal begitu sahaja tanpa memberikan jawapan
kepada pertanyaan daripada Rizal. Masa itu belum tiba lagi. Suatu hari nanti
Rizal akan tahu juga. Mungkin pada masa itu, Rizal adalah lelaki yang paling
bahagia di muka bumi ini.
Amini
mengiringkan tubuhnya membelakangkan Rizal. Rasa kosong mulai menghantui
dirinya walaupun Rizal masih ada di sisinya sekarang ini. Dia tidak tahu
kenapa, tapi mungkin disebabkan dia banyak menghabiskan masa bersama dengan
Rizal. Kehadiran Rizal di sisinya membuatkan dia sudah biasa dengan situasi
seperti itu. Air memenuhi ruang, dan Rizal pula sudah memenuhi ruang di
kepalanya.
Rizal
juga punya masalahnya sendiri. Dia hanya menantikan lelaki itu memberikan lafaz
cerai kepadanya, dia hanya tunggukan lafaz itu. Walaupun dia tidak pernah ada
lelaki yang hadir di dalam hidupnya sebelum ini, dia tidaklah terdesak untuk
menyimpan Rizal supaya berada di sampingnya sampai bila-bila. Tanpa cinta,
hubungan itu akan terus hambar. Biar punya cinta sekalipun tetapi berkekalankah
cinta itu sehingga ke akhirat? Terlalu banyak contoh yang dia boleh ambil. Dia
hanya tidak mahu hidupnya akan berakhir dengan sesuatu seperti itu.
Sekarang
ini, dia hanya perlu bersabar. Biar banyak perubahan yang dia lihat pada diri
Rizal tetapi dia masih mahukan lelaki itu melepaskan sikap keprejudisan yang
ada di dalam dirinya. Bukan untuknya sahaja tetapi untuk semua. Rizal seorang
lelaki yang baik tetapi ada sebahagian di dalam diri lelaki itu yang perlu
diubah. Lelaki itu sendiri perlu mengubah dirinya. Dan, dia juga perlu mengubah
jalan kehidupannya nanti.
KABUS
yang masih membalut di kawasan bukit itu menggamit rasa dingin. Berkali-kali
dia menggosok lengannya yang kedinginan. Dia menyandarkan belakangnya pada besi
di balkoni itu, matanya diarahkan pada tubuh yang masih melingkar di atas
katil. Masih nyenyak, seperti biasa tubuh itu tidak berkalih banyak semasa
tidur. Sudah menjadi kebiasaan Amini tidak membuat banyak pergerakan semasa
tidur.
Bila
dia bangun tadi, dia dapat merasakan kain satin menyentuh tubuhnya. Rapat.
Rambut hitam itu sudah menutup sebahagian bahunya. Bila dia mendongakkan
kepalanya sedikit, hidungnya sudah menangkap haruman yang terbit dari rambut
itu. Bunga dan vanilla. Tiap detik, tiap saat, dia sentiasa terkenangkan
senyuman itu, lirikan mata itu. Dia mungkin tidak akan dapat tidur tanpa
haruman yang terbit dari tubuh itu. Manis dan menenangkan.
Adakah
Amini akan meninggalkan dia demi lelaki itu suatu hari nanti? Dia benar-benar
tidak mahu Amini bersama-sama dengan lelaki lain. Amini hanya layak bersama
dengannya. Bukan dengan orang lain. Tidak tahukah Amini yang dia perlu lindungi
Amini? Dari dahulu sehingga kini, dia melarang Amini ke mana-mana hanya kerana
dia mahu melindungi Amini.
“Rizal…”
TERKEBIL-KEBIL
mata mamai itu melihat Rizal yang sedang berdiri di balkoni itu. Amini
membersihkan matanya dan membetulkan rambutnya yang berserabai itu. Lelaki itu
tidak mengejutkannya pagi ini seperti hari-hari sebelum ini.
