KETUKAN bertalu-talu di pintu mengejutkan Rizal. Siapa pula yang datang
tengah-tengah malam ni? Tak reti tekan locengkah? Dengan rasa malas dia
meletakkan semula pennya di atas kertas lakarannya, ditoleh sejenak pada Amini
yang masih lagi tertidur di sofa. Kunci pintu dibuka, pintu itu turut dibuka.
Terkedu lelaki itu tatkala lima orang lelaki yang siap bersongkok dan
mengenakan jaket hitam yang berlogokan JAHEIS berdiri di hadapan pintu
rumahnya, turut bersama dengan mereka dua anggota polis. Dia mengangkat
kepalanya, jiran di hadapan rumah sudah berbicara bersama dengan dua lelaki
berkopiah.
“Assalamualaikum encik, kami dari
Jabatan Pencegah Maksiat. Kami hanya nak tahu selain daripada encik, encik
tinggal bersama dengan siapa lagi?” lelaki yang mungkin sebaya dengan bapanya
berkata padanya.
“Saya tinggal dengan isteri saya,”
jawab Rizal ringkas.
“Boleh kami tengok sijil nikah encik
dan kad pengenalan encik dan isteri?”
Aduh! Sijil nikah pula! Dia manalah
ada simpan dokumen-dokumen itu.
“Kenapa Rizal?” tegur suara dari
belakang. Amini sudah terjaga. Rizal memalingkan kepalanya ke belakang. Amini
sudah membalut baju tidurnya dengan jaket dan seluar pendek itu juga sudah
disarung dengan seluar panjang.
Amini mengambil langkah ke hadapan.
Bila terpandang lelaki bersongkok itu dia menundukkan kepalanya, memberikan
hormatnya.
“Maaf puan, kami nak periksa sijil
nikah puan…”
“Oh, sebentar ya.” Amini sudah
melangkah masuk ke dalam bilik. Rizal memasukkan tangannya ke dalam kocek
seluarnya. “Ami, bring my IC together
with yours,” pesan Rizal pada Amini, mana tahu Amini tidak dengar arahan
yang diberikan oleh pegawai itu tadi.
“Dah lama nikah?” tanya pegawai itu
pada Rizal.
“Baru sahaja,”
“Sekarang ni, kes maksiat semakin
menjadi-jadi, lagi-lagi rumah mewah macam ni. Kahwin awal sangat dari nikah,
payah sangat nak menikah. Lagi payah bila kahwin dengan perempuan yang
lain-lain. Hari ni perempuan ni, esok perempuan tu, lusa, tulat. Apalah nak
jadi,” bebel pegawai itu lagi. Rizal hanya tersenyum. Amini datang bersama
dengan sijil nikah dan kad pengenalannya tidak lama kemudian.
“Mohammad Rizal bin Rosman dan Amini
binti Aminuddin, hmm… baru sangat lagi bergelar suami isteri ni. Tak apalah,
kami minta maaf sebab mengganggu encik dan puan malam ni,” pegawai itu
mengembalikan semula sijil nikah itu kepada Rizal selepas mencatat sesuatu di
atas borangnya.
“Tak apa, saya pun tengah siapkan
kerja saya juga,” jawab Rizal. Amini memanggungkan kepalanya, inilah kali
pertama dia mendengar Rizal menggunakan bahasa baku yang sangat merendah diri.
“Terima kasih di atas kerjasama
daripada encik. Assalamualaikum…”
“Walaikumsalam.”
Rizal memandang sejenak pada Amini
yang berdiri di sisinya. Bibir itu pucat. Dia mengangkat tangannya dan
meletakkan di atas bahu Amini. Tengkuk itu dipegang sebelum menutup pintu itu
semula. Panas!
“You
demam Ami.”
“Tak adalah, kerja dah siap?” tanya
Amini pada Rizal. Rizal tidak menjawab sebaliknya dia memandang pada wajah
Amini yang pucat.
“You
mesti kena angin masa keluar tadi. Come,
have some rest.” Dia menarik lengan itu menuju ke sofa, ditekan bahu itu
supaya duduk di atas sofa. Kakinya melangkah menuju ke dapur, dua biji
paracetamol diambil dari peti, segelas air diambil.
Amini sudah merebahkan tubuhnya di
atas sofa itu. Kepalanya berdenyut-denyut, sama ada perutnya kosong atau pun
tubuhnya dimasuki angin tadi sewaktu menemankan Angel di menara itu.
“Makan ubat ni Ami,” Rizal membantu
tubuh Amini supaya duduk separa. Dia sudah memasukkan ubat ke dalam mulut Amini
dan menyuakan gelas berisi air itu pada bibir yang pucat itu. “Rehat dulu…”
“TAPI, kalau lelaki itu bahagia
bersama dengan perempuan lain, apa salahnya mengundurkan diri demi kebahagiaan
lelaki itu,” terngiang-ngiang suara Amini di telinga Rizal. Dia menatap wajah
Amini yang tertidur di atas sofa itu. Apa maksud Amini yang sebenarnya? Adakah
perkara itu ditujukan kepada dirinya? Tidak mungkinlah…
Nyenyak sungguh Amini tidur di atas
sofa itu. Rizal menundukkan tubuhnya, kedua-dua lengannya diselitkan di
belakang badan Amini, tubuh itu diangkat dan dibawa masuk ke dalam bilik tidur.
Meskipun tubuh Amini nampak kecil tapi berat Amini bukan main lagi, mujurlah
dia selalu bersenam di gym kalau
tidak, manakan dia mampu mengangkat tubuh itu dengan mudah.
Perlahan-lahan Rizal meletakkan
Amini di atas tilam. Sempat lagi dia menilik wajah Amini sekali lagi. Dia
merapatkan mukanya dengan muka Amini, satu kucupan singgah di dahi Amini,
beralih ke hidung, pipi dan akhirnya turun ke bibir Amini. Bibir itu sentiasa
sahaja mengganggunya. Orang kata bibir seperti Amini adalah bibir yang menawan,
bila bibir bawahnya berlekuk.
Tersenyum Rizal, dia mengambil
tempat di sisi Amini. Bantal guling yang seringkali Amini jadikan sebagai
sempadan mereka sudah ditendang ke bawah. Dia tidak mahu bantal guling itu
menjadi penghalangnya. Masih terasa lagi kehangatan pelukan Amini di menara
pemerhati itu tadi, Rizal mengiringkan tubuhnya menghadap Amini. Dia
melayangkan lengannya, ditarik tubuh itu agar rapat padanya. Malam ini, dia
akan tidur dengan memeluk tubuh itu.
BUNYI alarm dari telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek
mengejutkan Amini dari tidurnya. Dia merasakan tubuhnya tidak dapat bergerak,
bagaikan dihempap sesuatu yang besar. Dia memalingkan kepalanya ke kanan,
terbuntang biji matanya tatkala terlihat Rizal begitu rapat dengannya. Kaki
lelaki itu disilangkan pada tubuhnya, lengan lelaki itu pula memeluk tubuhnya
dengan rapat, sekejap. Ke mana sudah menghilangnya bantal guling yang
seringkali diletakkan di antara mereka? Adakah Rizal menggantikan dirinya
sebagai bantal guling sekarang ini? Tubuhnya tidak ubah seperti bantal guling,
lelaki itu menyelitkan lengan kanannya di bawah tubuhnya dan melayangkan lengan
kiri di atas tubuhnya, memeluk tubuhnya dengan erat. Dia dapat merasa nafas
Rizal pada tengkuknya, jelas kedengaran desah nafasnya, mujurlah Rizal bukan
jenis orang yang berdengkur kuat.
Aish!! Selalunya tak macam ini pun,
usul hati Amini. Dia mengalihkan lengan Rizal terlebih dahulu sebelum
mengalihkan kaki lelaki itu. Erk! Beratnya raksasa ni, Mr.Beast betullah! Memang patut pun dia gelarkan lelaki ini Mr.Beast, tak padan dengan badan besar
macam Mr.Beast dalam cerita Beauty and the Beast. Entah berapa kilo
berat kaki lelaki ini, mungkin otot pada tubuh ini yang menjadikan lelaki ini
berat. Macam Muhammad Ali pula… Amini cuba menahan gelaknya.
Hah! Dapat pun… Amini memandang
Rizal yang masih tidur. Wajah lelaki itu ditatap, perlahan-lahan mata Amini
turun mengalihkan pandangannya pada tubuh Rizal yang tidak mengenakan pakaian.
Dada itulah tempat dia melekapkan pipinya semalam. Amini mengangkat tangannya,
diletakkan di atas pipi Rizal, satu kucupan diberikan pada pipi itu.
“Sorry, saya terpaksa…” bisik
Amini perlahan.
No comments:
Post a Comment