Friday, 6 September 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 37

          PINTU bilik mandi ditutup. Rapat. Amini betul-betul memastikan pintu itu dikunci. Bila dia berhadapan dengan cermin besar itu, senyumannya mula meleret sehingga ke telinga. Bahagianya… dia tidak pernah diberi bunga sebelum ini. Dia tidak pernah bermimpi pun akan diberi bunga seperti itu, apatah lagi yang memberinya itu, Rizal. Seorang lelaki, juga suaminya.
            Ya Allah!! Dia meraup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
            Sedar Amini! Sedar!
            Dia menepuk pipinya, menyedarkan dia dari mimpi itu. Tiga kuntum bunga yang dia bawa masuk ke dalam bilik mandi itu diperhatikan.
            Eh, ada kad!
            Dia membuka kad itu…
‘I’m sorry, really sorry.’
            Tidak sedar yang Amini sudah meleretkan senyumannya. Tadi, dia mencari kad itu di dalam jambangan bunga yang besar itu sehinggakan dia meragui yang bunga itu kiriman oleh Rizal. Dan, bila kad itu sudah ada di hadapan matanya, dia lempar jauh keraguannya itu. Tulisan itu diperhatikan.
            Tulisan itu mungkin buruk di mata orang tetapi setiap coretan itu menyampaikan maksudnya yang terpendam di dalam hati. Amini bukanlah seorang pengkaji mengenai tulisan tetapi, dia dapat melihat ketulusan Rizal melalui tulisan itu. Tulisan itu sememangnya nampak tulus tetapi dia tidak tahu sejauh mana perasaan Rizal. Dia tidak mahu menyelami lautan dalam itu, sedangkan tepian pantai juga dia bisa lemas, masakan lagi lautan yang dalamnya tidak terjangkau.
            Perlahan-lahan bunga-bunga itu diangkat dan dirapatkan pada hidungnya. Amini menghidu haruman bunga itu. Gila! Memang kerja gila. Belum pernah lagi ada orang menghidu bunga di dalam tandas. Dia tidak boleh membiarkan Rizal menangkap dia membelai bunga-bungaan itu, kalau Rizal tahu, sudah tentulah lelaki itu akan berasa lega. Amini tidak mahu itu. Dia mahu Rizal berusaha lebih gigih lagi. Sekali-sekala, apa salahnya…

            “AMI,” Rizal menahan Amini. Dia menarik lengan itu supaya tubuh itu mendekatinya. Amini menjadi tidak keruan apabila Rizal meletakkan tangannya di pipi Amini. Banyak benda Amini boleh buat untuk mengelak daripada bertentangan dengan Rizal seperti itu. Dia boleh menolak lelaki itu tetapi dia tidak berbuat seperti itu tetapi dia hanya menundukkan kepalanya.
            “Marah I lagikah?” duga Rizal. Dia memegang dagu Amini dan mengangkat supaya dia dapat menatap wajah itu. Rizal mengusap-usap pipi Amini. “Cakaplah, I nak dengar suara you.
            Amini benci bila lelaki itu berbicara menggunakan bahasa I dan You. Entah kenapa tapi dia tidak suka lelaki itu berbicara seperti itu. Hampir-hampir terjungkit kening Amini apabila terdengar Rizal mengeluh. Hah, pandai pun mengeluh.
            I tahu you marah I sampai tak nak tengok muka I langsung. You nak I buat apa Ami? Kalau you nak, you boleh tampar I balik.”
            Eh, hello! Aku bukannya kejam sangat nak balas kau.
            “Ami,” satu kucupan singgah di dahi Amini. Perlahan-lahan beralih ke pipi kanan, pipi kiri, hujung hidung Amini juga. Amini dapat merasakan Rizal menarik tubuhnya ditarik supaya rapat dengan tubuh Rizal. Kedua-dua belah tangan itu sudah jatuh di pinggang Amini. Membulat mata Amini bila Rizal mendekatkan bibir itu dengan bibirnya.
            “Ri…” bibir yang terbuka itu terus sahaja ditangkap Rizal. Terpaut. Lama. Jantung Amini mula berdegup dengan kencang. Tidak tentu irama lub, dubnya itu. Amini menggenggam erat pada hujung bajunya.
            Bila Rizal melepaskannya, dan beralih ke lehernya pula. Mata Amini terbuka luas. Tangannya diangkat dan menolak tubuh itu supaya menjauh darinya. Pantas Amini membetulkan bajunya yang terdedah itu. Ada kerutan di dahi Rizal.
