Friday, 28 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 29

         “AMINI right?” tegur seseorang. Amini memperlahankan kelajuan treadmill itu dan menoleh pada orang yang menegurnya. Lelaki itu! Amini mengukirkan senyumannya.
            “Hi, Mr.Jodan…” ucap Amini.
            Lelaki itu turut memberikan senyumannya. “Hi! Tak tahu pula you boleh lari,” usul lelaki itu sambil tergelak sedikit. Dari tadi dia perhatikan perempuan yang berlari laju di atas treadmill itu. Belum pernah lagi dia nampak perempuan yang pernah mengunjungi di gim ini berlari dengan kelajuan seperti itu dalam masa yang panjang.
            “Ohh, saya dah biasa.” Perlahan-lahan treadmill berjalan dan berhenti mengikut masa yang telah ditetapkan. 30 minit. Bila dia mahu menekan butang fitness test, jarinya terhenti. Dahinya berkerut tiba-tiba.
            There’s no fitness button. Treadmill ni bukan model latest.” Penjelasan lelaki itu membuatkan Amini menoleh pada lelaki itu. Macam mana dia tahu?
            “Ohh, thanks.” Botol air dan tuala kecil milik Rizal agaknya yang dia jumpa di dalam kabinet itu dicapai. Peluh yang merintik di dahinya  diseka perlahan-lahan. Amini berjalan menuju ke ruangan yang disediakan untuk rehat. Lelaki Belanda itu mengekorinya. Dia membiarkan sahaja. Telefon bimbit yang ada ditangannya itu ditekan. Ada 3 panggilan yang tidak dijawab. Dia memeriksa nama pemanggil itu sementara dia meletakkan botol air di atas meja dan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.
            Rizal? Kenapa pula lelaki itu menghubunginya tiba-tiba? Huh! Jumpa dengan teman wanita pun masih sibuk akan hal aku. Setin minuman isotonik diletakkan di hadapannya.
            “My treat,” usul lelaki itu. Dia membuka penutup tin minumannya. Dan Amini menarik tin itu, turut sama membuka penutup tin itu. “Rizal mana? Tak nampak dia pun…”
            “Jumpa kawan, maybe…” jawab Amini sebelum meneguk minuman itu. Dia sendiri kurang pasti keberadaan Rizal setakat ini. Matanya memandang satu-persatu orang yang sedang bersenam. “Kenapa tak ada perempuan?” tanya Amini.
            Jodan tergelak. “Perempuan jarang turun gim ni. For your information, this gym was dominated by guy. I pun terkejut juga nampak ada perempuan yang bersenam di sini. Tak sangka it’s you…
            “I see…” lagu Naked nyanyian Enrique Iglesias itu bermain sekali lagi. Amini mengangkat dan memerhatikan pada skrin. Nama Rizal terpampang di situ sekali lagi. Dia menekan butang merah, mematikan panggilan itu. Dia tidak sedar yang tindakannya itu sedang diperhatikan oleh Jodan. “Excuse me,” Amini meminta dirinya. Dia membiarkan barang-barangnya di atas meja itu dan berjalan mendekati upright bike. Ada dua pilihan bike itu, tapi Amini memilih upright bike, dia lebih suka menunggang basikal. Sesekali dia memerhatikan pada meja itu. Lelaki itu masih ada di situ dan berbual dengan seorang lelaki yang datang membawa minumannya.
            Kedudukan tempat duduk itu diperbetulkan bagi mengikut ketinggiannya. Dia cuba dan memastikan kakinya turun ke bawah. Dia menaikkan sedikit handlebar bagi memudahkan dia mencapai handlebar itu dengan mudah. Amini menekan program yang dia hendak, dan mula mengayuh. Telefonnya berbunyi lagi. Dia tidak peduli sehinggalah telefon itu berhenti berdering.

            NAFAS ditarik sedalam-dalamnya. Dia membongkokkan sedikit badannya dan memejamkan matanya. Fikirannya yang kusut itu semakin berserabut. Dia tahu Rizal mengekorinya tadi sebaik sahaja dia meninggalkan lelaki itu di kereta. Dia nampak lelaki itu bersembunyi di sebalik pokok hiasan itu tapi dia pura-pura tidak mengendahkan. Dia tahu, Rizal tidak mungkin akan naik ke pejabat itu.
