Monday, 25 August 2014

Disebalik Kisah : Ilham Menerpa, Tangan Tersentak Bahagian 2


    Di sebalik kesibukan tugas yang tak sesekali membuatkan hati menjadi gundah-gulana, sejak dua menjak ini, tidur semakin tak lena, mandi pun tak basah, makan pun jadi tak kenyang, tekak yang sering dahagakan ais kiub kini sudah menolak ais kiub itu, maklumlah, diserang batuk dan selesema. Walau apapun, kerja tetap kerja. Tak dapat elak walaupun kerja tu kadang-kala dibawa sampai ke rumah, tak siap, dibawa lagi keesokan harinya, begitulah rutin seharian diri ini. 

     Entah mengapa bila berada di dalam bilik yang tak seindah duniawi itu diri ini merasakan satu ketenangan, ya... diri ini tertanya-tanya, adakah berlakunya sebuah keajaiban yang membuatkan diri ini merasakan ketenangan yang sedemikian rupa? Bila kepala diangkat, mata dibuka besar, melihat ke keadaan sekeliling, ohhhh... padanlah. Ada sesuatu yang hilang disitu. Hati ini patah, baru hendak mencuit ketenangan itu, ketenangan itu akan ditarik kembali. Besok, sudah semestinya, ketenangan itu akan digantikan dengan tempikan yang tak akan putus, meruntun jiwa raga yang sangat-sangat mendambakan kedamaian. 

     Apapun, diri ini hanya mampu berserah. Apa yang penting, tugas yang dipikul itu haruslah dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Adakalanya, diri ini terasa sangat malas tetapi demi generasi anak bangsa yang akan datang, diri ini perlu dimantapkan dengan ilmu pengetahuan yang secukup-cukupnya. 

     Dunia globalisasi, dalam perjalanan ke tempat bertugas pagi tadi, terdengar bila PM mengatakan bahawa maksud sebenar globalisasi itu perlu difahami, setakat ini sejauhmanakah kefahaman kita terhadap istilah globalisasi itu. Hmmmm... rasanya, kamus dewan boleh menerangkan secara terperinci. Sekarang ini, semua perkara perlu dilihat secara global. Cakupan itu tidak tertumpu kepada cakupan dalam kelompok yang kecil tetapi, cakupan itu perlu diperluaskan secara global. Dan, itulah maksud istilah itu mengikut kefahaman saya sendiri. Google memberi makna, globalisasi itu adalah satu "process by which businesses or other organizations develop international influence or start operating on an international scale.

       Itulah dia globalisasi, janganlah kita jadi katak di bawah kaca. Nak dijadikan cerita, tadi semasa buka facebook yang dah lama tak aktif, terbacalah satu gambar yang dishare oleh rakan facebook. Adalah, adik kita yang sorang ni yang tak mahu dihantar belajar ke Sabah dan Sarawak, takut mak bapak dia nampak kat televisyen dia dok berenang tak pun naik bot semasa nak pergi kuliah. Hmmm... diri ini pun tak tau nak kata lagu mana. Rasanya masa ambil Geografi dulu, adik ni selalu GAGAL kot, sebab itulah dia tak tahu apa-apa. Maafkanlah adik tu, dia tak tahu tu... semoga ALLAH mempermudahkan jalannya. Apapun, sebelum kita nak buat statement tu, kita kajilah dulu, nanti taklah memalukan diri sendiri. Kesian kat mak bapak bagi duit jajan sekolah, pengetahuan tak luas manapun. Kesian kat cikgu-cikgi yang keluar ayak liuq bergelen-gelen nak bagi faham. Tak apalah, kita abaikan jerr... 

     Apapun, kita yang masih dalam keadaan sedar ini mestilah beringat sebelum membuat sesuatu benda. Sebenarnya, diri ini pun tak tahu apa nak sampaikan sebenarnya. Otak tengah berjalan memikirkan idea untuk penyeliaan hari rabu dan jumaat ni. Mujurlah ada blog ni, ada rakan-rakan blog... bolehlah hilangkan serabut kepala sedikit, kalau dok layan kerja, kepala jammed, otak sakit. Tak lama lagi, Hospital Bahagia lah jawapannya. Ada masa sikit ni, bolehlah rehatkan minda. Nak cakap dengan kawan, tapi kawan pun dok pulun buat kerja. Sama-sama tertekan. Tak apalah, duniawi jer semua ni. Kita buatlah semampu mana yang kita boleh, toksah paksa diri, nanti otak dan jiwa merana. 

     Rasanya setakat itu sajalah entri buat masa sekarang, ilham ilham tu datang tak menentu, bila dia nak datang... dia tak bagi signal, tangan ni terkenja-kenja nak menulis. Apa lagi, kita layan sekejap. Tapi, jangan sampai abaikan tugas kita pula. Okey?

Sekian,

Yang Benar,
Vie Amini 
 

No comments:

Post a Comment