“WAH! Tante Leh kata, Ami bukan main
lagi makan di restoran mewah.”
Terkedu
Amini. “Apa tante?” wajah ibu saudaranya dipandang. “Makan di restoran mewah?”
sejak bila pula dia makan dia restoran mewah? Sedangkan duit elaunnya itu pun
cukup-cukup sahaja, dia tanggung semua perbelanjaannya menggunakan duit elaun.
Dia membeli tiket kapal sendiri, dia menanggung sewa rumah sendiri, ada
kalanya, dia juga turut membantu maknya membayar pinjaman daripada bank, itu
belum termasuk bayar pinjaman PTPTNnya lagi.
“Tante
Leh kata, Ami celebrate birthday di
restoran mewah mengalahkan orang kaya.”
Amini
teringat akan sambutan hari lahirnya yang diadakan secara mengejut oleh
rakan-rakannya. Dia sendiri tidak tahu akan perkara itu, nama pun surprise. “Surpriselah… saya pun tak tahu yang dia orang sambut birthday saya.” Amini cuba menilik pada
air muka ibu saudaranya itu. Perasaannya sudah berubah, kalau boleh dia mahu
pergi daripada situ. Dia tidak pernah menyangka hal sekecil itu boleh
diperbesar-besarkan sehingga disalahtafsirkan oleh individu-individu yang sangat berhati nurani.
Amini
tahan perasaannya. Dia tahan hati yang sedang menderita itu. Tante Leh. Dia
sudah menganggap ibu saudaranya itu sama seperti ibu kandungnya sendiri. Dia
tidak pernah memburuk-burukkan keluarga mereka kepada sesiapa. Dia tidak pernah
mengambil kisah mengenai perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan oleh anak
mereka tetapi kenapa harus dia difitnah dan diburukkan seperti itu.
Dia
mengambil komputer ribanya, dia harus menunjukkan bukti sebenar. Kebetulan
rakannya ada membuat video, jadi dia tunjukkan kebenaran itu kepada ibu
saudaranya ini. Dia berharap agar persepsi buruk itu akan hilang.
BILIK
kecil itu menjadi penemannya yang setia, bilik kecil yang dingin itu menjadi
saksi pada curahan air matanya. Kenapa harus aku? Tidak cukup lagikah
penghinaan yang mereka berikan kepada keluarga aku dan kini mereka
memburuk-burukkan aku lagi. Amini menarik selimut ke paras dadanya. Dia cuba
sedaya-upaya untuk tidak mengenangkan perkara yang sudah berlalu tapi
suara-suara itu terus sahaja bermain di dalam benaknya. Terus bermain dan
berputar. Laju. Dan bila bahagian yang mengkejinya itu beralih, suara itu
dimainkan perlahan-lahan pula, seolah-olah mahu Amini mengingatkan semua peristiwa
buruk itu lagi.
‘Anne kata kau bukan main lagi celebrate
birthday di restoran mewah. Kau tak ingat mak kau bersusah-payah cari duit
untuk kau. Kau senang-senang sahaja berfoya-foya dengan kawan-kawan kau di
sana.’
Sekali
lagi. Ayat yang sama hanya penyampai sahaja yang berbeza. Amini tidak tahu
berapa ramai orang yang sudah mendengar cerita yang tidak benar itu. Mereka
tidak tahu keadaan situasi yang sebenar tetapi sudah membuat ceritanya sendiri.
Tidak perlu disahihkan kebenaran informasi itu. Amini sudah maklum dengan perangai
saudaranya itu.
‘Hari itu, mak dia ada datang minta pinjam
duit. Duit yang dipinjam dulu masih berbaki RM20 belum dibayar, sekarang minta
pinjam lagi. Jangan harap mak bagi!’
Ya
Allah! Air mata itu turun tanpa belas kasihan. Hatinya semakin sakit. Anne…
Anne itu sepupunya. Anne yang dia sudah anggap seperti kakak kandungnya. Anne
yang pernah mengajar dia itu dan ini. Anne yang pernah melayan dia dengan baik.
Anne yang…
Tubuh
itulah yang dia rangkul dahulu, biar apa pun kesilapan yang dia pernah lakukan
kepada keluarganya namun dia masih dapat menerima dengan baik. Dia tidak
menjadikan masalah yang sudah lepas menjadi penghalang kepada hubungan mereka.
