Saturday, 3 August 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 35


            JADI, apa kaitan dia dengan hal peribadi Rizal pula? Ingin sahaja mulutnya mengeluarkan ayat itu tetapi dia tidak sampai hati. Perempuan itu memang nampak elegan tapi siapa perempuan itu pada Rizal? Dan kenapa perempuan itu kerap kali memanggil Rizal sebagai budak? Rizal dan Mahani tidak pernah mengkhabarkannya mengenai saudara mereka ini. Malah dia juga tidak mengenali saudara-mara Rizal. Dia tidak pernah diperkenalkan dengan saudara-mara lelaki itu. Atau perempuan itu isteri pertama Rizal…
            Ya Allah! Sanggupkah aku bermadu?
            Bila kereta ini masuk ke dalam perkarangan rumah agam. Besarnya! Teriak hati Amini. Dia tidak pernah masuk ke kawasan rumah yang besar seperti ini. Rasa terasing di dunia sendiri. Apa yang dia buat di sini sebenarnya?
            “Jom Amini,” pelawa perempuan itu apabila pemandu sudah membuka pintu kereta untuknya. Amini menarik nafasnya dalam-dalam. Apa jua yang berlaku selepas ini dia harus menghadapinya dengan tabah.
            Dia membuka pintu sebelum pemandu itu sempat membuka untuknya. Kaki kanannya diturunkan, berpijak pada batu-bata yang disusun dengan cantik itu. Seorang lelaki dan perempuan pertengahan umur yang mungkin tukang kebun dan pembantu rumah sedang memerhati ke arahnya. Bila dia mengangkat kepalanya, dua orang itu memberikan senyuman kepadanya dan menundukkan kepalanya. Tanpa dia sedari, dia turut memberikan senyumannya dan merendahkan sedikit kepalanya.
            “Home sweet home!” ujar perempuan itu sambil tersenyum lebar. Amini memandang pada pintu gerbang rumah agam itu.
            This is what you call home? I can’t believe it! Oh god! Hit me, hit me!!
            “Oh ya, by the way have I told you my name yet?”