Rizal
menapak masuk. Senyuman terukir di bibirnya, dihulurkan kepada Amini. Senyuman
itu memberikan Amini satu keyakinan untuk memulakan harinya dengan ceria.
Meskipun dia tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati lelaki itu tetapi dia
dapat menerima pancaran positif itu di pagi hari.
“Mandi
ya, nanti abang hantar pergi library.”
ABANG…
Kenapa harus panggilan itu ditukar? Ke mana menghilangnya I dan You itu? Kenapa
harus sekarang? Di saat dia hendak… Rizal!
Lengan
Rizal terus dipegang. Langkah Rizal mati. Dia memandang pada Amini. “Please, please jangan marah saya.” Amini
sangat mengharapkan lelaki itu dapat memaafkannya. “Sa… sa… say…” dia tidak
mahu Rizal marah hanya kerana tidak melayan kehendaknya.
“Ami
cakap apa ni?” dia terus mengambil tempat di sebelah Amini. Amini sudah
menundukkan kepalanya. Tersentuh hati kecil Rizal bila dia melihat wajah sedih
itu. Amini menarik nafasnya dalam-dalam, rasa bersalah semakin menghantui
dirinya. Bila dia mendongakkan kepalanya dan melihat sepasang mata yang sedang
memerhatikannya, dia menarik nafasnya dalam-dalam.
“Saya
akan kotakan janji saya Rizal…” ujarnya perlahan, diungkap satu-persatu
perkataan itu dengan jelas.
Janji?
Janji apa?
“Abang
harap Ami tak akan pakai baju seksi-seksi lagi.”
Dia
tak mahu aku pakai seksi-seksi lagi. Amini ingin mengukirkan senyumannya. Rizal
ambil berat terhadap pernampilannya, dan bermakna lelaki itu mengambil berat
akan dirinya. Buat seketika dia merasakan dirinya bahagia. Bahagia bila lelaki
yang bergelar suaminya itu memberikan dia nasihat. Inilah yang dia perlukan.
Dia perhatikan wajah lelaki itu dengan pandangan yang lembut. Tahukah Rizal
yang dia…
“Pasal
gim tu, kita pergi sama-sama next time tapi no
more tight pants, no more tight shirt.”
Terangkat
kepala Amini, tersentak lagi. “Kenapa?” dia lebih selesa pakai seperti itu
apabila bersukan. Bukankah Rizal juga biasa melihat orang perempuan berpakaian
seperti itu. Dia tahu pakaian seperti itu akan menarik perhatian lelaki lain
tetapi dia tidak menyangka yang lelaki itu akan ambil kisah, ambil peduli akan
dirinya.
“Abang
tak nak lelaki lain nampak benda milik abang.”
“Yours?” terjungkit kening Amini. Dia
hampir ketawa terbahak-bahak.
Tiada
gelak kali ini. “Of course.”
Amini
cuba menahan rasa bahagianya di dalam hati, namun dia dia membuat mukanya yang
ketat. “It’s mine actually, not yours.”
“Oh honey, abang tak nak orang lain share benda yang sepatutnya milik abang…”
bidas Rizal lagi. Okey, lelaki itu tidak akan pernah menyerah kalah. Amini sudah
mengetap bawah bibirnya. Lelaki ini tidak akan pernah mengaku kalah.
Kalau
begitu, “okey, kalau macam tu, you
yourself pun jangan buka baju di hadapan orang lain coz I don’t wanna share my Bale with anyone.”
Ternaik
kening Rizal. “Bale?” soalnya. “Is that
what Mr.B stand for?”
TERBUNGKAM
Amini. Dia sendiri tidak sedar yang dia mengungkapkan perkataan Bale sebentar
tadi. Betulkah bibirnya menuturkan perkataan Bale itu? Aku punya Bale. Ohhhhhh
tidak!! Malunya. Panas dirasakan mukanya. Bila dia memandang pada Rizal, lelaki
itu masih lagi tersenyum. Sempat lagi Rizal mengusap-usap pipinya sendiri.
