::- Hahahahaha, baru update blog. Saya budak baru belajar. Minta maaf di atas segala kekhilafan diri ini~
A Piece Of Me
Pulau Pangkor, Perak
Walaupun saya tak berapa teror dalam tangkap gambar tapi bolehlah buat stail Kampung-Kampung. Saya tak ada DSLR, kamera compact ni pun saya kidnap (dengan izin) kamera brother saya... Saya memang tak mampu beli kamera ni, even handphone pun masih pakai handphone yang baling kuda pun boleh mati. Pulus tak ada, well student lagi biasalah... Kalau setakat update gadget pakai duit parents baik tak payah, hihihi~ (^_^)V ~ Tak ada kaitan di antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Handphone antik ni pun saya beli pakai duit PTPTN (sorry PTPTN I salah guna sedikit, at least I bayar balik tau) dan satu lagi hadiah dari Dad saya masa saya tingkatan 3. Waduh! Lama dah, 5 tahun tuu~ Rasa cinta dan sayang berputiklah pada kedua-dua handphone yang antik ini. Umur semakin meningkat. What to do ~ sigh!
Pulau Aman, Pulau Pinang
Gambar di atas ni, gambar yang saya ambil masa buat Kajian Lapangan di Pulau Aman, Pulau Pinang (p/s: Alahhhh lokasi Seribu Kali Cinta tuuuu). Tempat ni taklah grand sangat tapi bolehlah kalau setakat nak rasa kehidupan di perkampungan nelayan.
Langkawi, Kedah
Gambar ni saya ambil masa melencong di Langkawi dengan babes saya. Alang-alang duduk di negeri orang biarlah kita study culture orang di sini kan? Nanti tidaklah digelar Katak di bawah Kaca. Nanti ada juga cerita yang boleh dicanai pada individu-individu tertentu.
Kota Belanda, Pulau Pangkor, Perak
Demikianlah gambar-gambar view yang sempat saya snap menggunakan kamera yang dikidnap dari brother saya. Masih banyak lagi sebenarnya gambar-gambar view dalam simpanan tapi kualiti tak berapa cun. Biasalah, kamera yang diguna pun kamera yang tersangatlah canggih.
P/s : Saya tak reti sebenarnya tangkap gambar manusia ni sebab itulah kebanyakkan gambar pemandangan. Keindahan alam seperti inilah yang akan dicari suatu hari nanti... Love Nature!!
::- Big Yellow Taxi by Counting Crows ft Vanessa Carlton
(Mendalam makna lagu ni )
No comments:
Post a Comment