            Lelaki itu melayannya seolah-olah dia budak kecil. Jauh sangatkah ruang tujuh tahun di antara mereka itu sehingga dia melayannya sedemikian rupa. Rizal boleh mencemuhnya bila-bila masa dan boleh memegang tubuhnya dengan erat bila-bila sahaja tapi tidak pernah memberinya peluang untuk mengetahui perkara yang sebenar. Perempuan materialistik itu pula menjadi label dirinya.
            Dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Kehadiran Rizal kadang-kala memberikan dia satu ketenangan. Tenang daripada kritikan masyarakat yang mengatakan dirinya yang tidak laku. Bukan tidak laku, jodoh belum sampai. Amini tidak pernah terfikir untuk mempunyai kekasih. Dia hanya mahukan kehidupannya lebih selesa. Dia tidak suka berpasangan seperti anak-anak muda zaman sekarang. Ada kalanya, berpasangan lama-lama belum tentu ke jinjang pelamin. Bercinta dengan orang lain, alih-alih berkahwin dengan orang lain. Macam Rizal… lelaki itu merupakan contoh yang paling dekat dan sangat sesuai. Tidak perlu mencari contoh lain lagi.
            Bibirnya terukir senyuman. Pahit. Sekurang-kurangnya, Rizal ada Nelly. Aku ada apa? Tak apa, aku masih ada Allah. Kakinya masih mengayuh. Amini tidak pernah tidak berbasikal. Kalau dahulu, dia selalu berbasikal dengan Aiman di sekitar perumahan mereka. Kadang-kala, dia mengajak Aiman berjoging bersama dengannya semasa petang. Dan ada kalanya dia membawa Aiman bermain bola tampar, hanya mereka berdua. Dia mengajar Aiman sebanyak mana kemahiran bersukan yang boleh. Dia mahukan Aiman mampu hadir dalam kegiatan sukan. Sukan adalah perkara wajib dalam keluarganya. Bapanya seorang pemain bola sepak yang mewakili kawasan mereka dahulu. Abangnya pula seorang pelari bagi wakil sekolah dahulu dan dia sendiri juga seorang pelari dan pemain bola tampar. Hanya Anura sahaja yang tidak bergiat aktif dengan sukan.
            Dadanya terasa sebak tiba-tiba. Mata itu dipejam sekali lagi. Basah seperti mana basahnya bajunya itu. Betapa dia tidak mahu duduk bersama Rizal. Rizal mengawal hidupnya, memperlakukan dia seperti seorang yang harus mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu. Dia tahu jaga dirinya sendiri. Lelaki itu tidak perlu mengatur segala-gala untuknya. Kayuhan itu terhenti tiba-tiba. Keras. Amini mengangkat kepalanya…
           
            “RIZAL…” hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir Amini. Lelaki itu sudah memandangnya dengan tajam. Api amarah itu kelihatan menyala-nyala disebalik iris hitam itu. Tangannya sudah digenggam dengan kuat, menarik dan melepaskan jari-jemarinya yang memegang pada handle itu.
            “Turun sekarang,” arah Rizal. Sekali lagi pandangan mata itu menusuk ke dalam mata Amini. Tidak mahu melepaskan walau sesaat pun.
            “No.” Amini menggelengkan kepalanya. Dia menarik dan melepaskan tangannya yang dipegang Rizal. Kuat disentaknya. Jari diangkat ingin menekan butang itu sekali lagi.
            “GET OFF from the BIKE Ami. NOW!” ditekan suara itu.
            “NO! Get lost Rizal.” Amini menolak tubuh itu menjauhnya tetapi sedikit pun tubuh itu tidak bergerak.
            “Now Ami!” Rizal terus sahaja menarik tangan Amini, memaksa Amini turun daripada upright bike itu. Belum sempat Amini menstabilkan tubuhnya, Rizal sudah menarik Amini supaya mengikutnya dengan paksaan.
            “Lepaskan saya!” berkali-kali Amini cuba melepaskan tangan yang menggenggam kuat pergelangan tangan itu. Rizal menghentikan langkahnya. Dia memandang Amini dari atas ke bawah.
            “Dah berapa kali I cakap, jangan keluar dari rumah. Kenapa you tak dengar cakap I? Jangan degil sangat boleh tak? And you don’t even pick you handphone. Untuk apa handphone you tu kalau you tak jawab call,” semakin meninggi suara Rizal sehingga semua orang yang ada di dalam gim itu berhenti dan memerhatikan mereka.
            Terkedu Amini. “You don’t own me. Don’t pretend to be a good husband Rizal because you are not. Saya tak suka!” bidas Amini.
            Tangan Amini direntap dan diangkat. “Amini, you listen here. I suami you, you tanggungjawab I. Should I neglect you just like that? No! Eventhough you are after my money.”  
            “Huh! Money?” Amini membesarkan matanya. Lelaki itu berbicara mengenai duit lagi. Perkataan yang dia paling tidak suka dengar. Lelaki itu tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu. Nafas ditarik dalam-dalam. Matanya terasa panas. “Ya, saya perempuan yang macam tu. Jangan hairan kalau selepas ni kau hidup papa kedana. Saya akan pastikan, duit kau jadi milik saya. Ingat itu.” Bergetar suara itu memberikan peringatan kepada Rizal. Amini terus sahaja berjalan mengambil barang-barang yang dia letak di atas meja tadi. Dia menyeka air mata yang turun dengan hujung jari telunjuknya. Sempat lagi dia memberikan senyuman kepada Jodan yang kaget melihat pergaduhan di antara dia dan Rizal.
            You nak pergi mana tu?” tangan itu ditarik sehingga telefon bimbit Amini terjatuh dan terhempas di atas lantai. Terlepas bateri itu dari tempatnya. “Amini!” tangan kanan yang bebas itu terus sahaja diangkat dan dilepaskan pada dada Rizal tapi tidak mengenai tubuh itu. Amini tahan.
            Amini mengangkat kepalanya. Dia merenung tajam ke dalam mata lelaki itu. “Lepaskan saya Rizal.”

Wednesday, 26 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 28


RASANYA tidak ada sudah rasa kemewahan mahupun kebaikan yang dia dapat lihat dari sini. Peak Condominium? Tiada suara kanak-kanak yang memeriahkan suasana di tempat ini. Tiada keceriaan yang dia dapat rasakan melainkan kedinginan. Amini memejamkan matanya. Sudah berapa lama dia bersama dengan lelaki itu di rumah ini? Dia sendiri kurang pasti dan sehingga kini dia masih belum dapat meneka siapa Rizal yang sebenarnya.
            Senja masih belum melabuhkan tirainya saat dia menurunkan kakinya mencecah lantai yang gersang ini tapi di satu sudut dia nampak satu gelanggang yang mulai dikunjungi. Terasa asing meski berpijak di bumi yang nyata. Bagaimana dia boleh berada di dalam lingkungan sosial ini sedangkan dia tidak pernah mengimpikan kehidupannya akan melalui fasa ini.
            “Hei Riz!”
            Amini turut memanggungkan kepalanya, mencari orang yang menegur Rizal. Dia mengerling pada Rizal pula.
            “Hei!” balasnya sambil mengangkat tangan. Deretan gigi itu terserlah di sebalik senyumannya. Rizal tidak pernah senyum begitu kepadanya melainkan senyuman sinis.
            “Join us?” lelaki itu mengangkat beg tenisnya, memberi isyarat kepada Rizal. Bila Rizal memandang Amini, cepat-cepat Amini melihat ke tempat lain.
            Maybe next time. My honey here, sakit.” Bahu itu terus sahaja ditarik rapat ke tubuhnya. Dia cuba memberikan senyuman rasa bersalah kepada rakannya.
            Ohh, too bad. It’s okay, kami chow dulu!” lelaki itu mengangkat tangan kanannya yang dibalut wrist band itu. Rizal mengekor langkah rakannya sebentar sebelum dialihkan pada Amini.