Tangan itu beralih pula kepada otot bicepsnya. Rizal menggerak-gerakkan tangan
itu, menunjukkan otot bicepsnya. Amini sudah menggelengkan kepalanya tidak
percaya. Rizal sudah menunjukkan hidungnya yang kembang kempis. Amini menyesal…
dia menyesal!!
“I know I’m hot but abang tak pernah tahu yang abang ni macam Christian Bale. Which parts of Christian Bale?”
B
untuk Beast.
Dan
bukannya, B untuk Bale. Amini bagaikan hendak menghantukkan kepalanya pada
diniding itu. Rizal semakin menunjukkan otot-otot yang ada pada tubuhnya.
Mulutnya
terbuka sedikit. “Ump…” dia memandang ke arah lain apabila lelaki itu sudah
merenungnya dengan tajam sambil tersenyum. Bila dia terpandang pada mata itu,
jantungnya berdegup dengan kencang lagi. “Saya rasa, saya nak mandi dulu.” Comforter dialihkan dari menutup
bahagian kakinya.
“Do I look like Christian Bale?” tanya
Rizal. Pertanyaan itu membuatkan dagu Amini hampir-hampir terlepas dari
rahangnya.
Oh
Tuhan! Lagi??
“Excuse me?” perasan lebih pula dia. Menyesal
pula dia mengungkapkan perkataan Bale itu sebentar tadi. Rizal sudah
tersengih-sengih. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Amini sebelum dia
berlalu menuju ke almari pakaian.
Perit
lehernya sewaktu dia menelan air liur. Comforter
itu digenggam kuat. Mata itu tidak pernah berhenti dari memandang susuk itu. Cair?
Hatinya memang cair sekarang ini, bukan hari ini sahaja tetapi hari-hari
sebelum ini juga. Bodohkah dia bila dia tidak mengenal hatinya sendiri?
“Ami.”
Amini
mengelipkan matanya. Panggilan Rizal itu sama sekali memusnahkan semua bicara
kosong di dalam hati dan mindanya. “Hmm…” Rizal mengangkat baju kemejanya yang
masih belum bergosok.
Macam
mana dia boleh melupakan benda itu?
Perlahan-lahan
dia turun dari katil dan menghampiri Rizal. Tangannya mencapai kemeja itu.
“Lupa pula.” Kemeja itu beralih tangan.
“Kaki
okey?” soal Rizal.
Amini
menganggukkan kepalanya perlahan. Dia sudah tidak berjalan terjengket-jengket
tetapi langkahnya perlahan.
“Sure tak nak abang temankan pergi library?” duga Rizal lagi. Bagaimana
jikalau kaki itu bertambah sakit lagi?
“Buat
apa?” bentak Amini kasar. Dia sertakan dengan jelingan tajam. Lama dia
berhenti. Menyesal pula bila mengeluarkan bicara kasar seperti itu sedangkan
Rizal berbicara baik dengannya. “Sorry…” Amini
terus sahaja berlalu keluar dari bilik tidur itu menuju ke bilik gosok yang
terletak di tingkat bawah. Sukar bagi dia mengawal emosinya sebentar tadi. Dia
tidak suka dikongkong. Sudah menjadi kebiasaan di dalam dirinya untuk melakukan
semua benda seorang diri.
Perlahan-lahan
dia mengatur langkahnya menuruni tangga. Dia mendakap erat baju itu ke dadanya,
baju itu ibarat tubuh Rizal yang sentiasa memegangnya dengan erat. Dia tidak
mahu meninggalkan Rizal! Rizal membuatkan dia merasakan dia ingin sentiasa
bersama dengan Rizal tetapi kadang-kala Rizal membuatkan dia merasakan dirinya
tidak diingini.
