Tuesday, 4 February 2014

Novel : Cinta Antara Kita Bab 42

           “YOU tak bagi tau mama yang kita stay di kondokan…” soal Rizal sebaik sahaja keretanya itu keluar dari perkarangan rumah Mahani.
            “Tak.” Sebal dengan tindakan Rizal. Bibirnya dimuncungkan sedikit, sengaja mengekspresskan rasa tidak puas hatinya. Lagu Abba itu tiba-tiba menarik perhatiannya. Dia melirikkan matanya pada radio. Bukan radio tapi Cd. Sejak bila pula Rizal mendengar lagu legend macam itu?
Rizal mengerling. Dia nampak Amini sudah membuang pandangannya ke luar. Dia mengangkat tangannya dan mencuit lengan Amini.
            “Marahkah?” Amini menolak lengannya, cuba mengelak daripada disentuh oleh Rizal. “Baru I nak ajak you main badminton petang ni, hurm… nampaknya tak jadilah.”
            Amini terus menoleh. “Badminton? Bila? Di mana?” berpusu-pusu soalan yang keluar. Sudah lama dia tidak bermain badminton. Kali ini giliran Rizal pula yang membisu. “Rizal!” satu tumbukan kecil singgah di lengan Rizal.
            Putttt!!
            Gas beracun itu memenuhi ruang dalam kereta. “Hah! Siapa suruh Ami ganggu konsentrasi I. I baru nak kawal, ni semua salah Ami.” Rizal menyalahkan Amini pula sedangkan Amini sudah menutup hidungnya. Amini menurunkan cermin kereta, membiarkan udara di dalam kereta itu berganti dengan udara yang baru.
            “Telur busuk!” marah Amini, masih lagi menutup hidungnya. Berpura-pura muntah, menunjukkan betapa busuknya angin yang keluar itu. Mengekeh Rizal ketawa. Lucu bila dia nampak muka Amini seperti itu.
            “Siapa suruh Ami bagi I makan telur pagi-pagi lagi,” alih Rizal pula. “Orang yang tak kentut, tak sihat tau. Ami kena bersyukur, at least, I kentut juga bukan macam you. You tak pernah kentutkan…”
            “Eleh! Saya kentut bukannya perlu dikhabarkan pada satu dunia. Buat apa kentut depan kau.” Jawapan Amini disambut dengan hilai tawa Rizal. Amini mengecilkan matanya. “Kenapa ketawa macam Mak Jemah ni?”
            “Tak pernah kentut depan I?” duga Rizal. Stering kereta dipegang rapi. “Sayang, you fart in your sleep.”
            “No way.”
            “Yes, way.”
            Amini terus menekup mukanya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Ya Allah! Malunya dia. Dia tidak pernah mahu orang lain tahu keadaannya seperti itu.
            Rizal meletakkan tangannya di paha Amini dan mengusap-usap perlahan. Menenangkan Amini. “Alah, buat apa nak malu. Macam Kate Middleton tak pernah kentut, bahagia je Prince William tu, tak komplain pun.”
Cis! Adakah patut disamakan dengan kerabat diraja selebriti itu pula.
Manusia buang angin perkara normal.
Tapi, biarlah kena dengan tempatnya.
Rizal menghentikan keretanya di hadapan sekolah pendidikan. Amini mengambil begnya di belakang, sempat lagi matanya tertancap pada label merah di leher Amini. Dia mengulumkan senyumannya di dalam hati. Amini adalah miliknya dan bukan orang lain.
            “Jam 12 kan? Nanti, kalau siap awal, Ami call I.”
            Amini menganggukkan kepalanya. “Saya pergi dulu.” Dia mengangkat tangan Rizal dan dikucup perlahan. Bila Amini mahu melepaskan tangan itu, Rizal menggenggam jari-jemarinya pula. Terkejut dia. Amini mendongakkan kepalanya dia memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya. Hairan. Kenapa Rizal tidak melepaskan tangannya, dan bila dia melihat ke dalam anak mata itu, Rizal sudah meletakkan jari telunjuk di pipinya, memberi dia isyarat.
            Mahu tidak mahu, Amini terpaksa memberikan kucupan di pipi itu sebelum pergi. “Nanti saya call. Assalamualaikum.”

            “WOI!! Apa pengantin baru masuk kelas ni?” satu tepukan singgah di bahu Amini. Misha  datang bersama dengan mukanya yang selamba.
            Amini tersengih-sengih. “Pengantin baru apanya pula? Kahwin, kahwin juga kawan. Pelajaran jangan dilupakan. Saya pun nak juga rasa pegang Master, PhD...”
            “Baiklah bai. Jadi macam mana dengan pinjaman kau tu? Dah lulus?” Misha mengambil tempat duduknya di sebelah Amini. Buku tebal itu yang dibawanya dibuka.
            “Saya baru jumpa dengan kawan saya semalam di Blue Bar.”
            “Blue Bar?” besar biji mata Misha. Amini menganggukkan kepalanya. “Seorang ke?” tanya Misha lagi.
            “Tak lah, saya bawa Rizal. Gila kau nak saya pergi sorang-sorang. Kalau siang tak apalah, ini malam.” 
            “Ohh, yalah. Dah ada cik abang. Jadi, kau ada minum tak satu dua gelas?” kali ini pertanyaan Misha disertai dengan gelak.
            “Excuse me?”
Misha hanya ketawa. Dia tahu Amini dengar soalannya tadi tapi, dia hanya bergurau.
Amini menarik meja yang ada pada bangku itu ke atas, memberikan dia ruang untuk duduk di atas kerusi itu. Fikirannya menerawang jauh.
Arak…
Mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang dikelilingi dengan adatnya mewajibkan minuman keras sebagai salah-satu minuman wajib. Adat itu tidak pernah dilepaskan. Dia sendiri tidak tahu bila agaknya semua orang yang ada di sekelilingnya akan kembali ke pangkal jalan. Dia sepatutnya bersyukur kerana bapanya sudah lama meninggalkan perkara yang terlarang itu. Dan dia juga bersyukur kerana dia tidak terjerumus dalam dunia itu meskipun dia pernah mencuba di zaman remajanya. Minuman itu boleh membuat kita ketagih! Sebab itulah Allah mengharamkan minuman itu dalam agama Islam. Mana-mana agama juga melarang minum-minuman keras. Banyak kesannya... kerana araklah hubungan ibu dan bapanya pernah terjejas suatu ketika dahulu.
            “Teringat aku masa kita di Langkawi dulu...” Misha mula mengimbas kembali saat-saat mereka masuk ke kelab di Langkawi dahulu. 
            “Masa-masa muda remaja. Janji kita dah tak buat lagi.”
            “Yalah, yang berlalu biarkan berlalu.” Misha membuka kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah mereka dahulu.
            “Masih tak habis berbincang lagi ke Cikgu?” Misha dan Amini terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Pensyarah yang mengenakan cermin mata bulat itu memandang tepat ke arah mereka. Rakan-rakan sekuliah yang lain turut memandang mereka. Amini menelan air liurnya. Malunya! Haisssshh!
            “Tak dok, macam ni. Kami masih belum dapat tangkap makna model mental sebenar yang dikatakan dalam buku ni. Boleh dok terangkan sedikit terutamanya berkaitan dengan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak?” tiba-tiba sahaja Amini mengeluarkan pertanyaannya.
            Lelaki itu mengerutkan dahinya. Dia membetulkan cermin matanya. “Mental models...” dia menerangkan semula kepada pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada kalangan guru semuanya. Inilah yang akan dipelajari dalam kursus Pengurusan Pendidikan.
            “Kau bertanya sebab tak faham ke atau setakat nak cover kitaorang?” bisik Misha. Amini menahan gelaknya. Terangkat sedikit pipi atasnya.
            “Kau fikir? Macam kau tak kenal saya kan, dah 8 tahun kita kenal Sha.”
            “Buruk perangai!” kutuk Misha. Amini memang terkenal dengan bakatnya yang boleh memutar belitkan situasi bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui. Bahkan, dalam pembentangan juga Amini selalu menggunakan kebolehannya sekiranya dia tidak mahir dalam butir bicara pembentangannya. Amini memang banyak muslihat. Kaki goreng nombor satu!
            “Oii!!” satu tepukan singgah di bahu Amini.  Terkejut Amini. Mujurlah pensyarah itu baru sahaja meninggalkan bilik kuliah.
            “Apa dia?  Terkejut saya!”
            Misha menggelengkan kepalanya. “Kalau ya pun baru berkahwin, cover-coverlah sikit love bite di leher tu!” bisik Misha. Amini terkedu. Love bite?Hickey kah? Dia terus mengeluarkan bedak compact dari beg tangan, membesar mata itu. Dia memerhatikan lehernya yang bertanda itu. Ya Allah! Kenapa dia tidak sedar pagi tadi? Malunya, patutlah ibu mertuanya tersenyum memanjang pagi tadi! Semuanya gara-gara Rizal! Lelaki itulah yang membuatkan dia kecut perut semalam! Lawak yang tak lucu langsung!
            “Macam mana nak cover ni?” tanya Amini gelabah. Misha menghulurkan sekeping plaster kepada Amini. Risau pula dia.
            “Tampal pakai ni.”
            Mereka berpandangan sesama sendiri. Akhirnya mereka tergelak bersama. Misha memang berpengalaman…

            “ADA nota, kau nak ke?” tanya Misha sambil membelek-belek nota yang disediakan oleh pesyarah mereka. Dia memberikan nota itu selepas dia memerhatikan isi kandungannya. Amini ambil dan membuka lembaran demi lembaran.
            “Boleh juga, berapa? Nak kena bayar dengan siapa?” beg duit sudah dikeluarkan dari begnya.
            “RM15. Tu, bayar dengan Pian. Nanti dia nak pergi fotostat, minggu depan dia bagi kat kita.”
            “Okey,” beg duitnya dibuka. Terkejut Amini bila ternampak kepingan wang kertasnya sudah bertambah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia buat lagi! Amini mengeluarkan wang sepuluh ringgit dan lima ringgit, diberikan kepada Misha.
            “Kau drivekah tadi?” tanya Misha, dia memandang pada Amini yang sedang memasukkan pen ke dalam beg kecil itu. Dia berjalan mendekati rakan sekuliah mereka yang membantu mereka menyalin nota-nota itu di kedai. “Aku dan Amini,” beritahunya kepada Pian. Terangguk-angguk kepala Pian sementara tangannya menulis nama Misha dan Amini di atas sekeping kertas; senarai nama yang memesan nota yang diberikan oleh pensyarah.
            “Tak, husband saya yang ambil nanti.”
            “Wow! Romantiknya…” Misha sudah mengangkat tangannya dan menggenggam jari-jemarinya itu. Dia sendiri mengimpikan suasana seperti itu tapi memandangkan dia seorang jenis yang tidak kisah, suaminya tidak pernah menghantarnya ke mana-mana sahaja, alasannya; dia punya kereta dan dia boleh memandu sendiri. “Jeles aku.”
            Tersenyum Amini. “Amende jeles pula? Nanti kau mintalah Afif drive kau.” Jari-jemarinya memegang dahinya yang berdenyut-denyut tiba-tiba itu. Sakit pula kepalanya.
            “Harapkan Afif drive? Jangan harap, kucing bertanduk pun dia tak mungkin akan drive aku ke mana-mana melainkan aku sakit. Masa cinta-cintun dulu sanggup buat apa saja, pijak semut pun tak mati, sekarang ni…”
            “Hang sabaqlah noh,” Amini memegang bahu Misha. “Saya pergi dulu, jumpa minggu depan.”
            “Okey, jumpa nanti.”
            Amini memberikan senyuman selamat tinggal kepada Misha, cuba menahan sakit kepalanya. Tidak mungkinlah migraine dia datang lagi, menyusahkan betul. Tadi, dia ada ambil kopi. Hurm… setiap kali dia minum kopi, kepalanya itu tidak akan pernah berhenti berdenyut tetapi bila dia tidak mengambil kopi, dia rasa tubuhnya lemah. Pengaruh kafein itu sangat besar di dalam dirinya.
            Bila dia melangkah keluar, dia sudah ternampak kereta Rizal yang berparkir di ruangan letak kereta itu. Perlahan-lahan dia berjalan, kepala itu semakin berdenyut, ditambah lagi dengan panahan matahari yang terik. Masuk ke tempat sejuk, keluar ke tempat panas, dan masuk ke dalam tempat sejuk lagi. Berupayakah homeostasis tubuhnya itu mengawal suhu di dalam badannya?

            TERKEJUT beruk Rizal bila Amini masuk dan terus duduk di bangku itu tanpa berkata apa-apa. Sangkanya penceroboh manalah tadi. Baru sahaja dia ingin mengeluarkan silatnya. Dia melihat Amini sudah memejamkan matanya. Ada sesuatu yang berlakukah? Atau Amini sudah perasan akan wang saku yang dia masukkan ke dalam beg duit itu?
            “Ami,” panggil Rizal lembut.
Berat untuk Amini membuka matanya tapi dia buka juga. Dia memalingkan mukanya menghadap Rizal. Rambut yang menutup mukanya itu dikuak ke belakang. “Hmm.”
            “Kenapa ni?” soal Rizal.
            Amini memejamkan matanya dan dibuka tidak lama selepas itu. “Sakit kepala.” Amini rasa ada tangan yang diletakkan pada lehernya. Rizal merasa haba, bila dia dapati suhu tubuh Amini masih seperti biasa. Dia menarik nafas lega, tapi jarinya tersentuh pada plaster yang diletakkan pada leher itu. “Apa ni?” dia menarik plaster itu, membuka. “Sejak bila pula ada luka? Ami tak bagi tau I pun…”
            “Jangan buka!” belum sempat Amini menghalang, plaster itu sudah ditanggalkan. Tidak berkelip mata Rizal memandang pada leher yang ditutup plaster itu. Amini perasan yang lelaki itu sudah tersenyum lebar, bahkan hendak ketawa juga.
            Hish! Satu tamparan ringan singgah di lengan Rizal.
            “Kenapa nak tutup pula?” duga Rizal, masih menahan ketawanya. Amini menjegilkan matanya.
            “Nak bagi saya malulah tu.”
            Lepas ketawa itu. “Well, itu perkara biasa bagi married couple.” Rizal sudah menggumpalkan plaster itu dan diletakkan di atas dashboard. Dia cuba melihat reaksi Amini. Merah padam muka itu. “Romantic what…” tambah Rizal lagi.
            Romantik? Tak ada maknanya. Bukannya kau cintakan aku pun. “Sudahlah, kita balik.” Akhirnya, Amini mengalah juga. Dia sudah memicit-micit kepalanya.
            “Nak pergi klinik?”
            “No.”
            “Why?”
            “Mereka bagi deskripsi ubat yang sama.”
            “Kalau masih sakit rasanya petang ni you tak dapat ikut I main badmintonlah kalau macam tu.” Rizal perlahan-lahan memandu keluar dari ruang parkir itu. Mata Amini terbuka dengan luas, terus sahaja dia memegang lengan Rizal.
            “Janganlah, sakit ni timbul sebab saya tak keluar peluh. Sekejap lagi okeylah ni…” bagaikan merayu suara itu. Pandai juga Amini menyakinkan dirinya.
            “Hurmm, kita tengoklah nanti.”
            Amini mengetap bibirnya. Dia membetulkan duduknya. Case cakera padat kumpulan Abba itu sudah diambil. “Sejak bila dengar Abba?” tanya Amini pada Rizal. Rasa ingin tahu di dalam hatinya membuak-buak. Dia tidak pernah tahu lelaki ini meminati sesuatu seperti ini. Jarang ada orang-orang muda dengar lagu Inggeris tahun 70-an sehingga 80-an melainkan lagu-lagu rock Melayu yang terkenal sekitar tahun 80-an sehingga 90-an. Bukan tidak mahu memartabatkan bahasa dan karya seni negara sendiri, tapi Amini lebih selesa dengar lagu-lagu daripada bahasa yang bukan dominan dalam dirinya. Lagipun, dia gemar mempelajari sesuatu yang bukan bidangnya.
            “Saja, tukar angin,” jawab Rizal. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang sesuai melainkan itu. Tidak mungkinlah dia memberitahu Amini mengenai perkara yang sebenar.
            I beli Cd Abba sebab I tahu you suka kumpulan itu. Cari nahas?
            “Ohhh~”
            Amini menekan lagu nombor 11. “I, I've been in love before, I thought I would no more. Manage to hit the ceiling. Still, strange as it seems to me. You brought it back to me, that old feeling…” ternyanyi-nyanyi kecil Amini mengikut rentak lagu itu. Tidak sedar yang Amini sedang diperhatikan oleh Rizal. Terhibur juga Rizal. Dia tahu Amini peminat setia lagu-lagu oldies macam itu, kalau tidak masakan Amini selalu membuka siaran radio lite.fm. Amini membasahkan bawah bibirnya tiba-tiba. Liur ditelan perlahan-lahan. Dia mula terbayang akan kek batik. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa seperti hendak makan kek batik itu pula sedangkan dia bukanlah seorang penggemar makanan-makanan yang manis. Hurm, rasanya dia kena singgah untuk membeli bahan-bahan itu.
           

No comments:

Post a Comment