            “Ami, I’m sorry. I tak bermaksud nak…” Rizal meletakkan tangan di bahu Amini dan bila dia ingin memberikan kucupan di bibir itu lagi, Amini menolehkan mukanya ke tempat lain.
            “Saya tak sesuai dengan kau Rizal. Perempuan materialistik dan murahan seperti saya, tak sesuai dengan kau.” Bibir itu berbicara juga akhirnya.
            Tersentap Rizal. Kenyataan itu benar-benar terkena di batang hidungnya sendiri. Dia sendiri yang menggelarkan Amini perempuan materialistik tetapi dia tidak pernah memanggil Amini perempuan murahan.
            “Saya hidangkan makan malam dulu.” Amini berlalu dengan jantungnya yang berdegup dengan kencang. Gila! Nyaris-nyaris lagi dia menyerah, mujurlah dia sempat menghentikan semua itu sebelum terlewat. Apa yang ada pada dirinya jika lelaki itu mengambil semua dan kemudian menceraikan dia? Amini yakin, dia dan Rizal tidak akan ke mana-mana. Jodohnya bukan Rizal.
            Lauk-pauk dihidangkan di atas meja. Simple sahaja hidangannya. Dia tahu, Rizal bukanlah jenis orang yang suka makan yang berat-berat di malam hari. Amini membasahkan bawah bibirnya. Dia sendiri tidak sedar kenapa dia membiarkan Rizal bertindak seperti itu. Dia kehilangan separuh daripada hartanya bila Rizal menyentuh… arghhhh!!!
            Fokus Amini, fokus. Kau kena fokus. Jangan fikir lagi.
            Bila dia ternampak tubuh yang sudah mengenakan sehelai baju tee kapas yang berleher bulat itu datang menghampirinya dia cepat-cepat menyibukkan dirinya dengan menuang air kosong ke dalam gelas. “Makanlah,” pelawa Amini.
           Rizal mengangkat kepalanya. Dia larikan sebentar matanya pada meja. Hidangan itu hanya disediakan untuknya sahaja. “Ami tak makan sekali?” bibir itu tidak menjawab, hanya kepala sahaja yang digelengkan. “Marah I sampai tak nak makan?” duga Rizal lagi. Dia nampak tiga kuntuman bunga yang dia beri itu berada di dalam tandas. Sampai hati Amini meletakkan bunga itu di dalam tandas. Tapi, Rizal tidak mahu membicarakan mengenai perkara itu. Dia penat. Dia sudah kehilangan bicaranya sendiri bila Amini melayannya dalam keadaan terpaksa itu.
            Amini memandang sekilas, sekadar membalas pandangan itu, tidak sampai sesaat pun. “Saya tak ada selera.”
            “No, you have to eat. Sit.”
          Bagai diberi gula-gula Amini duduk. Dia malas mahu bertengkar. Kalau ini cara dia dapat mengelakkan daripada bertengkar dengan Rizal, dia terima. Duduk tidak bermaksud makan. Dia hanya menemani.
            Rizal mengangkat sudu yang berisi nasi dan sedikit lauk, disuakan pada Amini. Bila Amini menggelengkan kepalanya, Rizal membesarkan matanya. “Makan Ami. Buka mulut.” Mahu tidak mahu, Amini terpaksa membuka mulutnya. Dia kunyah perlahan-lahan. Sedangkan makan dia malas apatah lagi mengunyah, telan juga satu kerja.
            Dia memerhatikan bila lelaki itu menggunakan sudu yang sama menyuap masuk makanan ke dalam mulutnya pula. Ringan sahaja tangan itu memasukkan sudu yang sama ke dalam mulutnya. Jantungnya berdetak sedikit rancak tiba-tiba. Ya Rabbi! “Sedap. Apa ni?” tanya Rizal sambil menunjuk pada ayam itu.
            Amini tersentak, cuba menenteramkan hatinya. “Chicken with sour plum sauce.”
            I tak pernah dengar pun sebelum ni,” usul lelaki itu. Amini mengerutkan dahinya. Tidak pernah dengar hidangan ini? Hidangan ini salah-satu daripada hidangan yang sering ditawarkan oleh mana-mana restoran Thai. Sour plum sauce ataupun Thai chili paste yang merupakan produk Thailand. Dipping sauce yang dia minta sahabatnya yang tinggal di Perlis mengirimkan kepadanya, bukannya senang dapat benda-benda sebegini di mana-mana, melainkan dia ke Thailand ataupun ke sempadan untuk mendapatkannya. Duduk lama di negeri berdekatan dengan Thailand itu memberikan dia peluang untuk menikmati hidangan seperti itu. Biar dia bukan pencinta Tomyam tapi dia juga menikmati hidangan oriental Thai.
