Sunday, 25 August 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 36



            “YA, I nak you sediakan benda-benda yang I nak tu. Jangan lupa untuk sediakan dokumen yang I minta you buat tu.” Rizal mengingatkan pembantunya. Dia perlu menyiapkan semua tugasannya itu sebelum minggu hadapan, masih banyak lagi benda yang dia perlu selesaikan, itu belum ditambah dengan masalah yang dia dan Amini hadapi. Entah bagaimanalah dia mahu berhadapan dengan Amini nanti. Mahukah Amini bercakap dengannya seperti biasa? Dia memandang pada telefon bimbitnya, menanti Amini menghubunginya. Hampa. Amini tidak mungkin akan menghubunginya.
            Betty memerhatikan setiap tindak-tanduk Rizal. Resah memanjang sahaja lelaki itu sejak tadi. Tidak nampak seperti biasa. Apa yang dia tahu, Rizal tidak akan pernah membawa masalah peribadi masuk ke dalam pejabat. Tidak mungkinlah Mr.Cold itu berubah selepas berumah tangga.
            “Okey encik. Oh ya, ini fail yang puan minta encik semak semula.” Fail biru itu diletakkan di atas meja, dihadapan Rizal. “Mr.Tan akan datang berjumpa dengan encik petang ini.”
            “Baik…” Fail biru itu diambil. Rizal mengangkat mukanya. “Can I ask you something?” soal Rizal tiba-tiba pada Betty.
            Terjungkit kening Betty. Dia menganggukkan kepalanya.
            “Apa John bagi kat you kalau you merajuk?” ditebalkan sahaja muka itu. Dia tidak pernah berbicara mengenai benda-benda seperti itu dengan mana-mana rakan sekerjanya. Gila! Dia terpaksa bertanya. Dia tidak pernah memujuk perempuan selama ini, Nelly bukanlah jenis perempuan yang susah dipujuk lagipun dia tidak pernah bergaduh dengan Nelly. Tapi, Amini… Amini berbeza dengan perempuan lain. Susah baginya untuk mengagak apa yang bermain di kepala Amini, dia tidak boleh menyelami apa yang tersirat di dalam hati Amini.
            “Dia akan bawa I dinner dan belikan I barang-barang sebab dia tahu I suka shopping.” Betty melihat wajah Rizal. Tiada perubahan. “Perempuan ni berbeza encik. Okey, let me ask you something, wife encik suka apa?” tanya Betty tiba-tiba.
            Rizal mengangkat kepalanya. Tangannya memegang pen. “She likes to cook, baked, reading, drink coffee… walaupun I tak suka dia ambil kafein but, I made a pot of coffee for her this morning. You rasa benda tu boleh chill her up?
            Betty mengukirkan senyumannya. Tidak sangka, sedingin-dingin Mr.Cold ini ada juga taman di dalam hati itu. “Asalkan encik ikhlas, dan minta maaf kat isteri encik. I rasa itu dah cukup.”
            Rizal mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan. Betul. Dia harus meminta maaf kepada Amini.
            A bouquet of flowers can help you even more. Kalau encik nak, I boleh tolong order bunga dan hantar di hadapan pintu rumah encik sekarang ini juga.”
            Bercahaya sepasang mata itu tiba-tiba. Kenapalah dia tidak pernah terfikir benda-benda seperti itu? “That sounds great, I nak tiga…” Rizal diam sebentar. Senyumannya mulai meleret. “Tiga puluh. Dan, tiga kuntum lagi, yang tu I nak bagi sendiri.”
            “No problem boss!”
            Thank you for that, now, I nak minta you tolong I check details pasal…”

            “WHAT’S wrong with you Rizal!” sergah Ridilla sebaik sahaja dia menolak pintu bilik pejabat Rizal. Rizal yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya terkedu, tidak memberi peluang kepada Rizal untuk meneruskan penerangannya lebih lanjut kepada pembantunya. Kepalanya terangkat.