Biar Anne tidak pernah berbicara mesra dengannya tapi dia kasihkan Anne. Kasih
seorang adik itu tidak akan pernah surut biar apapun yang berlaku. Biar badai
melanda sekalipun, akar pokok tidak pernah tercabut dari bumi. Begitu teguh
kasihnya, hanya mereka sahaja yang tidak pernah mengetahui.
Kenapa
mereka suka berkata yang bukan-bukan? Mereka tidak tahu cerita yang sebenar?
Mereka bukan berada di dalam situasinya. Bagaimana jikalau mereka juga dituduh
dan difitnah seperti itu? Sudah lama Amini mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu
berhadapan dengan insan-insan seperti ini, bukan kerana dia takut, tapi dia
tidak mahu hubungan kekeluargaan itu putus begitu sahaja. Sedangkan dia sayang
tante Leh, dia sayang kakak Anne. Dia sayang semua ahli dalam keluarga
besarnya. Sekiranya mereka memerlukan pertolongan, dia tolong, dengan seikhlas
hati, sedikit pun dia tidak mengharapkan apa-apa balasan. Walau dia sedar, dia
diejek tapi dia tetap memberikan senyumannya. Senyuman itu tidak akan pernah
lekang. Senyuman itu akan pernah sirna kerana senyuman itulah yang memberikan
dia kekuatan yang sebenar.
Kakinya
yang berbalut itu ditatap. Belum satu masalah selesai, timbul pula masalah
baharu, tetapi dia sudah dapat penyelesaian. Dia berharap agar jalan yang di
ambil itu benar-benar mampu membuatkan dia terlepas daripada semua hinaan. Dia
tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Tidak adakah lagi kedamaian
yang ada di dalam dunia ini untuk dia dan keluarganya. Amini memejamkan
matanya. Nafas ditarik dalam. Sakit. Dia ingin menangis tapi air mata itu
dirasakan kering. Sangat kering. Tidak ada guna dia menangis lagi.
“MIMI!!”
panggil Ikhwan. Dia dan Khalil masuk. Berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.
Amini cepat-cepat mengelap air matanya. Khalil meletakkan sebuah beg kertas di
atas meja.
“I
hentam beli saja. Harap-harap ngam
dengan kau...” mengekeh lelaki itu ketawa. Ikhwan meletakkan bungkusan makanan
di atas meja katil Amini.
“Nasi ayam The Chicken Rice Shop dan Caramel
Macchiato dari Starbucks. Your
favourite...”
“Thanks
bro...” ucap Amini. Suaranya masih serak-serak. Minuman yang dibeli oleh
Ikhwan itu ditatap, Rizal tak bagi aku minum minuman berkafein. Aahhh!!
Lantaklah!
“Don’t
be silly, I dah cakap yang you macam
adik kandung I.”
“Betul tu, kita orang dah anggap you macam adik kita orang sendiri.
Jangan malu dengan kita oranglah Mi.” Khalil menyokong. Dia duduk di sofa yang
disediakan khas untuk pengunjung. Mujurlah sahabatnya bertugas di hospital ini.
Dapatlah bilik yang selesa sikit.
“Saya tak tahu macam mana nak balas
budi korang. Saya tak mampu nak bayar kos perubatan di sini,” akui Amini.
Ikhwan tertawa. “Jangan risau,”
berlatar belakangkan ayahnya, dia mampu untuk membayar kos perubatan Amini.
“Tapi...”
“Kali ini giliran kami bantu you next time, siapa tahu. Tuah ayam
nampak di kaki Mi, tuah manusia tak siapa yang tahu lagipun you dah banyak bantu kita orang sebelum
ini, remember...” Khalil berkata lagi. Bicara mereka terhenti seketika apabila
doktor yang merawat Amini tadi memasuki bilik itu bersama dengan jururawat yang
bertugas bersama dengannya.
“Tak apalah Mi, kami balik dulu.
Kalau ada apa-apa jangan lupa call,
tak pun bagi tau Dzul...” Khalil berpesan. Dia menepuk bahu Dzul yang ada di
sisinya. “Anyway Dzul, thank you very
much. Tolong jaga Princess kami
buat masa ni ya,” ujar Khalil.
Dzulkifli tersenyum, dia melirikkan
pandangannya pada Amini. Princess?
“Jangan risaulah,” dia menyambut salam yang dihulurkan padanya. Giliran Ikhwan
pula menghampirinya. Dia turut bersalaman dengan Dzulkifli.
