Friday, 18 October 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 39


PADANG rugbi di UMS ini menerima kedatangan Amini dengan baik. Beberapa orang pemain rugbi tertoleh-toleh ke arah Rizal dan Amini yang masing-masing mengenakan baju sukan yang warnanya sedondon. Selama ini Rizal tidak pernah membawa perempuan bersama dengannya. Rizal sendiri mengatakan bahawa perempuan itu seorang yang leceh apabila dibawa bersukan bersama. Tetapi kini... dia percaya Amini boleh dijadikan sahabat yang baik dalam bersukan bila dia melihat Amini mengayuh bike di gim tempoh hari.
            I nak warm up. You wanna join me?” duga Rizal. Dia sengaja menduga Amini untuk datang bersamanya. Dia mahu tahu perwatakan Amini. Setakat ini Amini masih belum menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan hatinya kecuali perangai keras kepalanya itu.
“Boleh juga,”  jawab Amini. Dia meletakkan air mineral dan begnya di atas sebuah bangku. Dia membuka seluar panjangnya, tinggal berseluar tight sukan sahaja.
 Rizal terkejut apabila melihat Amini berseluar tight pendek, terbuntang biji mata itu. Setahunya, dari rumah tadi Amini berbaju sukan dan mengenakan seluar trek panjang serta berkasut sukan. Tidak tahu pula dia yang Amini sebenarnya memakai seluar tight pendek di dalam. Sekali lagi rasa kurang senang dengan situasi ini, mata-mata lelaki yang ada di padang ini tidak akan lari daripada melekat pada bentuk pinggul Amini yang jelas itu, lagi-lagi apabila Amini mengenakan seluar pendek ini ditambah lagi dengan baju sukan tanpa lengan yang direka mengikut bentuk lekuk tubuhnya. Telan air liur sajalah Rizal…
Rizal mengangkat tangannya, baru dia berkira-kira mahu membuat regangan, cepat sahaja dihalang oleh Amini. “Menurut kajian yang dibuat, lakukan regangan sebelum pemanasan badan akan mengakibatkan otot kita tercedera dengan mudah, dan penjanaan kuasa akan berkurangan semasa bermain nanti,” beritahu Amini. “Lebih baik kita lari dahulu sebelum buat regangan,” Amini mengesyorkan pula kali ini. Rizal tidak banyak membantah, dia lakukan seperti mana yang Amini memberitahunya tadi.
            Dia berlari anak terlebih dahulu di permulaan trek. Otot dibetisnya jelas kelihatan semasa dia berlari, paha itu menjadi tegang. Rizal mengejarnya dari belakang, mendekatkan jaraknya dengan Amini. Orang-orang yang ada disekitar padang itu bersiul-siul tatkala Amini melintasi mereka. Tubuh Amini memang solid dan mempunyai tubuh yang agak terbentuk jadi tidak hairanlah Amini menjadi perhatian orang. Sempat juga Rizal menjeling pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul itu namun Amini langsung tidak tergugat. Tetap meneruskan dengan lariannya. Adakah Amini jenis orang yang sukar untuk terngadah? Bisik hatinya.
“Apa kata boyfriend you bila you kahwin dengan I?” tanya Rizal sambil berlari. Amini masih lagi menyanyi-nyanyi kecil. Staminanya akan menjadi kuat apabila berlari sambil bernyanyi.
“Buat apa nak kisah?” alih Amini, kalau dia berbicara lebih mengenai sahabat-sahabat lelakinya pasti pipinya akan menjadi mangsa lagi. Dia meningkatkan kelajuan lariannya. Meninggalkan Rizal sedikit jauh ke belakang. Tanpa rasa lelah, Amini terus berlari sehingga tiga pusingan. Huh! Tiga pusingan, cukup 1.2 kilometer. Kakinya melangkah menuju ke sebuah bangku panjang. Dia membuat bangkit tubi 20 kali, begitu juga dengan tekan tubi, kemudian dia beralih pula kepada senaman naik turun bangku selama 20 kali dan akhir sekali senaman cooling down.
            Terpegun Rizal buat seketika. Dia tidak percaya Amini mampu membuat semua ini. Sangkanya Amini akan  menyerah di pertengahan trek. Ini tidak!
            “Kau nak saya bantu buat regangan?” tanya Amini.
