Orang kata, jauh perjalanan luas
pemandangan. Tatkala diri ini menanti di suatu sudut yang terlalu leka dengan
kesibukan, ilham itu menjengah. Di sini saya cuba kongsikan bagaimana saya
mendapat ilham bagi setiap coretan yang dicatat.
Baiklah,
kehidupan seseorang itu sangat berbeza daripada satu individu kepada individu
yang lain. Setiap liku-liku kehidupan seseorang itu tidak siapa yang tahu. Hasil
daripada pemerhatian yang tidak pernah sudah, saya cuba cipta satu kisah yang
saya inginkan. Setiap orang punya jalan cerita yang dia inginkan. Perbezaan itulah
yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati yang melampau-lampau… dan akhirnya,
semua itu menjadi permulaan kepada saya.
Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan pelbagai cerita dongeng yang mengisahkan percintaan dua insan di mana kisah cinta itu akan berakhir dengan kebahagiaan buat selama-lamanya.Siapa yang tak pernah baca atau tengok cerita Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, dll... masa kecil-kecil kan... masa kita kecil-kecil kita hendak jadi semua.
Selepas menginjakkan kaki ke dunia remaja, saya didedahkan dengan novel pula. Novel pertama yang saya baca sehingga saya tertarik untuk menghasilkan satu sepertinya ialah novel karya Aleeya Aneesa, Semusim Rindu. Terima kasih kepada mak saudara saya sebab kenalkan saya kepada dunia ini.
Di dalam entri yang saya masukkan bermula daripada Bab 1 bagi novel Cinta Antara Kita, sebenarnya, ceta ni saya mula sejak tahun 2010... lama dah. Masa tu, saya sudah bermula untuk mencuba mengenali dunia luar dengan lebih dalam. Duduk dan berimaginasi, kadang-kala saya akan duduk di satu tempat yang membolehkan saya memerhatikan pergerakan dan tingkah laku individu di luar. Bukan untuk menghakimi tetapi ingin melihat sesuatu yang boleh dinyatakan secara tulisan.
Bukan mudah untuk menulis. Dan, bukan susah untuk menulis. Orang kata jauh perjalanan, luas pengetahuan. Menulis memerlukan kita membuat sesuatu kajian mengenai sesuatu perkara itu dengan teliti. Kita perlukan fakta dan bukti yang kukuh bagi setiap benda yang ingin dituliskan. Saya sendiri meluaskan pengetahuan saya dengan membuat rujukan, sebab itulah tempat yang paling kerap dikunjungi ialah pusat sumber. Tapi, kalau baca banyak mana buku sekalipun kalau kita tidak terokai dengan sendiri, sesuatu pengetahuan itu tidak akan terjadi. (Indiana Jones kata, 'If you wanna be ........., you need to get out from the library!') Walau bagaimanapun, setiap individu itu ada berbeza... Apa yang penting, penulisan yang kita hasilkan itu nanti tidak akan menyentuh mana-mana pihak yang sensitif. Saya amalkan penulisan damai.
Well, gambar di atas ni adalah satu benda yang sering saya lakukan bila berada di luar. Singgah sebentar di coffee shop yang tak ramai orang, duduk bersendirian, bertemankan secangkir kopi double shot, sketch pad, dan sebatang pensel.
Okey, kita kembali ke pangkal jalan, ilham yang saya katakan itu adalah juga hasil daripada mimpi saya sendiri. Percaya atau tidak, itu adalah kenyataan yang harus diterima. Daripada mimpi itu, saya akan olah dan jadikan dalam bentuk penulisan. Nampak macam best jerrr kannn... tapi,tak semua mimpi itu yang indah-indah itu akan kekal dalam ingatan. Kadang-kala, mimpi yang indah itu akan hilang sebelum kita mengintepretasinya. Bukan rezeki. Dan, ilham-ilham yang seterusnya itu pula datang secara kita tak sedari. Duduk rilek-rilek di bawah pokok nyiok sambil menghirup ayak kopi hat pekat trangtangtang... tup-tup! dia datang. Saya tak mampu elak, nak tangkis pun payah. Apa lagi, handphone ada di sisi... cepat jer tangan menaip. Biar hanya satu perkataan sekalipun, perkataan itulah yang akan menjadi panjang sampai berjela-jela. Syukur ke hadrat Illahi.
Novel Cinta Antara Kita yang sedang dimasukkan ke dalam blog ini adalah hasil coretan daripada minda yang tak berapa nak kreatif ini. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan pembaca blog yang singgah dan baca setiap bingkisan dari kisah Amini dan Rizal.
Apa yang saya harapkan di sini ialah, rakan-rakan pembaca boleh berikan tunjuk ajar dan idea yang boleh mengembangkan lagi gaya penulisan atau penceritaan cerita ini. Kita sama-sama saling bertukar pendapat yerrr...
Kurangkan Pengambilan Gula,
Cegah Diabetes. (lolololololol!! tak ada kaitan langsung)
Terima Kasih Daun Keladi.... XOXO
Yang benar,
Vie Amini
No comments:
Post a Comment