            “Tak apa, you boleh keluar dulu.” Rizal berpesan kepada pembantunya. Ridilla masih menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Dia hanya menjeling pada pembantu Rizal yang keluar dari bilik pejabat Rizal.
            “Buat apa di tempat kerja Riz ni?”
            Ridilla memandang Rizal dengan tajam. Dia menolak pintu itu dan melangkah masuk dengan kasar. Beg tangannya terhayun-hayun mengikut geraknya yang kasar itu. “Akak tak tahu apa yang kamu dah bagi tau dengan Amini sehinggakan dia tak mahu terima hadiah daripada akak.” Suaranya yang nyaring itu bergema. Kuat. Masih marah pada Rizal. “Kalau kamu berdendam sangat dengan akak, kenapa harus libatkan Amini? Kau…”
            Amini? Kenapa Ridilla boleh tahu pasal Amini? Pennya diletak di atas meja. “Wait!” Rizal terus sahaja memotong bicara Ridilla. “Akak jumpa dengan isteri Riz?”
            Ridilla tersenyum sinis. “Kau tak pernah bagi tau Amini pasal kami bukan,” usul Ridilla. Wajah diam Rizal itu diperhatikan. “I knew it!” Beg yang berisi hadiah itu diletakkan di atas hadapan Rizal. Kasar sehingga terjatuh fail kelabu itu dari meja. “Make sure Ami terima hadiah ini. Suami jenis apalah kamu ni, kamu tak peka pada diri Ami. Kamu tak belikan dia barang-barang yang sepatutnya dia ada. If you don’t want her, why don’t you send Amini to us? Kami akan terima Amini sebagai menantu di dalam rumah walaupun kamu ceraikan dia.” Ridilla menarik nafasnya dalam-dalam. “And you treat her like a maid. At least, kau upah pembantu rumah, ini tak. Kau biar dia buat semua kerja di rumah macam orang gaji! Kalau tak cintakan dia kenapa layan dia macam orang gaji? Be matured Rizal. Sampai bila kau nak matang ni?”
            Rizal mengetap bibirnya. Tidak semena-mena dia menghentak kedua-dua belah tangannya di atas meja. Bergegar meja itu tapi Ridilla sedikit pun tidak terkejut. Dia sudah masak dengan perangai angin Rizal.  “Akak dan keluarga akak tak ada hak nak masuk campur hal kami.” Rizal berjalan melintasi Ridilla. Pintu dibuka luas. “Dipersilakan keluar daripada bilik ini.”
            “You’ll be sorry for this Rizal.” Ridilla memberikan amaran kepada Rizal.
            For your information, Riz tak akan pernah nak ceraikan Ami dan jangan harap Ami akan jejak kaki di rumah akak lagi. Oh ya, tolong bawa keluar barang-barang tu.”
            Langkah Ridilla mati. Matanya memanah Rizal lagi. “That’s my gift to Amini.”
            “Kami tak akan terima hadiah daripada orang-orang macam you all. Sorry.” Rizal mengambil beg kertas itu, dia hulurkan kepada Ridilla.
            “Take it or leave it. It’s all up to you my little brother.” Ridilla memberikan satu kucupan pada pipi Rizal sebelum melangkah keluar dari situ. Semua mata memerhatikan Ridilla. Kasar Rizal mengesat pipinya yang menjadi sasaran Ridilla tadi. Kakaknya dengan sikap kebaratannya itu tidak akan pernah hilang, masih melayan dia seperti budak kecil.
            “Ridilla!” nama Ridilla dilaung. Terhenti langkah Ridilla. Dia menoleh ke belakang. Senyuman terukir di bibirnya.
            “Aunty,” panggilnya.
            “Dilla buat apa di sini?” tanya Chong. Dia tidak pernah nampak Ridilla datang di pejabatnya.
            “Baru jumpa dengan budak kecil tu,” jawab Ridilla masih bersisa marahnya itu. Tergelak Chong. Ridilla masih memanggil Rizal budak kecil walaupun Rizal sudah meningkat dewasa.
            Your lil bro dah besar Dill, tak kan masih panggil dia budak kecil.”
            “Rizal tak akan pernah nak matang. Dilla kecewa sangat bila Riz libatkan Amini dalam masalah kami.”
            “Kenapa dengan Amini?” terkejut Chong.
            “Amini tolak hadiah dari Dilla. I know ini semua mesti arahan daripada Rizal.”
            Amini tolak pemberian. Tidak mungkinlah. “Dilla bagi apa dengan Amini?” tanya Chong lagi.
            You know, jewellery set, purse, something macam tu…”
            “Branded?” duga Chong lagi.
            Of courselah aunty, tak mungkinlah Dilla nak bagi adik ipar Dilla barang-barang cetak rompak pula.”
            “Ami tak terima bukan sebab tu Dilla. Ami yang aunty kenal tak akan pernah buat orang kecil hati cuma mungkin sukar bagi dia terima barang-barang mahal macam itu.”
            Terjungkit kening Ridilla. “Maksud aunty?
           
            LOCENG yang berbunyi itu mengejutkan Amini daripada tidurnya. Dia berehat sebentar di atas sofa selepas membasuh semua pakaian mereka dan menggosok pakaian kerja Rizal. Dia bangkit. Bajunya diperhatikan, hurm, okey. Dia memastikan dengan betul-betul yang dia tidak lagi silap berpakaian dalam menerima tetamu seperti pagi tadi, mujurlah tetamunya pagi tadi perempuan, kalau tidak… entah apa lagi yang Rizal akan berikan kepadanya. Mungkin, jangankan tapak tangan, mungkin tapak kaki yang akan singgah pada mukanya itu. Dia membetulkan rambutnya sambil berjalan menuju ke pintu. Dia membuka pintu, sedikit cuma. Membiarkan kepalanya sahaja yang menjenguk ke luar.
            “Ya, cari siapa?” tanya Amini pada perempuan cina yang tercegat di hadapannya.
            “Mrs.Rizal?” soal perempuan cina itu kembali kepada Amini. Mrs.Rizal? Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. “Mr.Rizal ada hantar sesuatu untuk puan.”
            Amini menutup pintunya kembali dan membuka selak. Selepas itu, dia membuka pintu dengan luas. Tidak berkelip matanya bila perempuan itu mengangkat sejambak bunga dan diberikan kepadanya. Rizal berikan dia bunga? Biar betul!
            “Sign here please,” sekeping resit diberikan kepada Amini, meminta Amini menandatangan penerimaan hantaran itu.
            “Terima kasih,” ucap Amini pada perempuan cina itu sebelum perempuan cina itu berlalu. Amini menutup pintu kembali. Jambangan bunga itu diperhatikan. Bunga ros merah. Dia berjalan menuju ke sofa. Punggung itu dilabuhkan, dan jambangan bunga itu diletakkan di atas pahanya. Dia membelek-belek bunga itu. Tiada kad. Betulkah lelaki itu yang menghantar bunga itu? Dia tidak percaya yang Rizal akan berbuat demikian. Huh! Bunga itu terus sahaja dibaling perlahan ke atas meja kopi.
            Dia tidak punya banyak masa melayan benda-benda seperti itu!
           
            AMINI sudah gila agaknya. Barang-barang yang mahal seperti ini sememangnya menjadi igauan mana-mana perempuan. Set barang kemas Bvlgari itu diperhatikan. Dia tidak pernah melihat Amini memakai apa-apa perhiasan yang mahal seperti ini. Tidak ada rantai tangan.
            Dia sudah lupa yang dia bertanggungjawab mengenai itu. Dia perlu memberikan Amini semua itu. Rizal memasukkan semula barang-barang itu ke dalam beg kertas itu. Kenapa Amini tidak mengambil barang-barang itu? Semua menjadi tanda tanyanya sekarang ini. Jenama barang kemas itu adalah sepuluh barang kemas yang jenama yang terkemuka di dunia. Mana-mana perempuan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan rekaan ekslusif seperti itu. Dia mengambil tiga kuntum bunga ros yang dia ingin berikan kepada Amini. Dia sangat berharap Amini akan memaafkannya.