            Tangannya yang memegang bahu itu dilepaskan. Amini jalan mendahuluinya. Jauh di hadapan. Sedikit pun tidak mengajak mahupun memberitahu lelaki itu.
           
            SATU-PERSATU langkah dia atur, berjalan sehinggalah dia melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu. Beg tangan diletakkan di atas meja kaca dan tubuhnya direbahkan pada sofa kulit itu. Kepalanya bagaikan dihempas dengan batu-bata yang besar. Terlalu banyak masalah yang timbul hari ini. Satu rahsianya sudah terbongkar. Rahsia yang dia tidak pernah mahu diketahui oleh Rizal!
            Ya Allah!
            Tangannya diletakkan di atas dahinya. Jari-jemari itu memicit kepalanya perlahan-lahan berharap agar rasa sakit itu akan hilang dengan serta-merta. Matanya layu tapi dia masih perlu menyediakan makan malam. Perlahan-lahan dia bangkit dan mengambil beg tangannya, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Beg itu diletakkan di atas meja solek. Dia perlu membuka semua mekap yang dicalit di mukanya itu. Dan dia juga perlu menukar pakaiannya.
            Sehelai baju t dan seluar pendek ditarik keluar dari kabinet pakaian itu. Dia ternyata berkongsi kabinet pakaian dengan Rizal. Baju-baju milik lelaki itu tersusun kemas disebelah baju-bajunya. Mujurlah, Rizal tidak menjadikan kabinet itu sebagai satu isu. Amini menanggalkan gaun dari tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Dia membasuh mukanya. Lama wajah itu ditatap. Wajah ini adalah miliknya. Dia harus terima dengan seadanya. Cantik atau tidak, itu semua belakang kira. Syukur sekurang-kurangnya dia masih punya bibir yang masih boleh diukirkan senyuman kepada orang di sekelilingnya, bibir yang mengucapkan kalimah suci Allah.
            Tuala yang tersangkut pada palang itu ditarik dan membalut tubuhnya. Tahu tuala itu bukan miliknya tapi dia harus menutup tubuhnya. Rizal sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tidak mungkinlah dia melangkah keluar dengan berpakaian dalam pula.
            Amini nampak lelaki itu menanggalkan satu-persatu butang baju kemejanya. Tubuh itu terbina dengan baik. Biarpun tidak setegap The Rock, Rizal sudah mempunyai tubuh yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Bila mata itu beralih pada otot di dada itu… cepat-cepat Amini menundukkan kepalanya. Panas dirasakan mukanya.
Rizal sedar dirinya sedang diperhatikan Amini. Dia sedar bila mata itu dialihkan tapi dia tidak ambil kisah akan hal itu, selagi Amini masih isterinya dia tidak perlu berlagak seperti orang asing. Ditarik kemeja itu keluar dari seluar slacknya. Kedutan-kedutan bekas dituck in itu jelas kelihatan, dan kemeja itu ditarik keluar dari tubuh yang dikatakan seperti Christian Bale itu.
            “You’re wearing my towel.”
            Amini membuka matanya, juga membuka mindanya sedikit apabila terdengar Rizal berkata sesuatu kepadanya. “Apa dia?” soalnya perlahan.
            “Nevermind…” lelaki itu menanggalkan seluar slacknya pula. Tidak peduli pada Amini yang ada di dalam bilik itu. Kabinet dibuka dan mengambil seluar pendeknya. Rizal terus sahaja mengenakan seluar itu sedangkan Amini baru sahaja mencapai bajunya.
            “Saya nak pakai baju,” usul Amini perlahan. Dia berharap agar lelaki itu keluar dari bilik itu dan memberikannya peluang untuk memakai baju.
            “So?”
            “Nevermind,” kali ini giliran Amini pula yang berkata sedemikian. Dia melangkah masuk menuju ke bilik mandi dan mengenakan pakaiannya. Dia menyidai semula tuala itu pada palang besi. Dan menapak keluar bersama dengan pakaian rumahnya.
