Tuesday, 11 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 22


            MATANYA bergerak, terlalu perit mata itu saat dia membuka matanya. Dia melawan rasa sakit yang berdenyut-denyut pada ulu hatinya ditambah lagi dengan kesedihannya malam tadi. Air matanya tidak berhenti mengalir tidak kira dia bangun atau pun dalam keadaan tidur. Dia tidak mengendahkan rasa sakitnya itu, dia sudah biasa berhadapan dengan situasi itu sejak kecil lagi. Tidak mungkinlah kerana perkara seremeh itu dia perlu berulang-alik ke hospital. Teringat dia pada rakannya yang selalu berkata padanya, ‘it’s all about nutrition.’
            Amini merasakan sejak tadi dia diperhatikan. Ada tangan yang merayap di dahinya. Rizal! Apa lelaki itu buat pada dirinya? Kenapa perlu diletakkan tangan itu di atas dahinya? Amini bangkit secara tiba-tiba, rambutnya yang kusut itu diperbetulkan menggunakan jari-jemarinya. Rizal masih lagi memerhatikannya. Lain benar pandangan mata lelaki itu. Sedikit pun  tidak dilepaskan dari memerhati tindak-tanduknya. Adakah lelaki itu kini sudah menyedari kesilapannya? Oh tidak! Lelaki yang bernama Rizal itu pasti tidak akan sedar sampai bila-bila. Bila dia perasan yang lelaki itu menguap, dia hampir-hampir mahu mengerutkan dahinya, tapi dia tidak mahu Rizal perasan akan perkara itu. Hurm, tidak tidurkah lelaki itu?
            “Tak kerjakah?” tanya Amini pada Rizal yang sedang duduk di sebelahnya, dia cuba menjadi seorang isteri yang tidak mahu berbicara kasar dengan suami walaupun dia sudah dihina yang bukan-bukan. Lelaki itu masih lagi memandangnya, tidak berkata sepatah pun dari tadi.
            I ambil cuti,” akhirnya, bersuara juga lelaki itu. Rizal memandang pada sepasang anak mata yang bengkak itu. Sepasang mata itu tidak berhenti mengalirkan air matanya semalam.
            Amini menganggukkan kepalanya, tanda faham walaupun beribu soalan bertandang dalam benaknya. Rizal ambil cuti? Biar betul… kenapa mengambil cuti? Selimut yang menutup tubuhnya dibuka. Kakinya diturunkan sebelum mengorak langkah menuju ke bilik mandi, matanya memandang sekilas jam di dinding. Sembilan pagi? Ya Allah! Aku terlepas solat subuh! Berapa lama sebenarnya dia tertidur?
            Langkah Amini terhenti di hadapan pintu bilik mandi. Pandangannya berpinar-pinar, satu rasa sakit dari tengkuk terus menuju ke kepalanya, berdenyut-denyut kepalanya. Pada masa yang sama, perutnya terasa pedih. Amini menekup mulutnya, menahan muntah. Ahh!! Dia meluru masuk ke dalam bilik mandi yang tinggal beberapa langkah itu sepantas yang mungkin.
            Rizal cepat-cepat turun dari katilnya meluru ke bilik mandi. Dia mengusap-usap belakang Amini. Amini berkali-kali menolak Rizal, dia tidak mahu lelaki itu ada bersama dengannya disaat dia muntah. Dia tidak biasa dibantu orang semasa dia lagi sakit. Dia sudah biasa hidup berdikari.
            Terduduk Amini. Tangannya terus diletakkan pada ulu hati, ditekan, suba menahan rasa sakit itu. “Aahh…” suara kecil kesakitan itu keluar. Mangkuk tandas itu dipegang dengan erat. Kuat. Pedih bercampur dengan sakit. Rasa senak di ulu hati itu benar-benar menyakitkannya.
            Amini memejamkan matanya. Bila dia membuka matanya, dia ternampak senyuman yang terukir di bibir Rizal. Terlepas tawa perlahannya. Amini terus sahaja mengangkat kepalanya tinggi, menjelingnya.
            “Suka nampak saya sakit?”
            You memang suka buruk sangka pada I kan. I was imagine, macam mana kalau you pregnant nanti.” Lelaki itu sudah membayangkan bagaimana Amini akan berhadapan dengan morning sickness. Dan dia mahu merasai semua itu dengan isterinya.
            “I’m not going to have your child Rizal.” Bagaikan air yang mengalir keluar dari mata air, laju sahaja bibir itu mengucapkan ayat itu. Menyesal pula dia mengutarakan ayat pedas itu bila dia perasan perubahan air muka di wajah lelaki itu.
            Terkejut Rizal mendengar ayat yang keluar dari bibir Amini. Bagaikan diputuskan jantung Rizal dari tangkainya. Ayat Amini itu jelas sekali menyatakan status hubungan mereka sekarang ini. “Kita pergi hospital ya,” kata Rizal cuba melarikan topik.
            Amini membasahkan mulutnya, dia sudah mengeluarkan semua isi perutnya sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tinggal. Dia memejamkan matanya, menarik nafas sedalam-dalamnya. “Tak apa, saya okey lagi.” Amini menapak keluar dari bilik mandi.
            “Kenapa nak terus menyeksa diri Ami? Kalau sakit tu buat-buat sakit, jangan nak mengada-ngada pula!”
            “Jangan terlalu buat baik dengan saya, saya tak mampu nak bayar semua perbelanjaan yang kau buat ke atas saya.”
            Terkedu Rizal, sakit-sakit pun masih ada kudrat menjawab. “Ke mana hilangnya perempuan materialistik tu?”
            Amini tidak menjawab, untuk apa dia menjawab pertanyaan itu semata-mata lelaki itu akan lebih menyakitkan hatinya. Alangkah bagusnya kalau dia berada jauh dari lelaki itu. sekurang-kurangnya dia tidak akan dibebani dengan rasa sakit hati yang bertimbun-timbun.
            Melihat Amini yang langsung tidak menjawab pertanyaannya, dia melangkah mendekati Amini sekali lagi. Lengan Amini di tarik dari belakang, dicempung Amini, diangkat lalu meletakkan Amini di atas katil. “You memang tak pernah nak dengar cakap I kan?” berkerut dahi itu disertai dengan wajahnya yang cemberut. Terpempan Amini di atas katil. “Jangan pandai-pandai nak turun dari katil ni!” Rizal memberikan amaran kepada Amini. Lelaki itu keluar dari bilik. Tidak berapa lama kemudian, Rizal masuk sambil menatang dulang.
            Dulang itu diletakkan di meja sisi. Segelas susu diberikan kepada Amini, “minum.” Amini menyambut dan terus sahaja meneguk segelas susu yang diberikan oleh Rizal. Habis diminumnya. Kali ini Rizal mengangkat mangkuk yang berisi bubur pula, dia mengangkat sudu, baru berkira-kira mahu menyuap Amini pantas ditahan oleh Amini.
            “Saya boleh makan sendiri,”
            Rizal buat-buat tidak endah, dia tetap mengangkat sudu itu dan disuakan pada mulut Amini. Mahu tak mahu Amini terpaksa membuka mulutnya. Sudah tidak siumankah lelaki ini? “Kenapa tak nak pergi hospital?” tanya Rizal. Sudah hilang nada suara tegasnya. Amini menundukan kepalanya.
            “Saya tak suka dipasang IV,” jawabnya perlahan.
            Erk! “Itu sahaja?” lelaki itu bertanya, seakan-akan tidak percaya. Amini mengetap bibirnya, Rizal seolah-olah mengejeknya, sebaik sahaja lelaki itu meletakkan mangkuk di atas meja semula, tangan terus mencapai pinggang Rizal lalu mencuit.
            “Eit!!” melatah Rizal kegelian. “Hei, jangan buat macam ni! Sekali lagi you buat macam ni I bawa you pergi hospital,” ugut Rizal.
            Senyuman mula terukir di bibir Amini. Rizal, Rizal, jahat-jahat lelaki ini dalam hati masih ada taman rupanya. Indah atau tidak, dia sendiri kurang pasti. Dia masih kisah akan kesihatan Amini, inilah yang membuatkan Amini berasa serba-salah sekiranya dia tidak melayan Rizal dengan baik. “Terima kasih,” ucap Amini. Dia mendekati Rizal dan memeluk sekali lagi tubuh sasa itu, pipinya sekali lagi dilekapkan pada dada bidang Rizal.
Kali ini Rizal tidak menolak, dia semakin selesa apabila tubuh itu mendekatinya. Dan sejak bila pula dia menolak tubuh Amini daripada merapati dirinya?
            “Rizal,” panggil Amini perlahan.
            “Hmm…”
            Amini mendongakkan kepalanya, “nanti kita balik rumah mak saya boleh? Nanti cuti sekolah dah nak habis. Lagipun, tiap-tiap hujung bulan keluarga kami akan berkumpul. Boleh ya…” pujuk Amini.
            Rizal pura-pura memalingkan mukanya pada tempat lain, dia sukar mengawal nafasnya apabila Amini terlalu dekat dengannya. Tambah-tambah lagi bila sepasang anak mata itu cuba memujuknya.
            “Jadi kerja I macam mana?”
            “Nanti saya tolong,” dengan penuh yakin Amini berkata pada Rizal.
            “Tolong? Tolong apa?” terburai ketawa Rizal. Apa yang Amini boleh membantunya? Amini melepaskan keluhannya, dia melepaskan tangan yang memeluk tubuh Rizal.
            “Sudahlah, saya boleh balik sendiri.”
            “Jangan nak memandai-mandai!”
            “Dah tu?” Amini menarik muka masamnya.
            “Cuba you terangkan pada I, bantuan apa yang you boleh berikan pada I supaya I boleh siapkan kerja I dengan cepat.”
            “Itupun kalau kita balik dengan segera…”
            Aahh sudah! Dia main tarik tali pula dengan aku, kata Rizal dalam hatinya. Amini memang pandai menarik moodnya tapi semua itu tidak akan lama. Mereka lebih banyak bertengkar daripada berbaik.

            PEMANDANGAN yang diterangi dengan lampu neon itu diperhatikan. Malam tidak gelap lagi, bandaraya sudah diterangi dengan lampu-lampu yang berkerlipan dengan warna yang pelbagai. Mungkin ini adalah salah-satu kelebihan tinggal di kawasan kondominium yang mahal ini. Segala-galanya dapat dilihat dengan baik.
            Kedinginan malam mula menggigit-gigit tubuhnya namun Amini masih lagi betah dengan keadaan yang dingin seperti itu. Rambut lurusnya yang panjang mengurai itu turut sama memainkan peranannya, menutup tubuhnya daripada terus-terusan kedinginan.
            “Ami…”
            Kakinya bagaikan terpaku di lantai sebaik sahaja matanya tertancap pada tubuh yang sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke dunia yang kelam. Tubuh itu mengenakan sehelai gaun malam pendek. Rambut panjang yang melepasi bahu itu mengerbang mengikut tiupan angin. Amini kerap meluangkan masanya di balkoni sambil memandang ke dada langit. Adakah itu salah-satu daripada sifat tersembunyi yang ada pada Amini? Tapi, bila dikenangkan kembali, Amini sering berkhayal, membiarkan fikirannya melayang sehinggakan dia yang ada disitu juga tidak diendahkan.
“Buatkan I air kopi,” pesan Rizal sebaik sahaja Amini memusingkan tubuhnya. Amini tidak berkata apa-apa lagi. Dia terus sahaja melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
Fiuuhh! Rizal menarik nafas lega. Dia baru sahaja berkira-kira mahu menyertai Amini di balkoni itu tapi apabila Amini sudah memalingkan tubuhnya, Rizal segera mencari akal agar tidak diketahui tujuan utamanya.
            Dia turut melangkah keluar menuju ke ruang bekerjanya. Aroma kopi sudah menusuk hidungnya. Amini meletakkan di atas meja kerja Rizal tanpa berkata apa-apa.
            “Amini,” lengan itu ditarik apabila Amini mahu meninggalkan ruang kerja itu. Langkah Amini mati. Rizal meletakkan belakang tangannya di atas dahi Amini. “Okey?”
            Amini menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Hatinya gundah apabila Rizal mendekatinya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Dia ingin mendakap tubuh itu namun tidak mungkinlah dia akan berbuat begitu sekali lagi tapi, lelaki itu tidak pernah menolak bila tubuhnya dipeluk.
            Hei! Jangan jadi gila Amini. Tidak mungkinlah kau sudah jatuh hati pada lelaki ini.
            Jatuh hati? Tolong sikit!
            Ahhhh!! Terkesima Amini apabila lelaki itu terlebih dahulu menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukan lelaki itu.
            “Riz… Rizal,” Amini melepaskan dirinya daripada dakapan lelaki itu. “Saya nak tidur.”
            Rizal tersenyum. Dia dapat rasa jantung Amini yang berdegup dengan kencang. “Pergilah, I nak siapkan kerja I dulu sebelum mendapat pertolongan daripada you,” ujar Rizal dalam nada yang menyindir.
            Cis! Tak guna kau Rizal.

No comments:

Post a Comment