            Kuntuman bunga itu dimasukkan ke dalam beg kertas dan  beg kertas itu dibawa naik ke atas. Bila dia menolak pintu rumahnya, dia dapat melihat Amini sedang melipat kain di ruang tamu. Rambut itu sudah diikat tinggi. Dia melihat jambangan bunga yang terbiar di atas meja kopi. Kenapa Amini tidak memasukkan bunga-bunga itu ke dalam pasu? Adakah Amini tidak suka bunga?
            “Assalamualaikum.”
            Amini mengerling. Tidak menjawab salam itu secara lisan. Dia meneruskan kerjanya. Rizal meletakkan beg kertas dan beg bimbitnya di atas sofa. Dia mendekati Amini. Satu kucupan singgah di pipi itu sampai tergendala kerja Amini sebentar. Jantungnya mula berentak lagu ghazal. Gementar ada, senang ada, gelisah ada, semuanya bercampur baur menjadi satu. Imej-imej bayangan dari novel yang dibacanya mula berlayar dimatanya. Betapa indahnya sekiranya semua ini bukanlah satu lakonan dan simpati.
Bila Rizal sudah mengambil tempat di sisi Amini. Tubuhnya itu terus disandarkan pada sofa, lelah dilepaskan. Penat bukan main kepalang. Tali leher dilonggarkan.
Satu keluhan dilepaskan.
Amini menoleh sejenak. Penat sangatkah lelaki ini? Gatal hatinya ingin bertanya tetapi hatinya melarang keras. Alih-alih baju yang sudah siap dilipat itu diletakkan di atas sofa. Dia berdiri dan melangkah dari situ.
Rizal memanjangkan kepalanya. Sampai hati Amini meninggalkan dia begitu sahaja. Dia sudah berfikir berkali-kali ayat yang dia rangka untuk meminta maaf. Malahan, dia sudah berikan Amini bunga. Tidak cukupkah jambangan bunga itu di atas kekhilafan yang dia lakukan semalam?
I’m sorry Ami… I’m sorry Ami… I’m sorry Ami…
Amini yang sudah berlalu itu kini kembali dengan secawan minuman panas dan juga kek brownie yang dibuatnya semalam. Pagi tadi, dia tidak berkesempatan membawa kek itu ke tempat kerja gara-gara pertelingkahan mereka.
            Aroma teh itu sudah naik. Berkepul-kepul asap dari minuman itu. Minuman itu tidaklah panas sangat. Sesuai. “Thanks honey,” ucap Rizal sewaktu dia mengambil minuman itu.
            Beh! Sepatutnya dia melafazkan I’m sorry bukan thanks…
            Bodoh. Bodoh. Bodoh.

            TERIMA KASIH? Dia tidak salah dengarkah? Lelaki itu berterima kasih kepadanya? Huh! Amini memandang lelaki itu dengan riak yang tidak percaya. Bila lelaki itu memandangnya pula, dia cepat-cepat melarikan matanya. Tangannya disibukkan dengan kain yang berada di dalam bakul itu.
            Tea apa ni?” tanya Rizal. Dia bukanlah seorang penggemar teh jadi, dia tidak pernah tahu nama-nama teh yang dikomersialkan. Teh ini mempunyai satu aroma, dan bila dia membuka mulut aroma itu menimbulkan satu rasa yang sukar untuk dia tafsirkan.
            “Earl grey,” jawab Amini.
            Rizal tergelak perlahan. Sedar dirinya yang ketinggalan zaman itu. Oh, inilah rupa-rupanya teh yang menjadi minat wanita-wanita tua. Wanita tua? Dia mengerling pada Amini. Amini juga minat benda-benda seperti ini. Dia tahu Amini mendengar radio Lite.fm. Radio yang memainkan muzik Inggeris klasik. Tidak sangka yang Amini juga mempunyai ciri-ciri seperti itu.