            You okeykah ni?” tanya Rizal, cuba memastikan yang Amini betul-betul sudah sihat sepenuhnya. Wajah pucat itu diperhatikan, bibir Amini sangat pucat.
            Tangan yang mengikat rambut itu diturunkan. “Saya okey, saya masak dulu.”
            You tak perlu masak, kita boleh makan kat luar.” Belum sempat Amini melangkah keluar, Rizal sudah berkata sedemikian.
            “Tak apa Rizal, saya tak ada selera nak makan makanan luar.” Amini sudah terbiasa makan masakannya sendiri, dia sendiri pun jarang makan di luar. Dia lebih suka makan di rumah, lagi jimat. Kadang-kala makanan di luar menggunakan minyak yang banyak. Makanan yang baik seelok-eloknya makanan yang dimasak di rumah. Lebih selamat dan sihat sebab kita tahu apa yang kita makan.
            Rizal tidak berkata apa-apa lagi. Dia sendiri sudah bosan makan di luar. Sekurang-kurangnya kehadiran Amini di rumah ini boleh menyenangkan kerjanya sedikit. Telefon bimbitnya berdering. Cepat dicapai. “Nelly?”

            TERGOPOH-GAPAH Rizal keluar dari rumah itu. Siap dengan baju polo dan seluar pendek khakinya. Cologne yang dipakai oleh lelaki itu melintasi Amini yang sedang memotong daging ayam di atas meja dapur. Lelaki itu pergi dalam keadaan yang tergesa-gesa.
            Amini meletakkan pisaunya di atas meja sebentar. Bunyi pintu ditutup itu membuatkan hatinya mula berdegup laju daripada degupan normal. Lub, dub, lub, dub, pantas… betapa lelaki itu bergaya dengan pakaiannya. Nelly? Bisik hatinya…
            Biarkanlah dia Amini. Matanya dialihkan pada bahan-bahan yang dia keluarkan. Mungkin lelaki itu akan makan malam bersama dengan kekasihnya. Dia tersenyum. Dungunya kau Amini! Buat apa kau masak banyak-banyak macam ini?
            Ya tak ya juga.
            “Everthing is so good in a summer air, just put behind all the problem that we share…” Amini memasukkan semula bahan-bahan mentah itu ke dalam peti sejuk sambil bernyanyi-nyanyi kecil. “Sunny, happy with the music no money, I’m thinking you’re on holiday, sipping yellow lemonade.” Dia menyambung lagi.
            Jam di dinding dipandang sekilas. Rizal ada mengatakan yang dia turun ke gim di dalam bangunan ini. Senyuman mulai terukir pada bibirnya. Kenapa dia tidak turun ke gim sahaja malam ini? Kalau Rizal bertemu dengan kawannya apa salahnya kalau dia juga turun bergembira di gim.
            Kakinya laju diorak menuju ke bilik tidur. Dia mengeluarkan seluar tight sukan yang dia gunakan selalu sekiranya dia bersenam di gim bersama dengan sahabatnya. Baju tanpa lengan yang ketat itu turut diambil, menggantikan pakaian rumahnya. Kasut Asic yang masih tersimpan kemas dalam beg bagasi itu dikeluarkan. Sudah lama dia tidak bersama-sama dengan sahabat baiknya ini, akhirnya terubat juga rindu dia pada clicknya ini. 

            AMINI melangkah menuju ke gim yang terletak di tingkat sebelas itu. Dia menolak pintu itu padahal pada mulanya dia was-was sama ada dia boleh masuk ke dalam gim itu atau pun tidak. Risau sekiranya gim ini terhad kepada ahli sahaja. Bila matanya ternampak beberapa orang lelaki sedang bersenam, dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia harus lupakan semuanya… semuanya!
