HIDUP ini terlalu indah. Terlalu indah
sehinggakan dia tidak sedar akan bahagian yang ada cela. Dia fikirkan senyuman
yang terukir dibibir itu disuratkan untuknya. Sehinggalah bibir itu
mengungkapkan ayat yang membuatkan jantungnya disentap. Perkataan benci itu
diulang berkali-kali. Benci sungguhkah sehingga Amini keluar dari bilik dan
tidur di atas sofa tanpa menutup tubuhnya yang kedinginan itu? Rizal tahu,
Amini bukanlah jenis orang yang biasa tidur dalam kedinginan. Amini tidak biasa
tidur dengan penghawa dingin. Tubuh itu sentiasa menggigil meskipun sudah
ditutup dengan comforter yang tebal.
Dan bila dia tarik tubuh itu rapat ke tubuhnya, barulah tubuh itu berhenti
menggigil.
Rizal
membetulkan selimut yang menutup tubuh itu. Dia tidak sanggup melihat Amini
tidur di atas sofa selepas pergaduhan mereka semalam. Bila dia menapak keluar,
dia melihat Amini sudah tertidur tanpa selimut. Seperti biasa, dia mengangkat
tubuh itu dan dibaringkan di atas tilam.
Perlahan-lahan
Rizal menarik tubuh itu dekat dengannya. Dia tidak mahu Amini terjaga dari
tidurnya. Amini sudah melalui pelbagai benda semalam. Dia yakin tubuh itu juga
keletihan disebabkan senaman yang dilakukan di gim.
MATANYA
dicelikkan. Selesa tidur di atas bantal yang hangat itu. Hangat? Dia
meraba-raba permukaan bantal itu. Sangkar rusuk? Sejak bila pula bantalnya ada
sangkar rusuk? Gila! Dia mana ada bantal. Dia merasakan tubuhnya ditutup dengan
comforter. Panik dia bila sedar yang
dirinya sedang terbaring di atas tilam dan bukannya di atas sofa. Terbuka luas
matanya apabila dia merasakan kepalanya dialas dengan dada Rizal. Tangannya
pula memeluk tubuh itu dan tangan lelaki itu pula berada di bahunya. Memegang
tanpa melepaskan walau sedikitpun.
Amini
melarikan tangannya yang dilayangkan atas tubuh itu bila dia ingin melepaskan
tangan yang ada dibahu itu, semakin kuat pula tangan itu memaut pada tubuhnya.
Satu kucupan singgah di dahinya.
“Morning Ami,” suara yang serak-serak
basah itu menyapa gegendang telinganya. Amini tidak menjawab, dia memejamkan
matanya kembali. “I kena pergi
kerja,” ujar Rizal perlahan. Amini terus sahaja melarikan tangannya daripada
tubuh lelaki itu. “Or maybe I ambil
cuti hari ini…” berharap agar Amini meminta dia untuk bercuti hari ini.
“Kerja
Rizal.”
“You tak suka I stay dengan you dalam
rumah ini?” soal Rizal dengan suaranya yang serak-serak basah itu. Dagu Amini
dipegang dan diangkat sehingga Rizal dapat melihat anak mata itu dengan lebih
lama. Amini melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak membenarkan Rizal
menatap matanya itu.
“Rumah
kau, buatlah apa yang patut.”
“Sorry, I terpaksa angkat you masuk ke dalam bilik ni semula. You tak boleh tidur sorang-sorang di
luar. Macam mana kalau ada pencuri masuk dan nampak you tidur di sana. I can’t
risk your life.” Rizal mengalihkan topiknya. Dia tidak mahu memanjangkan
mengenai soal itu.
Can’t risk my life?
Hidup dia memang
berhadapan dengan risiko yang besar sekarang ini. “Kenapa? Tak nak nampak
perempuan materialistik ni dibunuh oleh pencuri tu? Tak pun dirogol oleh
pencuri tu?” soal Amini bertalu-talu.
