AWAL pagi lagi Amini bangun dari tidurnya. Bukan kerana tidak nyenyak
tidur rasa tidak selesa pada perutnya membuatkan dia tidak senang tidur. Sakit
yang menjalar sehingga ke bahagian pinggangnya itu menyucuk-nyucuk. Dia
mengerling pada jam digital yang ada di sisi Rizal. Baru jam lima pagi. Rizal
masih tidur lagi. Dia sendiri kurang pasti jam berapa Rizal tidur semalam. Dia
yakin lelaki itu masih membuat kerjanya semasa dia sudah berbaring di atas
katil. Jaket nylon berwarna putih itu dikeluarkan dari almari. Perlahan-lahan
Amini menapak keluar dari rumah itu menuju ke kolam renang yang menjadi tempat
dia terjatuh malam semalam.
Dia memberanikan diri menaiki lif
itu seorang diri walau bulu tengkuknya sudah meremang. Dia cuba tidak
mengendahkan filem-filem seram dan cerita-cerita yang dia pernah tonton dan dengar.
Bukan dia tidak biasa berhadapan dengan benda-benda seperti itu, dia hanya
belum bersedia. Gila!
Amini menekan butang G untuk
sampai ke bawah. Bila pintu lif itu terbuka, dia terus melangkah keluar. Masih
gelap lagi tapi matahari pasti akan menunjukkan sinarnya sebentar sahaja lagi.
Rizal! Dia menyeru nama lelaki itu
di dalam hatinya. Lelaki itu buat dia keliru. Rizal boleh jadi orang yang baik
tetapi boleh berubah sekelip mata. Mampukah dia bertahan untuk menghadapi semua
ini? Amini memejamkan matanya. Dingin subuh yang masih terasa itu menggigit
kulitnya. Dia memerhatikan air di dalam kolam renang itu seketika. Air itu
berkilau apabila terkena cahaya daripada lampu yang dipasang berdekatan dengan
kolam renang itu. Kalau sahaja dia boleh berenang, sudah tentulah dia akan
berenang di dalam kolam itu.
Kepalanya diangkat. Tembok yang
diperbuat daripada kaca itu membolehkan dia melihat lampu-lampu yang
terang-benderang menerangi kota. Entah sampai bila agaknya dia mampu bertahan.
Rizal tidak pernah berbicara mengenai cerai. Dia berharap agar dia dilepaskan
oleh lelaki itu. Tapi, sanggupkah dia melihat wajah tua itu sedih lagi?
Tidak! Aku tidak boleh buat mama
menangis lagi.
“HAI,” sapaan itu membuat Amini
tersentak. Siapa pula yang menyapanya pagi-pagi buta seperti ini? Bulu
tengkuknya mula meremang. Dia berdoa banyak-banyak di dalam hati. Berharap agar
dia tidak melihat makhluk yang berlainan spesis darinya.
Seorang perempuan yang juga
mengenakan gaun putih itu menyapanya. Dia terlihat rambut yang terurai di
belakang. Siapa perempuan itu?
“Saya Kaliesa,” perempuan itu datang
mendekatinya dan menghulurkan tangannya. Amini menyambut huluran itu.
“Amini,” jawabnya. Amini
memerhatikan senyuman yang terukir di bibir perempuan itu. Cantik!
“Amini tinggal di sini jugakan,”
perempuan yang bernama Kaliesa itu berbicara lagi Amini menganggukkan
kepalanya. Was-was sama ada perempuan ini salah-satu daripada teman wanita
Rizal atau pun tidak.
“Rumah suami saya.”
“Ohh, lelaki yang hari tu suami
Aminilah?” tanya Kaliesa lagi. Berkerut dahi Amini. Kaliesa pernah bertemu
dengan Rizalkah atau Kaliesa ini betul-betul sahabat Rizal? Amini nampak
senyuman terukir dibibir itu. “Sorry.
Saya ternampak Amini jatuh dalam kolam ni hari tu. Your hubby save you and hug you. Sweet sangat…”
Amini tidak berkata apa-apa. Mungkin
orang yang tidak tahu situasinya akan mengatakan seperti ini sedangkan dia tidak
pernah merasakan sedemikian. Dia duduk di sebuah bangku yang tidak berapa jauh
dari tempat mereka berdiri sekarang ini. “Thanks,”
jawab Amini perlahan.
Kaliesa turut duduk di sebelah
Amini. “Hidup berumah tangga tak semuanya indahkan? You know what, I have been married for three years now.”
Pengakuan Kaliesa itu membuatkan
Amini terkedu. Dia memandang Kaliesa dari atas ke bawah. Tiga tahun berkahwin
dan masih nampak slim macam ini? “Kaliesa ada anak?”
Kaliesa menggelengkan kepalanya.
“Tak ada. Kami kahwin selepas beberapa minggu kenal. Lepas tu, kami berpisah
untuk dua tahun. Dan sekarang kami bertemu kembali, secara tak sengaja.”
“At
least, kamu saling kenal.”
“You
don’t know your husband?” Amini sedar Kaliesa terkejut dengan kata-katanya.
Sesiapa pun mungkin akan memberikan reaksi yang sama.
“I
do, now.” Amini menarik nafasnya panjang-panjang. Dia melunjurkan kakinya.
Tumit seliparnya dihentak-hentak perlahan di atas simen. “Dia ada girlfriend tapi terpaksa berkahwin
dengan saya.” Masih teringat lagi pasangan kekasih itu bertemu di Tanjung Aru.
“Ohh…” lirih Kaliesa. “So, you guys sekarang…”
Amini senyum. “Dia datang dari
keluarga yang berada dan saya pula sebaliknya. Of course we don’t love each other. He called me a gold digger,
materialistic…” ternganga Kaliesa mendengar cerita Amini. “But it’s better than being called as a whore
right?”
“Kalau dia tak suka kau, kenapa dia
lepaskan kau sahaja?”
Amini terkedu. Ada juga orang yang bersimpati kepadanyakah? Kau buka
pekung di dada sendiri Amini! Bagaimana kalau perempuan ini salah-satu daripada
teman wanita Rizal yang berpura-pura simpati pada kau? “He won’t let me.” Amini menundukkan kepalanya. “Dia tak akan
lepaskan saya.”
“Do
you love him?” tanya Kaliesa lagi.
Amini menggelengkan kepalanya. Dia tidak akan pernah jatuh cinta pada
lelaki seperti Rizal.
“Kau tahu tak, kau boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada itu. You deserve more than him.”
“Thanks
tapi saya tak pernah ada boyfriend.”
Terjungkit kening Kaliesa. Dia terus
sahaja menghulurkan tangannya pada Amini. “We
are in the same boat.” Amini menyambut huluran itu.
“You
do? Kau tak pernah ada boyfriend
juga?”
“My
husband now, lelaki yang saya pernah ada. Well, I’m 25. You?”
Amini mengecilkan matanya. “Jodohkah
ni? I’m 25 too.” Amini mengangkat
tangannya, memandang pada jam di telefon bimbitnya. “Dah lewat. Saya kena
balik. Mr.Beast tu nanti mesti ingat
saya dah larikan diri. Saya kena balik sekarang.”
“Mr.Beast?”
“Sebab dia garang macam Beast.”
“And
I called mine Mr.Grumpy…”
Mereka tergelak bersama-sama. Amini
sudah berjalan di hadapan. “Amini,” panggil Kaliesa. Amini berhenti dan menoleh ke belakang. “Can I have your number?”
PERLAHAN-LAHAN Amini menolak pintu
itu, berharap agar kehilangannya sebentar tidak akan disedari. Dia menutup
pintu itu perlahan-lahan lagi. Terjengket-jengket dia berjalan. Langkahnya
terhenti apabila dia ternampak sepasang kaki menutup jalannya. Dia mengangkat
kepalanya.
Rizal merenungnya dengan tajam.
“Terjengket-jengket macam belalang. You
dari mana?” tanya Rizal kasar. “Berapa kali
I kena bagi tau you yang jangan
keluar dari rumah ni. You tak tahukah
di luar tu tak selamat Ami?”
“Kalau tahu tempat ni tak selamat
kenapa bawa saya datang sini?” bidas Amini. Dia terus melintasi Rizal yang
sudah mencekak pinggangnya itu. Amini meletakkan telefon bimbitnya di atas
meja. Dia masuk ke dalam bilik mandi membasuh kakinya dan kembali ke katil. Dia
merebahkan tubuhnya dan menarik selimut menutup tubuhnya.
Rizal menarik selimut itu.
“Rizal!” marah Amini.
“Bangunlah, dah masuk subuh.”
Amini menarik semula semula selimut
dari tangan lelaki itu. Dia menutup tubuhnya semula. Tidak memperdulikan Rizal.
“Ami!” panggil Rizal. Kali ini dia
menepuk kaki Amini pula. Dia mencuba cara itu pula untuk menyedarkan Amini.
“Saya periodlah!”
“Lahh! Cakaplah awal-awal. Tak
payahlah nak susahkan I kejutkan you.” Rizal berlalu menuju ke bilik
mandi. Amini period? Sejak bila? Dia
tertanya-tanya. Bila dia melangkah masuk, matanya tertancap pada bakul sampah
kecil yang diletakkan berdekatan dengan pintu. Terangguk-angguk kepalanya, bila
dia ternampak bungkusan putih itu. Amini berkata benar…
ALARM yang dia set berbunyi. Jam
7.30 pagi. Aik! Terkejut Amini bila melihat Rizal terbaring dikatil juga.
Lelaki itu mungkin sambung tidurnya selepas solat subuh tadi. Amini rasa kurang
selesa bagaikan terkencing. Dia turun dari katil, tergamam dia melihat cadar
putih itu ada satu tompok darah yang masih basah. Dia tidak menyangka yang
darah itu akan keluar dalam kuantiti yang banyak. Dia pegun sebentar, involuntary action. Dia tidak boleh
mengawal pengaliran keluar darah itu walaupun dia cuba menahan gelombang kedua
daripada turun di tempat yang sama..
“Alaaa…” keluh Amini. Keluhan itu mengejutkan Rizal dari tidurnya. Dia
melihat muka Amini yang resah itu. Dia turut memandang pada tempat yang sedang
dipandang Amini. Terjungkit keningnya tatkala ternampak tompokan darah itu. Dia
nampak Amini sedang menarik belakang gaunnya dan memerhatikan gaunnya yang
terkena tompokan darah itu.
Macam mana boleh bocor pula ni? Dia sudah pakai yang panjang pun masih
bocor juga.
Rizal
bangkit. Berpura-pura tidak nampak reaksi terkejut Amini. “Pergilah mandi, I ganti cadar ni…” ujar Rizal sambil
menguak rambutnya ke belakang. Amini menggigit bawah bibirnya.
“Sorry Rizal, saya kotorkan
tilam ni.”
“It’s okay. Kita boleh hantar
cadar ni pergi dobi.” Rizal sudah melipat selimut itu. Dan dia membuka cadar
yang kotor itu. Memang sudah sampai masa cadar itu dicuci pun. Lucu dia melihat
muka cuak Amini. Pertama kali dia melihat keadaan seperti itu.
Hurmm, jadi inilah kerisauan yang ada pada perempuan setiap kali datang
bulan?
No comments:
Post a Comment