“DUDE!”
bahu Rizal disentuh dari belakang. Langkah Rizal mati bila dia mahu mengejar
Amini yang meninggalkan dia tanpa sebarang pesan. Dia menoleh ke belakang.
Jodan sudah menggelengkan kepalanya, seolah-olah dia tidak membenarkannya
mengejar Amini.
“Bagi
dia space.” Dia membawa lelaki itu
duduk di ruang tadi. “I tak tahu apa problem you berdua, dan I tak ada intention nak masuk campur tapi your
wife sejak masuk ke dalam gim ni, ada something
yang disturb her mind.” Dia
perhatikan Amini sejak tadi lagi. Air muka itu seolah-olah menyimpan sesuatu
tetapi tidak diluah. Amini berlari seperti ingin lari daripada masalah begitu
juga apabila Amini berkayuh.
“You are still seeing your ex
right?” soal Jodan tiba-tiba. Tersentak Rizal. Dia tidak
tahu yang Jodan tahu akan perkara itu. “I
tahu you keluar tadi, Amini said so walaupun dia tak mention you jumpa dengan siapa tapi I can figure it out.”
Rizal
diam. Dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa memberitahu Amini. Amini tidak tahu
dia berjumpa dengan Nelly dan Amini tidak tahu akan kewujudan Nelly pun.
“Why you’re so angry?” tanya Jodan lagi.
Rizal
meraup mukanya. Dia menyandarkan badannya pada bangku. Rambut itu dikuak ke
belakang. “I tak tahu. I tak suka dia sosial dengan orang
lain…”
“Because you’ll get jealous, am I
right?” Jodan menduga lagi. Jodan menceritakan bagaimana
air muka Amini berubah sebaik sahaja menerima panggilan daripada Rizal. “At first, dia nak tekan green button tapi dia tekan red button instead.”
“I cari dia merata tempat but that woman don’t even pick up her phone.
I takut kalau dia,”
“Left you?” sambung Jodan mencelah di saat
lelaki itu meluahkan perasaannya. “This
is not the way how to show your love dude. Woman like Amini is so fragile.
Walaupun dia cuba control tapi dia
tak mampu kawal air mata dia. I can see
that.”
Cinta?
Siapa kata aku cintakan Amini? Aku hanya risau. Cinta dan risau adalah dua
perkara yang berbeza.
RIZAL
melangkah masuk ke dalam rumah. Gelap. Dia pasang lampu di ruang tamu itu.
Kasut sukan Amini yang ada di atas rak itu dipandang sebentar sebelum membuka
langkahnya. Rizal berjalan menuju ke dapur. Gelas kaca dicapai dan menuangkan
air mineral dari botol masuk ke dalam gelasnya. Dia membuka periuk nasi.
Kosong. Berkerut dahinya. Dia memandang pula di atas meja makan. Kosong.
Bukankah Amini sedang menyediakan bahan-bahan memasak tadi?
Tidak
mungkinlah Amini meninggalkan makan malamnya pula. Sudahlah Amini muntah tadi,
pasti makan tengah hari tadi sudah keluar dari tubuhnya. Degil! Rizal berjalan
menuju ke bilik tidur, yakin Amini ada di dalam bilik itu apabila dia ternampak
lampu jingga itu masih menyala. Bila dia memulas pintu itu, kunci. Dia mengetuk
pada pintu itu.
“Ami,”
panggil Rizal. “Buka pintu ni Ami. I
tahu you masih belum tidur.” Dia
mengetuk pintu itu lagi. Tidak lama kemudian, pintu itu dibuka dari dalam. Bila
dia menapak masuk, Amini sudah pun merebahkan tubuhnya di atas katil. Selimut
ditarik sehingga ke paras dada. Mukanya ditutup di sebalik rambut yang terurai
itu.
Rizal
ingin menegur Amini tetapi egonya melarang. Dia patut biarkan Amini dengan
sikap degilnya itu. Baju ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menapak masuk ke
dalam bilik mandi.
Dia
bukan sengaja meninggalkan Amini begitu sahaja tetapi Nelly lebih memerlukan dia
daripada Amini. Tidak mungkinlah dia akan membiarkan Nelly yang dalam kesusahan
itu hanya kerana Amini.