“Ami!”
suara lantang itu membuatkan Amini menutup mulutnya serta-merta. “I tak akan biarkan mana-mana lelaki
sentuh you sebelum I. If you want to ravish my money, I want to
ravish you first. Ingat itu! I
juga lelaki. I tak akan biarkan you lari dari I macam tu selepas you
dapat duit dari I tanpa berikan I something.” Rizal melepaskan tangan
yang memeluk tubuh itu. Dia turun dari katil dan membiarkan Amini yang kaku di
atas katil itu. “Even you lari mana
sekali pun, I akan pastikan I dapat apa yang I nak.” Tajam matanya memandang Amini, memberi amaran kepada Amini
agar tidak membuat tindakan bodoh selepas itu.
“Prepare my breakfast and pack some lunch
for me. I won’t be eating out this afternoon.” Rizal berpesan pada Amini
sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Aku
tak akan biarkan kau sentuh aku binatang!
TANGANNYA
yang memegang pensel mekanikal itu terhenti di atas kertas kosong itu. Dia
teringat akan janjinya pada lelaki itu dahulu. Walaupun dia marah pada Rizal
tapi dia tidak lupa akan janjinya. Janji perlu ditepati bukan dicapati.
Sandwich tuna yang dia sedia tadi diambil dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia
membekalkan Rizal salad, sandwich tuna dan omelet sushi. Dua hidangan yang
mudah itu dimasukkan ke dalam bekas. Pertama kali dia mendengar lelaki itu
memintanya membekalkan makanan tengah hari. Percayakah dia yang Rizal akan
makan makanan yang dia bekalkan itu? Amini tidak kisah, yang penting dia
sediakan seperti mana yang lelaki itu mahukan.
Jari-jemari
itu mula bergerak. Satu garis lurus dibuat. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu
yang unik untuk dimasukkan ke dalam rekaan
itu agar rekaannya itu nampak lain daripada yang lain.
“JOM
lunch!” ajak Johan yang baru sahaja
keluar dari pejabatnya. Rizal yang masih membuat kerjanya mengangkat kepala.
“Aku
ada bawa bekal.”
“Bekal?”
ternaik kening Johan. Dia tidak percaya Rizal menyebut perkataan bekal. “Sejak
bila pula kau bawa bekal dari rumah ni?” dia menapak masuk ke dalam bilik itu.
Sejak kebelakangan ini, kerja Rizal semakin bertimbun. Beginilah rupanya kalau
pekerja harapan majikan.
“Yep,
aku minta Ami buatkan aku lunch.
Malas nak keluar makan, jimat masa aku. Kerja pun bertimbun sekarang ini.”
Rizal mengangkat bekas makanannya. Dia hulurkan pada Johan. “Take a bite. You won’t be regret.”
Rizal memberikan katanya kepada Johan.
Johan
mengambil sushi telur itu. “Sempat juga dia buat omelet sushi ni ya,” usul
Johan. Dia memasukkan sushi itu ke dalam mulutnya, dikunyahnya perlahan.
“Sedap!”
“Told you right,” menyeringai Rizal
tersenyum menunjukkan giginya yang terbaris. Dia terus menyambung kerjanya
semula, sesekali menyuap masuk salad sayur yang disediakan oleh Amini. Salad
sayur itu dicampur dengan minyak zaitun dan perahan jus dari lemon dan sedikit
rasa yang dia sendiri sukar untuk kenal pasti. Apa yang pasti, bekalan itu
sudah cukup untuk mengisi perutnya tengah hari itu.
“Untunglah
bini kau ada masa buat semua ni. Aku turun dululah kalau macam itu. Biasalah,
aku bukannya ada bini macam kau…” luah Johan.
Rizal
tergelak perlahan. “Next time,
mintalah Qis pack lunch untuk kau.”
“Aku
saja tak nak susahkan bini aku.”
“Hmm,
yelah tu.”
“Aku
blah dulu.”
“Okey!”
sedikit pun Rizal tidak mengalihkan pandangannya dari komputer itu tapi dia
masih sempat menyuapkan makanan itu masuk
ke dalam mulutnya. Bekalan yang dibekal oleh Amini benar-benar membantu.
Tidak sia-sia dia meminta Amini membekalkan dia makan tengah hari. Matanya
dialihkan pada telefon bimbitnya. Teringat pada telefon bimbit Amini yang pecah
skrinnya itu. Bagaimana kalau dia membelikan Amini telefon baru? Rizal mengetap
bibirnya. Memikirkan penerimaan Amini nanti. Lagipun, mereka masih dalam perang
dingin sekarang ini. Mungkin saja, hadiah itu nanti akan membuatkan Amini
kembali tenang…
“YOU tak lunch?” tegur Chong yang
kebetulan melintas di pejabat Rizal. Hairan bila melihat Rizal masih lagi duduk
di pejabatnya. Masih memandang pada monitor computer.
Rizal
senyum. “No. Saya ada packed lunch.” Rizal mengangkat bekas
itu dan ditunjukkan pada Chong. Terkedu orang tua itu.
“Sejak
bila pula classy guy macam you start pack lunch ni?”
“Saja
minta Ami packed lunch, sekali-sekala
apa salahnya. Lebih sihat dan lebih selamat untuk dimakan right.”
Berkerut
dahi Chong. “You asked Ami packed lunch
for you? For real?” setahunya Rizal tidak pernah berbuat begitu. Inilah
kali pertama dia melihat perubahan yang berlaku pada anak muda itu. Bila dia
memandang Rizal, pertama sekali dia melihat senyuman yang terukir di bibir itu.
Kalau dahulu terlalu payah melihat bibir itu mengukirkan senyuman tetapi kini…
pengaruh Amini sungguh besar.
“Betullah,”
jawab Rizal lagi sambil tersenyum. “Sorry,
tak sempat share dengan puan. I ate it all.” Rizal menunjukkan bekas
kosong itu kepada Chong. Semua yang dibekalkan oleh Amini habis dimakan.
Kenyang dengan baik.
“Laahh,
next time mintalah Ami pack banyak sikit. I pun nak rasa juga pack
lunch Amini.”
“Okey,
tak ada masalah.” Ringan sahaja mulut itu menjawab.
BILA
Chong keluar dari pejabat Rizal, beberapa staf wanitanya datang mendekati,
mengerumunnya. Mereka juga pelik melihat Rizal tidak keluar makan tengah hari
bersama dengan Johan. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu makan makanan yang ada
di dalam bekas itu.
“Mr.Cold tu tak keluar makankah puan?”
soal Betty. Risau pula dia bila Rizal ada di dalam bilik itu, Rizal selalu
sahaja memberikan jelingan tajam bila mereka membawa masuk makanan di dalam
pejabat.
“Nope. Wife dia ada packed lunch so dia makan lunch
yang dibekalkan oleh wife
dialah.” Chong perasan ada riak terkejut di muka itu.
“First time nampak lelaki dalam company ni makan bekalan yang wife diaorang sediakan. Lebih-lebih lagi
Mr.Cold tu.” Macam tidak percaya pula
bila majikan mereka berkata sebegitu.
Chong
menoleh pada Rizal sebentar dan memandang pada staf-staf perempuannya itu. “Wife dia tu budak baik, I know her. And her cooking, superb! I
memang yakin, Rizal tak akan makan di luar dah.”
“I pun ada nampak wife dia hari tu, Rizal bawa masuk ofis dulu. She never stop smile. Untunglah Mr.Cold
kita tu dapat bini baik macam tu, nasiblah kahwin dengan perempuan baik bukan
perempuan yang dulu tu…”
“Perempuan
dulu?” berkerut dahi Chong tiba-tiba. Dia memandang satu-persatu wajah stafnya
mengharapkan penjelasan.
Best nak lagi harap lepas ni dia org berbaik.
ReplyDeletethanks ya baby mio, ^_^V... kalau ada apa-apa cadangan nak tambah apa-apa, boleh komen, sebab sekarang ni saya pun tengah cari-cari idea, hihihi~
ReplyDelete