Jari-jemari
itu semakin menggenggam erat pada fabrik itu. Amini tidak tahu kenapa hatinya
sedang berperang saat ini. Dia tidak pernah rasakan dirinya seperti ini sebelum
ini. Sekarang ini… hidupnya sudah terumbang-ambing. Ini semua berlaku kerana
Rizal. Sikap Rizal membuatkan dia berjauh hati. Dia masih tidak dapat mengagak
apa yang bermain di dalam hati Rizal. Dia tahu Rizal ambil berat akan dirinya
tetapi Rizal tidak cintakan dia. Amini tidak mahu kecewa selepas itu. Dia tidak
mahu kecewa. Dia hanya mahu bahagia.
“EH,
non! Lagi ngapain?” tegur wanita tua yang tiba-tiba menegur Amini dari
belakang. Bila Amini menoleh, wanita tua itu sudah berdiri di hadapannya.
“Tak
ada apa Mbak, gosok pakaian.”
“Lah,
biar Mbak yang buat. Kaki non itu masih sakit, berdiri lama-lama bisa tambah
pegal.”
Bila
Mbak ingin mengambil-alih tugas itu, Amini menolak. “Tak payahlah Mbak, nanti
kalau buat kerja tak selesai, nanti suami tinggalkan kita.” Amini bergurau.
Kata-kata Amini itu membuatkan Mbak tersenyum. Dia memerhatikan Amini menggosok
pakaian Rizal. Sentuhan itulah, sentuhan yang paling lembut dia pernah lihat.
Jari-jemari itu meniti di atas kain, disentuh dan dibelai dengan penuh kasih.
Kalau begitulah layanan yang Amini berikan kepada Rizal setiap masa, dia yakin,
Rizal tidak akan pernah meninggalkan Amini.
“Okey,
dah siap. Ami naik atas dulu ya Mbak.” Amini sudah memberikan senyuman manis
kepada orang tua itu. Biar Mbak itu pembantu rumah sekali pun, dia tidak akan
pernah melayan orang dengan buruk. Pembantu rumah juga manusia, darjat itu
tidak ada di mata Yang Maha Kuasa. Semuanya sama.
Satu-persatu
anak tangga itu dinaiki. Kakinya melangkah terus sahaja masuk ke dalam bilik
tidur Rizal. Terbuntang biji matanya bila nampak Rizal yang keluar dari bilik
mandi dalam keadaan yang... Rasa panas terus menerjah mukanya. Cepat sahaja dia
memejamkan matanya rapat-rapat.
“Confound it!” marah Amini. Dia
menundukkan kepalanya. Cepat dia mengatur langkahnya menuju ke kabinet. Tuala
dikeluarkan dan dilemparkan ke arah Rizal. Dia tidak sanggup melihat ke muka
lelaki itu. Rizal tidak sepatutnya mendedahkan dirinya secara terang-terangan
seperti itu!
“You just hit a jackpot honey,” deru
nafas itu melanggar permukaan kulit di belakang telinganya. “Hence, I’m wearing a brief.” Amini mengangkat kepalanya. Tidak
terkejut yang Rizal sedang membongkokkan dirinya agar berada dalam ketinggian
yang sama dengannya. Bila dia menjatuhkan pandangannya ke bawah, dia sudah
nampak bahagian bawah tubuh itu sudah pun dibalut, ditutup. Amini menutup dan
memejamkan matanya lagi. Dia merasakan pipinya disentuh ibu jari Rizal,
bergerak di pipi dan berhenti di dagunya. Dagu itu diangkat. Amini menelan air
liurnya. Perit. Senyuman terukir di bibir Rizal. Amini sendiri kurang pasti apa
makna sebenar senyuman yang diukir itu. “You’re
drooling…” bisik Rizal lagi. Mengusik Amini.
