SEPERTI
orang bodoh Amini berdiri di hadapan pintu utama ruang masuk ke dalam shopping
mall ini. Dia sepatutnya menerima pelawaan Ikhwan untuk menghantar dia balik
tadi. Bila dia mengenangkan mengenai Rizal, dia tidak jadi. Dia harus pergi ke
restoran KFC itu semula.
Belum
sempat Amini membuka langkahnya, lengannya sudah disentap dari belakang. Pantas
dia menoleh, cuba menarik lengannya. “Rizal!”
Lelaki
itu memberikannya sorotan mata yang tajam. Terbungkam bibir Amini. Dia tidak
tahu apa yang lelaki itu akan beri padanya selepas ini. Dia tidak tahu hukuman
apa lagi yang akan diberikan kepadanya. Bibir itu diperhatikan. Bibir yang
petah berbicara itu tidak berkata apa-apa melainkan menggeletar. Amini mungkin
tidak tahu yang dia ada di sini. Dia nampak semuanya. Bila Amini mahu
melepaskan lengannya, Rizal terus sahaja menarik dia menuju ke kereta yang baru
sahaja dihentikan di hadapan mereka. Jockey memberikan kunci kereta semula
kepadanya. Tanpa banyak bicara, dia membuka pintu kereta dan memaksa Amini masuk
ke ruang sebelah kiri itu.
“Siapa
lelaki itu?” tanya Rizal kasar sebaik sahaja kereta itu meluncur di jalan raya.
Bila dia mengutarakan pertanyaan itu, Amini sedikit pun tidak memandang ke
arahnya. Cepat dia mencengkam pada lengan Amini. “Damn it! Siapa lelaki tu Amini?” kuat suara itu dilontarkan, hampir
pecah gegendang telinganya.
Amini
menjeling. “Siapa lelaki itu pada saya tak ada kena-mengena dengan kau Rizal.
Tolong jangan masuk campur hal peribadi saya.” Oh! Amini masih tidak dapat
melupakan bila Rizal tersenyum dan tergelak bersama dengan kekasihnya. Dia
harus melepaskan semua ini dengan segera.
“Haha!”
keras sahaja ketawa yang dibuat-buatnya itu. “Tak cukup lagikah duit yang aku
bagi, aku dah beli segala-galanya untuk kau, tak cukup lagikah Amini! Perempuan
jenis apa kau ni? Perempuan materialistik? Atau jalang? Tak ada boyfriend konon tapi berfoya-foya dengan
lelaki lain.”
Bagaikan
putus nyawa Amini. Rizal panggil aku jalang? Amini tidak sedar yang mereka
sudah sampai di perkarangan rumah Mahani. Tidak sedar yang Rizal memecut kereta
itu dengan lajunya.
Rizal
menurunkan penghadang matahari yang ada di hadapan tempat duduk. Cermin itu
dihalakan pada Amini. Rambut Amini dia tolak kasar ke tepi, dia menunjukkan
bekas merah yang dia tinggalkan semalam. “Don’t
you see the red marks, you’re mine Amini. MINE!” ditekan lagi perkataan
itu.
Amini
melarikan pandangannya ke tempat lain. Air mata mulai bertakung di matanya. Lelaki
itu tuduh dia jalang, satu perkataan yang dia tidak pernah suka dengar. Aku
bukan jalang! Tapi bila lelaki itu menunjukkan tanda merah dilehernya, dia rasa
lelaki itu sengaja memperlakukan dia seperti binatang. “Kau nak buat apa dengan
perempuan jalang macam aku Rizal? You
want to ravish me? Alive? Go ahead. Take your claim. Plant your seed. Aku
tak kisah.”
Janganlah
Rizal memperlakukan dia seperti itu. Amini berdoa di dalam hatinya.
Rizal
membuka matanya. Besar. Dia tidak percaya yang Amini boleh berbicara seperti
itu tanpa bertapis. Ini bukan lagi Amini yang dia kenal. Bila dia terpandang
pada mata yang memerah itu…
“Kalau
kau tak suka aku kenapa kau tak halau aku keluar? Kau fikir aku tahan dengan
semua ini? Kau perlekehkan aku. Kau tuduh aku macam-macam sedangkan kau tak
tahu hal yang sebenar.” Amini memejamkan matanya, cuba menarik nafas panjang.
Bibir itu mula menggeletar tanpa dia sedar. “Please
Rizal, I beg you, filed your divorce. I can’t stand it anymore,” luahnya
dalam nada yang menggeletar. Sepuluh jari-jemari itu sudah digenggam dengan
kuat, menahan rasa amarah di dalam hati.
“A…”
belum sempat Rizal menghabiskan perkataannya, Amini sudah keluar dari
keretanya.
“Amini!”
panggil Rizal. Dia mengejar, Amini sudah jauh berjalan ke hadapan.
Langkah
besar dibuka. Setiap langkah itu dibunyi dengan detak kasutnya yang iramanya
tetap, laju seperti detakan jantungnya yang semakin laju.
Jalang.
Dia panggil aku jalang!
Dia panggil aku jalang! Jalang! Jalang itu pelacur! Jalang itu perempuan keji!
Dan lelaki itu mengatakan aku seorang pelacur. Aku seorang perempuan yang keji!
Ya Allah. Harus berapa banyak lagi dugaan yang engkau hendak berikan kepada aku
Ya Allah! Besar sungguh kasihMu padaku Ya Allah.
“Ami!”
“Arghh!!”
“ADUH!!” kakinya terseliuh. Beg yang ada dibahunya
terlepas dan terhempas di atas simen itu. Dia dapat dengar dengan jelas komputer
ribanya turut terkena kesan daripada hentakan itu. Dia memegang buku lalinya
yang sakit, punggungnya juga terasa sakit. Tumit kasut tingginya patah. Amini
berusaha berdiri namun dia jatuh kembali sambil menahan sakit. Sekali lagi
punggungnya terhempas di atas lantai yang berturap simen itu.
Tiba-tiba lengannya dipegang, ada
lengan yang melingkari pinggangnya.
“Mata you pergi mana? Tak tengok jalan!” marah Rizal. Amini menolak tubuh
itu supaya menjauh darinya. Dia tidak mahu Rizal menghampirinya. Air mata itu
sekali lagi dibendung.
“Jangan dekat dengan perempuan
jalang!” keras suara itu memberikan amaran kepada Rizal. Dia cuba berdiri. Dia
seorang yang cekal. Dia mampu menghadapi semua ini dengan sendiri. Tidak ada
apa yang ada di dunia ini tidak boleh dilakukan tanpa berusaha. Dan dia, dia
tidak perlukan pertolongan daripada lelaki yang sudah menghina, mencaci dan
menfitnahnya itu.
Rizal menarik nafas dalam-dalam.
AMINI lebih rela terbaring di atas
sofa berangkai tiga itu daripada berbaring di atas tilam. Kaki itu masih belum
dibuat apa-apa lagi, nampaknya seperti Amini mahu membiarkan sahaja kaki yang
terseliuh itu bertambah bengkak.
Perempuan jalang! Materialistik!
Jalang! Materialistik!
Dalam sendu itu ditarik. Air mata
itu tidak pernah berhenti turun daripada membasahi pipinya. Mata yang dirasakan
pedih itu, tidak diendahkan langsung. Lelaki itu tidak berhak menuduh dia
seperti itu.
Tindakan refleks berlaku dengan
cepat apabila dia merasakan kakinya mula disentuh dan cuba dituam dengan pek
ais. Dia melarikan kakinya yang sakit itu daripada pegangan Rizal. Tidak suka
bila lelaki itu berbuat baik padanya.
“Jangan degil boleh tak?” geram
Rizal melihat Amini yang masih lagi diam membatu seperti itu. Amini masih
berbuat-buat tidak tahu mengenai keadaan kakinya. Adakah kerana Amini mahu
membiarkan sakit itu melarat? “Boleh tak lupakan benda itu sebentar dan biar I beri kelegaan pada sakit you ni?” pinta Rizal.
Amini terus bangkit. Dia merenung
Rizal dengan tajam. Belakang tangannya menyeka air matanya, “pergi mampus
dengan kelegaan kau!” dia menolak mangkuk yang berisi ais yang sudah cair itu
dari tepi sofa. Basah! Habis baju Rizal basah lencun.
“HI!”
satu tepukan singgah di bahu Amini. Perlahan-lahan Amini mengangkat kepalanya
menoleh ke belakang. “Dah berapa lama Mimi duduk di sini? Tak bagi tau pun,”
bertalu-talu soalan itu diberikan kepada Amini. Tidak percaya dia akan bertemu
dengan Amini di sini pada waktu seperti ini. Selalunya petang hujung-hujung
minggu seperti ini Amini akan menghabiskan masanya di rumah. Sangkanya, Amini
tidak keluar lagi.
Fikirannya berserabut. Perbualan di
telefon bersama dengan ibu saudaranya sebentar tadi masih lagi segar di dalam
ingatan.
‘Ami, Ma Su nak tanya betul-betul
ni. Ma su harap, kau jawab dengan jujur.’
‘Kenapa?’
Situasi ini! Jantung itu mula berdebar-debar.
‘Betulkah kau tak pernah balik rumah lagi?’
‘Anne kata kau dah tak pernah balik
rumah sejak kahwin.’
‘Ya Allah!’ hampir menitis air mata
itu sekali lagi. ‘Saya baru balik rumah mak semalam.’
‘Ma Su bukannya apa Ami, Anne ada
kata yang sejak kau kahwin dengan orang kaya, kau dah lupa daratan. Mak di
rumah kau dah tak jenguk sedangkan mak kaulah yang bersusah-payah besarkan
kau.’
Sampai begitu sekali?
‘Tak apalah Ma Su.’
‘Ya lah. Jaga diri baik-baik.’
Kenapa aku sering dijadikan bahan
umpatan? Mereka fitnah aku tanpa menyelidik perkara yang sebenar. Bukan kali
ini saja bahkan sudah berkali-kali dia dikata seperti itu. Darah daging sendiri
yang memburuk-burukkan dirinya. Jangankan darah daging sendiri, suaminya juga
menuduh dia yang bukan-bukan. Apa kesalahan berat yang dia pernah lakukan
sehingga dia diperlakukan seperti ini?
“MIMI…” suara itu menyapa telinganya
lagi. Dia hampir-hampir terlupa akan kehadiran Ikhwan di sisinya.
Amini tidak menjawab. Sebaliknya dia
mengalihkan pandangan ke arah lain. Cepat-cepat jari-jemarinya itu menyeka sisa
air mata. Dia cuba mengukirkan senyuman tetapi bibirnya bagaikan lumpuh. Ikhwan
mengambil tempat berhadapan dengan Amini. Dia memerhati wajah itu. Sembab.
Amini menangis? Tapi kenapa? Jarang dia melihat Amini bersedih seperti
itu.
“Mimi,
are you okay?” Ikhwan meletakkan tangannya di atas bahu Amini yang sedang
menundukkan kepalanya. Bahu itu terjungkit-jungkit. Suara esak Amini mulai
kedengaran.
Jalang! Materialistik!
‘Si
Amini tu, sudah kerja bukannya ingat nak bayar hutang mak dia!’
‘Sampai
bila pun keluarga kamu tak akan pernah hidup senang…’
‘Berlagak
kaya! Padahal hutang keliling pinggang.’
Suara-suara itu terngiang-ngiang di
telinga Amini. Meski kaki Amini tidak lagi betah untuk berdiri. Dia
meninggalkan rumah agam itu dengan segera dalam keadaan kakinya yang sakit. Dia
kuatkan juga menekan clutch dan brek
menggunakan kakinya yang sakitnya itu. Hasilnya, kaki kanan itu bertambah
bengkak.
“Mimi, ceritakan pada abang please. Kenapa boleh jadi macam ni?”
pujuk Ikhwan lagi. Amini mengangkat kepalanya. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya. Air mata yang merembes keluar di sapu cepaat. Pedih.
Amini berdiri. Tetapi kakinya tidak
dapat menampung berat badannya. Dia hampir terjatuh. Mujur ada Ikhwan menyambut
tubuh itu. Amini duduk. Kepalanya ditundukkan.
“Ya Allah! Kaki Mimi... Mimi apa dah
jadi sebenarnya?” Ikhwan menundukkan kepalanya. “Tak boleh jadi, kita pergi
hospital sekarang.”
“Wan! Eh, Mimi!” Khalil baru tiba
dari tandas. Matanya terbuka luas. Amini menangis? “Mimi, kenapa ni?” cepat dia
meluru ke arah Amini.
“Kita kena bawa Mimi pergi hospital.
Her foot getting worse...” Khalil
memandang kaki Amini yang membengkak. Merah.
“Okay,”
Khalil cuba mengawal gelabahnya. Dia juga terkejut melihat kaki yang sebengkak
itu.
“Kau bawa kereta Mimi, kita pergi
SMC.” Ikhwan memberikan Khalil beg sandang Adidas yang dibawa oleh Amini. Beg
itulah yang selalu menemani Amini. Khalil menyelongkar beg itu sambil mengekor
di belakang. Ikhwan sudah pun memapah Amini masuk ke kereta BMW miliknya. Amini
duduk di sisinya. Berkali-kali Ikhwan menoleh ke arah Amini berharap bibir yang
selalu petah berbicara itu akan menceritakan perkara yang sebenar kepadanya.
Hampa, Amini sejak tadi memalingkan kepalanya ke luar tingkap. Sesekali Amini
memejamkan matanya, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Apa sebenarnya yang terjadi? Hati
Ikhwan berbisik.
“I
bagi you MC okay, you tak boleh banyak bergerak sekarang.” Doktor yang
memeriksa Amini itu berpesan. Amini hanya diam. Doktor itu menatap wajah sembab
yang duduk di sisinya kemudian dia mengalihkan pandangannya menatap
satu-persatu wajah lelaki yang menemani Amini. Wajah risau jelas kelihatan.
Bertuah gadis ini kerana mempunyai dua orang lelaki yang risau akan keadaannya.
“Dzul, teruk tak keadaan Mimi?”
tanya Khalil. Dia mendekati meja rakan sekolahnya dahulu. Dzulkifli mengangkat
kepalanya. “Taklah serius sangat tapi kalau bahagian ni diberi tekanan mungkin
keadaannya akan bertambah serius. Tendon buku lalinya dah cedera dan
membengkak. Tapi, macam mana boleh jadi macam ni cik?” kali ini giliran
Dzulkifli pula bertanya kepada Amini. Amini diam, tidak menjawab sebaliknya
Amini menundukkan kepalanya.
“Mimi...” panggil Ikhwan. Sejak tadi
Amini mendiamkan diri. Tidak ada sepatah pun perkataan keluar dari mulut itu.
Kalau sebelum ini Aminilah yang paling aktif bersuara tapi kini...
“Tak apalah, you kena berhati-hati.” Akhirnya Dzulkifli mengalah. Dia lagi tidak
menanti jawapan dari Amini apabila dia nampak Amini seolah-olah hendak
menangis.
“Jom, kami hantar kau balik.” Kini
giliran Khalil pula memapah Amini. Amini hanya menurut.
“Kalau saya tak pulang boleh tak?”
akhirnya suara emas itu muncul juga dari bibir itu. Tiga orang lelaki itu
berpandangan sesama sendiri. Ada getar di suara itu. Amini cuba sedaya upaya
untuk menahan air matanya daripada jatuh. Malangnya, air mata itu tidak menurut
perintah. Cepat-cepat Amini mengelap. Kalau mereka menghantarnya ke rumah
sewanya mungkin Rizal akan berada di situ, dia tidak mahu bertemu dengan lelaki
itu buat masa ini. Telefonnya sudah berkali-kali berdering, nama Rizal
terpampang tapi dia tukar nada panggilan ke mode
senyap.
“Err, kalau korang nak bilik aku boleh uruskan.” Dzulkiflli bersuara.
TELEFON bimbit Amini berdering
sekali lagi. 30 panggilan tidak dijawab. Kali ini nombor yang tidak dikenali
pula menghubunginya. Amini menatap skrin telefon bimbitnya. Dia menekan skrin.
“You
ada di mana sekarang ni? You tau tak
mama risaukan you!!” belum pun sempat
Amini memberikan salam suara itu sudah menampar gegendang telinganya.
Amini menarik nafas
sedalam-dalamnya. Mengumpul kekuatan. “Saya ada ke tidak itu bukan hal kau.”
Dia terus saja memutuskan panggilan telefon itu. Dia terus menghantar pesanan
ringkas kepada ibu mertuanya.
‘Mama, Ami ada kerja sikit. Sekarang
ni Ami bermalam dekat rumah kawan Ami. Mungkin akan berada di sini dua atau
tiga hari. Ami sayang mama. Good night.
Salam.’
Tidak lama kemudian, telefonnya
berdering. Kali ini nama ibu mertuanya pula terpapar.
“Hello
ma, sorry Ami tak dapat sambut panggilan tadi. Sibuk sikit. Ami tak apa,
Ami okey. Jumpa mama nanti yaa...” Amini meletakkan telefon bimbitnya di sisi.
Dia meraup mukanya. Air matanya merembes keluar lagi. Berapa lama harus dia
bersembunyi? Berapa lama harus dia merawat hatinya yang luka ini?
Ikhwan dan Khalil saling
berpandangan. Amini bijak menyembunyikan masalahnya. Tapi kenapa? Bukankah
hubungan mereka selama ini rapat? Adakah Amini bergaduh dengan rakan serumahnya
sehingga dia tidak mahu balik? Pelbagai soalan bermain di benak mereka
memikirkan masalah itu.
BEST.
ReplyDeleteBesttt.....next n3....
ReplyDeletebest,,bile nak sambung lagi?
ReplyDelete