Dia melihat Rizal makan dengan penuh nikmat. Sedap sangatkah? Atau sengaja mengambil hati aku? Sekali lagi dia suapkan nasi pada Amini, dan Amini membuka lagi mulutnya. Hurm, satu sudu untuk dia, dan satu sudu untuk Rizal. Berselang-seli pula.
            Satu untuk kau.
            Satu untuk aku.
            “It’s a dipping for fried chicken, just for your informtion,” beritahu Amini lagi. Rizal senyum. Dia memerhatikan mata itu sehinggalah ke bibir Amini. Dia tidak pernah sedar dia mampu menikmati hidangan yang pelbagai hanya di rumah. Dia tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan makanan seperti itu. Tidak perlu keluar ke restoran, rumah sudah cukup. Amini bijak mempelbagaikan makanannya. Lagi-lagi dengan hidangan antarabangsa itu.
            I nak makan chicken grilled. You pandai masak tak?” duga Rizal. Dia mahu Amini bercakap lagi. Dia rindukan suara itu sejak semalam lagi.
            “Saya tak pernah cuba. Boleh kot, tapi kena tengok resepi dulu.” Dia yakin Kaliesa ada resepi itu. Amini menggenggam jari-jemarinya. Dieratkan dan dilepaskan. Dia ulang perlakuan yang sama. “Err, Rizal.”
            Rizal memanggungkan kepalanya. “Yes.”
            “Kita tak jadi stay dekat Teratak Senjakah?” was-was dia bertanya. Siapa tahu pertanyaan itu mungkin akan membuatkan lelaki itu marah. Amini memerhatikan Rizal mengambil gelas yang berisi air kosong itu. Dia masih menanti jawapan daripada lelaki itu walaupun lelaki itu mengambil masanya untuk minum. Dia tahu, lelaki itu sengaja membuat dia menunggu.
            I agak busy sekarang.”
            Ha, dia sudah mengagak jawapan itu yang akan diberikan oleh Rizal. Itulah yang dikatakan oleh Rizal padanya tadi. “Cuti sekolah dah nak habis. Saya tak kisah nak tinggal di mana pun tapi saya perlukan kereta saya. Besok kita pergi rumah mama nak?” bergemerlapan mata Amini memandang Rizal. Dia sangat berharap yang Rizal akan bersetuju dengan cadangannya.
            “Okey, kita pergi rumah mak you sekali. You kata you all ada reunion setiap kali hujung bulan kan…”
            Senyuman meleret dibibir Amini. Dia tidak pernah menyangka yang lelaki itu masih ingat kata-katanya sebelum ini. “Thanks.”
           
            RIZAL memarkirkan keretanya bersebelahan dengan Jip Suzuki yang berwarna merah di ruang garaj yang dia sudah baiki. Betul kata Amini, ahli keluarga mereka akan berkumpul pada hujung bulan. Makan-makan itu dibuat di rumah nenek Amini, selang sebuah rumah dari rumah Amini.
            “Wah! Ada barbequelah!” Amini memanjangkan lehernya memerhatikan perkarangan rumah neneknya yang sudah dipenuhi oleh ahli-ahli keluarganya yang lain.
            “Are you happy now?” tegur Rizal.
            Amini tersenyum sampai ke pipi, “hell yeah!” Dia menekup bibirnya menggunakan tapak tangannya. “Ooopsss,” dia tidak sepatutnya berbicara seperti itu. Ahh lantaklah! Hanya Rizal sahaja yang mendengar. “Jom!!”

            BARANG-barang yang dibeli Amini di Giant tadi dihantar ke dapur, Rizal sudah memasuki kumpulan bapa-bapa saudara Amini dan abang-abang sepupu Amini di hadapan rumah. Dia bersalam dengan setiap orang-orang yang ada di dalam kumpulan itu, jenuh jugalah dia mengukirkan senyumannya tapi bila sudah lama dia berkumpul dalam kelompok ini, dia semakin serasi. Dia diterima baik. Banyak cerita yang membuatkan dia ketawa.