            Matanya tertancap pada treadmill yang diletak berhadapan dengan dinding kaca yang menghadap ke luar. Laju sahaja dia menghayun langkahnya. Botol air diletakkan di sebelah treadmill itu. Amini naik di atas belt itu sementara tangannya menekan butang yang ada di atas itu, memilih manual. Dia menetapkan masa selama 30 minit. Rasanya, 30 minit itu lebih daripada lari sejauh 2.4 kilometer. Jarak 2.4 kilometer dia boleh sampai dalam masa 15 minit. Sekiranya dia berlari dengan laju tanpa henti, dia boleh menghabiskan dua minit lebih awal. Perlahan-lahan belt itu berjalan dan Amini membuka langkah perlahannya. Dia dapat melihat dengan jelas pemandangan yang ada di hadapannya. Lagi jelas daripada ruang balkoni Rizal. Kapal-kapal laut yang mengangkut barang itu berjalan perlahan di hadapannya, lampu-lampu dari kapal-kapal itu menerangi keadaan sekeliling yang beransur gelap. Tapi, kawasan itu tidak pernah gelap, sentiasa diterangi dengan lampu-lampu neon. Di tengah-tengah laut juga dipasang lampu, sebagai petunjuk kepada kapal-kapal yang berlayar agar tidak merempuh persisiran yang cetek. Butang kelajuan ditekan. Amini mula berlari sedikit laju daripada tadi. Rambut itu turut sama berlari. Atas, bawah, kiri dan kanan. Tidak tentu pergerakan rambut yang diikat ekor kuda itu. Sekali lagi butang kelajuan ditekan, dan kini Amini sememangnya berlari dengan lebih laju.
            Lupakan semuanya Amini!
            Bunyi tapak kaki pada belt itu ringan. Amini menggunakan bebola jemari kakinya untuk berlari. Bila menggunakan bebola jemari kaki untuk berlari, tubuh akan sedikit relaks dan tidak terlalu penat. Ada sesetengah individu menggunakan tumit untuk berlari, dan bila mereka berlari di atas track atau pun di atas treadmill, bunyi tapak kaki itu kedengaran sangat kasar dan kuat. Itulah salah-satu penyebab tubuh mereka mudah letih.
            Peluh mula merintik di belakang serta di hadapan badannya. Begitu juga pada dahinya. Telinganya dapat menangkap dengan jelas bunyi suara yang semakin riuh masuk ke dalam gim itu. Suara garau itu membuatkan tengkuknya mula meremang. Dia mengangkat kepalanya, dia terpandang susuk-susuk yang dibina dengan baik itu sudah mengambil peralatan masing-masing. Ada juga yang berdiri di belakangnya dan memandang dia. Lelaki itu tidak perasan yang Amini sedang memerhatikan tingkahnya.
            “Pheewit!” bunyi siulan ditangkap dengan jelas. Amini melihat lelaki itu menggelengkan kepalanya. “Nice…” kali ini suara pula.
Siap kau kalau kau datang dekat aku!
           

Friday, 21 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 27

BULAT biji mata Mastura mendengar cerita daripada mulut Amini sendiri. Dia tidak menyangka yang Amini akan bertindak seperti itu.
            “Kalau Mimi perlukan duit kenapa tak minta daripada umi? Kenapa mesti kahwin dengan lelaki yang Mimi tak kenal?” Mastura menggenggam jari-jemari Amini. Hashim yang duduk di sebelahnya diam, melihat anak muda yang lebih banyak menutup mulutnya sebaik sahaja menceritakan mereka perkara yang sebenar.
            “Mimi tak ada niat nak susahkan sesiapa tapi mama dapat tahu pasal Mimi, jadi dia langsaikan hutang keluarga Mimi.”
            “Puan Mahani?” soal Mastura. Amini menganggukkan kepalanya. “Jadi, Mahani jodohkan Mimi dengan anaknya itu?” Amini menganggukkan kepalanya lagi. Mahani memegang pipi Amini. Kasihan pula dia pada Amini.
            “Mimi bahagia tak dengan budak Rizal tu?” tanya Hashim setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Amini mengangkat kepalanya senyuman diberikan kepada lelaki tua yang dia sudah anggap seperti bapa kandungnya sendiri itu.
            “Rizal jaga Mimi dengan baik.”
            “Betul ni?” duga Mastura. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Amini. Dia masih belum dapat menerima berita itu. Amini sepatutnya menjadi menantunya dan bukannya menantu di keluarga orang lain. Anaknya, Harith perlukan calon seperti Amini.
            “Mas,” tegur Hashim. Dia tidak mahu Mastura terus-terusan memprovok Amini mengenai status Amini sekarang ini. “Jadi, abang Ikhwan kamu tahu?” tanya Hashim.        
            Amini menggelengkan kepalanya. “Mimi minta, abah dan umi rahsiakan perkara ini dulu ya. Mimi janji, Mimi akan bagi tau abang Wan sendiri.” Amini diam seketika. Dia cuba untuk menahan rasa peningnya.
            “Mimi,” panggil Mastura.
            Amini cepat-cepat menutup mulutnya menahan rasa ingin muntah. Sekali lagi. “Mimi, okey tak?” tanya Mastura. Amini sudah berdiri. Cepat melangkah menuju ke tandas yang ada di dalam bilik pejabat Hashim. Pasangan itu berpandangan sesama sendiri.
            Ketukan di pintu mengejutkan Hashim. “Datuk, Puan Chong dah sampai.”
           
            “HELLO HASHIM,” Chong berjabat tangan dengan sahabat lamanya. “I bawa A.R I sama, maybe you boleh bagi tau dia design yang you nak…” 
“Okey, jemput duduk.” Hashim membawa tetamunya duduk di ruang yang dia sediakan untuk perbincangan itu. Rizal perasan beg Amini yang ada di sebelahnya. “Ohh, sorry… purse anak I.” Hashim mengambil beg Amini yang ada ditangan Rizal dan diletakkan di sebelahnya. “Mas,” panggil Hashim pada isterinya yang masih berdiri di sebelah tandas.
            Anak? Dia tidak salah dengarkah?
            “Ohh,” Mastura menghayun langkahnya dan duduk di sebelah suaminya. “Sorry, Chong. Tak perasan pula. How are you?
            I’m fine, so kamu nak rumah yang macam mana?” tanya Chong pada Hashim. Dia masih perasan yang isteri sahabatnya itu masih belum dapat menumpukan perhatian kepadanya.
            Pintu bilik air itu dibuka. “Mimi,” Mastura terus sahaja mendapatkan Amini yang pucat itu.
            Sorry Chong, you terpaksa nampak benda-benda macam ini.” Hashim meminta maaf. Takut sekiranya sahabatnya itu mengambil hati kerana perkara seperti ini.
            “It’s okay, don’t bother.”
            Mastura jalan beriringan dengan Amini. “Mimi okey? Nak abah hantar pergi hospital?” tanya Hashim dengan muka risaunya.
            Amini mengangkat kepalanya. Terkaku dia sebentar. “Rizal… Puan Chong…” luahnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Mastura mengangkat kepalanya.
            “Rizal?” dia bertanya pada Amini. Amini menganggukkan kepalanya. Mastura terus sahaja memandang pada lelaki muda yang duduk di sofa hujung itu. Ohh, jadi itulah suami Amini.

            MASTURA memberikan dua biji paracetamol kepada Amini tetapi Amini menolak. Dia mengecilkan matanya. “Mimi pregnant?” soalnya tiba-tiba. Soalannya itu membuatkan semua orang yang ada di dalam bilik itu mengangkat kepala, memandang tepat ke arahnya.
            “Amini pregnant?” Chong bertanya kepada Rizal pula. Hashim menoleh pada suami Amini, menanti jawapan yang keluar dari bibir Rizal.
            Kelu lidah Rizal. Tidak mungkinlah Amini mengandung pula, sedangkan dia belum pernah menyentuh Amini lagi melainkan…
            Amini pura-pura tergelak perlahan. “Tak lah umi, Mimi tak pregnant. Mimi period ja,” jawab Amini.
            “Lahhh, mati-mati umi ingat kamu pregnant.” Mastura memasukkan semula paracetamolnya ke dalam beg tangannya. Dia berjalan mendekati suaminya semula. Rasanya mereka perlu berbincang mengenai rumah yang akan dibina itu nanti.
            Amini mengambil tempat kosong di sebelah Rizal. Dia langsung tidak memandang pada lelaki itu. Dia takut. Rahsianya bocor.
            “Mimi nak bilik Mimi macam mana?” kini Mastura bertanya kepada Amini pula. Dia sememangnya sudah merancang agar rumah itu akan meliputi kehadiran Amini di dalam keluarga mereka.
            Amini tersentak. Senyuman terukir di bibirnya. “Mimi tak kisah.” Hashim meletakkan tangannya di atas pahanya sendiri.
            “Rizal rasa, rumah macam mana yang ngam untuk kami. Abah hanya nak rumah yang selesa dan lengkap semua, kolam renang, gelanggang tenis, galeri lukisan untuk Mimi…”
            Abah? Terkedu Rizal. Begitu cepat lelaki itu menerimanya sebagai anak di dalam keluarga itu. Puan Chong sudah menyimpulkan senyumannya apabila terdengar Hashim menggelarkan dirinya abah.
           
            “GIVE me your purse,” pinta Rizal pada Amini. Aroma coffee yang dihidangkan oleh setiausaha Hashim sudah naik aromanya memenuhi bilik itu. Amini teragak-agak memberikan begnya kepada Rizal. Kenapa Rizal tiba-tiba meminta begnya pula?
            Beg tangan Amini itu dibuka. Rizal mengeluarkan satu sachet Gaviscon. “Kalau you dengar cakap I pagi tadi, gastrik you tak akan keluar. Ini tak, you ni degil sangat!” marah Rizal dalam nada yang masih dia boleh kawal. Tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh orang-orang tua itu. Sachet Gaviscon itu dikoyak dan diberi pada Amini.
            “Macam mana Gaviscon ni ada dalam beg saya pula ?” tanya Amini.
            I masukkan tadi sebab I tahu you mesti jadi macam ni,” selamba sahaja lelaki itu menjawab dengan nada sindirannya. Amini mengetap bibirnya. Dia memasukkan cecair antacid itu masuk ke dalam mulutnya, berkerut dahinya menahan rasa ubat itu. Dia memberikan sachet kosong itu kepada Rizal semula dan cepat-cepat mengambil minuman yang dihidangkan, tapi sempat dihalang oleh Rizal. “No. It’s caffeine.”
            Amini tidak jadi ambil.
            “Dah berapa lama Mimi macam ni Rizal?” tanya Hashim. Dia tidak pernah tahu yang Amini ada masalah gastrik yang serius.
            Sempat lagi dia melirikkan matanya pada Amini. Amini hanya menundukkan kepalanya. Diam membisu sejak tadi lagi. “Baru juga, Ami ni degil. Tak dengar cakap, benda yang dia tak boleh makan, itulah juga dia nak makan.” Rizal merasakan siku Amini menyikunya. Tidak lama kemudian, Amini memberikan amaran tajam menggunakan matanya.
            “Ami! Tak baik buat macam tu dengan suami kamu,” tegur Mastura. “Kenapa Ami tak dengar cakap Rizal. Tengok siapa yang sakit sekarang.”
            Amini nampak lelaki itu tersenyum, terasa dirinya diejek oleh lelaki itu pula. Hah! Dia suka nampak aku dimarah oleh umi! Kurang asam punya Rizal!

            “MAS ingatkan suami Ami tu teruk,” luah Mastura sebaik sahaja Amini dan Rizal serta Chong meninggalkan pejabat Hashim. Mereka sudah bersetuju untuk mereka bentuk rumah seperti yang Hashim dan Mastura inginkan tetapi perhatian mereka kali ini lebih tertumpu kepada Amini. Isu rekaan rumah itu sudah ditolak tepi kerana mereka yakin menantu lelaki mereka yang bernama Rizal itu pasti akan memberikan satu rekaan yang baik.
            “Mas tak nampakkah Rizal ambil berat pada Ami tadi?” duga Hashim. Dia juga sangkakan Rizal tidak mengambil berat mengenai Amini tetapi melalui pemerhatiannya, Rizal sangat prihatin pada Amini. Kalau tidak, masakan Rizal akan membekalkan ubat itu di dalam beg tangan Amini.