            You reti ke?” duga Rizal, menunjukkan mukanya yang tidak percaya. Amini tersenyum sinis.
            Eleh, pandang rendah dengan akulah tu!
            “Duduk bersila,” arah Amini. Rizal menurut, dia juga mahu mencuba cara regangan Amini. Siapa tahu berlainan caranya dengan cara yang selama ini dia gunakan. “Sekarang buat macam ni,” Amini menunjukkan caranya. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan dan diletakkan di belakang kepala. Dia mengambil kedudukan mereng, paha kanannya menyokong tubuh belakang Rizal. Dia meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya disiku kiri dan kanan Rizal, ditarik ke belakang tangan itu. Amini lakukan dengan perlahan-lahan, ditarik ke belakang lagi sehinggalah Rizal menyeringai kesakitan. Dia melepaskan perlahan-lahan dan mengulang kembali perbuatan yang sama. Dalam keadaan yang sama, Amini mengubah lagi bentuk regangannya. Kali ini tangan itu di angkat ke atas pula, seperti mengangkat sayap ayam. Kedua-dua jenis regangan ini adalah untuk otot yang berbeza.
            “Sekarang buka kaki seluas-luas yang kau dapat.”
            Rizal membuka kakinya, seperti mana yang di arahkan oleh Amini. “Tangan lunjur ke depan and I’m gonna push you from your back. Ready, one, two, three…” Amini menolak belakang Rizal sehinggalah tubuh itu rendah ke depan. Rizal dapat merasakan otot bahagian paha atasnya teregang. Tiga jenis regangan itu cukup untuk kali ini. Rizal kembali berdiri.
            “Gosh dude! Got your own trainer?” tegur rakan sepasukannya. Lelaki itu masih lagi menjinjit kasutnya, terkejut dia melihat Rizal dibantu dalam membuat regangan. Lagi-lagi bila trainernya itu seorang perempuan. Rizal bawa perempuan turun ke padang? Biar betul? Dia melihat perempuan yang ada di sisi Rizal. “Eh, cikgu Amini! Cikgu buat apa di sini? Ada latihan sukankah?” soal lelaki yang menegur Rizal sebentar tadi pada Amini. Terpinga-pinga Rizal, dua orang ini saling-mengenali?
            Amini senyum. “Taklah, saya dengan husband saya.”
            “Husband? You mean Rizal?” duga lelaki itu.
            Amini menganggukkan kepalanya perlahan. “Yes,”
            Lelaki itu tersenyum. “Tak hairanlah kau dapat latihan insentif kali ini sebelum bermain. Jom Rizal!” ajak lelaki itu.
            “Okey,” Rizal membetulkan bajunya. “I dah nak start main, you nak stay atau jalan-jalan dahulu?” soal Rizal sambil menyeka peluh yang merintik di dahinya. Amini mengangkat kepalanya.
            “Tak apa, saya okey. Saya tak pernah tengok orang main rugbi selama ini.” Hurm, bukan tak pernah tengok orang main tapi tak pernah tengok dengan serius. Selama ini, dia hanya melihat orang bermain rugbi sipi-sipi sahaja, itupun dia ada di gelanggang bola tampar. Orang bermain rugbi hanya di sebelah gelanggang bola tampar, di antara fokus pada bola tampar atau pada rugbi lebih baik dia utamakan apa yang dia kerjakan.
            Alright then, jangan lupa pakai seluar panjang tu. Cover your legs.”
            “Okey,” jawab Amini acuh tak acuh. Dia masih lagi meneruskan regangannya. Rizal sudah  jauh ke padang. Regangannya terhenti tiba-tiba. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
            Bag? Cover your bag? And why should I cover my bag? Moron!” marah Amini. Tidak sedar dia telah menyalah tafsirkan kata-kata Rizal tadi.

            HI! You ni isteri Rizal kan?” tegur satu suara dari belakang. Amini membetulkan duduknya. Seluar panjang yang tadi dibuka kini sudah dikenakan semula. Inilah cara dia, berseluar pendek apabila lari dan mengenakan semula seluar panjang selesai sahaja bersenam, dia sudah terbiasa sejak di bangku sekolah lagi tetapi tidak ditempat pengajiannya. Amini menoleh, seorang lelaki mendekatinya. Amini senyum. Lelaki itu sudah menghulurkan tangannya.