            “Ami tak buat halkah Rizal?” tanya bapa mertuanya sambil menyisip air oren. Rizal tersenyum sempat lagi dia mengerling pada Amini yang berada di hadapannya. Banyak! Amini memang suka buat hal.
            “Aik! Apa mengumpat di belakang ni? Tak baiklah!” tegur Amini dari belakang. Bapa-bapa saudaranya sudah tersenyum-senyum. Amini berdiri di belakang bapanya, tangannya diletakkan di atas bahu bapanya. Rizal hanya memerhati, Amini melayan bapanya seperti seorang sahabat.
            “Bukan selalu bikin halkah?” tambah bapa saudara Amini yang berbangsa cina pula. Amini mengangakan mulutnya. Pura-pura tidak mendengar.
            “Mana ada woo,” alih Amini dalam slanga Cina Sabahnya.
            “Ada laki tapi masih duduk dengan bapa,” tegur Om Ongkok. Amini memang tidak pernah berubah dari kecil sampai sekarang, anak saudaranya itu masih terbawa-bawa sikap kejantanannya. Dia tahu, anak saudaranya itu tidak akan pernah masuk bergaul dalam kelompok perempuan, Amini lebih banyak bergaul dengan mereka, berbicara mengenai pancing, berburu, itu dan ini, semuanya berkaitan dengan benda-benda yang lasak.
            Amini sudah menjuihkan bibirnya tidak sedarkah yang dia hanya berlakon di hadapan semua orang? Dia tidak akan pernah lupa kisah yang tersembunyi di antara dia dan Rizal. Orang-orang yang ada di sini tidak perlu tahu kisah hidupnya. “Tak apalah, bukannya selalu pun,” jawab Amini. Dia mengerling pada Rizal yang kini sedang berbual dengan suami kakak sepupunya. Nampak begitu rancak, tapi apa yang dibualkan? Nampak serius sahaja…
            “Mi!” nama Amini dilaung dari dalam rumah.
            “Yes!”
            “Ajak laki kau makan, bagi tau pak cik-pak cik kau sekali.” Kali ini ibu saudaranya berpesan.
            “Ha, yalah!” lengan yang diletakkan di atas bahu bapanya sudah dilepaskan. “Mari makan!!” ajak Amini pada bapa-bapa saudaranya.  Amini mendekati Rizal. “Do you wanna come with me atau nak saya ambilkan? dia memberikan pilihan kepada Rizal.
            “I’ll come with you,”
            That’s good, selalunya mak saya akan ambilkan makanan untuk bapa saya. Syabas inspektor Shahab! Syabas!” Amini tergelak sambil menepuk-nepuk bahu Rizal. Lelaki itu mengetap bibirnya, kau main-mainkan aku ya… pantas tangannya menyucuk pinggang Amini.
            “Eiiiikk!!” terkejut Amini. Dia membuntangkan biji matanya.
            “Kenakan I tapi dia sendiri pun 2 x 5 juga,”
            “So what?” Amini sudah mengangkat bahunya. Dia mendongakkan kepalanya memandang Rizal. Tidak sedar tingkah mereka sedang diperhatikan oleh ahli-ahli keluarga Amini yang lain. Amini membalas, dia turut mencuit pinggang Rizal. Apabila lelaki itu melatah, dia sudah mengangkat tangannya, menunjukkan kejayaan yang cemerlang. Dia berhasil. “Yes!”
            “Gila!” marah Rizal tapi bibirnya tetap mengukirkan senyuman. Senang hati dia melihat Amini sudah keluar dari kepompong kemurungannya. Sekurang-kurangnya Amini sudah boleh ketawa dan bergurau dengannya meskipun dia tahu itu hanyalah satu lakonan. Mungkin semua orang berfikir yang mereka pasangan bahagia tetapi jangan percaya kepada lakonan yang dipentaskan itu.
            “Tak tahukah Ami macam tu? Rugi kau jadi laki dia,” tegur abang Amini. “Dah makan belum?”
            “Belum lagi, ni baru nak ambil.”
            “Hisy Ami ni,” abang Amini menggelengkan kepalanya. “Ami, kenapa biarkan Rizal macam ni saja?” laung Arman pada Amini. Berlari anak Amini mendapatkan Rizal yang masih lagi berdiri di luar. Amini sudah mengambilkan dia sepinggan makanan yang disediakan oleh ahli keluarga Amini.
            “Have a great lunch mister!” pinggan itu sudahpun beralih tangan. Terkejut Rizal apabila Amini sudah mengambilkan makanan untuknya. “Makanlah dulu, nanti saya hantarkan air,” lembut sahaja suara itu berbicara padanya.
            Aduhai! Lemah lutut Rizal mendengar Amini berlembut dengannya.

            BUKU-buku yang tersusun kemas di dalam rak buku itu diperhatikan satu-persatu. Amini suka melihat buku-bukunya itu menghiasi biliknya berbanding dengan bunga-bungaan atau perhiasan-perhiasan yang mengusutkan pandangan mata. Dia boleh berbangga dengan koleksi-koleksi buku yang disimpannya. Ada di antara bukunya itu dibeli dari Kapal Logos Hope, dan koleksi buku-buku lama keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak mudah memperoleh buku-buku lama pada masa kini. Dia sanggup membeli buku-buku terpakai di Gaya Street, ada di antara buku itu diterbitkan pada tahun 1927. Salah-satunya ialah buku mengenai karya-karya Shakespears.
            “Ami, you ada ubat sakit perut tak?” tanya Rizal sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidur Amini. Tubuhnya direbahkan di atas katil kecil Amini sambil memegang perutnya yang sejak tadi meragam. Amini tersenyum. Apa tidak meragam, kalau Rizal pulun makan sambal pedas buatan ibunya yang sangat pedas itu.
            “Siapa suruh makan sambal tu banyak sangat, kan dah kena…” sindir Amini. Dia mencapai ubat sakit perut, diberikan pada Rizal. Air mineral yang dibelinya tadi diberikan kepada Rizal. “Sakit sangatkah?” tanya Amini. Perut orang bandar seperti Rizal sudah pasti tidak sesuai dengan juadah orang peranakan jawa.
            “Perut ni dari tadi tak henti-henti memulas. Boleh kurus I kalau macam ni,” luah Rizal lagi.
            “Pergi mandi dulu, nanti saya sapu minyak panas…” Amini memberikan tuala pada Rizal. Rizal akur, kali ini dia perlu mendengar kata Amini. Dia sudah tidak tahan berkali-kali keluar masuk tandas. Apatah lagi tandas rumah keluarga Amini terletak jauh dari bilik Amini. Lainlah kalau bilik Amini punya tandasnya sendiri…

            BUKU lakaran yang ada di atas meja Amini itu diambil, dibuka sehelai demi helai kertas yang dilakar itu. Setiap lakaran itu diperhatikan dengan penuh minat, sehinggakan dia tidak sedar Amini sudah pun berdiri di belakangnya.
            “Rizal,” panggil Amini.
            Rizal mengurut-urut dadanya. Amini suka membuatkan dia terkejut. Dia ternampak Amini membawa segelas minuman panas. Pelik sahaja baunya… halia?
            “Minum ni, ini teh halia. Biar perut tu tak meragam lagi,” minuman herba itu berganti tangan. Dalam keadaan terpaksa Rizal minum. Dia mengepitkan hidungnya, berharap agar dia terhidu-hidu bau halia yang sangat tidak menyenangkan itu. Rizal menyerahkan semula gelas itu kepada Amini. Naik kembang lehernya.
            “Lakaran ni,” Rizal menunjukkan lakaran dalam buku itu kepada Amini.
            “Dah tak jadi surprise dah, I was thinking to give it to you.” Buku lakaran itu sememangnya buku lakaran miliknya. Sebaik sahaja dia melihat Rizal bertungkus lumus memerah idea untuk proposal itu dia berharap agar dia dapat membantu Rizal menterjemahkan ideanya dalam bentuk lakaran agar lelaki itu dapat memahami maksudnya.
            “Walaupun saya bukanlah seorang arkitek tapi saya masih mampu melakar idea saya.”
            Rizal menganggukkan kepalanya. Dia memang tertarik dengan idea yang diberikan oleh Amini. Idea seperti itu memang segar lagi, siapa pun tidak akan menyangka idea itu sebenarnya idea daripada seorang guru sekolah rendah.
            “See, I’ve told you that I can help you. We owed no more.”
            “Bila you nak sapu minyak panas tu?” Rizal mengalihkan topik, dia tidak berminat untuk memanjangkan perkara mengenai hutang-piutang. Dia tidak mahu wujudnya hutang-piutang di antara dia dan Amini. Dia hanya membangkitkan mengenai hutang dan perempuan materialistik apabila dia ingin menyakitkan hati Amini.
            “Right away, on the bed please…”

1 comment: