Monday, 31 October 2011

Kenapa Mesti Sabah?


Kenapa Mesti Melawat Sabah?

  Kenapa? Heheh, saya pun tidak pasti sebenarnya. Terpulanglah kepada keinginan individu tersebut siapalah saya untuk memaksa kan, kan, kan... Sabah bukanlah Syurga Membeli-belah tetapi Sabah menjanjikan pemandangan alam semula jadi yang sangat memikat sehinggakan saya yang sememangnya anak jati Sabah pun boleh jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan.

  Banyak orang bertanya kepada saya, apa sebenarnya yang ada di Sabah? Oleh itu, saya menjawab pertanyaan itu berdasarkan pandangan saya sendiri. Lain orang lain pandangan, biasalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Inilah yang dinamakan sebagai kepelbagaian personaliti. Heheh, kembali ke pangkal jalan...


Sebab-sebab Kenapa Mesti Melawat Sabah Mengikut Pandangan Orang Ramai

1.      Sumandak (Perempuan) Sabah semuanya cantik-cantik belaka.
P/s : Sebenarnya perempuan sama ada dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia mahupun Afrika sekalipun tidak ada yang tidak cantik. Semuanya dijadikan cantik-cantik belaka cuma pandangan individu tersebut yang membuatkan dia berkata sedemikian. Kalau orang Sabah ke Semenanjung pun akan mengatakan orang di Semenanjung lebih cantik daripada perempuan yang ada di Sabah dan begitulah sebaliknya. Bersyukurlah apa yang telah diberikan oleh Tuhan. Heheh~ Love Peace!
2.      Breathtaking Natural Beauty.
3.      Ada Orang Utan, di Sandakan.
4.      Ada Bayau (Monyet Proboscis atau monyet belanda) di Beaufort.
5.      Sabah ada gunung Kinabalu.
6.      Makanan yang lain dari lain (ada bosou, tuhau, ada kuih penjaram dll).
7.      Terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai adat yang pelbagai.
8.      Berhampiran dengan Indonesia dan Filipina.
9.      Boleh dapat banyak seafood yang murah-murah dan segar.
10.  Mestilah kena jelajah 1 Malaysia, baru boleh jelajah luar negara pula. Semangat Cintakan Tanah Air!

Sebab-sebab Kenapa Mesti Melawat Sabah Mengikut Pandangan Saya Sendiri

1.      Sabah mempunyai pemandangan semula jadi yang cantik dari pulau sehinggalah ke hutan belantara. Terpelihara. (Insya Allah akan terpelihara dengan baik).
2.      Sabah menawarkan orang-orang luar untuk mengenali etnik-etnik yang ada di sini. Adat dan budaya adalah berbeza. Orang yang berbangsa Dusun tidak semestinya dapat memahami bahasa Dusun daripada orang berbangsa Dusun yang berasal dari daerah lain kerana slanga setiap daerah itu berbeza sebagai contoh ada Dusun Lotud, Dusun Timaragang dan banyak lagi. Bangsa Dusun dan Kadazan adalah berbeza. Kadazan itu bukan Dusun dan Dusun itu bukan Kadazan.
3.      Sabah memberikan pengalaman kepada orang luar untuk merasai keunikan makanan tradisional dari setiap etnik. Kalau orang Dusun sendiri makanan tradisional terdiri daripada Bosou (ikan sungai yang diperamkan), Tuhau (sejenis tumbuhan hutan yang boleh dimakan dan mempunyai bau tertentu. Tidak digalakkan kepada yang alah pada bau-bauan), Lembiding (sejenis sayur yang terdiri daripada keluarga paku-pakis), Ulat sagu dan banyak lagi. Kalau mahu tahu lebih pasal makanan tradisional di Sabah, jemput-jemputlah datang. Kami terima dengan hati yang terbuka. Kita kan sama-sama berpijak di bumi yang sama.
4.      Sabah mempunyai sejarah yang banyak untuk dikongsi kepada  semua. Salah-satunya ialah bandar-bandar yang ada di Sabah. Dahulunya, bandar di Sabah terletak di Sandakan dan bukannya di Kota Kinabalu dan dikenali sebagai bandar Elopura (bagi yang tak tahulah). Kota Kinabalu pula dikenali sebagai, Jesselton.  Banyak perubahan yang berlaku dari segi pembangunan sebenarnya. Pembangunan di Sabah agak pesat, sekarang ni Sabah ada 1 Borneo, Suria Sabah, Pelabuhan Sepanggar yang baharu, KK Times Square, even Terminal KK pun sudah dipindahkan ke tapak bersebelahan dengan Wawasan Plaza. Kalau dahulu, Terminal KK sekitar tahun 90an terletak di belakang Center Point namun sejak tertubuhnya kompleks membeli-belah baharu maka dipindahkanlah terminal itu ke tempat lain yang mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari Terminal KK baharu ke Centre Point. Memang berbeza sekiranya dibandingkan dahulu dan sekarang.

Konklusi :

Bagi saya, Sabah adalah tempat yang terbaik bagi individu-individu yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi. Walaupun saya masih belum lagi berkesempatan untuk menjelajah Sabah sepenuhnya namun saya mula meneroka tempat-tempat yang belum diketahui umum; bukan tempat pelancongan pun... saya saja ja. Saya seorang yang gemarkan aktiviti lasak. Hiking di hutan belakang rumah pun boleh diambil-kira okey, janji masuk hutan. Biarlah kita teroka tempat-tempat yang dekat dahulu, jimat duit. Biasalah student kan...

