MATA Rizal tertancap pada satu susuk
yang sedang berdiri di dalam kedai telefon itu. Johan sudah menepuk bahunya.
“Bini kau kan…” Johan sudah menunjuk pada seorang perempuan yang mengenakan blouse dan skirt labuh. Personaliti
pakaian itu milik Amini. Amini tidak akan pernah melepaskan ciri itu dari
dirinya. Bila dia lihat rambut yang lurus itu menutup bahu itu, hatinya menjadi
tidak keruan. Beberapa orang lelaki yang berada di kawasan itu turut
tertoleh-toleh pada Amini. Huh! Kenapa Amini sentiasa sahaja menarik perhatian
lelaki-lelaki lain?
Terbuntang
biji mata Rizal bila ternampak seorang lelaki datang menyapa Amini. Kaki
kanannya ingin dihayun tapi terasa berat. Teringat pula pada persengketaan
mereka sejak semalam. Dia tidak suka bila perempuan yang memegang gelaran
isterinya itu berbicara dengan lelaki lain.
Apa
penerimaan Amini kepada dirinya nanti?
Johan
mengerling pada Rizal yang sudah tidak berkata apa-apa. Sepasang mata itu tidak
pernah berkelip apabila melihat seorang lelaki datang menyapa Amini, lagi-lagi
mata itu semakin terbuka luas apabila lelaki itu menyentuh bahu Amini dan
meletakkan tangan di atas kepala Amini. Dia kenal air muka yang ditunjukkan
oleh Rizal sekarang ini. Muka itu merah padam.
Hubungan
platonik? My foot! Siapa sahaja dapat
nampak muka cemburu itu. Jangankan orang yang celik, orang rabun sekalipun confirm nampak punya.
“Tak
cemburu?” duga Johan. Sengaja menduga hati itu.
Rizal
tidak berkata apa-apa lagi. Tanpa dia sedari, dia melangkah mendekati Amini di
kedai telefon itu sebaik sahaja lelaki itu berlalu. Johan mengikut tanpa banyak
bicara walaupun dia tidak tahu apa yang bermain di kepala lelaki itu namun dia
mahu tahu apa yang akan dilakukan oleh Rizal. Apa yang dia pasti kini, Rizal
CEMBURU!
“HANDPHONE kau rosak?” tanya Kaliesa yang
juga turut memerhati telefon-telefon yang ada di dalam rak kaca itu.
“Ya,
jatuh. Dah tak boleh buat call, RIP. Handphone paling berjasa tu, kau nak
tahu tak handphone tu saya beli masa
saya study lagi.” Amini menunjukkan
telefon bimbit yang dia rasakan sesuai untuknya kepada pekerja di kedai itu.
“I see, at least kau bukan jenis orang suka
tukar telefon.”
“Not me, membazir. Asalkan boleh pakai,
boleh call, boleh text, okey kot.”
“Betul
tu! Saya sokong. So, kau nak ambil
mana satu?”
“Ni
kot,” Amini menunjukkan telefon bimbit Samsung Champ yang hanya berharga RM189.
Bila Amini melihat telefon bimbit itu dia tergelak tiba-tiba. Kaliesa yang ada
di situ pelik. “Rasanya budak-budak dekat sekolah saya tu pun ada handphone lebih canggih dari ini kan.”
“Ah’ah,
budak-budak, biasalah tu. Ibu bapa pula sekarang lebih manjakan anak-anak
mereka.” Ibu bapa masa kini memang memanjakan anak-anak mereka. Setiap kehendak
anak-anak akan diberikan tanpa berfikir panjang. Memenuhi kehendak itu memang
baik tetapi harus berpada-pada. Jangankan kerana terlalu sayangkan anak, sampai
satu tahap nanti, anak-anak itu tidak boleh dikawal. Melentur buluh itu biarlah
dari rebungnya. Anak perlu dididik untuk berjimat cermat, Insya Allah,
sekiranya meningkat dewasa nanti pasti akan menjadi insan yang baik
personalitinya.
“AMI,”
nama Amini dipanggil. Ada tangan yang menyentuh di pinggangnya. Terkejut Amini.
Cepat-cepat dia menjarakkan tubuhnya sedikit. Belum sempat dia membuka
silatnya, lelaki itu sudah memberikan senyumannya. “Hi, Kaliesa.” Rizal menegur Kaliesa pula.
“Hello,
Rizal.” Kaliesa mengangkat tangannya.
Rizal
memandang pada Amini yang sudah melarikan matanya ke tempat lain, seolah-olah
tidak suka dia berada di situ. “I baru
nak belikan handphone untuk you.”
“For?” Amini mengangkat kepalanya. “It’s okay Rizal, saya boleh beli sendiri.”
Hambar sahaja suara itu didengarnya.
“Ami please,” Rizal mendekatkan bibirnya
di telinga Amini. Amini diam. Dia menelan air liurnya. Dia menggelengkan
kepalanya.
Amini
mengangkat kepalanya semula. Dia memberikan senyuman kepada pekerja itu. “Sorry, miss maybe next time. Terima
kasih,” ujar Amini. Dia menarik tangan Kaliesa dan membawa Kaliesa keluar
meninggalkan Rizal seorang diri di kedai itu.
Rizal
melepaskan keluhan beratnya. “Riz.” Johan sudah berdiri di sebelah Rizal. Dia
nampak apa yang berlaku tadi. Dia betul-betul tidak menyangka Rizal akan
ditinggalkan begitu sahaja. Lucu ada, kasihan pun ada. Dia menabik keberanian
yang ada pada Amini.
“Dia
masih marah kat aku,” ujar Rizal perlahan memberitahu Johan. Kali ini Johan
tidak memberikan apa-apa komen. Rizal memerhatikan semula telefon bimbit yang
menjadi pilihan Amini tadi. Tidak mungkinlah Amini mahu menggunakan telefon
seperti itu? Telefon seperti itu hanya sesuai dijadikan penyendal pintu. “Tapi,
aku masih nak beli handphone untuk
dia.” Senyuman nakal terukir di bibir Rizal.
Hah?
Tergeleng-geleng kepala Johan. Rizal memang tak makan saman. “Buruklah perangai
kau ni. Kau nak bini kau marah lagikah?”
“Dia
tak akan marah lama punya,” yakin sahaja Rizal menjawab seperti itu. Dia
memerhatikan satu-persatu telefon yang terpamer di situ. Bila dia terpandang
pada Samsung Galaxy Note 2 itu, bibirnya mengukirkan senyuman. Amini jenis yang
suka membaca buku, rasanya note itu sesuai untuk Amini.
“Kau
yakinkah Amini tak akan marah lama-lama?” soal Johan bila Rizal memeriksa note
itu. Semua diperiksa oleh Rizal. Dia menganggukkan kepalanya. Johan senyum.
Nampaknya, Rizal sudah memahami akan Amini tapi dia masih tidak faham, Rizal
masih melabel Amini sebagai Perempuan Materialistik sedangkan Rizal yang
sebenarnya membelikan barang-barang untuk Amini walaupun Amini tidak meminta.
Parah! Rizal yang sepatutnya digelar lelaki materialistik.
KALIESA
memandang pada Amini yang masih menyedut Milk
Tea yang baru dibeli dari Cool City itu. Sesekali dia menggigit wafel yang
bersalut peanut butter dan kaya. Dia perasan meski Amini memerhatikan
orang-orang yang berlegar-legar di Palm Square itu, dia tahu apa yang sedang
difikirkan oleh Amini. Mata itu bukan memerhatikan perlakuan orang-orang yang
ada di situ tetapi masih memikirkan mengenai masalah yang berlaku dalam
dirinya. Dia nampak macam mana Amini melarikan diri daripada Rizal. Dia faham
situasi itu.
“Tak
susah kita nak memaafkan kesalahan mereka bukan?” Kaliesa berkata tiba-tiba. Amini
tersentak. Dia menoleh pada Kaliesa yang sudah memberikan senyumannya. Dia
menggigit dalam bibir bawahnya.
“Saya tak tahu kenapa saya masih boleh layan
karenah dia, biar kami bertelingkah sekalipun saya tak akan marah lama.” Amini
merasakan dia sudah jadi seperti ibunya. Biar semalam ibunya bergaduh dengan
bapanya tapi masih boleh berbicara baik dengan bapanya keesokan harinya.
“Tapi,
kau simpan sakit itu di dalam hati…”
“Saya
cuma tak mahu bermusuh dengan sesiapa Liese.”
Kaliesa
mengganggukkan kepalanya tanda faham. “Jadi, kau nak buat apa nanti?” Amini
mengangkat keningnya. Bibirnya merekah, giginya sudah terserlah.
“Kita
balik nak? Tak sabar nak buat brownie dah ni.” Dia tahu bukan itu jawapan yang
Kaliesa mahukan darinya. Dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Kaliesa. Dia
tidak bijak dalam memperkatakan secara lisan. Amini berdiri. Beg kertas dan plastik
yang mengandung barang-barang itu diambil, digenggam dengan jari-jemarinya.
“Jom!”
“Assalamualaikum,” ucap
Rizal pada Amini.
Lambat
juga ya lelaki ini pulang. Bisik hati Amini. Dia tidak menoleh tapi dia
menjawab salam itu di dalam hatinya. Dia masih lagi memukul tepung yang ada di
dalam mangkuk kaca yang besar itu, berpura-pura tidak mengendahkan kehadiran
lelaki itu. Bila dia sampai di rumah tadi, dia terus bersedia untuk membuat kek
brownie berdasarkan resepi yang diberikan oleh Kaliesa. Dia bertuah dapat
mengenali Kaliesa. Kaliesa memang mempunyai pengetahuan yang luas. Sedikit
sebanyak dia dapat menangguk ilmu itu daripada Kaliesa.
Dia dapat dengar bunyi
tapak kaki yang datang menghampirinya. Pinggangnya dipegang dan satu kucupan
singgah di kepalanya.
Amini
pegun. Mata terbuka luas. Tangannya yang memukul tepung di dalam mangkuk kaca
itu terhenti buat seketika. Lelaki itu tidak pernah membuat benda-benda yang
ekstrem seperti itu.
Mulalah
jantung itu berdegup laju.
Tubuh
itu terkejut, cuba dijauhkan darinya tapi dia mengukuhkan pegangannya dengan
memegang pinggang itu dengan kedua-dua belah tangannya. Lucu bila melihat
kedua-dua belah tapak tangannya dapat menutup bahagian pinggang Amini, dia tidak
menyangka yang Amini mempunyai pinggang yang ramping. Bila Amini mahu bergerak
lagi, Rizal terus merapatkan dirinya. Dia tahu Amini tidak suka diperlakukan
seperti itu tapi dia hanya mahu Amini berbicara dengannya semula dan melupakan
pertelingkahan mereka. Dia tidak mahu tiada komunikasi di antara mereka. Bila bibir
itu tidak berbicara, jarak dekat walau seinci sekalipun akan dirasakan seperti
seribu batu. Rizal cuba membuang bayangan lelaki yang dia lihat mendekati Amini
tadi. Dia tahu lelaki itu bukan lelaki biasa pada Amini. Kalau tidak, masakan
Amini membiarkan lelaki itu memegang rambutnya. Rambut ini miliknya. Tidak ada
siapa boleh menyentuhnya kecuali dia. Sekali lagi dia memberikan kucupan
ditempat tadi.
Ahh… rambut ini. Tidak
perlu diluruskan, rambut Amini memang sedia lurus dan halus. Haruman yang terbit
dari rambut itu dihidu apabila dia mengucup pada rambut itu. Hatinya menjadi
tenang tiba-tiba. Anak? Belum lagi agaknya.
“Buat
kek?” soal Rizal, sengaja memancing Amini agar berbual dengannya. Tidak biasa
pula sekiranya bibir itu tidak berbicara.
“Hmmm.”
Mahu tidak mahu sahaja Amini menjawab pertanyaan itu. Dia masih belum punya
mood untuk berbicara panjang dengan lelaki itu.
“Kek
apa?” tanya Rizal lagi. Kali ini dia meletakkan dagunya di atas bahu Amini
pula. Sengaja mahu mengusik Amini. Dia ingin tahu sama ada Amini masih marah atau
pun tidak.
“Brownie,”
jawab Amini ringkas. Dia membuka tangan yang memeluk pinggangnya itu dan
menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Rizal. Rimas dia diperlakukan sebegitu.
Dia tahu, lelaki itu sengaja mahu menduga hatinya, sengaja membuatkan hati dia
sakit.
“Nampak
macam sedap, buat banyak sikit, I nak
bawa pergi ofis besok. Oh ya, thanks for
the lunch. Besok pack untuk I lagi okey,” bekas makanan itu
diletakkan di atas kabinet dapur. Sempat lagi Amini mengerling pada bekas
makanan yang kosong itu. Rizal makan atau buang? Bila Amini menoleh ke
belakang, Rizal sudah menghilangkan dirinya. Mandi barangkali. Eh! Lelaki itu
sudah makankah?
Amini
menyudahkan mengadun bahan-bahan tersebut. Dia masukkan adunan itu ke dalam
Loyang yang sudah disapu dengan butter. Dia memasukkan Loyang itu ke dalam
ketuhar dan menetapkan masa selama 20 minit. Dia melangkah masuk ke bilik.
Langkahnya
mati apabila melihat Rizal sedang berdiri di balkoni dan memandang jauh pada
pemandangan yang kelam. Tubuh itu hanya diikat dengan tuala di pinggang. Adakah
lelaki itu sengaja mahu membuat tayangan percuma? Berharap agar ada
perempuan-perempuan hot yang akan sedar kewujudannya. Huh! Tapi bila Amini
terpandang pada wajah itu, ada sesuatu yang dipendamkan oleh Rizal. Nellykah?
Kalau betul Rizal mahu bersama-sama dengan Nelly, kenapa lelaki itu tidak
menceraikan dia sahaja? Untuk apa perkahwinan ini diteruskan sekiranya lelaki
itu terpaksa berpura-pura baik di hadapannya, berpura-pura mengambil berat
sedangkan di dalam hati lelaki itu sentiasa menganggap dia seorang perempuan
materialistik.
Mungkin
Rizal seorang yang baik hati namun lelaki itu masih belum dapat menerima
kehadirannya di dalam keluarga itu. Amini berjalan selangkah demi selangkah sehinggalah
dia berdiri di belakang Rizal. “Rizal,” panggil Amini perlahan.
“What?” terkedu Amini. Rizal menjawab
dengan kasar. Hatinya tersentap. Terguris bila bicara halusnya dibalas dengan
bentakan. Lelaki itu tidak pernah tidak membuatkan hatinya terguris. Tanpa
banyak bicara, Amini terus sahaja membelakangkan Rizal dan meninggalkan lelaki
itu begitu sahaja. Dia lupakan tujuan utamanya tadi.
MR.B.
Rizal memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tidak sengaja membuka panggilan masuk
di dalam telefon bimbit Amini. Dia hanya ingin mengeluarkan kad sim daripada
telefon itu dan memindahkan pada note yang dia baru beli untuk Amini. Bila dia
membuka panggilan masuk itu, dia ternampak satu nama yang dia tidak pernah
kenal. Mr.B. Siapa Mr.B itu? Kenapa nama itu menjadi pemanggil nombor satu
Amini? Lelaki tadi!
Perempuan,
semuanya sama sahaja! Dia tidak menyangka Amini juga mempunyai kekasih di luar
sana. Patutlah Amini endah tidak endah sahaja kehadirannya. Entah, entah, Mr.B
itu anak jutawan mana-mana. Pandai sungguh Amini mencari lubuk.
Paip
dimatikan. Dia mengelap tubuhnya dahulu sebelum menapak keluar. Dia pasti Amini
sudah tidur. Berpura-pura-tidur-dan-tunggu-dipujuk. Huh! Dia tidak akan tertipu
lagi kali ini.
Tapi
bila dia menapak keluar daripada bilik mandi, Amini tiada di atas katil. Ke
mana pula perempuan itu pergi? Rizal mengeluarkan seluarnya dari kabinet dan
mengenakan seluar tersebut sebelum melangkah keluar dari bilik tidur. Dia
sempat lagi mengerling pada pakaian kerjanya yang sudah tersedia, tinggal
dipakai sahaja lagi.
Itu
dia! Amini sedang duduk di sofa sambil menulis sesuatu di atas sebuah buku.
Bila Amini sedar dia berjalan menghampirinya, cepat-cepat Amini menyembunyikan
buku itu dan menggantikan dengan novel pula. Pandai sungguh! Bila Rizal
mengambil tempat di sebelahnya, Amini sudah bersedia berdiri dan membawa semua
barang-barangnya ke dapur.
Kurang
ajar! Rizal mengetap bibirnya. Dia tidak boleh tahan dengan perangai Amini yang
berpura-pura baik itu. Sungguh! Dia hampir-hampir tertipu.
best sangat-2.
ReplyDeleteBoleh update lg tak ? Tak sabar lah nak baca sambungan .. :)
ReplyDeletebab 34 dah siap di upload~ enjoy... ^_^
ReplyDelete