“How’s your life as married man Rizal?”
pertanyaan Nelly itu menjengah semula masuk ke dalam otaknya. Tidak ada rasa
terkilan pun dia nampak di air muka itu. Nelly hanya menganggapnya sebagai sahabat
sahaja sekarang ini, sangkanya dia dan Nelly sepasang kekasih yang saling
menyintai.
“You rasa?” Rizal melontarkan soalan
kepada Nelly pula. “I don’t want us to be
apart, you know that right?” dia terus sahaja memegang jari-jemari Nelly
tapi Nelly menarik semula tangannya.
“You tak perlukan I Rizal. We tak pernah couple. You know that.”
“Tapi
I sayangkan you…”
“Sayang
sebagai kawan Rizal.”
“No, Nelly!” Rizal meninggalkan Nelly
begitu sahaja. Dia tidak membuka pintu kereta untuk Nelly seperti biasa. Dia
terus sahaja meninggalkan Nelly dengan hatinya yang sakit. Dia pulang dengan
hati yang lara. Hatinya bertambah sakit apabila mengetahui Amini tiada di rumah.
Amini pasti lagi menarik perhatian lelaki-lelaki di luar sana. Dia tidak mahu
Amini melayan mana-mana lelaki melainkannya kerana Amini adalah isterinya!
Sabun
yang ada dibadannya itu disiram dengan air. Rizal memejamkan matanya merasakan
kedinginan air yang turun mencurah dari kepala paip shower itu. Dia tidak
memasang pemanas air. Dia lebih suka mandi dengan air yang dingin itu. Matanya
tertancap pada barang-barang keperluan tubuh Amini yang terletak di atas rak
itu. Tangannya mengangkat sebuku sabun yang masih ada di dalam kotak itu. Sabun
beras? Sabun untuk muka atau badan?
Tuala
yang disangkut pada palang besi itu ditarik. Amini memakai tuala itu siang
tadi. Bila tuala itu dilap pada mukanya, satu haruman yang dia yakin bukan
miliknya melekat pada tuala itu. Dia pernah hidu haruman itu sebelum ini. Bila
dia terpandang pada gel mandian yang berwarna merah itu, bibirnya mengukirkan
senyuman. Itu bau haruman dari sabun Amini.
TUBUHNYA
direbahkan di sebelah Amini. Lampu meja disebelah Amini masih terpasang. Dia
merapati Amini dan mencapai tali lampu itu namun sempat lagi dia melihat wajah
yang tersembunyi disebalik juraian rambut itu. Sarung bantal itu nampak basah.
Rizal menajamkan matanya, mata dan pipi itu masih ada sisa air mata. Lampu itu
dipadamkan. Kesamaran lampu dari belahnya masih membolehkan dia melihat Amini.
Dia menarik juraian rambut yang menutup muka itu, tidak pasti sama ada Amini
sengaja menutup mukanya dengan rambut itu atau pun tidak. Mata yang dipejam itu
diperhatikan. Sudah tidurkah Amini atau? Namun bila dia terdengar Amini menarik
sendunya, dia tahu Amini masih belum tidur. Amini hanya menutup matanya sahaja.
“Ami,”
panggil Rizal perlahan. “Please, I tahu
you belum tidur.” Pipi itu
dielus-elus perlahan. “I’m sorry okay,”
akhirnya terucap juga tiga perkataan itu dari mulut Rizal sedangkan dia tidak
mahu meminta maaf kepada Amini. Satu kucupan diberikan pada pipi Amini. Losyen
yang dikenakan oleh Amini itu dapat dihidu dengan jelas. Lama. Rizal mengangkat
sedikit kepalanya, “I’m sorry Ami…” kali
ini dia berbisik pada telinga Amini pula.
