PADANG rugbi di UMS ini menerima kedatangan Amini dengan baik. Beberapa
orang pemain rugbi tertoleh-toleh ke arah Rizal dan Amini yang masing-masing
mengenakan baju sukan yang warnanya sedondon. Selama ini Rizal tidak pernah
membawa perempuan bersama dengannya. Rizal sendiri mengatakan bahawa perempuan
itu seorang yang leceh apabila dibawa bersukan bersama. Tetapi kini... dia
percaya Amini boleh dijadikan sahabat yang baik dalam bersukan bila dia melihat
Amini mengayuh bike di gim tempoh hari.
“I
nak warm up. You wanna join me?” duga
Rizal. Dia sengaja menduga Amini untuk datang bersamanya. Dia mahu tahu
perwatakan Amini. Setakat ini Amini masih belum menunjukkan tanda-tanda yang
kurang menyenangkan hatinya kecuali perangai keras kepalanya itu.
“Boleh juga,” jawab Amini. Dia
meletakkan air mineral dan begnya di atas sebuah bangku. Dia membuka seluar
panjangnya, tinggal berseluar tight
sukan sahaja.
Rizal terkejut apabila melihat
Amini berseluar tight pendek, terbuntang biji mata itu. Setahunya, dari rumah
tadi Amini berbaju sukan dan mengenakan seluar trek panjang serta berkasut
sukan. Tidak tahu pula dia yang Amini sebenarnya memakai seluar tight pendek di dalam. Sekali lagi rasa
kurang senang dengan situasi ini, mata-mata lelaki yang ada di padang ini tidak
akan lari daripada melekat pada bentuk pinggul Amini yang jelas itu, lagi-lagi
apabila Amini mengenakan seluar pendek ini ditambah lagi dengan baju sukan
tanpa lengan yang direka mengikut bentuk lekuk tubuhnya. Telan air liur sajalah
Rizal…
Rizal mengangkat tangannya, baru dia berkira-kira mahu membuat regangan,
cepat sahaja dihalang oleh Amini. “Menurut kajian yang dibuat, lakukan regangan
sebelum pemanasan badan akan mengakibatkan otot kita tercedera dengan mudah,
dan penjanaan kuasa akan berkurangan semasa bermain nanti,” beritahu Amini.
“Lebih baik kita lari dahulu sebelum buat regangan,” Amini mengesyorkan pula
kali ini. Rizal tidak banyak membantah, dia lakukan seperti mana yang Amini
memberitahunya tadi.
Dia berlari anak terlebih dahulu di
permulaan trek. Otot dibetisnya jelas kelihatan semasa dia berlari, paha itu
menjadi tegang. Rizal mengejarnya dari belakang, mendekatkan jaraknya dengan
Amini. Orang-orang yang ada disekitar padang itu bersiul-siul tatkala Amini
melintasi mereka. Tubuh Amini memang solid
dan mempunyai tubuh yang agak terbentuk jadi tidak hairanlah Amini menjadi
perhatian orang. Sempat juga Rizal menjeling pada lelaki-lelaki yang
bersiul-siul itu namun Amini langsung tidak tergugat. Tetap meneruskan dengan
lariannya. Adakah Amini jenis orang yang sukar untuk terngadah? Bisik hatinya.
“Apa kata boyfriend you bila you kahwin dengan I?” tanya Rizal sambil berlari. Amini masih lagi menyanyi-nyanyi
kecil. Staminanya akan menjadi kuat apabila berlari sambil bernyanyi.
“Buat apa nak kisah?” alih Amini, kalau dia berbicara lebih mengenai
sahabat-sahabat lelakinya pasti pipinya akan menjadi mangsa lagi. Dia
meningkatkan kelajuan lariannya. Meninggalkan Rizal sedikit jauh ke belakang.
Tanpa rasa lelah, Amini terus berlari sehingga tiga pusingan. Huh! Tiga pusingan,
cukup 1.2 kilometer. Kakinya melangkah menuju ke sebuah bangku panjang. Dia
membuat bangkit tubi 20 kali, begitu juga dengan tekan tubi, kemudian dia
beralih pula kepada senaman naik turun bangku selama 20 kali dan akhir sekali
senaman cooling down.
Terpegun Rizal buat seketika. Dia
tidak percaya Amini mampu membuat semua ini. Sangkanya Amini akan menyerah di pertengahan trek. Ini tidak!
“Kau nak saya bantu buat regangan?”
tanya Amini.