            Bila Amini mahu berdiri meninggalkan dia lagi, cepat-cepat dia meletakkan cawan itu di atas meja dan menangkap pergelangan tangan Amini. Terkedu Amini. “Ami duduk sebentar please,” pinta Rizal. Lembut pula bicaranya.
            Mahu tidak mahu, Amini menurut. Apabila dia mengambil tempat duduk di sebelah Rizal, lelaki itu terus sahaja merebahkan tubuhnya dan meletakkan kepalanya di atas paha Amini.
            Astaghfirullahalazim!! Amini menahan rasa terkejutnya dengan tindakan drastik Rizal itu. Tangannya di angkat dan Rizal letakkan jari-jemarinya itu di atas dahi Rizal. Tidak sedar yang dia senang melihat kepala itu diletak di atas pahanya. Dia dapat melihat wajah itu dengan jelas. Mata itu merah. Penat sangatkah? Bisik hati Amini.
            I kena siapkan semua kerja I sebelum minggu hadapan. I’ll be very busy Ami… sangat busy. I’m sorry for what happened last night. I’m sorry coz I stuck you here. I’m sorry coz I just can’t let it go…
            Amini diam.
            “Kenapa?” soalnya tiba-tiba dalam nada yang rendah. Mata Rizal terbuka sedikit besar. Dia membetulkan posisinya, tidak lagi berada di dalam posisi yang tadi.
            “I don’t know Ami.”
            Amini melepaskan keluhannya perlahan. Rizal sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia bertindak seperti itu. Dia menjauhkan dirinya sedikit daripada Rizal. “Saya pergi mandi dulu.”
            “Tunggu dulu Ami,” lengan itu cepat-cepat ditangkap. Bila Amini berdiri di hadapannya, cepat-cepat dia mencapai jambangan bunga yang dia masukkan ke dalam beg kertas itu tadi. Bahu Amini disentuh. Amini menoleh ke belakang, Rizal sudah mengangkat jambangan bunga itu. “For you, I tak tahu Ami suka bunga ataupun tidak, tapi inilah satu-satunya cara yang I ada. This is my first time honey, you have to take it.” Jujur Rizal akui.
            Amini melirikkan matanya pada 30 kuntuman bunga yang dia terima siang tadi. “Jadi, betullah bunga-bunga yang saya dapat siang tadi dari kau?” soal Amini.
            Rizal mengangkat keningnya. “Kenapa tak percayakah?” senyuman terukir di bibirnya bila Amini mengambil tiga kuntum bunga yang dia hulurkan itu.
            Tiga kuntum? Amini menarik nafasnya panjang-panjang. Dia ingin sekali menghidu keharuman bunga itu tapi, egonya melarang. Dia mendongakkan kepalanya, cuba mengelak bila Rizal memandang ke dalam anak matanya. Nafas ditarik dalam-dalam. “You should got to bath Rizal. Busuk.”
            Duh! Amini terus berlalu setelah dia memberikan komen itu kepada Rizal. Terkulat-kulat lelaki itu bila Amini meninggalkannya seorang diri di ruang tamu itu.
            Apa lagi yang harus aku buat? Teriak Rizal di dalam hati. 


***********************************************************************************
 p/s : baru upload... hihihi, maaf sebab lama tak update blog. agak busy sejak dua menjak ni... apapun, selamat membaca semua. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.
~tulus dan ikhlas daripada saya dan keluarga~



           


Saturday, 3 August 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 35


            JADI, apa kaitan dia dengan hal peribadi Rizal pula? Ingin sahaja mulutnya mengeluarkan ayat itu tetapi dia tidak sampai hati. Perempuan itu memang nampak elegan tapi siapa perempuan itu pada Rizal? Dan kenapa perempuan itu kerap kali memanggil Rizal sebagai budak? Rizal dan Mahani tidak pernah mengkhabarkannya mengenai saudara mereka ini. Malah dia juga tidak mengenali saudara-mara Rizal. Dia tidak pernah diperkenalkan dengan saudara-mara lelaki itu. Atau perempuan itu isteri pertama Rizal…
            Ya Allah! Sanggupkah aku bermadu?