BILA sahaja kaki Amini melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, sudah terasa kemewahannya pada bawah tapak kakinya. Dingin rumah itu lebih dingin daripada rumah Rizal. Rumah itu tidak mempunyai kemesraan. Dia dapat rasakan itu.
            “Amini duduklah.” Perempuan elegan yang mengatakan dirinya bernama Ridilla itu mempelawa Amini duduk di atas sofa yang mungkin hasil rekaan pereka yang terkenal. Sudah tentunya bukan pereka tempatan.
            Masalah besar betullah kau ni Amin…
            Amini menganggukkan kepalanya perlahan. “Bilik Ami dan Rizal ada di atas, kalau Ami nak tengok, akak boleh tunjukkan.”
            Akak? Kali ini dia menggelarkan dirinya kakak pula. Amini memerhatikan Ridilla dari atas ke bawah. Cantik. Hidungnya juga mancung. Mata itu seperti mata Rizal tetapi struktur muka itu lebih kelihatan anggun dengan ciri keperempuanannya.
            “Bilik saya dan Rizal?” soal Amini, masih kurang jelas dengan cerita yang sebenar. Dia tidak pernah tahu akan latar belakang lelaki itu. Sama sekali tidak. Kosong.
            Ridilla senyum dia duduk disebelah Amini. Tangannya diletakkan di atas paha Amini. “Ya, bilik Rizal dan kamu. Bilik untuk adik akak.”
            Akak. Sekali gus perkataan I itu hilang dan digantikan dengan akak.
            “Adik?” semakin berkerut dahi Amini. Sejak bila pula anak tunggal seperti Rizal mempunyai seorang kakak? Jadi sebab itulah dia memanggil Rizal budak? Ohhh… baru dia faham perkaitan itu.
            “Rizal adik kandung akak tapi dia tak pernah tinggal dengan kami.”
            Sebabnya? Rizal terlalu kejam sehingga membuang keluarga kandungnya sendiri? Jadi, kalau ini keluarga kandungnya sebenar. Siapa pula Mahani pada Rizal?
            Mata itu tidak pernah berhenti daripada memandang wajah yang sedang duduk di hadapannya itu. Dia tidak percaya orang yang dinanti-nantikan sejak dahulu lagi kini ada di hadapan matanya.
            “Rizal layan Amini baik?” tanya Ridilla. Dia tahu Amini masih kurang selesa dengannya tapi dia hanya mahu berkenal mesra dengan adik iparnya itu. Dia yakin Amini mampu membawa perubahan pada keluarga mereka.
            Amini mengukirkan senyumannya. Dia menganggukkan kepalanya. Rizal memang layannya dengan baik, sangat baik sehinggakan layanan itu berbaur hinaan dan cacian, dan kini disertai dengan bantuan tangan pula. Mudah sahaja tangan itu hinggap di pipinya semalam.
            “Atau Amini ada masalah dengan Rizal?” terangkat kepala Amini. Ridilla sudah sangsi dengannya. Adakah air mukanya menunjukkan yang dia sebenarnya menyembunyikan hal yang sebenar?
            “Tak, Rizal layan saya dengan baik.”
            Jangan buka pekung di dada sendiri.
            Senyum yang terbentuk dibibir itu membuatkan Amini sedikit lega. Ridilla sudah tidak mengesyakinya lagi. “Mak Mah,” panggil Ridilla. Seorang wanita pertengahan umur datang. “Tolong ambilkan barang-barang yang ada di atas katil saya,” arah Ridilla.
            “Baik, cik.”
            Ridilla mengalihkan pandangannya pada Amini pula. Kalau betul Rizal sayang pada isterinya ini, kenapa tidak ada apa-apa yang menghias diri Amini? Matanya tertancap pada leher Amini yang kosong. Tidak ada apa-apa dileher itu. Telinga itu juga, bahkan pergelangan tangannya juga. Yang ada hanyalah jam tangan yang murah. Sampai begitu sekali? Kerjaya Rizal hebat itu mampu membelikan Amini benda-benda itu. Rizal! Huh! Adakah Rizal masih tergila-gila akan perempuan yang bernama Nelly itu lagi? Tidak tahukah Rizal yang dia tidak suka pada perempuan yang bernama Nelly itu?
            “Ini barang-barangnya cik,” dua beg kertas besar diletakkan di atas meja kaca itu.
            “Terima kasih Mak Mah.” Ridilla mengeluarkan barang-barang yang ada di dalam beg itu dan diletakkan satu-persatu barang-barang itu di atas meja kaca. “Amini, ini hadiah akak untuk kamu.”
            “Hadiah?” terkedu Amini apabila melihat satu-persatu barang yang ada dihadapan matanya. Satu set barang kemas, beg tangan, dompet, dan… lingeries? Ridilla menghulurkan kotak baldu itu kepada Amini. Barang kemas itu berkilau-kilau apabila terkena cahaya matahari.
            “Hadiah ini tak seberapa, tapi akak harap kamu suka.”
            Rekaan barang kemas itu memang cantik dan menarik tapi tidak mungkinlah perempuan seperti dia ini sesuai mengenakan barang-barang yang mahal seperti ini. Kalau dia ambil, apa kata Rizal? Sudah tentu lelaki itu akan menuduhnya perempuan materialistik tegar. Dia sudah tidak sanggup menerima semua hinaan itu lagi. Amini meletakkan kotak itu di atas meja semula.
            “Cantik, tapi Ami minta maaf. Ami tak dapat terima semua ini.”
            Berkerut dahi Ridilla. “Kenapa? Ami tak suka?”
            “Eh, tak, tak… Ami suka tapi Ami tak sesuai pakai benda-benda mahal seperti ini.” Amini terus memegang tangan Ridilla, menidakkan kata-kata itu. Takut Ridilla berkecil hati. “Ami minta maaf sangat-sangat, Ami tak dapat terima.”
            Ridilla diam. Dia merenung pada Amini yang terus senyum itu. Ini pasti kerja Rizal! Dia menggigit bibirnya dari dalam. Bunyi telefon membuatkan fokusnya hilang sebentar. “Sebentar ya Ami…”
           
