AMINI
memandang pada telefon rumah itu. Beritahu atau pun tidak? Kaliesa sudah
menanti di bawah. Telefon bimbitnya itu pula rosak, tidak boleh menghantar
mesej melainkan menerima panggilan telefon sahaja. Bagaimana jikalau lelaki itu
masih sibuk? Rizal memang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Tapi kalau dia keluar
begitu sahaja, lelaki itu pasti akan menjadikan perkara itu satu isu pula. Dia
tidak suka bermusuhan dengan orang. Dari dahulu sehingga sekarang. Dia tidak
mahu ada hubungan buruk dengan mana-mana orang. Biarpun dia dikutuk, dikeji,
dicaci, dan dihina sebab dia tahu, orang itu pasti akan menerima akibat
daripada perbuatannya.
Buku
lakaran itu diperhatikan. Dia masih mencari jalan untuk membantu lelaki itu
biarpun hatinya masih luka. Hatinya sentiasa terluka. Tiada siapa yang tahu
melainkan dia dan Tuhan.
Garisan
kasar itu disentuh. Garisan yang menghubungkan satu garisan ke garisan yang
lain dan membentuk sebuah impian. Biar dia tidak punya pengetahuan dalam seni
reka tetapi dia mempunyai daya kreativitinya sendiri. Dia boleh melukis, jadi
apa salahnya dia mencurahkan ilhamnya di atas sekeping kertas itu.
“Bila
kita lihat lukisan, kita tidak tahu apa makna lukisan itu apabila dilihat
dengan mata kasar. Tengok macam lukisan ini, Gunung Ledang. Tak nampak macam
Gunung Ledang pun bukan? Kita hanya nampak bentuk abstrak yang bertingkat dalam
bentuk segi tiganya. Ada masanya, benda-benda halus seperti ini, kita perlu
melibatkan hati dan perasaan kita untuk mendapatkan mesejnya…” kata-kata
Kaliesa bermain di benaknya.
Mesej?
Amini
terbayang-bayang lukisan Gunung Ledang karya Syed Ahmad Jamal yang didominasi
warna hijau dan biru. Di langit terdapat bentuk segi tiga yang kecil. Bila diperhatikan
betul-betul, lukisan itu menyimpulkan pelbagai makna. Mungkin pelukis itu
mungkin hanya mahu melukis dan tidak bermaksud apa-apa tetapi, pemerhati boleh
membuat pelbagai tafsiran melalui lukisan tersebut. Kadang-kala pelukis hanya
melukis, dia sendiri kurang pasti apa yang dilukisnya namun emosi dan perasaan
yang bermain di fikirannya lebih diabadikan di dalam lukisan tersebut. Sebuah lukisan
mengungkapkan beribu makna.
Hati
dan perasaan, itulah makna sebuah lukisan.
Lakaran
rumah itu direnung lagi. Rumah ini rumah yang dia idamkan sejak dahulu, sebuah
rumah yang bukan sahaja menjadi tempat untuk dihuni tetapi menjadi tempat
perlindungan yang memberikan keselesaan.
Keselesaan…
badannya direbahkan sedikit pada bahu sofa. Dia mendongak, perlahan-lahan
memerhatikan ruang rumah yang dingin ini. Dia tidak merasakan dirinya berada di
dalam rumah ini. Dia tidak merasakan jiwanya berada di dalam rumah ini, hanya
jasadnya sahaja yang berada di dalam rumah ini. Tidak kira semewah mana tempat
yang dia duduki, dia tidak mungkin akan menjual jiwanya untuk mendapatkan
kemewahan. Banyak lagi benda yang dia boleh lakukan.
Kringgg!!!
“Hello.”
