Monday, 1 September 2014

Novel : Cinta Antara Kita Bab 49

       KEPALA HOTAK! Tak boleh tidur tanpa dia? Berkerut-kerut dahi Amini. Dia menelan liurnya berkali-kali. Masa-masa inilah pula… perlahan-lahan dia mengalihkan lengan Rizal. Wajah itu diperhatikan, berharap agar lelaki itu tidak terjaga dari tidurnya.
            Yes!
            Dia berjaya turun dari katil.
            “Nak pergi mana tu?”
            Hah!
            Terbuka mulut Amini, perlahan-lahan dia menoleh ke arah Rizal. Senyuman terus sahaja terukir di bibirnya bila Rizal sudah membuka lampu. Amini membetulkan rambutnya.
            “Lapar,” menyeringai. Malu memberitahu Rizal yang perutnya berkeroncong minta makan.
            You nak I ambil makanan untuk you?” tanya Rizal.
       Cepat Amini mengangkat tangannya. “Tak apa, saya boleh ambil sendiri. Kau tidurlah…” dia benar-benar tidak mahu tidur Rizal terganggu.
         “I’ll come with you.” Amini mengerutkan dahinya. Biar betul?? “Kenapa?” soal Rizal bila dia nampak kerutan dahi Amini di dalam kesamaran malam.
            “Tak ada apa-apa, pelik.”
            “Pelik? Kenapa pelik pula?”
            “Yalah, tiba-tiba kau nak ikut saya pergi dapur sedangkan sebelum ini kau tak pernah nak ikut saya pergi dapur. Jadi, saya rasa peliklah,” bersungguh-sungguh Amini meluahkan rasa kepelikkannya. Dia tidak sedar yang Rizal kini sedang berdiri betul-betul di hadapannya.
            “Siapa tahu kalau you tiba-tiba menghilangkan diri nanti.”
            Amini menjuihkan bibirnya. Dia mula mengangkat kaki perlahan-lahan keluar dari bilik itu, malas melayan perangai Rizal yang semakin mengada-ngada.

            BAHUNYA sudah ditekan supaya duduk di atas bangku itu. Mug di ambil. “Horlicks atau Nestum?” tanya Rizal kepada Amini.
            “Horlicks.” Amini memerhatikan setiap pergerakan Rizal. Aroma Horlicks sudah menerawang di udara, masuk terus ke dalam hidungnya. Mug yang berisi minuman panas itu diletakkan di hadapannya. “You know Rizal, you don’t really have to...” belum sempat Amini menghabiskan ayatnya, bibir itu sudah dimatikan dengan kucupan kecil dari Rizal.
            Amini terus mengetap bibirnya bila Rizal sudah mengambil tempat di hadapannya. Dia membasahkan bawah bibirnya. Rizal memerhatikan Amini. Baju tidur yang menutup tubuh itu tampak nipis. Dia menarik nafasnya dalam-dalam, cuba mengelakkan otaknya daripada memikirkan mengenai Amini. Rambut yang menutup kedua-dua bahu itu turut menarik perhatiannya.
            “Rambut you dah panjang,” Rizal memberikan komennya.
            Amini menjungkitkan kening. “Apa dia?”
    “Jangan potong rambut tu.” Rizal meneguk minumannya. Tidak perasan yang Amini turut memerhatikannya. Mata itu nampak sedih. Rizal seolah-olah menyimpan sesuatu di dalam hatinya. Lelaki itu masih terkenangkan pada teman wanitanya. Hangat dirasakan di dalam dadanya. Dia cepat-cepat memandang pada dinding. Berdebar-debar dadanya, malahan semakin kuat pula debarannya itu.
            Kenapa dia tiba-tiba rasa seperti ini? Selama ini dia tidak pernah merasakan debaran yang kuat seperti ini di dalam dadanya. Dia perhatikan Rizal yang kini duduk di hadapannya. Dia tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati itu. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu mengenai dirinya. Apa yang dia tahu, dia menyesal kerana menolak ajakan Rizal bermain badminton petang tadi. Tapi, kalau dia pergi sama, dia hanya boleh tengok bukannya bermain. Hmm…
            “Kawan-kawan I kirim salam dengan you.”
            Suara itu menenggelamkan fikiran Amini mengenai perkara lain. Matanya kini fokus pada Rizal. “Kalau you dah sembuh kita boleh duel dengan diaorang.”
            Amini tergelak. Duel? Duhh. Dia bukannya hebat pun. “Ishk, tak kanlah nak duel dengan kawan-kawan kau. Saya bukannya hebat sangat pun.”
            Rizal menjungkitkan keningnya. “Kenapa? You pukul bola macam perempuankah?” duga Rizal. Tidak disedari muncung itu memanjang.
            “Jangan nak samakan saya dengan perempuan lain okey,” Amini memberikan amaran sambil membulatkan biji matanya. Rizal tersenyum. Dia perhatikan senyuman kecil yang terukir di hujung bibir itu. Dua lekuk muncul di hujung bibir atas itu. Tanpa disedari, Rizal mengangkat tangannya. Ibu jarinya menyentuh lekuk itu.
            Tindakan drastik Rizal itu membuatkan Amini terkedu. Pegun. “I suka bila nampak you senyum.”
            Jantung Amini berdegup dengan kuat.
            Rizal teringat pada lelaki yang bersama dengan Amini tempoh hari. Dia harus cari tahu. “Sia…”