            Nice to meet you, I’m Johan and you must be Amini right? I bestman Rizal masa korang nikah.”
            “Ya saya, it’s nice to meet you too. You main rugbi juga ke?” soal Amini pada lelaki yang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
            “Tak, I tak minat dengan rugbi. I lebih suka main golf tapi I selalu temankan Rizal setiap kali ada perlawanan.”
            “Temankan?” soal Amini. Tidak faham. Kenapa perlu menemankan Rizal bermain rugbi? Dia cuba melihat muka lelaki itu. Sangsi pula hati Amini. Astaghfirullahalazim, mengucap Amini, jangan tuduh orang sembarangan.
            Johan mengangkat keningnya. Kasihan, Rizal mungkin tidak mengkhabarkan hal sebenar kepada Amini.
            “Selama Rizal bermain rugbi ni, tak ada seorang pun perempuan yang pernah menemaninya. Bagi Rizal, rugbi adalah minat yang tidak boleh dipisahkan. I terkejut juga nampak you kat sini. You siap bersenam dengan Rizal lagi.”
            “Tak ada apa yang hebat sangat, biasa saja. Saya dah biasa...”
            “Bertuah Rizal dapat you kan.”
            Senyuman di bibir itu mati. Amini menundukkan kepalanya. Bertuahkah? Alangkah baiknya kalau Rizal juga berfikiran seperti itu. Dari mula sehingga sekarang, dia masih belum mengetahui isi hati Rizal. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Rizal terlalu sukar untuk diduga.  
            Johan dapat mengesan perubahan di wajah itu. “Dengar kata you guru...” dia mencari  modal untuk terus berbual dengan Amini. Dia bosan sebenarnya melihat permainan rugbi ini tapi demi Rizal, teman baiknya dari bangku sekolah menengah lagi, dia sanggup. Mereka selalu menghabiskan masa mereka bersama-sama di Starbucks selepas Rizal bermain rugbi. Itu adalah rutin mereka bersama, banyak benda yang dibincangkan. Biar mereka satu tempat kerja sekalipun, mereka masih keluar bersama. Rizal adalah satu-satu teman baiknya dari dahulu sehingga sekarang. Rizallah yang banyak membantunya.
            “Ya saya,” Amini mencapai begnya. Dia mengeluarkan sekeping kad bisnes dari begnya lalu diberikan kepada Johan.
            “Saya juga salah seorang daripada sukarelawan. Bantuan sangat dialu-alukan…”
            “Oh ya? Insya Allah, nanti I khabarkan pada kawan-kawan I yang loaded.”
            Amini tertawa. Loaded? Bantuan yang disebutkan itu bukan dari segi duit. Ternyata lelaki ini salah faham konsep. “Bantuan dari sumber tenaga juga diterima encik Johan,” terang Amini. “Banyak benda sebenarnya yang kita boleh bantu mereka, tak semestinya fokus kepada wang semata-mata.” Amini menambah lagi. Dia berdiri. Pandangannya ditumpukan pada permainan itu. Kamera yang ada di dalam beg terus sahaja dikeluarkan. Semua barang dimasukkan ke dalam beg.
            “Saya nak ambil gambar, nak join saya?” senyuman terukir di bibir Amini. Johan menganggukkan kepalanya perlahan. Dari situ dia dapat lihat bahawa Amini mempunyai personaliti yang baik dari cara Amini bertutur, nampak keperibadian seorang guru di situ.
            “Ya Allah, Rizal!!” teriak Amini. Amini terus saja berlari menuju ke padang.

            DARAH keluar dari hidung Rizal tidak berhenti. Hidungnya terkena hentakan sewaktu menerima hantaran bola sebentar tadi. Amini mengeluarkan tuala kecil dari begnya, menahan darah daripada mengalir. Dia menyuruh Rizal menundukkan kepalanya dan memicit di hujung batang hidung.
            Amini tiba-tiba tergelak. Rizal terus mengangkat kepalanya, memberikan pandangan marah kepada Amini. Dia teringat akan kuliah yang diberikan oleh pensyarahnya dahulu. Pemain rugbi selalunya akan berhadapan dengan kemalangan. Kalau bukan hidung berdarah disebabkan hentaman siku pada hidung pasti tulang clavicle juga akan turut patah kerana hentaman siku pada tulang itu, kerana, pemain rugbi tidak berkesempatan untuk menjaga tubuhnya apabila diserang. 
            Rizal memerhatikan senyuman di bibir Amini yang merekah. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh perempuan itu sekarang ini. “I tengah sakit macam ni, you boleh gelakkan I lagi.”
            “Tundukkan kepala, jangan angkat dulu. Make sure tekan kuat di hujung tu...” nasihat Amini. Johan hanya memerhatikan sahaja gelagat pasangan itu. Terkejut juga dia tadi. Apa tidaknya, Amini terus sahaja berlari mendapatkan Rizal yang keluar dari padang dalam keadaan yang tercedera.
            “Sekarang kau dah buktikan kata-kata kau tadi, well I’ve nothing to say. Rugby’s player is true gentleman,” kata Amini. Dia melepaskan tangan Rizal yang memicit di pangkal hidung. Tuala yang dibasahkan mengelap darah yang kering.
            “Pendarahan dah berhenti, nak masuk ke dalam padang semula?” usik Amini sambil menaikkan keningnya. Rizal tidak sedar yang Amini sedang menyimpulkan senyumannya. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu.
            Rizal memegang hidungnya. Rasa sakit masa terasa. “I masih sakit ni,” ujar Rizal.
            “Tapi bukankah pemain rugbi mesti menang dalam pertandingan? Hurrmm, my friend said, pemain rugbi yang cedera akan masuk semula ke dalam padang sebaik sahaja menerima rawatan sebab kemenangan adalah tujuan utama mereka.” Amini memegang bibirnya sambil berkata.
            You nak nampak I terus injured?” duga Rizal. Dia merenung Amini dengan tajam. Amini menggelabah tiba-tiba.
            I... I didn’t mean that. Saya gurau sajalah,” satu tepukan singgah di bahu Rizal. 
            “Untung badan, dah ada first aider sendiri...” tegur Johan yang sejak tadi banyak mendiamkan diri. Selama bermain rugbi, Rizal tidak pernah mengalami pendarahan seperti ini. Kenapa baru sekarang? Tidak mungkinlah kerana kehadiran Amini? Kekurangan dan kelemahan Rizal ditunjukkan namun Amini sedikit pun tidak merungut malah dia membantu Rizal. Kalau dialah berhadapan dengan situasi itu belum tentu lagi dia dapat bertahan melihat darah keluar dengan deras. Alih-alih dia yang pengsan.
            “Teringat saya pada seorang pemain rugbi. Selepas satu perlawanan dia selalu sakit kepala. Banyak kali makan ubat, tak lut juga. Jadi, satu hari tu doktor buat imbasan pada kepala pemain rugbi tu. Punca sakit kepala yang dialami sebelum ini sebenarnya daripada sebatang gigi tertanam di dahi pemain tu. Gigi tu pula gigi salah-seorang pemain lawan. Nasiblah hidung berdarah tapi ianya berpunca daripada kerosakan di batang lembut ni akibat hentakan kuat...” bibir itu semakin petah bercakap.
            Rizal geram. Hidungnya bertambah sakit tetapi pada masa yang sama dia turut terhibur dengan cerita Amini tapi disimpan sahaja rasa lucunya itu di dalam hati.
            “Ahh!!” Amini tiba-tiba teriak kecil. Terkejut Rizal. Amini menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya. “Macam mana kalau hidung ni kemik? Nak buat plastic surgery ke? Ahh, Michael Jackson!”
            “Ami please, you’re not helping you make me more sick!” marah Rizal.
            Amini tertawa. “Gurau sajalah janganlah marah nanti darah tak berhenti keluar sebab tekanan darah tinggi. Jadi buat masa ni bernafas melalui mulut sahaja dahulu. Sejam selepas itu barulah bernafas seperti biasa okey,” Amini masih lagi menyeka peluh yang merintik di dahi Rizal. Kasihan pula dia melihat Rizal yang masih dalam kesakitan ini. Mereka tidak sedar, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan. 

****************************
 p/s : sorry guys sebab lama tak update blog... sejak kebelakangan ni, aktiviti terlalu banyak sampai tak ada masa nak update blog, membanting tulang sampai nak retak. huhuhu~ Apapun, saya dah update untuk bab 39. Walaupun cite ni tak best mana pun, harap korang enjoylah...  

~Anyway, masih belum terlewat bagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha~

1 comment: