“AMINI
right?” tegur seseorang. Amini memperlahankan kelajuan
treadmill itu dan menoleh pada orang yang menegurnya. Lelaki itu! Amini
mengukirkan senyumannya.
“Hi, Mr.Jodan…” ucap Amini.
Lelaki
itu turut memberikan senyumannya. “Hi!
Tak tahu pula you boleh lari,” usul
lelaki itu sambil tergelak sedikit. Dari tadi dia perhatikan perempuan yang
berlari laju di atas treadmill itu.
Belum pernah lagi dia nampak perempuan yang pernah mengunjungi di gim ini
berlari dengan kelajuan seperti itu dalam masa yang panjang.
“Ohh,
saya dah biasa.” Perlahan-lahan treadmill berjalan dan berhenti mengikut masa
yang telah ditetapkan. 30 minit. Bila dia mahu menekan butang fitness test, jarinya terhenti. Dahinya
berkerut tiba-tiba.
“There’s no fitness button. Treadmill ni
bukan model latest.” Penjelasan
lelaki itu membuatkan Amini menoleh pada lelaki itu. Macam mana dia tahu?
“Ohh, thanks.” Botol air dan tuala kecil
milik Rizal agaknya yang dia jumpa di dalam kabinet itu dicapai. Peluh yang
merintik di dahinya diseka
perlahan-lahan. Amini berjalan menuju ke ruangan yang disediakan untuk rehat.
Lelaki Belanda itu mengekorinya. Dia membiarkan sahaja. Telefon bimbit yang ada
ditangannya itu ditekan. Ada 3 panggilan yang tidak dijawab. Dia memeriksa nama
pemanggil itu sementara dia meletakkan botol air di atas meja dan dia
melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.
Rizal?
Kenapa pula lelaki itu menghubunginya tiba-tiba? Huh! Jumpa dengan teman wanita
pun masih sibuk akan hal aku. Setin minuman isotonik diletakkan di hadapannya.
“My treat,” usul lelaki itu. Dia membuka
penutup tin minumannya. Dan Amini menarik tin itu, turut sama membuka penutup
tin itu. “Rizal mana? Tak nampak dia pun…”
“Jumpa
kawan, maybe…” jawab Amini sebelum
meneguk minuman itu. Dia sendiri kurang pasti keberadaan Rizal setakat ini.
Matanya memandang satu-persatu orang yang sedang bersenam. “Kenapa tak ada
perempuan?” tanya Amini.
Jodan
tergelak. “Perempuan jarang turun gim ni. For
your information, this gym was dominated by guy. I pun terkejut juga nampak ada perempuan yang bersenam di sini. Tak
sangka it’s you…”
“I see…” lagu Naked nyanyian Enrique
Iglesias itu bermain sekali lagi. Amini mengangkat dan memerhatikan pada skrin.
Nama Rizal terpampang di situ sekali lagi. Dia menekan butang merah, mematikan
panggilan itu. Dia tidak sedar yang tindakannya itu sedang diperhatikan oleh
Jodan. “Excuse me,” Amini meminta
dirinya. Dia membiarkan barang-barangnya di atas meja itu dan berjalan
mendekati upright bike. Ada dua
pilihan bike itu, tapi Amini memilih upright
bike, dia lebih suka menunggang basikal. Sesekali dia memerhatikan pada
meja itu. Lelaki itu masih ada di situ dan berbual dengan seorang lelaki yang
datang membawa minumannya.
Kedudukan
tempat duduk itu diperbetulkan bagi mengikut ketinggiannya. Dia cuba dan
memastikan kakinya turun ke bawah. Dia menaikkan sedikit handlebar bagi memudahkan dia mencapai handlebar itu dengan mudah. Amini menekan program yang dia hendak,
dan mula mengayuh. Telefonnya berbunyi lagi. Dia tidak peduli sehinggalah
telefon itu berhenti berdering.
NAFAS
ditarik sedalam-dalamnya. Dia membongkokkan sedikit badannya dan memejamkan
matanya. Fikirannya yang kusut itu semakin berserabut. Dia tahu Rizal mengekorinya
tadi sebaik sahaja dia meninggalkan lelaki itu di kereta. Dia nampak lelaki itu
bersembunyi di sebalik pokok hiasan itu tapi dia pura-pura tidak mengendahkan.
Dia tahu, Rizal tidak mungkin akan naik ke pejabat itu.
Lelaki
itu melayannya seolah-olah dia budak kecil. Jauh sangatkah ruang tujuh tahun di
antara mereka itu sehingga dia melayannya sedemikian rupa. Rizal boleh
mencemuhnya bila-bila masa dan boleh memegang tubuhnya dengan erat bila-bila
sahaja tapi tidak pernah memberinya peluang untuk mengetahui perkara yang
sebenar. Perempuan materialistik itu pula menjadi label dirinya.
Dia
tidak boleh menipu dirinya sendiri. Kehadiran Rizal kadang-kala memberikan dia
satu ketenangan. Tenang daripada kritikan masyarakat yang mengatakan dirinya
yang tidak laku. Bukan tidak laku, jodoh belum sampai. Amini tidak pernah
terfikir untuk mempunyai kekasih. Dia hanya mahukan kehidupannya lebih selesa.
Dia tidak suka berpasangan seperti anak-anak muda zaman sekarang. Ada kalanya,
berpasangan lama-lama belum tentu ke jinjang pelamin. Bercinta dengan orang
lain, alih-alih berkahwin dengan orang lain. Macam Rizal… lelaki itu merupakan
contoh yang paling dekat dan sangat sesuai. Tidak perlu mencari contoh lain
lagi.
Bibirnya
terukir senyuman. Pahit. Sekurang-kurangnya, Rizal ada Nelly. Aku ada apa? Tak
apa, aku masih ada Allah. Kakinya masih mengayuh. Amini tidak pernah tidak
berbasikal. Kalau dahulu, dia selalu berbasikal dengan Aiman di sekitar
perumahan mereka. Kadang-kala, dia mengajak Aiman berjoging bersama dengannya
semasa petang. Dan ada kalanya dia membawa Aiman bermain bola tampar, hanya
mereka berdua. Dia mengajar Aiman sebanyak mana kemahiran bersukan yang boleh.
Dia mahukan Aiman mampu hadir dalam kegiatan sukan. Sukan adalah perkara wajib
dalam keluarganya. Bapanya seorang pemain bola sepak yang mewakili kawasan
mereka dahulu. Abangnya pula seorang pelari bagi wakil sekolah dahulu dan dia
sendiri juga seorang pelari dan pemain bola tampar. Hanya Anura sahaja yang
tidak bergiat aktif dengan sukan.
Dadanya
terasa sebak tiba-tiba. Mata itu dipejam sekali lagi. Basah seperti mana
basahnya bajunya itu. Betapa dia tidak mahu duduk bersama Rizal. Rizal mengawal
hidupnya, memperlakukan dia seperti seorang yang harus mendengar setiap arahan
yang dikeluarkan oleh lelaki itu. Dia tahu jaga dirinya sendiri. Lelaki itu
tidak perlu mengatur segala-gala untuknya. Kayuhan itu terhenti tiba-tiba.
Keras. Amini mengangkat kepalanya…
“RIZAL…”
hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir Amini. Lelaki itu sudah memandangnya
dengan tajam. Api amarah itu kelihatan menyala-nyala disebalik iris hitam itu.
Tangannya sudah digenggam dengan kuat, menarik dan melepaskan jari-jemarinya
yang memegang pada handle itu.
“Turun
sekarang,” arah Rizal. Sekali lagi pandangan mata itu menusuk ke dalam mata
Amini. Tidak mahu melepaskan walau sesaat pun.
“No.” Amini menggelengkan kepalanya. Dia
menarik dan melepaskan tangannya yang dipegang Rizal. Kuat disentaknya. Jari
diangkat ingin menekan butang itu sekali lagi.
“GET OFF from the BIKE Ami. NOW!” ditekan
suara itu.
“NO! Get lost Rizal.” Amini menolak
tubuh itu menjauhnya tetapi sedikit pun tubuh itu tidak bergerak.
“Now Ami!” Rizal terus sahaja menarik
tangan Amini, memaksa Amini turun daripada upright bike itu. Belum sempat Amini
menstabilkan tubuhnya, Rizal sudah menarik Amini supaya mengikutnya dengan
paksaan.
“Lepaskan
saya!” berkali-kali Amini cuba melepaskan tangan yang menggenggam kuat
pergelangan tangan itu. Rizal menghentikan langkahnya. Dia memandang Amini dari
atas ke bawah.
“Dah
berapa kali I cakap, jangan keluar
dari rumah. Kenapa you tak dengar
cakap I? Jangan degil sangat boleh
tak? And you don’t even pick you
handphone. Untuk apa handphone you tu kalau you tak jawab call,”
semakin meninggi suara Rizal sehingga semua orang yang ada di dalam gim itu
berhenti dan memerhatikan mereka.
Terkedu
Amini. “You don’t own me. Don’t pretend
to be a good husband Rizal because you are not. Saya tak suka!” bidas
Amini.
Tangan
Amini direntap dan diangkat. “Amini, you
listen here. I suami you, you tanggungjawab
I. Should I neglect you just like that?
No! Eventhough you are after my money.”
“Huh!
Money?” Amini membesarkan matanya.
Lelaki itu berbicara mengenai duit lagi. Perkataan yang dia paling tidak suka
dengar. Lelaki itu tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu. Nafas ditarik
dalam-dalam. Matanya terasa panas. “Ya, saya perempuan yang macam tu. Jangan
hairan kalau selepas ni kau hidup papa kedana. Saya akan pastikan, duit kau
jadi milik saya. Ingat itu.” Bergetar suara itu memberikan peringatan kepada
Rizal. Amini terus sahaja berjalan mengambil barang-barang yang dia letak di
atas meja tadi. Dia menyeka air mata yang turun dengan hujung jari telunjuknya.
Sempat lagi dia memberikan senyuman kepada Jodan yang kaget melihat pergaduhan
di antara dia dan Rizal.
“You nak pergi mana tu?” tangan itu
ditarik sehingga telefon bimbit Amini terjatuh dan terhempas di atas lantai.
Terlepas bateri itu dari tempatnya. “Amini!” tangan kanan yang bebas itu terus
sahaja diangkat dan dilepaskan pada dada Rizal tapi tidak mengenai tubuh itu.
Amini tahan.
Amini
mengangkat kepalanya. Dia merenung tajam ke dalam mata lelaki itu. “Lepaskan
saya Rizal.”
No comments:
Post a Comment