Amini
mengalihkan sedikit kepalanya tiba-tiba. Tidak suka bila lelaki itu mendekatkan
bibirnya dengan telinganya. Cepat sahaja meremang bulu romanya. Dia masih
memejamkan matanya. Dia tidak mahu melihat muka lelaki itu buat masa sekarang
ini. Lelaki itu sudah memalukan dia di hadapan orang ramai dengan menuduhnya
perempuan yang berkahwin dengannya semata-mata kerana duit. “I hate you,” ayat itu tiba-tiba terluah
dari bibir Amini. Terkedu Rizal. Dia mendengar dengan jelas ungkapan itu.
“I tak bermaksud nak marah you…”
Amini
tidak menjawab. Dia dapat merasakan lelaki itu meletakkan kepalanya di atas
bahunya sementara tangan itu mula dilingkarkan pada pinggangnya. Ditarik
sehingga tubuh itu dekat dengan dada itu. Kehangatan dari tubuh itu dapat
dirasakan. Satu kucupan dirasakan lagi singgah dibahunya. Amini mengetap
bibirnya. Dia tidak boleh tidak memaafkan Rizal. Hatinya dipagut sayu apabila
Rizal berkali-kali mengucapkan ungkapan minta maaf itu. Mungkin dia dan Rizal
bukanlah sepasang suami isteri yang punya rasa cinta di antara mereka tapi rasa
simpati dan perikemanusiaan itu masih ada. Amini bukanlah orang yang mempunyai
hati yang lembut tetapi dia tidak pernah membiarkan dendam berleluasa di dalam
hatinya walaupun dirinya terseksa.
“Say something…” Rizal masih tidak putus
asa. Dia hanya mahu mendengar respon daripada Amini. “Ami, please...” rayu Rizal lagi.
“I hate you Rizal.”
Itu
bukanlah jawapan yang dimahukan oleh Rizal tetapi respon yang diberikan oleh
Amini itu membuatkan Rizal lega sedikit. Sekurang-kurangnya Amini memberikan
responnya.
“I’m going to ravish all your money Rizal,
from now on.” Tangan yang melingkar dipinggang itu dialihkan. Amini terus
sahaja turun dari katil. Dia membuka pintu dan meninggalkan Rizal seorang diri
di dalam bilik itu. Sekali lagi.
BANTAL
kecil itu diletakkan di bawah kepalanya. Matanya masih terbuka luas, memandang
ke atas. Meski ruang tamu itu gelap, Amini masih mengangkat kepalanya dan
memandang ke atas. Dia tidak betah duduk lama-lama bersama dengan Rizal. Dia
takut dia hanyut dengan kata-kata Rizal itu. Takut sekiranya dia akan memaafkan
lelaki itu dengan mudah. Dia nyaris-nyaris memaafkan lelaki itu tadi tapi dia
tarik balik. Rizal harus dilayan sebegitu. Jika tidak, lelaki itu akan terus
membuat kesilapan yang sama dan meminta maaf dengan mudah. Tidak. Dia tidak
akan membiarkan perkara itu terjadi dengan mudah!
Amini
memejamkan matanya. Kelopak mata itu dirasakan terlalu berat baginya. Mata
sembab itu perlukan rehat dan menambah kesembapan itu sehingga ke esok pagi.
Amini tidak kisah matanya itu bengkak dek menangis. Sekurang-kurangnya dia
dapat mengeluarkan toksin dari dalam tubuh badannya.
Tiada
apa-apa yang digunakan untuk menutup tubuhnya itu, berkali-kali juga Amini
menggosok-gosok pada lengannya, menahan sejuk yang menggigit-gigit tapi dia
harus tahan. Tidak mungkinlah dia masuk semula ke dalam bilik itu dan tidur di
atas katil semula.
Biar
egonya menggunung untuk kali ini. Biar lelaki itu tahu yang dia juga punya
harga diri. Dia tidak suka dirinya diperkotak-katikkan mengenai isu yang belum
tentu sahih itu. Rizal melabel tanpa usul periksa. Lelaki itu menuduhnya dengan
mudah. Marah di hadapan orang ramai. Lagi teruk, lelaki itu turut mencemuhnya
mengenai duit di hadapan orang ramai.
Aku
benci kau Rizal!
Please nak lagi best sangat2.
ReplyDeleteOww... thanks. ^_^. saya upload lepas ni yer...
ReplyDelete