“What the heck!” Amini terus menepis tangan
dari dagunya. Dia memberikan kemeja Rizal. Kasar ke dada lelaki itu. Dia terus
sahaja menghayun langkah menuju ke bilik mandi. Langkahnya terhenti. Amini
berpatah balik. Tuala baru dikeluarkan dari kabinet dan dia terus bawa masuk ke
bilik mandi.
TELINGANYA
dapat menangkap jelas suara lelaki itu ketawa. Huh! Tidak lucu langsung. Apa
tujuan sebenar lelaki itu menunjukkan dirinya itu kepada dia? Bukankah Rizal
sudah menyimpan dirinya untuk kekasihnya. Dasar lelaki! Buaya! Musang!
Serigala!
Rizal
tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Lelaki itu bertindak seolah-olah
hubungan mereka sebagai suami isteri akan berkekalan sedangkan hatinya tidak
pernah bertindak seperti itu. Dia kenal Rizal. Rizal seorang yang pentingkan
standard dan kualiti daripada pasangannya. Dan, dia, jauh api dari panggang.
Berus
gigi dicapai. Eh! Amini menepuk dahinya. Dia manalah ada bawa berus gigi. Bukan
dia ada bawa? Entahlah. Bila dia buka peti di hadapannya, peti itu hanya
memuatkan stok sabun dan ubat gigi. Tiada berus gigi. Matanya tertancap pada
berus gigi yang ada di dalam gelas itu.
Ewww!!
Tidak mungkinlah…
Apa
pilihan yang dia ada? Tidak mungkinlah dia tidak memberus giginya pula.
Bagaimana dia mahu berhadapan dengan masyarakat dengan nafas busuk dan tahi
gigi yang melekat pada giginya.
Itu
dia! Berus gigi itu diambil.
Alah! Rizal punya jer
pun…
Dia memberus giginya.
Usai. Dia terus mandi dan keluar dari bilik mandi setelah mengeringkan tubuhnya
lima belas minit kemudian. Dia melihat Rizal yang baru sahaja menyarungkan
seluarnya. Dia cuba tidak mengendahkan lelaki itu, dia tidak mahu memikirkan
mengenai keadaan Rizal sebentar tadi.
Bahunya ditahan bila
dia melintasi Rizal. Amini terus mengangkat kepalanya. Bila dia membuka
mulutnya, mahu memprotes, lelaki itu sudah mendekatkan mukanya. “Rizal…”
memerah muka Amini bila muka itu semakin dekat. Dekat. Dan, dekat. Nafasnya
sesak.
“Abang cuma nak
pastikan Ami ada berus gigi ataupun tidak.” Satu kucupan singgah di dahinya.
“Berdasarkan pemerhatian abang, Ami guna berus gigi abangkan…” soal Rizal.
Soalan bodoh apakah
ini?
Amini membersihkan
kerongkongnya dengan berdehem kecil. “Saya lupa bawa berus gigi.”
Senyuman itu terukir
lagi. “Abang tak kisah pun.” Pandangannya jatuh pada bahu Amini yang kosong.
Tidak sedar yang dia masih belum melepaskan tangannya yang merangkul pinggang
itu dari tadi. “Okay, get dressed honey.”
Kepala Amini diusap perlahan sebelum dia melepaskan Amini. Dia terus sahaja
membelakangkan Amini. Tapak tangannya diletakkan di atas dadanya. Jantung itu
semakin lama semakin berdegup dengan pantas.
Oh Tuhan!
SENYUMAN itu sengaja
disimpan. Sempat lagi dia melirikkan mata pada Amini. Dia tahu Amini bengang
sekarang ini. Berus gigi, hurm… dia mengulumkan senyumannya lagi. Tali leher
yang disangkut pada penyangkut pakaian itu diambil, dilingkarkan pada kolar
kemeja dan terus sahaja mengikat tali lehernya tapi bila dia memikirkan Amini,
dia biarkan sahaja tali leher itu tersangkut pada lehernya.