“You
reti ke?” duga Rizal, menunjukkan mukanya yang tidak percaya. Amini tersenyum
sinis.
Eleh, pandang rendah dengan akulah
tu!
“Duduk bersila,” arah Amini. Rizal
menurut, dia juga mahu mencuba cara regangan Amini. Siapa tahu berlainan
caranya dengan cara yang selama ini dia gunakan. “Sekarang buat macam ni,”
Amini menunjukkan caranya. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan dan diletakkan
di belakang kepala. Dia mengambil kedudukan mereng, paha kanannya menyokong
tubuh belakang Rizal. Dia meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya disiku
kiri dan kanan Rizal, ditarik ke belakang tangan itu. Amini lakukan dengan perlahan-lahan,
ditarik ke belakang lagi sehinggalah Rizal menyeringai kesakitan. Dia
melepaskan perlahan-lahan dan mengulang kembali perbuatan yang sama. Dalam
keadaan yang sama, Amini mengubah lagi bentuk regangannya. Kali ini tangan itu
di angkat ke atas pula, seperti mengangkat sayap ayam. Kedua-dua jenis regangan
ini adalah untuk otot yang berbeza.
“Sekarang buka kaki seluas-luas yang
kau dapat.”
Rizal membuka kakinya, seperti mana
yang di arahkan oleh Amini. “Tangan lunjur ke depan and I’m gonna push you from your back. Ready, one, two, three…”
Amini menolak belakang Rizal sehinggalah tubuh itu rendah ke depan. Rizal dapat
merasakan otot bahagian paha atasnya teregang. Tiga jenis regangan itu cukup
untuk kali ini. Rizal kembali berdiri.
“Gosh
dude! Got your own trainer?” tegur rakan sepasukannya. Lelaki itu masih
lagi menjinjit kasutnya, terkejut dia melihat Rizal dibantu dalam membuat
regangan. Lagi-lagi bila trainernya itu seorang perempuan. Rizal bawa perempuan
turun ke padang? Biar betul? Dia melihat perempuan yang ada di sisi Rizal. “Eh,
cikgu Amini! Cikgu buat apa di sini? Ada latihan sukankah?” soal lelaki yang
menegur Rizal sebentar tadi pada Amini. Terpinga-pinga Rizal, dua orang ini saling-mengenali?
Amini senyum. “Taklah, saya dengan husband saya.”
“Husband?
You mean Rizal?” duga lelaki itu.
Amini menganggukkan kepalanya
perlahan. “Yes,”
Lelaki itu tersenyum. “Tak hairanlah
kau dapat latihan insentif kali ini sebelum bermain. Jom Rizal!” ajak lelaki
itu.
“Okey,” Rizal membetulkan bajunya. “I dah nak start main, you nak stay atau jalan-jalan dahulu?” soal Rizal sambil menyeka peluh yang
merintik di dahinya. Amini mengangkat kepalanya.
“Tak apa, saya okey. Saya tak pernah
tengok orang main rugbi selama ini.” Hurm, bukan tak pernah tengok orang main
tapi tak pernah tengok dengan serius. Selama ini, dia hanya melihat orang
bermain rugbi sipi-sipi sahaja, itupun dia ada di gelanggang bola tampar. Orang
bermain rugbi hanya di sebelah gelanggang bola tampar, di antara fokus pada
bola tampar atau pada rugbi lebih baik dia utamakan apa yang dia kerjakan.
“Alright
then, jangan lupa pakai seluar panjang tu. Cover your legs.”
“Okey,” jawab Amini acuh tak acuh.
Dia masih lagi meneruskan regangannya. Rizal sudah jauh ke padang. Regangannya terhenti
tiba-tiba. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Bag?
Cover your bag? And why should I cover my bag? Moron!” marah Amini. Tidak
sedar dia telah menyalah tafsirkan kata-kata Rizal tadi.
“HI!
You ni isteri Rizal kan?” tegur satu suara dari belakang. Amini membetulkan
duduknya. Seluar panjang yang tadi dibuka kini sudah dikenakan semula. Inilah
cara dia, berseluar pendek apabila lari dan mengenakan semula seluar panjang
selesai sahaja bersenam, dia sudah terbiasa sejak di bangku sekolah lagi tetapi
tidak ditempat pengajiannya. Amini menoleh, seorang lelaki mendekatinya. Amini
senyum. Lelaki itu sudah menghulurkan tangannya.
“Nice
to meet you, I’m Johan and you must be Amini right? I bestman Rizal masa
korang nikah.”
“Ya saya, it’s nice to meet you too. You main rugbi juga ke?” soal Amini pada
lelaki yang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Lelaki itu menggelengkan
kepalanya.
“Tak, I tak minat dengan rugbi. I lebih
suka main golf tapi I selalu temankan
Rizal setiap kali ada perlawanan.”
“Temankan?” soal Amini. Tidak faham.
Kenapa perlu menemankan Rizal bermain rugbi? Dia cuba melihat muka lelaki itu.
Sangsi pula hati Amini. Astaghfirullahalazim, mengucap Amini, jangan tuduh
orang sembarangan.
Johan mengangkat keningnya. Kasihan,
Rizal mungkin tidak mengkhabarkan hal sebenar kepada Amini.
“Selama Rizal bermain rugbi ni, tak
ada seorang pun perempuan yang pernah menemaninya. Bagi Rizal, rugbi adalah
minat yang tidak boleh dipisahkan. I terkejut
juga nampak you kat sini. You siap bersenam dengan Rizal lagi.”
“Tak ada apa yang hebat sangat,
biasa saja. Saya dah biasa...”
“Bertuah Rizal dapat you kan.”
Senyuman di bibir itu mati. Amini
menundukkan kepalanya. Bertuahkah? Alangkah baiknya kalau Rizal juga berfikiran
seperti itu. Dari mula sehingga sekarang, dia masih belum mengetahui isi hati
Rizal. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Rizal terlalu sukar
untuk diduga.
Johan dapat mengesan perubahan di
wajah itu. “Dengar kata you guru...”
dia mencari modal untuk terus berbual
dengan Amini. Dia bosan sebenarnya melihat permainan rugbi ini tapi demi Rizal,
teman baiknya dari bangku sekolah menengah lagi, dia sanggup. Mereka selalu
menghabiskan masa mereka bersama-sama di Starbucks selepas Rizal bermain rugbi.
Itu adalah rutin mereka bersama, banyak benda yang dibincangkan. Biar mereka
satu tempat kerja sekalipun, mereka masih keluar bersama. Rizal adalah satu-satu
teman baiknya dari dahulu sehingga sekarang. Rizallah yang banyak membantunya.
“Ya saya,” Amini mencapai begnya.
Dia mengeluarkan sekeping kad bisnes dari begnya lalu diberikan kepada Johan.
“Saya juga salah seorang daripada
sukarelawan. Bantuan sangat dialu-alukan…”
“Oh ya? Insya Allah, nanti I khabarkan pada kawan-kawan I yang loaded.”
Amini tertawa. Loaded? Bantuan yang disebutkan itu bukan dari segi duit. Ternyata
lelaki ini salah faham konsep. “Bantuan dari sumber tenaga juga diterima encik
Johan,” terang Amini. “Banyak benda sebenarnya yang kita boleh bantu mereka,
tak semestinya fokus kepada wang semata-mata.” Amini menambah lagi. Dia
berdiri. Pandangannya ditumpukan pada permainan itu. Kamera yang ada di dalam
beg terus sahaja dikeluarkan. Semua barang dimasukkan ke dalam beg.
“Saya nak ambil gambar, nak join saya?” senyuman terukir di bibir
Amini. Johan menganggukkan kepalanya perlahan. Dari situ dia dapat lihat bahawa
Amini mempunyai personaliti yang baik dari cara Amini bertutur, nampak keperibadian
seorang guru di situ.
“Ya Allah, Rizal!!” teriak Amini.
Amini terus saja berlari menuju ke padang.
DARAH keluar dari hidung Rizal tidak
berhenti. Hidungnya terkena hentakan sewaktu menerima hantaran bola sebentar
tadi. Amini mengeluarkan tuala kecil dari begnya, menahan darah daripada
mengalir. Dia menyuruh Rizal menundukkan kepalanya dan memicit di hujung batang
hidung.
Amini tiba-tiba tergelak. Rizal
terus mengangkat kepalanya, memberikan pandangan marah kepada Amini. Dia
teringat akan kuliah yang diberikan oleh pensyarahnya dahulu. Pemain rugbi
selalunya akan berhadapan dengan kemalangan. Kalau bukan hidung berdarah
disebabkan hentaman siku pada hidung pasti tulang clavicle juga akan turut patah kerana hentaman siku pada tulang
itu, kerana, pemain rugbi tidak berkesempatan untuk menjaga tubuhnya
apabila diserang.
Rizal memerhatikan senyuman di bibir
Amini yang merekah. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh perempuan itu
sekarang ini. “I tengah sakit macam
ni, you boleh gelakkan I lagi.”
“Tundukkan kepala, jangan angkat
dulu. Make sure tekan kuat di hujung
tu...” nasihat Amini. Johan hanya memerhatikan sahaja gelagat pasangan itu.
Terkejut juga dia tadi. Apa tidaknya, Amini terus sahaja berlari mendapatkan
Rizal yang keluar dari padang dalam keadaan yang tercedera.
“Sekarang kau dah buktikan kata-kata
kau tadi, well I’ve nothing to say.
Rugby’s player is true gentleman,” kata Amini. Dia melepaskan tangan Rizal
yang memicit di pangkal hidung. Tuala yang dibasahkan mengelap darah yang
kering.
“Pendarahan dah berhenti, nak masuk
ke dalam padang semula?” usik Amini sambil menaikkan keningnya. Rizal tidak
sedar yang Amini sedang menyimpulkan senyumannya. Sengaja mahu mengenakan
lelaki itu.
Rizal memegang hidungnya. Rasa sakit
masa terasa. “I masih sakit ni,” ujar
Rizal.
“Tapi bukankah pemain rugbi mesti
menang dalam pertandingan? Hurrmm, my
friend said, pemain rugbi yang cedera akan masuk semula ke dalam padang
sebaik sahaja menerima rawatan sebab kemenangan adalah tujuan utama mereka.”
Amini memegang bibirnya sambil berkata.
“You
nak nampak I terus injured?” duga Rizal. Dia merenung Amini
dengan tajam. Amini menggelabah tiba-tiba.
“I...
I didn’t mean that. Saya gurau sajalah,” satu tepukan singgah di bahu
Rizal.
“Untung badan, dah ada first aider sendiri...” tegur Johan yang
sejak tadi banyak mendiamkan diri. Selama bermain rugbi, Rizal tidak pernah
mengalami pendarahan seperti ini. Kenapa baru sekarang? Tidak mungkinlah kerana
kehadiran Amini? Kekurangan dan kelemahan Rizal ditunjukkan namun Amini sedikit
pun tidak merungut malah dia membantu Rizal. Kalau dialah berhadapan dengan
situasi itu belum tentu lagi dia dapat bertahan melihat darah keluar dengan
deras. Alih-alih dia yang pengsan.
“Teringat saya pada seorang pemain rugbi.
Selepas satu perlawanan dia selalu sakit kepala. Banyak kali makan ubat, tak
lut juga. Jadi, satu hari tu doktor buat imbasan pada kepala pemain rugbi tu.
Punca sakit kepala yang dialami sebelum ini sebenarnya daripada sebatang gigi
tertanam di dahi pemain tu. Gigi tu pula gigi salah-seorang pemain lawan.
Nasiblah hidung berdarah tapi ianya berpunca daripada kerosakan di batang
lembut ni akibat hentakan kuat...” bibir itu semakin petah bercakap.
Rizal geram. Hidungnya bertambah
sakit tetapi pada masa yang sama dia turut terhibur dengan cerita Amini tapi
disimpan sahaja rasa lucunya itu di dalam hati.
“Ahh!!” Amini tiba-tiba teriak
kecil. Terkejut Rizal. Amini menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tapak
tangannya. “Macam mana kalau hidung ni kemik? Nak buat plastic surgery ke? Ahh, Michael Jackson!”
“Ami
please, you’re not helping you make me more sick!” marah Rizal.
Amini tertawa. “Gurau sajalah
janganlah marah nanti darah tak berhenti keluar sebab tekanan darah tinggi.
Jadi buat masa ni bernafas melalui mulut sahaja dahulu. Sejam selepas itu
barulah bernafas seperti biasa okey,” Amini masih lagi menyeka peluh yang
merintik di dahi Rizal. Kasihan pula dia melihat Rizal yang masih dalam
kesakitan ini. Mereka tidak sedar, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan.
****************************
p/s : sorry guys sebab lama tak update blog... sejak kebelakangan ni, aktiviti terlalu banyak sampai tak ada masa nak update blog, membanting tulang sampai nak retak. huhuhu~ Apapun, saya dah update untuk bab 39. Walaupun cite ni tak best mana pun, harap korang enjoylah...
~Anyway, masih belum terlewat bagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha~
BEST....NAK LAGI.
ReplyDelete