Monday, 17 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 25

THANKS Ami sebab tolong saya hari ini,” ucap Kaliesa pada Amini. Amini hanya tersenyum.
            Thanks to you sebab dapat tolong saya lepaskan diri dari my Mr.Beast,” jawapan Amini disambut dengan gelak Kaliesa.
            Me too. You know, we have a bit quarrel this morning. Pasal saya turun ke bawah tanpa bagi tau dia.” Kaliesa berkongsi ceritanya pula.
            I see. Saya balik rumah, alih-alih nampak my Beast berdiri di depan sambil cekak pinggang. Dia cakap saya jalan terjengket-jengket macam belalang.”
            Your husband tak benarkan you keluar rumah?” tanya Kaliesa, Amini menggelengkan kepalanya. Hairan. Kenapa suami Amini itu tidak membenarkan Amini keluar rumah?
            Yep, dia kata tempat tu tak selamat. You know, semua orang yang tinggal di sana bujang-bujang, party lover, dia tak nak saya terserempak dengan orang-orang mabuk.”
            “He got the point there,” kali ini Kaliesa bersetuju dengan kata-kata suami Amini. Dia tidak menyangka pula, suami Amini ambil berat pasal keselamatan Amini. Yalah! Suami mana yang tidak pedulikan keselamatan isteri, melainkan suami yang dayus.
            “Memandangkan, saya curi-curi keluar pagi tadi. Dia paksa saya ikut dia jumpa klien hari ini.”
            “I see…” Kaliesa cuba mengaitkan pergaduhan kecil Amini dengan lelaki itu di ruang parkir kereta pagi tadi.
            “Jadi, kau nak minta tolong apa?”
            Kaliesa menekan breknya perlahan-lahan. Dia terus menoleh pada Amini. “Jadi model saya.”
            “Hah?”

            BAKUL yang berisi pakaian itu Rizal letak di atas meja kaunter kedai dobi. Dia memasukkan semua pakaian kotor mereka agar Amini tidak bersusah payah untuk membasuh pakaian mereka lagi. Meskipun Amini tidak kisah membuat kerja-kerja di rumah namun dia kasihan melihat Amini yang bersusah-payah membuat kerja rumah itu. Dia tidak boleh pandang enteng pada kerja rumah. Dia sendiri pernah hidup berdikari seorang diri, dia tahu bagaimana hidup dengan melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Kerja paling sukar baginya ialah menggosok pakaian, kehadiran Amini benar-benar membuatkan dia senang.
            “Hello Mr.Rizal!” tegur tuan punya kedai dobi itu. Rizal memberikan senyumannya. Dia sudah biasa menghantar pakaian kotornya di kedai dobi itu yang berdekatan dengan tempat kerjanya, harapkan dia membasuh pakaiannya sendiri? Kalau sekadar seluar kecil itu bolehlah. Mesin basuh itu hany digunakan apabila dia hendak membasuh seluar kecilnya. Tidak mungkinlah dia mahu menghantar ke kedai dobi pula, agak-agaklah…
            “Hi sir!” sapa Rizal kembali. Tuan punya kedai dobi itu seorang bekas guru yang sudah bersara hampir 10 tahun tapi masih mampu untuk menjalankan bisnes sendiri.
            “Lambatlah you hari ini,” ujar Henry.
            “Got meeting,” jawab Rizal. Lelaki tua itu mengeluarkan satu-persatu kain yang ada di dalam bakul itu dan dimasukkan ke dalam raganya. Terkedu dia nampak pakaian wanita tapi dia berpura-pura tidak endah. Rizal nampak perubahan air muka orang tua itu. “Oh ya, cadar tu ada blood stain. You know, woman… period thingy,” beritahu Rizal.
            “You have your own woman now?” tanya Henry.
            Rizal tersenyum. “Wife actually.”
            “Ooo, so you are married man?” soal Henry lagi. Tidak tahu yang pemuda itu sebenarnya sudah mempunyai isteri. Sangkanya, pemuda itu masih bujang.
            “Yep!”
            Lelaki itu terus sahaja menghulurkan tangannya pada Rizal. “Welcome to the club son!” tanpa teragak-agak Rizal terus sahaja menyambut huluran itu dan membalas jabatan tangan itu. Henry terpandang pada tompokan darah pada cadar itu. “Woman, every month mesti stained their bed sheet with blood. Daughter I pun macam tu, biasalah…” lelaki itu menimbang kain kotor milik Rizal dan menulis resitnya. “Your wife yang jalan dengan you dulu itukah?” tanya Henry lagi. “I saw you kiss her hair the other day,” tambah Henry lagi.
            “Yeah, she’s the one.” Siapa lagi yang pernah dia kucup kalau bukan Amini. Tak sangka ada juga mata yang memerhati.
            Orang tua itu senyum. “Love her as long as you can. Don’t cheat. If you don’t love her then divorce her.” Dia memberikan resit itu kepada Rizal, seperti biasa, Rizal membayar harga dobinya.
            “Thanks sir.”
            “Your welcome.” Lelaki itu senyum lagi. “Rizal,” panggil Henry. Langkah Rizal terhenti. Dia menoleh ke belakang. “Never hurt her heart.”
           
            NEVER HURT HER HEART? Orang tua itu tahukah cerita sebenar kisahnya dan Amini? Tapi dari cara orang tua itu bercakap yang dia seolah-olah mengetahui semuanya. Orang tua, biasalah… sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
            “Hei! Aku ingat kau half day hari ini…” Johan menjengukkan kepalanya dari pintu Rizal. Setahunya Rizal hanya akan bertemu dengan klien di luar dan tidak akan masuk ke pejabat.
            “Hurmm,” hanya itu sahaja yang dapat dibunyikan oleh Rizal. “Aku dengan Amini tadi.”
            Johan diam. Dia terus membuka pintu itu dan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat rakannya itu. “Kau ada masalah lagi dengan dia? Atau baru je gaduh?” soal Johan bertalu-talu.
            Johan tidak habis-habis berfikir mengenai benda yang berkait dengan pergaduhan. Dia dan Amini kini sudah menjadi teman serumah, sebilik dan sekatil. Hanya teman. “Hari ni tak ada gaduh pun. Kalau ada pun, aku tak akan simpan dalam hati. You know, perempuan period…” Rizal mengambil pennya. Gambar perkahwinannya yang dia bingkaikan itu ditatap. Dia sengaja meletakkan gambar itu disitu. Biar orang tahu yang dia pasangan yang bahagia sedangkan dia terpaksa berkahwin. Dia tidak perlu dedahkan perkara itu kepada seluruh dunia. Cukuplah orang tahu yang dia sudah berkahwin.
            “Aku tahu perasaan kau, mesti perangai Amini sekarang pelik-pelik sikitkan, mengalahkan orang mengandung.” Bangku yang ada di hadapan Rizal itu ditarik dan terus sahaja dia melabuhkan punggungnya di situ. Dia perlu berkongsi pengalaman sebagai seorang suami kepada Rizal.
            Mata Rizal terus sahaja terbuka luas. “Kaulah orang yang memahami aku. Pagi ni, dia makan strawberi dengan plain yogurt. Weird right?
            “Pelik apa? Orang putih selalu makan macam tu apa…” alih Johan sambil tertawa. “So, dia buat apa lagi hari ini?”
            “Biasalah, mood swing. Boleh-boleh dia keluar dari rumah jam 5 pagi. Pergi mana pun aku tak tahu.”
            “Kau buat apa kat dia sampai dia stress macam tu?” soal Johan. Dia tidak percaya Amini meninggalkan Rizal tanpa sebarang sebab.
            “Aku mana ada buat apa-apa,” jawab Rizal membela dirinya sedangkan dia tahu, mungkin Amini lagi teringat akan sewaktu dia menuduh Amini.
            “Macam aku percaya.” Johan memberikan muka yang tidak percaya kepada Rizal. “So, mana bini kau sekarang?” tanya Johan lagi.
            Rizal meletakkan pennya di atas meja semula. “Dia keluar dengan kawan dia tadi…” sampai sekarang Amini masih belum menghubunginya.
            “Hurm, patutlah kau frust menonggeng, ditinggalkan bini rupa-rupanya.”
            “Tolong sikit ya…” alih Rizal. Telefon bimbitnya yang berdering itu laju saja diangkat. Johan memerhatikan tingkah Rizal yang sangat berbeza itu. “You kat mana? You nak balik sendiri? No, Ami! You ada kat mana, I’m GOING and PICK you UP. Okay, will be there in a minutes. Jangan pergi mana-mana, you got it?” Rizal memegang telefon bimbitnya dan terus berdiri. Bila perasan dirinya direnung tajam, dia terus memandang Johan.
            “Sejak bila kau jadi King Control ni?” tanya Johan pelik.
            “King control?” berkerut dahi Rizal. Johan menggelengkan kepalanya. Dia berjalan mendekati Rizal, tangannya diletakkan di atas bahu Rizal.
            “Kau memang control dia sekarang ni. Patutlah Amini lari pagi-pagi lagi dari kau.” Johan membuat spekulasinya sendiri lagi. Dia tidak menyangka yang Rizal akan berkata seperti itu kepada Amini, kalau dengan Nelly, alahai! Lembut gigi dari lidah. Rizal selalu ikut kemahuan Nelly tapi Amini. Rizal memang tidak berlaku adil atau pun… dia mengangkat kepalanya, tampang itu ditatap buat seketika. “Yang dahi kau berkerut seribu tu kenapa?”
            “Dia buat aku risau.”
            “Siapa?”
            Rizal melagakan giginya, mengeluarkan satu irama yang tidak berlagu. “Amini.” Rizal membetulkan bajunya. “Tak apalah, aku pergi dulu.”

            BIAR BETUL! Aii! Rizal yang dia kenal bukan Rizal yang itu. Rizal tidak pernah seperti itu. Biarpun hubungan Rizal dan Nelly sudah lama tapi Rizal tidak pernah berlagak seperti itu. Terlebih protective.
            Jari-jemarinya mengusap-usap dagunya, masih memikirkan permasalahan rakannya itu. Rumit. Sangat merumitkan. Rizal bukan jenis orang yang suka ambil tahu pasal orang lain sedangkan masalah Nelly juga tidak pernah Rizal ambil tahu.
            Rizal, Rizal… intercom berbunyi tiba-tiba.
            “Encik Johan, Puan Chong nak jumpa.”
            Kacau daunlah pula.
            “Okey, saya datang.”


No comments:

Post a Comment