Saturday, 6 July 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 31



         HIDUP ini terlalu indah. Terlalu indah sehinggakan dia tidak sedar akan bahagian yang ada cela. Dia fikirkan senyuman yang terukir dibibir itu disuratkan untuknya. Sehinggalah bibir itu mengungkapkan ayat yang membuatkan jantungnya disentap. Perkataan benci itu diulang berkali-kali. Benci sungguhkah sehingga Amini keluar dari bilik dan tidur di atas sofa tanpa menutup tubuhnya yang kedinginan itu? Rizal tahu, Amini bukanlah jenis orang yang biasa tidur dalam kedinginan. Amini tidak biasa tidur dengan penghawa dingin. Tubuh itu sentiasa menggigil meskipun sudah ditutup dengan comforter yang tebal. Dan bila dia tarik tubuh itu rapat ke tubuhnya, barulah tubuh itu berhenti menggigil.
            Rizal membetulkan selimut yang menutup tubuh itu. Dia tidak sanggup melihat Amini tidur di atas sofa selepas pergaduhan mereka semalam. Bila dia menapak keluar, dia melihat Amini sudah tertidur tanpa selimut. Seperti biasa, dia mengangkat tubuh itu dan dibaringkan di atas tilam.
            Perlahan-lahan Rizal menarik tubuh itu dekat dengannya. Dia tidak mahu Amini terjaga dari tidurnya. Amini sudah melalui pelbagai benda semalam. Dia yakin tubuh itu juga keletihan disebabkan senaman yang dilakukan di gim.

            MATANYA dicelikkan. Selesa tidur di atas bantal yang hangat itu. Hangat? Dia meraba-raba permukaan bantal itu. Sangkar rusuk? Sejak bila pula bantalnya ada sangkar rusuk? Gila! Dia mana ada bantal. Dia merasakan tubuhnya ditutup dengan comforter. Panik dia bila sedar yang dirinya sedang terbaring di atas tilam dan bukannya di atas sofa. Terbuka luas matanya apabila dia merasakan kepalanya dialas dengan dada Rizal. Tangannya pula memeluk tubuh itu dan tangan lelaki itu pula berada di bahunya. Memegang tanpa melepaskan walau sedikitpun.
            Amini melarikan tangannya yang dilayangkan atas tubuh itu bila dia ingin melepaskan tangan yang ada dibahu itu, semakin kuat pula tangan itu memaut pada tubuhnya. Satu kucupan singgah di dahinya.
            Morning Ami,” suara yang serak-serak basah itu menyapa gegendang telinganya. Amini tidak menjawab, dia memejamkan matanya kembali. “I kena pergi kerja,” ujar Rizal perlahan. Amini terus sahaja melarikan tangannya daripada tubuh lelaki itu. “Or maybe I ambil cuti hari ini…” berharap agar Amini meminta dia untuk bercuti hari ini.
            “Kerja Rizal.”
            You tak suka I stay dengan you dalam rumah ini?” soal Rizal dengan suaranya yang serak-serak basah itu. Dagu Amini dipegang dan diangkat sehingga Rizal dapat melihat anak mata itu dengan lebih lama. Amini melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak membenarkan Rizal menatap matanya itu.
            “Rumah kau, buatlah apa yang patut.”
            Sorry, I terpaksa angkat you masuk ke dalam bilik ni semula. You tak boleh tidur sorang-sorang di luar. Macam mana kalau ada pencuri masuk dan nampak you tidur di sana. I can’t risk your life.” Rizal mengalihkan topiknya. Dia tidak mahu memanjangkan mengenai soal itu.
            Can’t risk my life?
Hidup dia memang berhadapan dengan risiko yang besar sekarang ini. “Kenapa? Tak nak nampak perempuan materialistik ni dibunuh oleh pencuri tu? Tak pun dirogol oleh pencuri tu?” soal Amini bertalu-talu.
            “Ami!” suara lantang itu membuatkan Amini menutup mulutnya serta-merta. “I tak akan biarkan mana-mana lelaki sentuh you sebelum I. If you want to ravish my money, I want to ravish you first. Ingat itu! I juga lelaki. I tak akan biarkan you lari dari I macam tu selepas you dapat duit dari I tanpa berikan I something.” Rizal melepaskan tangan yang memeluk tubuh itu. Dia turun dari katil dan membiarkan Amini yang kaku di atas katil itu. “Even you lari mana sekali pun, I akan pastikan I dapat apa yang I nak.” Tajam matanya memandang Amini, memberi amaran kepada Amini agar tidak membuat tindakan bodoh selepas itu.
            “Prepare my breakfast and pack some lunch for me. I won’t be eating out this afternoon.” Rizal berpesan pada Amini sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
            Aku tak akan biarkan kau sentuh aku binatang!

            TANGANNYA yang memegang pensel mekanikal itu terhenti di atas kertas kosong itu. Dia teringat akan janjinya pada lelaki itu dahulu. Walaupun dia marah pada Rizal tapi dia tidak lupa akan janjinya. Janji perlu ditepati bukan dicapati. Sandwich tuna yang dia sedia tadi diambil dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia membekalkan Rizal salad, sandwich tuna dan omelet sushi. Dua hidangan yang mudah itu dimasukkan ke dalam bekas. Pertama kali dia mendengar lelaki itu memintanya membekalkan makanan tengah hari. Percayakah dia yang Rizal akan makan makanan yang dia bekalkan itu? Amini tidak kisah, yang penting dia sediakan seperti mana yang lelaki itu mahukan.
            Jari-jemari itu mula bergerak. Satu garis lurus dibuat. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu yang unik untuk dimasukkan ke dalam rekaan  itu agar rekaannya itu nampak lain daripada yang lain.
           
            “JOM lunch!” ajak Johan yang baru sahaja keluar dari pejabatnya. Rizal yang masih membuat kerjanya mengangkat kepala.
            “Aku ada bawa bekal.”
            “Bekal?” ternaik kening Johan. Dia tidak percaya Rizal menyebut perkataan bekal. “Sejak bila pula kau bawa bekal dari rumah ni?” dia menapak masuk ke dalam bilik itu. Sejak kebelakangan ini, kerja Rizal semakin bertimbun. Beginilah rupanya kalau pekerja harapan majikan.
            “Yep, aku minta Ami buatkan aku lunch. Malas nak keluar makan, jimat masa aku. Kerja pun bertimbun sekarang ini.” Rizal mengangkat bekas makanannya. Dia hulurkan pada Johan. “Take a bite. You won’t be regret.” Rizal memberikan katanya kepada Johan.
            Johan mengambil sushi telur itu. “Sempat juga dia buat omelet sushi ni ya,” usul Johan. Dia memasukkan sushi itu ke dalam mulutnya, dikunyahnya perlahan. “Sedap!”
            “Told you right,” menyeringai Rizal tersenyum menunjukkan giginya yang terbaris. Dia terus menyambung kerjanya semula, sesekali menyuap masuk salad sayur yang disediakan oleh Amini. Salad sayur itu dicampur dengan minyak zaitun dan perahan jus dari lemon dan sedikit rasa yang dia sendiri sukar untuk kenal pasti. Apa yang pasti, bekalan itu sudah cukup untuk mengisi perutnya tengah hari itu.
            “Untunglah bini kau ada masa buat semua ni. Aku turun dululah kalau macam itu. Biasalah, aku bukannya ada bini macam kau…” luah Johan.
            Rizal tergelak perlahan. “Next time, mintalah Qis pack lunch untuk kau.”
            “Aku saja tak nak susahkan bini aku.”
            “Hmm, yelah tu.”
            “Aku blah dulu.”
            “Okey!” sedikit pun Rizal tidak mengalihkan pandangannya dari komputer itu tapi dia masih sempat menyuapkan makanan itu masuk  ke dalam mulutnya. Bekalan yang dibekal oleh Amini benar-benar membantu. Tidak sia-sia dia meminta Amini membekalkan dia makan tengah hari. Matanya dialihkan pada telefon bimbitnya. Teringat pada telefon bimbit Amini yang pecah skrinnya itu. Bagaimana kalau dia membelikan Amini telefon baru? Rizal mengetap bibirnya. Memikirkan penerimaan Amini nanti. Lagipun, mereka masih dalam perang dingin sekarang ini. Mungkin saja, hadiah itu nanti akan membuatkan Amini kembali tenang…

            YOU tak lunch?” tegur Chong yang kebetulan melintas di pejabat Rizal. Hairan bila melihat Rizal masih lagi duduk di pejabatnya. Masih memandang pada monitor computer.
            Rizal senyum. “No. Saya ada packed lunch.” Rizal mengangkat bekas itu dan ditunjukkan pada Chong. Terkedu orang tua itu.
            “Sejak bila pula classy guy macam you start pack lunch ni?”
            “Saja minta Ami packed lunch, sekali-sekala apa salahnya. Lebih sihat dan lebih selamat untuk dimakan right.”
            Berkerut dahi Chong. “You asked Ami packed lunch for you? For real?” setahunya Rizal tidak pernah berbuat begitu. Inilah kali pertama dia melihat perubahan yang berlaku pada anak muda itu. Bila dia memandang Rizal, pertama sekali dia melihat senyuman yang terukir di bibir itu. Kalau dahulu terlalu payah melihat bibir itu mengukirkan senyuman tetapi kini… pengaruh Amini sungguh besar.
            “Betullah,” jawab Rizal lagi sambil tersenyum. “Sorry, tak sempat share dengan puan. I ate it all.” Rizal menunjukkan bekas kosong itu kepada Chong. Semua yang dibekalkan oleh Amini habis dimakan. Kenyang dengan baik.
            “Laahh, next time mintalah Ami pack banyak sikit. I pun nak rasa juga pack lunch Amini.”
            “Okey, tak ada masalah.” Ringan sahaja mulut itu menjawab.
           
            BILA Chong keluar dari pejabat Rizal, beberapa staf wanitanya datang mendekati, mengerumunnya. Mereka juga pelik melihat Rizal tidak keluar makan tengah hari bersama dengan Johan. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu makan makanan yang ada di dalam bekas itu.
            Mr.Cold tu tak keluar makankah puan?” soal Betty. Risau pula dia bila Rizal ada di dalam bilik itu, Rizal selalu sahaja memberikan jelingan tajam bila mereka membawa masuk makanan di dalam pejabat.
            Nope. Wife dia ada packed lunch so dia makan lunch yang dibekalkan oleh wife dialah.” Chong perasan ada riak terkejut di muka itu.
            First time nampak lelaki dalam company ni makan bekalan yang wife diaorang sediakan. Lebih-lebih lagi Mr.Cold tu.” Macam tidak percaya pula bila majikan mereka berkata sebegitu.
            Chong menoleh pada Rizal sebentar dan memandang pada staf-staf perempuannya itu. “Wife dia tu budak baik, I know her. And her cooking, superb! I memang yakin, Rizal tak akan makan di luar dah.”
            I pun ada nampak wife dia hari tu, Rizal bawa masuk ofis dulu. She never stop smile. Untunglah Mr.Cold kita tu dapat bini baik macam tu, nasiblah kahwin dengan perempuan baik bukan perempuan yang dulu tu…”
            “Perempuan dulu?” berkerut dahi Chong tiba-tiba. Dia memandang satu-persatu wajah stafnya mengharapkan penjelasan.

2 comments:

  1. Best nak lagi harap lepas ni dia org berbaik.

    ReplyDelete
  2. thanks ya baby mio, ^_^V... kalau ada apa-apa cadangan nak tambah apa-apa, boleh komen, sebab sekarang ni saya pun tengah cari-cari idea, hihihi~

    ReplyDelete