            KRISTAL kaca yang menjadi penghias di dinding itu menjadi perhatian Amini. Dia suka melihat kilauan yang keluar daripada Kristal kaca itu apabila terkena cahaya matahari. Teringat dia akan Michael Jackson Keluar Hutan Bawa Ibu Unta, cara mudah bagi mengingat warna pelangi yang mewakili warna-warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu, warna itu berganti-ganti. Tidak mungkinlah Amini akan melupakan warna-warna itu setelah dia bertungkus-lumus siang dan malam mengingat dan menghafal warna-warna itu. Dia bukanlah pelajar yang hebat dalam mata pelajaran sains sewaktu di sekolah rendah, sedangkan hipotesis itu pun terlalu payah untuk dibuat, apatah lagi mencari pemboleh ubah. Huh! Alih-alih teman di sebelah pula menjadi tempat Amini merujuk sebelum guru sainsnya menyoal dia. Mudah bukan…
            Huhuhu… jangan tiru aksi ini di sekolah.
            Amini menyentuh pada Kristal kaca yang berbentuk globe pula. Peta dunia. Dunia ibarat kaca, dijaga dengan baik maka baiklah dia tapi bila dilayan dengan buruk, padahnya pada diri kita sendiri. Kita menyebabkan dunia terseksa, dunia akan buat kita menderita. Satu proses timbal balik. Tidak ramai yang sedar akan perkara itu.
            “You have passion in crystal too…” tegur Ridilla yang keluar dari bilik kerja di dalam rumah agam itu. Amini menurunkan tangannya daripada menyentuh barangan mahal itu.
            “Cantik. Fragile macam hati manusia.”
            Terjungkit kening Ridilla. Dia mendekati Amini. “You know dear, if you have something to say or share about, Ami boleh cerita kat akak.”
            Baru pertama kali berjumpa, dia sudah diberikan peluang untuk meluahkan isi hatinya. Sungguh beruntung tetapi tidak mungkinlah dia mahu menceritakan perkara buruk mengenai hubungannya kepada orang ramai. Dia tidak mahu menjadi salah-satu daripada perempuan yang membuka ceritanya.
            Thanks. Ami rasa, Ami kena balik sekarang. Rizal akan balik nanti, Ami kena kemas rumah dan siapkan makan malam.”
            “What?” ternganga Ridilla. Terbuntang matanya. “Rizal tak upah pembantu rumah?” semakin meninggi pula suaranya.
            Amini menggelengkan kepalanya. “Tak selesa rasanya kalau ada pembantu rumah. Ami masih mampu buat semua itu.” Kali ini dia berkata benar. Dia mungkin tidak akan pernah mengupah pembantu rumah. Kalau dia punya anak sekali pun dia mungkin tidak akan mengupah pembantu rumah. Suami, anak, keluarga dan rumah adalah tanggungjawabnya.
            “Ami tak penat buat kerja-kerja rumah tu? Kalau Ami nak, akak boleh beri Ami pembantu rumah.”
            Amini tergelak perlahan. Dia terus memegang tangan Ridilla. “Rasanya tak kot.”
            Ridilla mengecilkan matanya. “Sebab Rizal?” duganya.
Amini menggelengkan kepalanya. “Ami yang tak nak.”
           
            KETERLALUAN! Adakah Rizal benar-benar mahu menjatuhkan maruah keluarganya sehingga menjadi rendah sekali? Ridilla mengetap bawah bibirnya. Rasa geramnya pada Rizal bukan kepalang lagi.
            Bila dia memberhentikan keretanya di bawah rumah Rizal. Dia menoleh pada Amini yang bergegas pulang ke rumah. Entah apa yang ditakutkan Amini. Adakah Rizal mendera Amini? Berkerut dahinya… tidak mungkinlah.
            “Ami,” panggil Ridilla.
            “Ya,” senyuman itu mekar. Senyuman itu membuatkan Ridilla berasa senang buat seketika.
            “Kalau ada apa-apa jangan malu-malu nak telefon akak. Kami sentiasa terbuka untuk menerima Ami.”
            “Baiklah, Ami minta diri dulu.”
            Ridilla menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan Amini yang keluar dari keretanya. Langkah itu diperhatikan. Luguh sahaja langkah itu. Amini juga kelihatan tidak bersemangat. Apa sebenarnya yang berlaku?
            Rizal!!

1 comment:

  1. pendeknya nak lagi boleh,selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete