TIDAK
berkelip mata Mahani dan pembantu rumahnya saat Rizal dan Amini menapak masuk
ke dalam rumah itu. Betulkah apa yang dilihatnya sekarang ini? Sejak bekerja di
syarikat seni bina itu, Rizal tidak pernah mahu menjejakkan kaki ke dalam rumah
ini. Banyak alasan yang akan diberikan oleh Rizal sekiranya diminta untuk terus
menetap di rumah ini. Tetapi kini... dia tidak kisah sekiranya mereka tidak tinggal
bersama dengannya, datang mengunjunginya juga sudah memadai.
Amini mendapatkan Mahani. “Apa
khabar ma?” tangan tua itu dikucup. Mahani mendakap Amini, merapatkan pipinya
dengan Amini. Pipi anak menantu pilihannya itu terus dikucup dengan penuh
sayang.
“Baik, mama tak sangka akhirnya Ami
sampai juga ke rumah ini...”
Amini mengukirkan senyumannya. Dia
menoleh pada Rizal. Dia mengetapkan
bibirnya. Rizal masih belum menyalam tangan ibunya. Perlahan-lahan dia
menapak ke belakang. Kakinya menendang kaki Rizal.
“Tckk!!” marah Rizal. Amini
menjeling dan memberikan tanda kepada Rizal, mengarahnya seperti mana yang
telah mereka janjikan di dalam kereta sebelum perkara ini berjalan. Malangnya,
Rizal masih belum berganjak walau sedikitpun. Dia masih kaku di situ. Amini
menyiku Rizal. Tiada respon. Kurang asam punya lelaki!
Okey, kalau cara kasar dia tak
terima. Macam mana kalau...
Amini mencuit pinggang Rizal,
serta-merta Rizal memandangnya. “Please
don’t do that Ami...” Rizal berkata perlahan. Amini terus merapatkan
kedua-dua tapak tangannya. Dia membuat muka sepuluh sen.
Rizal melepaskan nafasnya. Geram.
Akhirnya dia melangkah juga mendekati ibunya. “Kami bermalam di sini...”
perlahan ayat itu dituturkan. Amini tersenyum. Biarlah asalkan Rizal sudah membuat
langkah pertama untuk mendekati ibunya. Amini terdiam. Dia sendiri kurang pasti
niat sebenar Rizal meninggalkan rumah sebelum ini.
“Kami naik dulu,” lengan Amini terus
sahaja ditarik. Terpinga-pinga Amini namun sempat lagi dia menghulurkan
senyuman manis kepada ibu mertua dan pembantu rumah itu. Dia terpaksa menuruti
langkah Rizal.
“IBU, den Rizal jauh berubah ya...
seperti kita baru berkenalan dengan Rizal yang baru.” Mbak datang mendekati
Mahani sambil mengeluarkan pendapatnya.
Mahani hanya diam. Dia nampak
bagaimana Amini memujuk anaknya itu supaya berbicara dengannya. Nampaknya Amini
berjaya menarik Rizal meskipun dia tidak tahu apa yang sedang dicaturkan oleh
pasangan itu.
LANGKAH Amini berhenti di tengah-tengah bilik. Matanya memerhatikan
setiap inci di dalam bilik itu. Bilik ini besar. Besarnya tiga kali ganda
daripada bilik sewanya. Dua kali ganda
daripada bilik di kondominium Rizal. Hiasan di dalam bilik ini juga
sangat menarik. Sebuah katil saiz King dan dihiasi meja di setiap sisi kepala
katil itu. Di atas katil itu pula dihias dengan sebingkai gambar. Dahinya
berkerut. Gambar majlis pernikahan mereka?
“Kenapa pandang katil tu? Kecewa
sebab bukan katil super single?”
tegur Rizal dalam nada gurauan yang sarkastik.
Amini menjuihkan bibirnya. “We used to snuggle, isn’t it? Atau kau
yang kecewa sebenarnya?” alih Amini mengenakan Rizal semula.
Rizal berdehem, membersihkan
tekaknya yang perit dek kata-kata Amini, senyuman sinis terukir dibibirnya,
menutup rasa. “Whatever.”
Beg diletakkan di sisi almari
pakaian. Dia mengatur langkah menuju ke balkoni sambil diperhatikan oleh Rizal.
“Oh ya Rizal,” panggil Amini. Dia
melangkah masuk semula ke dalam bilik itu. Rizal mengangkat kepalanya. “Do you, errr... can I have my car’s key
back?” Amini mengalihkan topiknya. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk
bertanya akan masalah Rizal dan ibunya.
“You
nak pergi mana?” soal Rizal keras.
“Macam mana saya nak pergi kuliah
kalau kau tak bagi saya, kunci kereta saya?”
“Kuliah?” duga Rizal.
Amini menganggukkan kepalanya. “Yes, I’m taking Master right now, every
weekend...” jawab Amini. Dia membuka zip beg pakaiannya. Mengeluarkan
satu-persatu pakaiannya.
“I
see, nanti you tanya dekat Mbak. I dah minta Pak Mat tinggalkan kunci
kereta you dengan Mbak.”
“Kau nak saya kemaskan baju kau?”
soal Amini apabila dia melihat Rizal masih lagi berbaring di atas katil. Entah
masih memikirkan tentang apa sekarang ini. Teman wanita mungkin. Mood Rizal berubah sebaik sahaja
melangkah masuk ke dalam rumah ini. Kenapa ya?
“Buatlah apa yang perlu,” ringkas
sahaja jawapannya. Amini tidak bertanya lagi. Dia meneruskan kerjanya. Biarlah
hubungan mereka terasa hambar, dia tidak mahu menambah perencah ke dalam
hubungan mereka. Dia takut dia akan kecewa di akhir nanti.
“Kau nak pakai baju apa besok?”
“Besok? Tomorrow is Sunday Amini.”
Amini menepuk dahinya. Dia
tersengih-sengih menahan malu.
“I
nak petang ni you join I pergi main rugbi,” ujar Rizal
tiba-tiba seolah-olah memberi arahan kepada Amini.
Amini tersentak, kenapa pula aku?
Bentaknya di dalam hati, tidak puas hati dengan arahan lelaki itu. “Rugbi? And why should I?” Bukankah Rizal tidak
suka dia berada di dalam kelompok lelaki. “Mintalah teman wanita kau temankan
kau,” alih Amini pula.
Terkedu Rizal. Teman wanita? Dia
tidak pernah mengenang akan Nelly lagi. Tidak lagi selepas beberapa hari yang
lalu. Kenapa Amini tiba-tiba membangkitkan soal itu? “You still owe me Amini,” balas Rizal. “Jangan risau pasal teman
wanita I, dia seorang yang sangat
memahami.” Rizal berkata sedemikian walhal dia dan Nelly sememangnya tidak ada
apa-apa hubungan. Bodoh! Selama ini dia tidak pernah tahu yang dia dan Nelly
sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan melainkan teman yang mesra. Dia
sememangnya seorang lelaki yang kosong pada saat itu tetapi hatinya masih lagi
ada pada Nelly. Dia tidak mungkin akan melupakan hubungan mereka begitu sahaja.
Lelaki paling sukar melupakan kekasih yang telah bertakhta lebih daripada tiga
tahun di dalam hatinya, kemunculan Amini membuatkan dia hidup dalam
keterpaksaan pada masa yang sama dia simpati. Tetapi sekarang…
Wajah bahagia itu ditatap.
Bahagianya orang yang mempunyai kekasih! Dalam diam tanpa disedari dia cemburu
pada orang yang punya orang yang disayangi. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
Rasa sedih tiba-tiba menerpa. Selama ini, dia hanya tumpukan sepenuh perhatian
kepada pelajaran dan kejayaannya. Dia langsung tidak memikirkan mengenai hal
ini lagipun dia bukanlah perempuan yang menjadi idaman mana-mana lelaki. Malang
sungguh lelaki ini berkahwin dengannya. Apa yang lelaki ini dapat? Dia tidak
tahu bercinta...
Setitis air mata perlahan-lahan
turun dari tabir matanya. Cepat-cepat Amini mengalihkan pandangannnya. Dia
meneruskan kerjanya semula. Hujung jarinya sempat mengesat titisan air mata
itu.
“You
know what, I’m impress a guy who can play football.” Amini meluahkan
rasanya tiba-tiba. Tangannya masih sibuk melipat baju sebelum dimasukkan ke
dalam kabinet, sengaja membawa pakaiannya yang lebih. Mudah baginya supaya
tidak perlu membawa pakaian sekiranya bermalam di rumah ini lagi. Dia
sebenarnya tiada modal untuk bercerita. Ini sahaja yang terlintas di
fikirannya. Lagipun, memang dia mahukan seorang suami yang terlibat dengan
sukan. Dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang anti-sukan. Tapi Rizal... Rizal
juga salah-seorang daripada orang yang bergiat aktif dalam sukan, kenapa dia
sedikit pun tidak gembira?
