TAPI, masih mampu didengari oleh Rizal.
Bila dia cuba mengangkat tangannya, Amini sudah menjauhkan dirinya. Tidak
mungkinlah Amini mahu meninggalkannya? Sudah tentulah tidak! Amini isterinya yang sah. Tempat isteri adalah di
sisi suaminya. Amini tidak akan pernah tinggalkan dia. Dia tahu, Amini seorang
yang patuh.
“Ami
ada nak cakap sesuatu pada abang?” Rizal bertanya pada Amini yang sudah
menjauhkan dirinya. Bila Amini menoleh padanya, mata itu tajam memandang ke
arahnya. Terjungkit kening Rizal bila Amini mendekatinya dengan mata sepasang
mata yang membaham itu.
Amini
menggigit bawah bibirnya. Dia menyembunyikan barang yang dia jumpa di dalam
bilik mandi semasa dia mengenakan pakaian di belakang badannya. Dan, dia masih
lagi berjalan dengan langkah perlahan, seperti singa yang menghendap mangsanya,
penuh berhati-hati, tubuh itu tidak lari daripada renungan matanya yang tajam,
sangat tajam. Rizal tahu renungan mata tajam itu. Dia juga pernah menonton
National Geography, dia tahu bagaimana mata pemangsa apabila pemangsa itu ingin
menerkam mangsanya. Tapi, di sini, dia bukan lagi dominan meskipun dia lelaki. Dia
memerhatikan setiap pergerakan Amini. Apa yang disembunyikan Amini disebalik
belakang badannya itu?
Bila
tangan itu bergerak. Matanya turut mengikut pergerakan tangan itu.
“Macam
mana benda ni boleh ada dalam bakul sampah dalam bilik air?” tanya Amini. Dia
mengangkat tangannya. Mata Rizal tertancap pada berus gigi yang ada di tangan
Amini.
Erk!
Terbuntang biji matanya.
Aha,
kantoi!
Senyuman
melebar di pipi Rizal. Dia mengangkat tangannya, menyerah kalah. “Shoot me.” Dia reda dengan apa jua
hukuman yang akan diberikan oleh Amini.
“Mati-mati
saya ingat yang saya tak ada bawa. Rupa-rupanya, dah dibuang ke dalam tong
sampah.”
“You know honey, abang cuma…” dia melihat
Amini sudah mengembungkan pipinya. Dia ingin ketawa tapi dia simpan.
“Sudahlah,
dah lambat.” Amini membuang berus gigi itu di tong sampah semula. Beg tangan
dicapai, belum sempat dia memulas tombol pintu, namanya sudah dipanggil.
“Kenapa
buang pula?” tanya Rizal.
Bulat
biji mata Amini. “Euww! Tak kan nak saya pakai yang dah…” dia tidak meneruskan
ayatnya. Biar betul lelaki ini? “Urgh!
Whatever.” Menyesal pula dia melayan lawak bodoh Rizal di pagi hari.
Merosakkan mood.
SENYUMAN
itu disimpan. Langkah yang perlahan itu diperhatikan. Bolehkah Amini berjalan
dalam keadaan seperti itu? Dia tahu Amini berusaha untuk menunjukkan yang
dirinya sudah berada dalam keadaan yang baik tetapi dia tahu, Amini
menyembunyikan kesakitan itu di dalam.
Dia
turut mengekor langkah Amini dari belakang. Dia cuba untuk mendekati Amini,
rapat. Dia takut sekiranya Amini terjatuh sekali lagi. Kain gaun Amini itu
mencecah ke lantai, mengheret, seperti gaun labuh pengantin. Senyuman terukir
di bibirnya bila dia teringat kembali bila Amini mengenakan gaun pengantin
sewaktu sesi photoshoot mereka.
Wajah
itu sememangnya berubah. Berbeza. Mekap itu membuatkan Amini kelihatan seperti
orang lain. Dan, dari situ dia merelakan segala-galanya. Bukan kerana
pernampilan Amini tetapi cara Amini. Biar Amini kasar dengannya tapi itu
bukanlah Amini yang sebenar. Rizal tahu di dalam lubuk hatinya, Amini yang
sebenar ialah seorang yang lemah-lembut dan nilai sopan-santun yang ada pada
diri Amini itu begitu tinggi. Dia nampak bagaimana Amini melayan orang yang ada
disekitarnya. Dia tidak tahu kenapa Amini sanggup menutup dirinya yang sebenar
sedangkan itulah yang dia mahukan.
Rizal
melepaskan keluhannya. Kenapa baru sekarang dia sedar di saat Amini membencikan
dirinya?
“AMI
kerjakah?” tegur Mahani sebaik sahaja dia nampak Amini mengambil tempat di
hadapannya. “Kaki Ami masih belum okey, kenapa tak berehat di rumah sahaja?”
tanya Mahani lagi.
“Tak
apa ma, Ami nak siapkan tesis. Ami masih bercuti lagi, jadi Ami ambil peluang
ni nak siapkan tesis.” Amini menerangkan kepada Mahani. Terangguk-angguk orang
tua itu mendengar penjelasan daripada Amini.
Bila
Amini menyenduk nasi goreng ke pinggan, segelas air putih sudah diletakkan di
hadapannya. Sebiji ubat berwarna hijau diletakkan di atas bekas kecil. Amini
mengangkat kepalanya. Dahinya dikerutkan sedikit.
“Boleh
tak kalau saya tak makan ubat?” soal Amini pada Rizal dalam nada yang berbisik.
Sempat lagi dia mengerling kepada Mahani yang sedang sibuk dengan telefonnya.
Dia tidak suka makan ubat. Dia hidup selama ini seolah-olah banyak bergantung
kepada ubat-ubatan.
Rizal
menggelengkan kepalanya perlahan. Dia meneguk minuman yang ada di dalam
cawannya. “Kalau tak makan ubat ni, bila bengkak tu nak surut?” duga Rizal pada
Amini. Dia dengar keluhan Amini. Mahu tidak mahu Amini akan mengambil juga ubat
itu selepas makan.
“KAMU
berdua jadi balik hari ini?” tanya Mahani sebaik sahaja dia meletakkan semula
telefonnya di atas meja. Minuman yang masih bersisa itu diteguk perlahan-lahan.
Dia memandang satu-persatu tampang anak muda yang ada di hadapannya. “Riz dan
Ami tak boleh nak consider untuk
tinggal bersama-sama? Mama bukannya apa, seorang tinggal di situ, seorang lagi
tinggal di sana. Sampai bila kamu nak hidup macam itu?”
Terkedu
Amini. Kalau sahaja Mahani tahu perkara yang sebenar, pasti wanita itu akan
terkejut sehingga tidak mampu berkata-kata.
“Mama
tengok kamu mesra je. Tak macam dulu. Mama rasa kamu memang sesuai untuk
tinggal bersama-sama. Yalah, mama pun bukannya muda lagi, mama pun nak juga
gendong cucu mama.”
Tersedak
Rizal sebaik sahaja mendengar perkataan cucu. “Ehem!” dia membersihkan
kerongkongnya sambil terbatuk-batuk kecil. Dia mengerling pada Amini. Amini
hanya menundukkan kepalanya.
“Kalau
kamu duduk berasingan, sampai bila kamu nak mama tunggu?”
Hujung
kainnya dipegang dengan kuat. Dia cuba menahan rasa sebak di dalam hatinya. Ya
Allah! Aku tak boleh menangis. Tak boleh Amini, tak boleh! “Ma… Ami minta
maaf…” terkedu Rizal. Dia terus sahaja menoleh pada Amini. Amini meminta maaf?
Untuk apa?
Bila
Amini mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Tangannya sudah digenggam oleh
lelaki itu. “Untuk pengetahuan mama, Riz dan Ami sebenarnya dah tinggal
bersama.”
Tergamam
Amini. Cepat dia menggelengkan kepalanya, menidakkan. “Tak ma,” Amini
melepaskan tangan Rizal yang menggenggam jari-jemarinya. Dia menoleh pada
Rizal. Mahani masih kurang mengerti perkara yang sebenar. Amini nampak begitu
kalut sekali apabila Rizal membicarakan mengenai tinggal bersama.
“Rizal... we…”
“Shhhh!”
matanya dibesarkan, sekali gus membuatkan Amini terdiam. Terjungkit kening
Mahani. Sejak bila pula Rizal pandai bertingkah seperti itu? “It’s okay, I’m okay with it now.”
“Tapi…”
“It’s okay.”
Mahani
menggelengkan kepalanya. “Apa yang ‘it’s
okay’, ‘it’s okay’ ni? Mama tak fahamlah kamu berdua. Kamu dah tinggal
bersama atau belum? Kalau dah, itu berita gembira bagi mama.” Mahani berkata
dengan terang, biar anak-anak muda ini faham. “Ami, mama bukannya paksa Ami nak
ada anak sekarang. Mama faham, kamu berdua perlukan masa tapi masa itu biarlah
pandai dirancang…” tambah Mahani lagi.
Tawar sahaja senyuman yang terukir di bibir Amini.
Anak… dan sekarang, perihal anak pula menjadi isu.
SANGSI
sahaja hatinya. Ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh dua orang anak muda
itu. Biar tidak dibicarakan secara terlus, dia dapat kesan sesuatu. Dia
mengambil semula telefon pintarnya, berpura-pura menyentuh skrin itu, padahal
dia memerhatikan perlakuan pasangan muda itu dengan matanya yang nakal melalui
kamera pada telefonnya. Hahaha, hatinya ketawa riang apabila dia menangkap
gambar Rizal yang sedang mengelus-elus muka Amini. Lembut sahaja pergerakan
itu.
Berkerut
dahinya bila anaknya Rizal membisikkan sesuatu di telinga Amini. Apa yang
dibisikkan itu? Hati tuanya juga ingin mengetahui, terjungkit keningnya apabila
Rizal memberikan kucupan pada rambut itu.
Aik!
Anak-anak muda ini…
Mahani
menyimpulkan senyumannya di dalam hati. Rizal sudah pandai menunjukkan rasa
itu. Siapa kata dia silap mengikat pasangan itu bersama?
“Ehem.”
Mahani berdehem. Dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja makan semula.
Rizal cepat-cepat duduk seperti keadaan asal. Pandai sungguh anak-anak ini
berlakon di hadapannya. “Ami,” panggil Mahani.
Amini
mengangkat kepalanya.
“Sejak
bila Ami jadi cover girl untuk magazine?” tanya Mahani tiba-tiba. “You look so beautiful honey, tak nampak
macam Ami pun, bangga mama. Rasanya mama pun nak Ami jadi model mama kalau
macam tu.” Terpempan Amini. Kenapalah topik ini muncul di hadapan Rizal pula? Dia
menelan liurnya. Perit. Sedar yang Rizal sudah menumpukan perhatian padanya.
Sedar yang mata itu memanahnya dengan tajam. Faham benar maksud yang
disampaikan oleh reaksi muka itu.
“Cover girl?” kali ini suara Rizal pula
yang bergema. Amini tidak memberitahunya mengenai perkara itu, teringat pula
pada Kaliesa; sahabat Amini itu. Padang golf itu. Huh! Dia tidak percaya yang
Amini menyembunyikan perkara itu daripadanya, “so, it does makes sense now.” Kasar Rizal menolak bangku ke
belakang, berkeriut bunyinya. Dia memandang pada Mahani sebentar. “She’ll never do any photoshoot again, from
now on. I forbid it!”
“Rizal…”
terkedu Amini, belum sempat dia menangkap lengan itu, Rizal sudah mengalihkan
tangan itu dengan mengambil beg bimbitnya di sebelah bangku. Dia tidak
memperdulikan Amini langsung.
Terkelu
lidah Mahani. Dia tidak sangka pula Rizal akan bertindak seperti itu selepas
mendengar beritanya. Forbid? Biar
betul anaknya ini.
“Sorry ma,” Amini terus berdiri,
mengejar Rizal dengan kakinya yang masih sakit itu.
“RIZAL!!”
Amini menahan Rizal sewaktu Rizal mahu membuka pintu keretanya, lelaki itu
pegun sebentar sebelum berhadapan dengan Amini. Dia cuba mengawal emosinya.
Tapi…
“Berapa banyak benda yang Ami sembunyikan dari abang sebenarnya?” dia menikam
tajam ke dalam anak mata itu, dan bila Amini melarikan matanya, dia terus
sahaja memegang bahu Amini, dicengkam dengan kuat. “Act macam orang innocent,
padahal, di belakang I… Ami, kenapa
nak buat benda macam ni? You met Kak
Dilla and you didn’t told me about that. You became a cover girl, you don’t
even bother to tell me. What in the hell are you thinking Amini?” meninggi
suara lelaki itu.
Amini
memejamkan matanya, menahan telinganya yang perit mendengar lelaki itu dengan
nada suaranya yang meninggi, “stop
swearing at me!!” bergetar suara itu. Naik turun dadanya menahan marah.
Rizal
membutangkan biji matanya. “You do know
that you shouldn’t talk to me like that, don’t you?” dia mengetap giginya.
Amini
menarik nafasnya dalam-dalam. Rizal tidak pernah memberi peluang kepadanya
untuk berbicara. Bila dia merasakan jari-jemari itu semakin kuat menggenggam
bahunya, dia mengangkat kepalanya semula, cuba bertentang mata dengan lelaki
itu, tidak perasan yang matanya sudah memerah dan mulai digenangi dengan cecair
itu.
“What do you want me to do Rizal?”