Mari saya tunjukkan pemandangan-pemandangan yang saya ambil dari tempat yang tidak dikomersialkan kepada umum sebagai tempat pelancongan. 

Bukit Salib Kg.Roun. Tuaran
P/s : Saya tak tahu nama bukit ni, kawan saya bagi tau yang dia orang panggil bukit ni Bukit Salib sebab di puncak bukit ni ada Salib yang dipacakkan. Boleh nampak view Pekan Tuaran. huhuhu, tinggi jugalah bukit ni... kepala lutut hampir-hampir tercabut. Insya Allah, nanti atur trip laen naik bukit ni lagi. Sesiapa yang mahu join bagi tau lahh~


Kg.Tinambak, Kuala Penyu
P/s: Kampung ni kampung family husband cuzzie saya. Rumah dia orang betul-betul berhadapan dengan pantai. Memang cantik!

Kg.Kaparingan, Ranau
P/s: View waktu subuh-subuh dari depan rumah cuzzie saya. Kalau mahu tengok scenery yang cantik-cantik kena bangun awal beb! heheh~

Next to Karambunai, Sepanggar
P/s : I pun tak tau nama tempat ni. Brother I yang kenalkan tempat ni... Jadi, me and family selalu berkunjung di sini setiap kali ada masa lapang. Kami sekeluarga  suka memancing... Brother I memang NELAYAN moden tegar sejak kebelakangan ini itupun mem saya yang bagi tau. Layan je lahh~

Air Terjun Kionsom, Inanam
P/s : Air terjun ni ada di Inanam. Tak berapa jauh dari Inanam tapi tempat yang saya snap ni air terjun di tingkat atas. Lebih cantik dari bahagian bawah.  Kami selalunya hiking di tempat ni lah... Naik bukit lepas tu masuk hutan kemudian barulah sampai di tempat ni. 

Kg.Kaiduan, Papar
P/s: Tempat best ni pula tapak perkhemahan. Kampung ni memang cantik sebab ada sungai yang cantik. Terpelihara ni tapi kita tak boleh tangkap ikan dalam sungai ni sesuka hati. Kena denda Wooo~ Sungai ni kena Tagal. Boleh tuai hasil ikan pada masa-masa tertentu sahaja. 

~ Inilah gambar-gambar scenery yang saya boleh kongsi bersama anda semua. Moral of the story; kadang-kala kita tidak perlu menghabiskan duit yang banyak hanya untuk mendapatkan sesuatu. Scenery-scenery ni semua saya dapat tak payah keluarkan duit pun hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Apa yang penting, anda-anda semua kenalah fit. Bersenamlah sekiranya ada masa terluang. Nikmatilah keindahan alam semula jadi secara percuma sebelum dikenakan bayaran suatu hari nanti. Adiosss Amigosss~

Through My Lense

::- Hahahahaha, baru update blog. Saya budak baru belajar. Minta maaf di atas segala kekhilafan diri ini~

A Piece Of Me



Pulau Pangkor, Perak

Walaupun saya tak berapa teror dalam tangkap gambar tapi bolehlah buat stail Kampung-Kampung. Saya tak ada DSLR, kamera compact ni pun saya kidnap (dengan izin) kamera brother saya... Saya memang tak mampu beli kamera ni, even handphone pun masih pakai handphone yang baling kuda pun boleh mati. Pulus tak ada, well student lagi biasalah... Kalau setakat update gadget pakai duit parents baik tak payah, hihihi~ (^_^)V ~ Tak ada kaitan di antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Handphone antik ni pun saya beli pakai duit PTPTN (sorry PTPTN I salah guna sedikit, at least I bayar balik tau) dan satu lagi hadiah dari Dad saya masa saya tingkatan 3. Waduh! Lama dah, 5 tahun tuu~ Rasa cinta dan sayang berputiklah pada kedua-dua handphone yang antik ini. Umur semakin meningkat. What to do ~ sigh!




Pulau Aman, Pulau Pinang
Gambar di atas ni, gambar yang saya ambil masa buat Kajian Lapangan di Pulau Aman, Pulau Pinang (p/s: Alahhhh lokasi Seribu Kali Cinta tuuuu). Tempat ni taklah grand sangat tapi bolehlah kalau setakat nak rasa kehidupan di perkampungan nelayan.



Langkawi, Kedah

Gambar ni saya ambil masa melencong di Langkawi dengan babes saya. Alang-alang duduk di negeri orang biarlah kita study culture orang di sini kan? Nanti tidaklah digelar Katak di bawah Kaca. Nanti ada juga cerita yang boleh dicanai pada individu-individu tertentu.





Pulau Aman, Pulau Pinang

Pulau Pangkor, Perak

Kota Belanda, Pulau Pangkor, Perak

Demikianlah gambar-gambar view yang sempat saya snap menggunakan kamera yang dikidnap dari brother saya. Masih banyak lagi sebenarnya gambar-gambar view dalam simpanan tapi kualiti tak berapa cun. Biasalah, kamera yang diguna pun kamera yang tersangatlah canggih.

P/s : Saya tak reti sebenarnya tangkap gambar manusia ni sebab itulah kebanyakkan gambar pemandangan. Keindahan alam seperti inilah yang akan dicari suatu hari nanti... Love Nature!!


::- Big Yellow Taxi by Counting Crows ft Vanessa Carlton
(Mendalam makna lagu ni )