Bila dia menoleh ke
kanannya, Amini masih lagi memilih pakaiannya. Satu-persatu pakaian yang
disangkut itu diambil dan dipadankan dengan baju yang lain. “Perlukan bantuan?”
tanya Rizal, dia mula mendekati Amini.
“Tak apa.” Amini tidak
mahu meminta pendapat lelaki itu. Dia sudah tahu lelaki itu tidak mahu dia
mengenakan pakaian yang singkat-singkat lagi. Rizal menilik baju-baju yang ada
di dalam almari itu.
“Macam mana yang ini?”
sehelai gaun panjang labuh berwarna coklat gelap dan sehelai blouse putih
berlengan panjang dicapai. Amini mengangkat kepalanya. Senang sahaja lelaki itu
memilih dan memadankan pakaian untuknya.
Sorotan mata yang tidak
diketahui maknanya itu terus ditatap. Rizal tidak tahu sama ada Amini suka ataupun
tidak tapi dia suka bila Amini berpakaian seperti ini. Nampak matang dan sesuai
dengan profesionnya. Bila bibir itu mula mengukirkan senyumannya, Rizal tahu
yang dia tidak salah pilih.
“Terima kasih, not bad.” Amini menjungkitkan keningnya
sambil memberikan pujiannya. Dia terus sahaja mengambil pakaian itu dan berjalan
menuju ke bilik mandi sambil diperhatikan Rizal. Air muka itu berubah.
“Ami,” panggil Rizal.
Amini menghentikan
langkahnya dan menoleh. “Hmm…” alih-alih Rizal menggelengkan kepalanya. Tidak
jadi untuk bersuara. Amini berpusing dan berjalan masuk ke bilik mandi untuk
mengenakan pakaiannya.
Rizal meraup muka
menggunakan kedua-dua belah tangannya. Biar apa pun cara dia guna untuk
mendekati Amini, Amini tetap menjauhkan diri darinya. Amini umpama merpati yang
diberikan makan, datang dekat, bila didekati, dia menjauh. Entah bila dia boleh
mempunyai Amini seperti pasangan suami isteri yang lain. Hatinya tersentuh bila
Amini kerap mengenakan pakaiannya di dalam bilik mandi. Kenapa harus mewujudkan
jurang itu?
“Kenapa
tak ikat tali leher lagi?” tegur Amini sewaktu melintasi Rizal. Pelik bila
lelaki itu masih berdiri di situ. Dia menyapu sunscreen pada mukanya. Dan ditampal dengan bedak compact. Amini tidak peduli benda-benda
lain. Gincu diambil dan dicalit warna merah gelap pada permukaannya. Mudah dan senang. Bila dia memandang pada Rizal, dia mengerutkan dahinya. Dia berjalan
mendekati Rizal. Awal-awal pagi lagi sudah berdiri seperti tugu negara? Lengan
itu ditepuk perlahan. Terkedu Rizal. “Tsk, tsk, tsk…” dia sudah memegang hujung
tali itu. Perlahan-lahan dia mengikat tali leher itu untuk Rizal.
Debar
di hati dan ombak di perutnya itu cuba ditahan. Dia tidak percaya yang dia akan
memakaikan suaminya tali leher. Sejak dahulu lagi Amini mengimpikan detik-detik
seperti ini. Biar sederhana, tetapi benda-benda kecil seperti inilah yang dia
teringin untuk lalui. Biar lelaki itu tidak mencintainya, asalkan mimpinya
menjadi kenyataan, itu sudah cukup. Amini tidak meminta lebih daripada itu.
Lama
tali leher itu diperhatikan. Sesuai dengan kemeja biru Rizal itu. Kedua-dua
belah tapak tangannya diletakkan di atas dada Rizal. Dia mahu simpan kenangan
ini. Suatu hari nanti, dia yakin dia perlukan kenangan ini untuk dimain
berkali-kali di kepalanya.
“I’ll miss you…” ucap Amini perlahan.
Sangat perlahan…