PENERANGAN
yang diberikan oleh Chong itu diberikan perhatian yang penuh. Tidak ada sesiapa
lagi yang mencelah apabila pengarah mereka itu bersuara. Chong memandang
satu-persatu stafnya yang masing-masing memegang pen di tangan, menulis
sesuatu. Ada di antara mereka yang berbisik sesama sendiri dan yang mendengar
pula menganggukkan kepala. Matanya tertumpu pada Rizal.
“So, Rizal apa perancangan you mengenai
design untuk WK Group itu?” dia yakin Rizal sudah memikirkan reka bentuk yang
unik untuk perumahan elit itu. Banglo yang bukan sahaja nampak mewah tetapi
mempunyai ciri reka bentuk yang lain daripada yang lain.
Rizal
meletakkan pennya. Telinganya seolah-olah terdengar suara Amini. “Don’t
judge a book by its cover. Kadang-kala rumah yang kita nampak biasa di luar
tetapi mempunyai rekaan bentuk dalaman yang menarik, I’m not talking about
interior design but by the way you express the uniqueness through your design
in the house. The stairs maybe or the balcony, maybe attic in the house. Why
don’t you bring classic to modern life? You should combine it, bukankah trenda
sekarang dah kembali ke trenda zaman agogo.”
“Fusion,” satu perkataan itu sahaja yang
diucapkannya. Semua mata tertumpu kepadanya. Masing-masing menunggu ayat yang
seterusnya daripada Rizal. “Kita fokus kepada rekaan dalam bangunan dan luar.
Kita cuba gabungkan seni bina dahulu dan sekarang, maybe they need something different. Kita boleh ganti attic dengan basement.”
“Not bad!” Chong sendiri sudah bosan
dengan reka bentuk moden yang banyak digunakan sekarang. Mungkin, inilah cara
baharu untuk mereka berubah kepada sesuatu yang baru. “Okey, you siapkan design tu dan bagi I
tengok. ASAP.”
Senyuman
terukir di bibir Rizal. “Okey…”
“I rasa, sampai sini sahaja dulu. Kalau
ada apa-apa, you all boleh direct jumpa I.” Lima orang stafnya itu mengemaskan kertas masing-masing sebelum
melangkah keluar dari bilik pejabat Chong. Dia mengeluarkan fail kelabu yang
baru sahaja dihantar kepadanya. Dia perlu memeriksa fail itu dan menurunkan tandatangannya.
BELUM
sempat Rizal mendekati bilik pejabatnya, telefon bimbitnya itu sudah berdering.
Langkahnya mati. Skrin itu diperhatikan. Home?
Cepat-cepat jarinya menekan butang hijau, menerima panggilan itu. Amini
sakitkah?
“Hello,
kenapa Ami?” tanya Rizal terus.
“Rizal,”
“Yes, are you okay? Have you take your
lunch? Or did you skip your lunch?” soal Rizal bertubi-tubi langsung tidak
memberi peluang kepada Amini untuk bersuara. Sempat lagi dia melirikkan matanya
pada staf yang ada di kubikel masing-masing. Mereka seolah-olah sedang
memerhatikan dia bercakap di telefon.
Pandangan
mata itu terlalu sukar ditafsirkan. Rizal sendiri kurang pasti sebab mereka
memandangnya seperti itu. Macamlah aku hendak bom mereka satu-persatu.
“Tak,
saya dah makan. Macam ni, Kaliesa, kawan saya, yang hari tu...”
Rizal
mengerutkan dahinya, dia cuba mengingat raut muka teman Amini yang bernama
Kaliesa itu. “Kenapa dengan Kaliesa?” sambungnya tidak sabar.
“Dia
ajak saya keluar, jadi…”
“You wanna go out with her? Macam tu?”
“Yes.”
Rizal
menarik nafasnya dalam-dalam. Berat hati dia untuk melepaskan Amini keluar dari
rumah tetapi dia tidak mahu Amini terus-terusan membenci dirinya. Dia tidak
suka dibenci oleh Amini. “Okey, jangan lambat balik. Do you have enough money?” soal Rizal tiba-tiba. Dia yakin Amini
pasti akan memerlukan wang untuk berbelanja.
“Bye, Rizal.” Panggilan itu terus sahaja
dimatikan. Amini tidak menjawab pertanyaannya tadi. Dia dibiarkan begitu
sahaja. Dia sendiri tidak tahu sama ada Amini masih punya wang atau tidak.
Setahunya beg duit Amini hanya mempunyai dua keping not seratus ringgit sahaja.
Cukupkah?
“Hoi!”
bahunya ditepuk. “Yang kau bengong tengah-tengah jalan ni apa pasal?” Johan
membetulkan tali lehernya. “Pasal Amini lagikah?” duganya. Hanya Amini sahaja
yang mampu membuat Rizal seperti orang hilang akal. Tidak ada orang lain lagi
yang mampu mengubah diri itu selain daripada Amini.
“Qis
on callkah malam ini?” soal Rizal pada Johan. Johan menganggukkan kepalanya.
“Anak kau?”
“Mak
mertua aku ada di rumah. Kenapa?”
“Jom,
tempat biasa.”
Terjungkit
keningnya. Dia tidak percaya Rizal mengajaknya, selalu dia yang mengajak Rizal
keluar. “Kau tak balik rumah? Bini kau?”
Rizal
menguak rambutnya ke belakang. “Dia keluar dengan kawan malam ni,” jawab Rizal.
Jawapan itu terus sahaja disambut dengan gelak tawa Johan. Terangkat-angkat
bahu lelaki itu menahan ketawanya yang keluar.
“Woi!
Kena sampuk hantukah apa!” dia terus meninggalkan Johan yang masih ketawa itu
tapi Johan mengejarnya.
“Patutlah
muka kau macam ayam berak kapur. Bini tinggal lagikah?” usik Johan semakin
galak pula dia. Dia sudah mampu mengesan perubahan air muka Rizal sejak tadi
lagi tapi dia tidak pasti pula sama ada ianya berkaitan dengan Amini atau pun
tidak namun apabila Rizal memberitahunya mengenai Amini, dia yakin Amini sudah
membuatkan sahabatnya itu kecewa.
“SORRY lambat,” Amini berhenti di hadapan
Kaliesa yang sedang menunggunya berdekatan dengan keretanya. Tercungap-cungap
dia, dia berlari sebaik sahaja keluar daripada lif tadi. Mujurlah dia
mengenakan kasut rata kalau tidak…
“Gosh Ami! Why are you panting?” soalnya
pada Amini yang menyeka peluh yang merintik di dahinya, mulai turun membasahkan
wajah yang sudah ditouch-up dengan
sederhana itu.
“Saya
takut kau tertunggu-tunggu.” Dia tidak pernah suka orang menunggunya,
menyusahkan, lebih-lebih lagi Kaliesa bukanlah orang yang mempunyai masa yang
banyak.
Tergelak
Kaliesa sempat lagi dia menepuk lengan Amini. “Tak apa, jom.” Kaliesa mengambil
tempatnya di tempat pemandu dan Amini mengambil tempatnya di sebelah Kaliesa.
Kaliesa mengagau tangannya ke tempat duduk belakang. Bila dia dapat mencapai
benda yang dia kehendaki, dia terus letak di atas riba Amini. “For you…”
Amini
memandang pada kotak itu. Dia membuka penutup itu. Sebuah album gambar itu
dikeluarkan dari kotak yang berwarna biru itu. “Wah!! Thanks,” ucapnya sebaik sahaja dia membuka kulit album itu. Kaliesa
memang pandai mengambil gambar. “Saya nampak fotogenik pula di sini.”
Tersenyum
Kaliesa. “Saya dah cakap, kau memang cantik tapi kau tak percaya.” Kaliesa
berkata lagi. Amini memang mempunyai kecantikannya tersendiri. Senyuman itu
salah satu daripadanya.
“Tak
semua orang akan rasa macam tu Liese.” Amini masih melihat lagi hasil kerja
Kaliesa semalam. Fikirannya melayang pada Rizal, biar berjuta orang pun yang
mengatakan dia cantik tapi tidak di mata lelaki itu. Lelaki itu hanya
mengenalinya daripada gelaran yang dia berikan sahaja.
Kaliesa
menoleh sejenak pada Amini yang duduk di sebelahnya. “Kau gaduh dengan husband kau lagi?” Amini menganggukkan
kepalanya perlahan. Dia membuang pandangannya ke luar.
“Biasalah,
dia tak pernah fikir yang baik-baik pasal saya.”
“Kau
sabar ya, sabar itukan separuh daripada iman.”
Amini
mengulumkan senyumannya. “Thanks,
kita nak pergi mana ni?”
“OH
TIDAK!!” Johan sudah menepuk dahinya apabila bola yang dilemparkannya sudah
tersasar masuk ke dalam longkang. Rizal ketawa.
“Kau
memang tak pernah strike selepas
bergelar bapa. Kepakaran hilang selepas ada anakkah?” usik Rizal. Dia mengambil
bolanya pula.
“Huh!
Hilang fokuslah kawan.” Johan berdiri di belakang Rizal, melihat sahabatnya
membalingkan bola itu di atas lane.
“Kau tak nak ada anak?”
I’m not going to have your child Rizal!
Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Rizal. “Siapa yang tak nak ada zuriat
sendiri tapi bukan sekarang kot.” Rizal memberikan jawapan selamatnya. Anak
dengan Amini? Huh! Dia belum pernah terfikir untuk menyentuh Amini lagi. Tidak
pernah terlintas difikirannya menyentuh Amini melainkan… dia tersenyum sendiri.
Nakal. Kalau sentuh pun, apa salahnya.
“Jangan
lambat-lambat pula, umur kau pun bukan muda lagi.” Johan mula memberikan
nasihatnya. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Rizal. Mineral yang dia beli
tadi diputar penutupnya dan diteguk perlahan. Dia memerhatikan air muka Rizal
yang sedikit berubah dari tadi. “Kau ada masalah? Cakaplah dengan aku,” kali
ini Johan berbicara dengan lembut pula.
Rizal
membongkokkan sedikit tubuhnya. Kedua-dua sikunya diletakkan di atas kedua-dua
belah pahanya. “Tak ada apa-apa. Oh ya, nanti temankan aku pergi kedai telefon
okey, aku nak beli telefon baru untuk Amini.”
“Okey,
no probs.” Johan menyandarkan
belakang badannya pada bangku, membiarkan lane itu kosong buat seketika. Tidak
ada seorang pun di antara mereka berdua berganjak daripada bangku itu.
Masing-masing dibelenggu dengan suasana yang sunyi. “Aku nak tanya kau satu
benda.”
Rizal
mengangkat kepalanya dan menjungkitkan keningnya. “Apa dia?”
“Apa
perasaan kau pada Amini? Kau cintakan dia?” soal Johan. Dia tidak tahu apa yang
bermain di dalam kepala Rizal sekarang ini. Dia hanya melihat
perubahan-perubahan kecil yang berlaku dalam diri itu walaupun tidak ketara,
namun dia perasan. Rizal ini bukan lagi Rizal yang banyak mendiamkan diri.
Rizal ini sudah tahu berbicara dengan petah. Mulut yang dijahit rapat itu sudah
dilerai jahitannya.
Lelaki
itu membetulkan duduknya. “Macam mana nak cakap ya…” dia memegang dagunya,
berfikir, “pernah dengar hubungan platonik?”
Ternaik
kening Johan. Hubungan platonik. Dia menyimpan senyumannya di dalam hati. Kita
lihat sahaja sejauh mana hubungan platonik itu akan bertahan.
No comments:
Post a Comment