“If
something happen, bagi tau aku. I’m
really worried about her,” bisik Ikhwan pada Dzulkifli. Terangguk-angguk
doktor muda itu. Hebat betul penangan pesakit yang bernama Amini ini!
“You
mungkin akan mengalami kepayahan untuk berjalan nanti sebab tendon you membengkak nanti nurse akan berikan you ubat surut
bengkak.” Dzulkifli menatap Amini buat seketika. “Any problem?” soal doktor muda itu.
Amini mengangkat kepalanya. Dia
menggeleng.
“Are
you trying to commit suicide?” soal Dzulkifli tiba-tiba.
“I
beg your pardon Mister!” terjegil keluar biji mata Amini. Berubah benar air
muka yang ditunjukkan oleh Amini sekarang ini. Terkejut beruk doktor muda itu.
“Saya seorang guru. Tidak mungkinlah saya akan cuba melakukan benda bodoh
seperti itu.”
Dzulkifli terdiam. Bibrinya mengukirkan
senyuman. “I’m sorry, I tak bermaksud
nak menuduh dan I tak tahu yang you seorang guru. I thought...”
“Comfort
woman Khalil dan Ikhwan?” pintas Amini, dia tergelak. Selimut yang menutup
bahagian bawah kakinya ditarik, menutup mulutnya. Dzulkifli tercengang,
sedikit-sebanyak dia membenarkan dakwaan Amini itu. “You memang selalu berfikiran sempitkah doktor? Sehingga tak boleh
membezakan di antara sahabat dan comfort
woman...” Amini mengambil minuman Caramel
Machiato yang dibelikan oleh Ikhwan kepadanya. Dia menyedut perlahan
minuman itu. Nasi ayam yang dibungkus dari Chicken
Rice Shop itu turut dibuka, Dzulkifli hanya memerhati. Kagum melihat
perwatakan mendadak yang ditunjukkan oleh Amini. Amini bukanlah perempuan yang
sembarangan.
Amini memalingkan kepalanya ke
kanan. Doktor itu masih berdiri di sana seperti sebuah tugu negara, tidak
berganjak langsung. “Want some?”
bungkusan makanan itu diangkat, ditunjukkan pada doktor yang mengelamun itu.
“Oh!” Dzulkifli tersentak. “No, thanks. Enjoy your dinner...” dia
membelakangkan Amini. Stateskop yang tersangkut di lehernya dibuka. Kakinya
menapak perlahan, sebelum dia melangkah keluar sempat lagi dia melihat Amini.
Perempuan itu tidaklah secantik mana
tapi comel, hatinya bersuara.
RIZAL memandang siling yang putih. Ke mana agaknya Amini
itu melarikan diri? Dapat pula dia menekan clutch
dan brek dalam keadaan seperti itu. Dia mengubah kedudukannya. Kali ini dalam
keadaan duduk pula. Pandangannya tertancap pada komputer riba yang pecah
monitornya itu. Sedangkan monitor itu pecah apabila terjatuh apatah lagi kaki
yang terseliuh itu. Rasa bersalah tiba-tiba datang bertubi-tubi. Dia tidak
sepatutnya berkata seperti itu kepada Amini.
Dia memang tidak senang duduk sejak
tadi. Risau akan Amini, sekali lagi Amini membuatnya risau. Ya Allah! Rizal
meraup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
Telefon bimbitnya berdering. Dia
yang baru berkira-kira hendak turun dari katil dan mengganti pakaiannya terus
mencapai telefon bimbitnya.
“Hello,”
“Riz! Bini kau mana?” suara itu
bertanya.
“Tak ada. Kenapa?” Rizal pelik.
Tiba-tiba sahaja Johan mencari perempuan itu tengah-tengah malam seperti ini.
“Jadi, bini kaulah yang aku nampak
di hospital sekarang ni?”
Terlopong mulut Rizal. Amini
kemalangan? Ya Allah! Rizal terus melompat turun dari katilnya. Baju yang
berlipat di dalam almari terus saja disarung tubuhnya. Bukankah Amini baru
sahaja menjawab panggilan telefonnya tadi? Bagaimana kalau Amini kemalangan
semasa menjawab panggilan telefonnya?
Allahuakbar!
Melayang roh dari jasadnya sebentar.
“I’m
on my way...”
👍👍plss continue cpt2 nxt chapter.😢😢
ReplyDeleteAkak cpt2 tau continue..!!
ReplyDeleteCeptla sambung...klu boleh nk pjg2 ckt...
ReplyDelete