Rizal terkesima. Egonya sedikit
tergugat. Dia tidak suka orang membanding-bandingkan bola sepak dengan rugbi
kesayangannya. “Bola sepak tu untuk lelaki, rugbi untuk lelaki sejati. You pernah nampak pemain bola sepak
cedera teruk seperti rugbi? Drama sahaja lebih...” bidas Rizal, mempertahankan
sukan kesayangannya itu. Dia tidak suka orang lain memperlekehkan rugbi. Rugbi
adalah jiwanya sejak dahulu lagi. Amini menjeling, menyampah.
Lelaki dan egonya.
Lelaki dan sukannya.
Aku boleh jadi bosan!
“Tapi, kawan lelaki saya pernah
selamatkan saya daripada terkena bola. He
even pushed me back to kick the ball and save me. Itu baru namanya lelaki
sejati. Seorang lelaki yang boleh menyelamatkan seorang perempuan...” Amini
tersenyum meleret. Sehingga kini dia masih mengingati peristiwa beberapa tahun
yang lalu.
“Ami bola!!” jerit David. Amini
tetap berdiri di situ. Dia seolah-olah pegun. Tidak bergerak walau seinci pun.
Amini tidak tahu mahu berbuat apa melainkan berdiri terpegun di sana. Mulutnya
sedikit terbuka. Dia mahu menjerit tapi tidak terluah. Bagaikan menanti bola
yang ditendang dengan deras itu. David terus sahaja berlari dan berada di
hadapan Amini. Bola itu semakin menghampir. Amini mengetap bibirnya.
Bukkk!! Bola yang hampir mengenanya
sebentar tadi sudah ditendang jauh. Jantung Amini berdegup dengan kencang. Naik
turun nafasnya.
Rizal memandang Amini yang sejak
tadi mengelamun. Entah apa yang difikirnya. Ada riak yang kurang senang di
wajah itu apabila dia terlihat bibir itu mengukirkan senyuman yang sukar untuk
ditafsirkan. Huh! Ternyata Amini memikirkan mengenai lelaki lain sekarang ini.
Kakinya melangkah turun dari katil. Kain bajunya yang ada di dalam beg terus
sahaja di ambil, dihumban masuk ke dalam almari. Amini terkejut. Lamunannya terhenti
tiba-tiba. Cepat-cepat dia berdiri, menghalang Rizal.
“Saya masih belum sempat lipat...”
“Tak
payah buat!” meninggi suara Rizal. “You
stay saja di rumah, tak payah ikut I
pergi main rugbi!”
Terkedu Amini. Tidak mungkinlah
Rizal marah pasal hal kecil itu? Dia menjadi gelabah tiba-tiba. Cepat-cepat
Amini berdiri. “Rizal...” lengan lelaki itu dipegang. Mata lelaki itu ditatap
sekejap. “Well, have I told you about
thing that I’m impress about rugby’s player?”
Rizal memandang ke arah Amini yang
sudah mula bertenaga. Senyuman di bibir itu melebar.
“Pemain rugbi akan menjaga bolanya
dengan baik, sentiasa memeluknya dengan erat, dekat ke hatinya. It seems that they’ll take a really good
care of you,” beritahu Amini.
Terjungkit kening Rizal. Pandai juga perempuan ini memujuk. Dia merenung
ke bawah bibir Amini. Bibir itulah yang membuatkan dia hampir-hampir hilang
kewarasan. Masih terasa lagi sentuhan di bibir itu.
Amini melepaskan tangannya yang
memegang lengan Rizal. Dia mengeluarkan semula pakaian yang tidak tersusun
dengan kemas di dalam almari. “Boleh tak kalau saya letakkan sebuah rak buku di
situ?” Amini menunjuk ke arah sisi katil kiri.
“Suka hati youlah...” jawab Rizal acuh tak acuh. Amini menatap wajah yang
sedang mengelamun itu. Pemain rugbi...
Ya, pemain rugbi akan sentiasa
menjaga bolanya dengan baik, sentiasa memeluknya dengan erat dekat ke hatinya
tapi aku tak akan pernah berhadapan
dengan semua ini. Rizal sangat prejudis terhadap aku. Dia masih melabelkan
aku sebagai perempuan mata duitan. Mungkin sahaja perkahwinan ini tidak akan
bertahan lama. Aku tidak mahu menjadi penghalang kepada cinta dua insan yang sudah lama
melakar janji bersama. Apa yang ada pada aku melainkan pergi jauh dari tempat ini?
BEST....NAK .
ReplyDeleteterima kasih, nanti singgah lagi yaa~
ReplyDelete