            Bila kereta ini masuk ke dalam perkarangan rumah agam. Besarnya! Teriak hati Amini. Dia tidak pernah masuk ke kawasan rumah yang besar seperti ini. Rasa terasing di dunia sendiri. Apa yang dia buat di sini sebenarnya?
            “Jom Amini,” pelawa perempuan itu apabila pemandu sudah membuka pintu kereta untuknya. Amini menarik nafasnya dalam-dalam. Apa jua yang berlaku selepas ini dia harus menghadapinya dengan tabah.
            Dia membuka pintu sebelum pemandu itu sempat membuka untuknya. Kaki kanannya diturunkan, berpijak pada batu-bata yang disusun dengan cantik itu. Seorang lelaki dan perempuan pertengahan umur yang mungkin tukang kebun dan pembantu rumah sedang memerhati ke arahnya. Bila dia mengangkat kepalanya, dua orang itu memberikan senyuman kepadanya dan menundukkan kepalanya. Tanpa dia sedari, dia turut memberikan senyumannya dan merendahkan sedikit kepalanya.
            “Home sweet home!” ujar perempuan itu sambil tersenyum lebar. Amini memandang pada pintu gerbang rumah agam itu.
            This is what you call home? I can’t believe it! Oh god! Hit me, hit me!!
            “Oh ya, by the way have I told you my name yet?”

BILA sahaja kaki Amini melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, sudah terasa kemewahannya pada bawah tapak kakinya. Dingin rumah itu lebih dingin daripada rumah Rizal. Rumah itu tidak mempunyai kemesraan. Dia dapat rasakan itu.
            “Amini duduklah.” Perempuan elegan yang mengatakan dirinya bernama Ridilla itu mempelawa Amini duduk di atas sofa yang mungkin hasil rekaan pereka yang terkenal. Sudah tentunya bukan pereka tempatan.
            Masalah besar betullah kau ni Amin…
            Amini menganggukkan kepalanya perlahan. “Bilik Ami dan Rizal ada di atas, kalau Ami nak tengok, akak boleh tunjukkan.”
            Akak? Kali ini dia menggelarkan dirinya kakak pula. Amini memerhatikan Ridilla dari atas ke bawah. Cantik. Hidungnya juga mancung. Mata itu seperti mata Rizal tetapi struktur muka itu lebih kelihatan anggun dengan ciri keperempuanannya.
            “Bilik saya dan Rizal?” soal Amini, masih kurang jelas dengan cerita yang sebenar. Dia tidak pernah tahu akan latar belakang lelaki itu. Sama sekali tidak. Kosong.
            Ridilla senyum dia duduk disebelah Amini. Tangannya diletakkan di atas paha Amini. “Ya, bilik Rizal dan kamu. Bilik untuk adik akak.”
            Akak. Sekali gus perkataan I itu hilang dan digantikan dengan akak.
            “Adik?” semakin berkerut dahi Amini. Sejak bila pula anak tunggal seperti Rizal mempunyai seorang kakak? Jadi sebab itulah dia memanggil Rizal budak? Ohhh… baru dia faham perkaitan itu.
            “Rizal adik kandung akak tapi dia tak pernah tinggal dengan kami.”
            Sebabnya? Rizal terlalu kejam sehingga membuang keluarga kandungnya sendiri? Jadi, kalau ini keluarga kandungnya sebenar. Siapa pula Mahani pada Rizal?
            Mata itu tidak pernah berhenti daripada memandang wajah yang sedang duduk di hadapannya itu. Dia tidak percaya orang yang dinanti-nantikan sejak dahulu lagi kini ada di hadapan matanya.
            “Rizal layan Amini baik?” tanya Ridilla. Dia tahu Amini masih kurang selesa dengannya tapi dia hanya mahu berkenal mesra dengan adik iparnya itu. Dia yakin Amini mampu membawa perubahan pada keluarga mereka.
            Amini mengukirkan senyumannya. Dia menganggukkan kepalanya. Rizal memang layannya dengan baik, sangat baik sehinggakan layanan itu berbaur hinaan dan cacian, dan kini disertai dengan bantuan tangan pula. Mudah sahaja tangan itu hinggap di pipinya semalam.
            “Atau Amini ada masalah dengan Rizal?” terangkat kepala Amini. Ridilla sudah sangsi dengannya. Adakah air mukanya menunjukkan yang dia sebenarnya menyembunyikan hal yang sebenar?
            “Tak, Rizal layan saya dengan baik.”
            Jangan buka pekung di dada sendiri.
            Senyum yang terbentuk dibibir itu membuatkan Amini sedikit lega. Ridilla sudah tidak mengesyakinya lagi. “Mak Mah,” panggil Ridilla. Seorang wanita pertengahan umur datang. “Tolong ambilkan barang-barang yang ada di atas katil saya,” arah Ridilla.
            “Baik, cik.”
            Ridilla mengalihkan pandangannya pada Amini pula. Kalau betul Rizal sayang pada isterinya ini, kenapa tidak ada apa-apa yang menghias diri Amini? Matanya tertancap pada leher Amini yang kosong. Tidak ada apa-apa dileher itu. Telinga itu juga, bahkan pergelangan tangannya juga. Yang ada hanyalah jam tangan yang murah. Sampai begitu sekali? Kerjaya Rizal hebat itu mampu membelikan Amini benda-benda itu. Rizal! Huh! Adakah Rizal masih tergila-gila akan perempuan yang bernama Nelly itu lagi? Tidak tahukah Rizal yang dia tidak suka pada perempuan yang bernama Nelly itu?
            “Ini barang-barangnya cik,” dua beg kertas besar diletakkan di atas meja kaca itu.
            “Terima kasih Mak Mah.” Ridilla mengeluarkan barang-barang yang ada di dalam beg itu dan diletakkan satu-persatu barang-barang itu di atas meja kaca. “Amini, ini hadiah akak untuk kamu.”
            “Hadiah?” terkedu Amini apabila melihat satu-persatu barang yang ada dihadapan matanya. Satu set barang kemas, beg tangan, dompet, dan… lingeries? Ridilla menghulurkan kotak baldu itu kepada Amini. Barang kemas itu berkilau-kilau apabila terkena cahaya matahari.
            “Hadiah ini tak seberapa, tapi akak harap kamu suka.”
            Rekaan barang kemas itu memang cantik dan menarik tapi tidak mungkinlah perempuan seperti dia ini sesuai mengenakan barang-barang yang mahal seperti ini. Kalau dia ambil, apa kata Rizal? Sudah tentu lelaki itu akan menuduhnya perempuan materialistik tegar. Dia sudah tidak sanggup menerima semua hinaan itu lagi. Amini meletakkan kotak itu di atas meja semula.
            “Cantik, tapi Ami minta maaf. Ami tak dapat terima semua ini.”
            Berkerut dahi Ridilla. “Kenapa? Ami tak suka?”
            “Eh, tak, tak… Ami suka tapi Ami tak sesuai pakai benda-benda mahal seperti ini.” Amini terus memegang tangan Ridilla, menidakkan kata-kata itu. Takut Ridilla berkecil hati. “Ami minta maaf sangat-sangat, Ami tak dapat terima.”
            Ridilla diam. Dia merenung pada Amini yang terus senyum itu. Ini pasti kerja Rizal! Dia menggigit bibirnya dari dalam. Bunyi telefon membuatkan fokusnya hilang sebentar. “Sebentar ya Ami…”
           
            KRISTAL kaca yang menjadi penghias di dinding itu menjadi perhatian Amini. Dia suka melihat kilauan yang keluar daripada Kristal kaca itu apabila terkena cahaya matahari. Teringat dia akan Michael Jackson Keluar Hutan Bawa Ibu Unta, cara mudah bagi mengingat warna pelangi yang mewakili warna-warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu, warna itu berganti-ganti. Tidak mungkinlah Amini akan melupakan warna-warna itu setelah dia bertungkus-lumus siang dan malam mengingat dan menghafal warna-warna itu. Dia bukanlah pelajar yang hebat dalam mata pelajaran sains sewaktu di sekolah rendah, sedangkan hipotesis itu pun terlalu payah untuk dibuat, apatah lagi mencari pemboleh ubah. Huh! Alih-alih teman di sebelah pula menjadi tempat Amini merujuk sebelum guru sainsnya menyoal dia. Mudah bukan…
            Huhuhu… jangan tiru aksi ini di sekolah.
            Amini menyentuh pada Kristal kaca yang berbentuk globe pula. Peta dunia. Dunia ibarat kaca, dijaga dengan baik maka baiklah dia tapi bila dilayan dengan buruk, padahnya pada diri kita sendiri. Kita menyebabkan dunia terseksa, dunia akan buat kita menderita. Satu proses timbal balik. Tidak ramai yang sedar akan perkara itu.
            “You have passion in crystal too…” tegur Ridilla yang keluar dari bilik kerja di dalam rumah agam itu. Amini menurunkan tangannya daripada menyentuh barangan mahal itu.
            “Cantik. Fragile macam hati manusia.”
            Terjungkit kening Ridilla. Dia mendekati Amini. “You know dear, if you have something to say or share about, Ami boleh cerita kat akak.”
            Baru pertama kali berjumpa, dia sudah diberikan peluang untuk meluahkan isi hatinya. Sungguh beruntung tetapi tidak mungkinlah dia mahu menceritakan perkara buruk mengenai hubungannya kepada orang ramai. Dia tidak mahu menjadi salah-satu daripada perempuan yang membuka ceritanya.
            Thanks. Ami rasa, Ami kena balik sekarang. Rizal akan balik nanti, Ami kena kemas rumah dan siapkan makan malam.”
            “What?” ternganga Ridilla. Terbuntang matanya. “Rizal tak upah pembantu rumah?” semakin meninggi pula suaranya.
            Amini menggelengkan kepalanya. “Tak selesa rasanya kalau ada pembantu rumah. Ami masih mampu buat semua itu.” Kali ini dia berkata benar. Dia mungkin tidak akan pernah mengupah pembantu rumah. Kalau dia punya anak sekali pun dia mungkin tidak akan mengupah pembantu rumah. Suami, anak, keluarga dan rumah adalah tanggungjawabnya.
            “Ami tak penat buat kerja-kerja rumah tu? Kalau Ami nak, akak boleh beri Ami pembantu rumah.”
            Amini tergelak perlahan. Dia terus memegang tangan Ridilla. “Rasanya tak kot.”
            Ridilla mengecilkan matanya. “Sebab Rizal?” duganya.
Amini menggelengkan kepalanya. “Ami yang tak nak.”
           
            KETERLALUAN! Adakah Rizal benar-benar mahu menjatuhkan maruah keluarganya sehingga menjadi rendah sekali? Ridilla mengetap bawah bibirnya. Rasa geramnya pada Rizal bukan kepalang lagi.
            Bila dia memberhentikan keretanya di bawah rumah Rizal. Dia menoleh pada Amini yang bergegas pulang ke rumah. Entah apa yang ditakutkan Amini. Adakah Rizal mendera Amini? Berkerut dahinya… tidak mungkinlah.
            “Ami,” panggil Ridilla.
            “Ya,” senyuman itu mekar. Senyuman itu membuatkan Ridilla berasa senang buat seketika.
            “Kalau ada apa-apa jangan malu-malu nak telefon akak. Kami sentiasa terbuka untuk menerima Ami.”
            “Baiklah, Ami minta diri dulu.”
            Ridilla menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan Amini yang keluar dari keretanya. Langkah itu diperhatikan. Luguh sahaja langkah itu. Amini juga kelihatan tidak bersemangat. Apa sebenarnya yang berlaku?
            Rizal!!