            “AIK, tak tidur lagi?” Mahani turun dengan baju tidurnya yang labuh itu. Terkejut dia bila melihat anak dan menantunya masih lagi berada di dapur menikmati minuman mereka. “Mama tak ganggukan?” tambah Mahani lagi. Anak dan anak menantunya kelihatan terkejut bila dia muncul. Dia menganggu detik-detik indah anak-anak muda inikah?
            Amini senyum. “Tak adalah ma,” jawab Amini. Kedatangan Mahani secara tiba-tiba itu membuatkan Rizal terus menjatuhkan tangannya dari terus-terusan menyentuhnya. Amini lega. Dia tidak lagi terseksa dengan pandangan mata yang sukar untuk dia duga itu. Mahani sudah membuka peti ais. Dia mengeluarkan kotak susu segar, gelas diambil dan menuang susu itu ke dalam gelasnya.
            “Oh ya, besok mama nak jumpa klien di KL.” Beritahu Mahani. Dia tidak mahu Rizal dan Amini tercari-cari akan dirinya. “Ami nak mama beli apa-apa untuk Ami?”
            Amini menggelengkan kepalanya. “Rasanya tak ada.” Mahani datang mendekati Amini. Tangannya terus memegang rantai leher yang tersangkut di leher Amini.
            “Cantiknya rantai ni, Ami beli di mana?” tanya Mahani. Tidak mungkinlah rantai ini ada di jual di negara ini. Rekaan itu bukan rekaan dalam negara.
            “Ibu angkat Ami beri.”
            “Datin Mastura?” duga Mahani, bila dia nampak Amini menganggukkan kepalanya, dia mengukirkan senyumannya. “Baru semalam dia beli baju dari butik mama. Katanya, rumah baru mereka nanti direka oleh Riz.” Kali ini pandangannya beralih pada Rizal pula. “Nampaknya, semakin berkembanglah ahli keluarga kita.” Mahani memberikan komennya sambil membasuh gelasnya. “Okeylah, mama naik atas dulu. Mama tak nak kacau daun.” Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Amini dan Rizal.
Terkedu Amini, mama nampakkah apa yang berlaku di antara dia dan Rizal sebentar tadi? Oh tidak! Malunya!! Terjegil biji matanya bila dia melihat Rizal sudah tersenyum-senyum seorang diri. Dia teringat pada kucupan yang singgah di bibirnya sebentar tadi. Kucupan kecil itu bukanlah sesuatu yang berpanjangan tetapi cukup membuatkan senak pada perutnya, bagaikan bercambah-cambah bunga-bungaan itu. Dia menatap wajah itu sekali lagi. Dia harus memperingatkan dirinya sendiri. Rizal bukanlah untuknya.
“Rizal, saya mengantuk. Boleh kita tidur?”
Rizal menganggukkan kepalanya. Dia mengambil mug Amini dan diletakkan di dalam sinki. Belum sempat Amini berdiri, dia cepat-cepat memegang lengan Amini. “I dukung you, nak?”
“Why, well, thank you.”
Tergelak Rizal, sangkanya Amini menolak tapi tidak. Dia merendahkan badannya supaya Amini boleh berpaut pada belakang badannya. Amini berpaut pada bahu Rizal. Bila lelaki itu sudah membuka langkahnya, dia meletakkan dagunya di atas bahu itu. Belum pernah ada lagi lelaki yang mendukungnya seperti ini. Rizal benar-benar membuatkan dia bermimpi. Mungkin, ini adalah memori untuk dia simpan di dalam kotak ingatannya.
You dah semakin berat.”
Komen Rizal itu tidak memberi kesan kepada Amini. “Kalau macam tu, saya boleh turun gimlah kan…” Amini cuba mengambil kesempatan.
The answer is still no honey. I akan belikan you, your own treadmill, upright bike too…
“Does it mean that you’re not going to gym too?” pertanyaan Amini itu membuatkan Rizal terdiam. Gim adalah tempat dia bertemu rakan-rakannya, hanya masa itu diperuntukkan untuk berbual bersama dengan rakannya. Dia menundukkan tubuhnya, meletakkan Amini di atas katil. “Tidur okey,” ujarnya.
“Rizal, kau masih belum jawab soalan saya.”
“Shhh, tak sakitkah mulut bila bercakap banyak macam ni?”
Amini terus mengetap bibirnya. Rizal memang berniat tidak mahu mengendahkan pertanyaannya. Dia terus merebahkan tubuhnya. Dan, Rizal juga turut melakukan perkara yang sama.
“Saya tak kerja besok. Boleh tak saya tumpang pergi library negeri?”
“Nak buat apa di sana?” soalan bodoh itu keluar dari mulut Rizal.
“Kalau boleh nak tempah tiket cruise di sana,” ambik kau! Rizal sedar Amini mengejeknya. Cepat sahaja dia mencubit pipi itu.
“Kenakan I ya?”
“Sakitlah!”
I tahulah library tu perpustakaan. You nak buat apa di sana?” tanya Rizal lagi. Amini mengetap bibirnya geram. Tidak bolehkah kalau lelaki itu tidak bertanya soalan cepu emas seperti itu? Perlukah dia memberi laporan setiap pergerakan yang dia buat.
“Saya nak siapkan tesis saya Rizal. Tak ingatkah saya ambil Master sekarang ni?” dia cuba memandang tajam pada sepasang mata yang tidak pernah lari daripada memerhatikannya. Bagaikan hendak ditelan dia hidup-hidup oleh Rizal. Tajam. Sungguh tajam, mungkin belati bukan tandingannya. “You don’t trust me?” soal Amini tiba-tiba.
Tersentak Rizal. Perkataan percaya itu membuatkan lidahnya kelu. Bukan dia tidak percayakan Amini tetapi dia hanya tidak suka bila Amini berjalan ke sana dan ke sini bersama dengan orang-orang yang tidak tentu arah. Dia tidak suka bila Amini masuk ke dalam tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Apatah lagi berjalan bersama-sama dengan lelaki yang bukan dirinya. Dia tidak suka, bukan kerana cemburu. Dia hanya tidak suka.  
“Abang bukannya tak nak percayakan…”
“Abang?” celah Amini, berkerut dahi itu apabila lelaki itu menggelarkan dirinya abang. “Sejak bila pula perkataan I itu digantikan dengan ‘abang’?” sindir Amini.
Rizal menarik tubuh itu supaya rapat dengannya, menyandarkan belakang badan itu pada dadanya. Dari belakang, tangannya memeluk tubuh kecil itu. Satu kucupan singgah di rambut Amini. Bergetar jiwa Amini. Dia memejamkan matanya. “Ami tak suka?”
Air liur ditelan. Perit. Tersangkut dileher seperti batu kelikir yang besar.
“Rizal.”
“Hmm…”
Bawah bibir itu digigit, dia cuba menghalang perasaan asing itu cuba menguasai dirinya. Bila dia merasakan Rizal semakin jauh membawanya ke samudera, dia cuba menggapai pada tali di angkasa.
“No!” ditolak tubuh itu menjauh dirinya. Naik turun nafas itu. Amini menundukkan kepalanya, dan digelengkan perlahan. “No. You don’t want to be with me. Saya tak sesuai. Saya bukan untuk kau Rizal.”

“APA yang Ami cakap ni?” Rizal tidak percaya Amini akan menolaknya seperti itu. “Kenapa menidakkan apa yang Ami rasa?” dagu itu dipegang dan diangkat supaya memandang ke wajahnya. Bila dia ternampak air mata di hujung mata itu, rasa bersalah mulai menghantui dirinya. “I’m sorry Ami, abang minta maaf, betul-betul minta maaf. I tak bermaksud nak…”
            “Bukan salah kau Rizal. Perkahwinan kita tidak sepatutnya dijalankan. Saya juga bersalah dalam perkara ini. Saya tak sepatutnya terima. Kau sepatutnya mendapat perempuan yang layak bersama dengan kau, bukannya perempuan murahan seperti saya.”
            “Ami…”
            “Saya janji, saya akan kembalikan keadaan seperti normal.”
            Aku akan satukan kau dengan kekasih kau kembali.
            Amini mengangkat tangannya dan memegang pipi itu, perlahan-lahan dia mengusap. Dia dapat rasa janggut Rizal yang bakal bercambah dalam masa sehari lagi. “Bagi saya masa Rizal. Saya tahu itu bukannya perkara yang senang tapi, saya hanya mahukan semuanya kembali seperti sedia kala.”

6 comments:

  1. Amini2... asal la si Rizal ni ego sgt...

    ReplyDelete
  2. Kak sambung lagi!! Best!! Hope diaorang bersatu tk lama lgi!!

    ReplyDelete
  3. time kaseh.. bab 50 otw.. akak pun tengah pikir jalan ceta yang best. hihihi

    ReplyDelete
  4. X sbr x sbr x sbr!update cepat ye smpai tamatt :)

    ReplyDelete