Wednesday, 5 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 19


JODAN memandang isteri Rizal dari atas ke bawah, memang patut pun Rizal tidak lagi menghabiskan masanya di kelab. Berdasarkan pakaian yang dikenakan oleh isteri Rizal itu sudah menunjukkan sedikit sebanyak personalitinya. Rizal sudah punya seorang isteri yang baik. “I’m glad to meet you, Mrs…”
            “Amini,” jawab Amini sambil menyambut tangan yang dihulurkan oleh Jodan. Rizal hanya memandang dengan rasa kurang senang tatkala Amini menyambut huluran itu. Kenapa mesti berjabat tangan? Tidak bolehkah sekiranya bersapa senyuman sahaja?
            “Cantik your wife Riz,” puji Jodan.
            Kembang kempis hidung Amini dipuji oleh rakan Rizal itu tapi tidak mungkinlah dia harus menunjukkan rasa gembiranya di hadapan dua orang lelaki itu. “Saya minta diri dulu,” pinta Amini apabila dia terlihat pandangan mata Rizal yang tajam. Tidak sukakah lelaki itu apabila isterinya dipuji oleh orang? Kenapa harus marah?
            “Oh ya, I dengar company you ada join dalam mendapatkan tender projek perumahan dengan WK Group.” Jodan berkata apabila mereka melangkah menuju ke ruang makan.
            “Ya, I pun baru saja nak propose design rumah tu pada mereka, masih dalam perancangan lagi.”
            “Makan besarlah nampaknya company you kalau berjaya dipilih nanti,” ujar Jodan lagi, dia sendiri tahu WK Group merupakan pemaju perumahan yang berpengaruh besar di negeri ini. Bukan mudah menjalankan urus niaga dengan syarikat ini melainkan syarikat yang dipilih memiliki kriteria-kriteria tertentu tapi dengan pekerja yang berpengalaman seperti Rizal, semua itu tidak menjadi masalah.
            Amini hanya memasang telinganya. Rizal pasti tidak suka dia masuk campur dalam perbualannya. Lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Telefon bimbit Amini berdering, sebaik sahaja Rizal dan sahabatnya mengambil tempat di ruang makan. Amini cepat-cepat mengangkat panggilan telefon itu.
            “Hello,” jawabnya. “Angel? Kenapa ni?”
            “Cantiklah kawasan rumah suami kau.”
            Suara itu! Itu suara mabuk milik Angel. “What? Are you drunk?”
            “He want to sue me,” luah Angel.
            “He what?” meninggi suara Amini. Dia terpandang pada Rizal yang sedang merenungnya dengan tajam, begitu juga dengan Jodan. Amini beredar menjauhkan dirinya dari Rizal dengan berjalan ke ruang tamu.
            I have no money, what if I die? Mungkin semua ini tak akan berlakukan…”
            Amini menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah menguak rambutnya ke belakang, banyak andaian berlegar-legar di ruang kepalanya.
            “I should die…”
            “What the! Angel!!” marah Amini. “Where are you right now? Tell me,”
            “Buried or burn into ashes?” kali ini Angel memberikan Amini pilihan pula. Amini tidak dapat tahan lagi, Angel sudah tidak menjawab soalannya. Entah sudah berapa banyak minuman yang diteguk oleh Angel.
            “Kau ada di mana sekarang Angel, jangan buat saya risau.”
            Tut... panggilan sudah dimatikan.
            “Ya Allah!” Amini masih lagi tercegat di tengah ruang tamu. Dia memejamkan matanya, cuba memikirkan di mana keberadaan Angel sekarang ini. Skrin telefon ditatap, dia mendail nombor telefon. Butang hijau ditekan dan dilekapkan di telinganya.
            “Hello Tracy, Angel ada di mana sekarang?”
            “Aku pun tak tahulah Mi, dia keluar dari lounge dahulu…”
            So you guys pergi lounge tadi?”
            Yep! She’s drinking too much, aku pun tak tahu dia dapat drive atau tak…”
“It’s okay, thanks.”
            Ini tak boleh jadi, macam mana kalau Angel betul-betul membunuh diri?
            “Kenapa Ami?” tegur Rizal, dia sudah lama mendengar perbualan Amini di telefon nampaknya ada sesuatu berlaku.          
            Amini menoleh, dia menggelengkan kepalanya. Ahh!!
            “Err Rizal, saya nak pinjam kereta.”
            Berkerut dahi Rizal. “You nak pergi mana malam-malam buta ni?” tanya Rizal lagi. Amini sudah pun mencapai kunci kereta Rizal yang diletakkan di atas meja kopi di tengah ruang tamu.
            “Can’t tell ya, got to go.”
            I pergi sama dengan you,” usul Rizal. Dia sudah berdiri dari bangkunya.
            No, it’s okay. Saya boleh pergi sendiri, temankan your friend. Sorry encik Jodan, something come up. Enjoy your dinner, have a great night.” Langkah Amini terhenti di hadapan pintu, dia terlupa pada dompetnya. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam bilik, mengambil dompetnya. Sempat juga dia mencapai penyembur cili yang ada di dalam beg tangannya.
            “Are you sure you can handle it by yourself?” soal Rizal.
            “Saya ada ini,” Amini menunjukkan penyembur cili dan alat pengejut elektrik yang disimpan untuk keselamatan dirinya. “Saya pergi dulu.”
            “Ami,”
            “Yes!” Amini menoleh sekali lagi.
            “Jangan lewat, if anything happen call me.” Rizal berpesan lagi, risau dia membiarkan Amini keluar tengah-tengah malam sebegini, lagi-lagi bila kawasan ini pernah ada orang dibunuh, diragut, dirogol…
            Amini tersenyum. Dia mengangkat tangan kanannya, “Yes sir!” dia memberikan tabik hormat kepada Rizal sebelum melangkah keluar. Tersenyum Jodan melihat tingkah isteri Rizal.
            “You should go with her then,” ujar Jodan.
            “She can handle it,” jawab Rizal. Dia berpura-pura menjawab seolah-olah tidak ada apa-apa akan berlaku padahal di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ini pasti berkaitan dengan perempuan yang menghubungi Amini siang tadi.
           
            AMINI menghentikan keretanya di hadapan menara pemerhati DBKK apabila dia terlihat Angel sedang berdiri di atas menara itu. Di mana Angel memarkirkan keretanya?
            “Angel,” panggil Amini sebaik sahaja dia turun dari kereta BMW milik Rizal. Dalam kegelapan malam, Amini dapat lihat Angel muntah.
            “Mimi! Macam mana kau tahu aku ada di sini?” tanya Angel dalam nada mabuknya. Amini yang menghampirinya mengambil tempat di sisinya.
            “Wah! Cantiklah kereta kau, suami kau punya eh?” tanya Angel lagi sambil tersenyum-senyum. Dia sudah pun terduduk di atas lantai menara itu. Amini tidak menjawab sebaliknya dia mengucap rasa syukur di dalam hati. Mujurlah Angel tidak membunuh dirinya. “Nah!” Angel memberikan Amini setin minuman keras. Amini menyambut tetapi tidak dibuka. Angel membuka minuman itu dan diteguk dengan rakus.
            “Tadi, bangsat tu ada bagi tau aku yang dia tak mahu lepaskan aku. Kalau aku ingkar dia akan saman aku dan ugut aku.” Angel meneguk lagi minumannya.
            Amini hanya mendengar, dia tidak mahu memberikan apa-apa respon. Melayan orang mabuk sama seperti melayan orang gila berbicara. Tidak ada maknanya. Dia memerhatikan lautan yang terbentang luas, lampu neon menghiasi Bandaraya Kota Kinabalu ini.
            “Patutkah dia saman aku sebab aku tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri? Ada dia beri duit pada aku? Tak ada!” Angel meluahkan lagi isi hatinya, sudah hampir sejam Angel meluahkan perasaannya, berulang-ulang kali. Menemani Angel lebih baik daripada bersama-sama dengan Rizal di rumah, terima kasih juga kepada Angel kerana membantunya keluar rumah pada hari ini. Bau asap rokok yang dihisap Angel mengganggunya. Dia tidak suka pada rokok. Dia memerhatikan Angel yang menyelang-selikan minum bir dan menghisap rokok, nampak begitu tenang sekali. Walaupun Angel sudah berumur 30 tahun tapi Angel masih kelihatan cantik, mungkin sebab itulah Lee tidak mahu melepaskan Angel dengan begitu mudah.
            Amini mengangkat kepalanya tatkala ternampak sebuah kereta berhenti di belakang keretanya. Siapa itu? Dia mengeluarkan senjatanya dari dalam kocek. Dia harus bertindak dengan berhati-hati. Siapa tahu penyangak antarabangsa!

            RIZAL memandang pada perempuan mabuk yang sedang terduduk di atas lantai. Dia mengalihkan pandangannya kepada Amini, mengharapkan penjelasan daripada Amini. Amini tidak memperdulikannya sebaliknya Amini masih terus memerhatikan Angel.
            “Uwahhh! Your husband hensemlah Mi,” puji Angel sambil menepuk-nepuk kaki Amini. “Lee pun hensem juga,” luah Angel, tiba-tiba dia teringat pada suaminya. “Lelaki hensem semuanya tak guna, ada isteri pun masih lagi teringat pada perempuan lain. Lelaki macam tu patut kena potong!” Angel menunjukkan contoh kepada Amini. Terjungkit kening Amini, faham benar maksud yang disampaikan oleh Angel, lucu dia dengar ayat yang diucapkan oleh Angel. Pandangannya beralih pada Jodan, rakan Rizal. Jodan sejak tadi hanya memandang Angel, tidak dialihkan pandangan itu. Adakah Jodan juga sudah tertarik dengan Angel?
            I’m sorry Amini, I tak boleh beri contoh baik pada you. You!” Angel mengangkat tangannya, dia menunjuk pada Rizal menggunakan jari telunjuknya. Dia membulatkan matanya yang cuba melawan rasa mabuk.
            “Kalau you buat Amini macam bangsat tu buat pada aku, I’ll kill you! Even I mati sekalipun, hantu I akan cari you.”
            Terkedu Rizal, sampai begitu sekali perempuan mabuk itu berkata-kata. Tidak pasal-pasal dia juga terbabit sama. Matanya tertancap pada minuman yang dipegang Amini. Bukankah itu minuman keras? Amini juga minum?
            You had enough Angel, mari saya hantar kau pulang.” Amini cuba memapah Angel tapi dia tidak dapat mengangkat tubuh itu, mujurlah ada Jodan yang membantu. Harapkan pada Rizal? Huh! Sejak tadi lelaki itu tidak berkata apa-apa.
            “Twinkle, twinkle little star…”
            “Ahh sudah, dia nyanyi pula.” Amini menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Biar I yang hantar kawan you Amini, you bagi I alamat rumah dia sahaja.”
            Amini menganggukkan kepalanya. “Oh ya, you might need this…” Amini menghulurkan sehelai beg plastik kepada Jodan. Amini mendekati Angel, dia menyisipkan minuman yang diberikan oleh Angel tadi kembali di tangan Angel.
            “Ehh! Aku lupa kau tak minum…” Angel berkata sambil tertawa. Dia berjalan terhuyung-hayang dan ditemani oleh lelaki Belanda itu. Amini hanya menghantar dengan pandangannya, dia berharap agar lelaki Belanda itu tidak melakukan apa-apa terhadap Angel.
            Amini mendekati Rizal. “Macam mana kau tahu saya ada di sini?” tanya Amini.
            “Kereta I ada GPS. I boleh detect kereta I bila-bila masa sahaja…”
            Amini tersenyum tawar, terlupa pula pada kereta mewah itu dilengkapi dengan sistem sekuriti yang ketat. Dia memberikan Rizal semula kunci kereta lelaki itu. Dia masih lagi memikirkan mengenai keselamatan Angel.
            “Jangan risau, Jodan tak akan pernah tidur dengan perempuan mabuk.”
            Eh! Macam mana?
            “Rizal,” panggil Amini perlahan. Rizal menghentikan langkahnya, Amini datang meluru padanya. Tubuhnya didakap oleh Amini, erat. “Thanks for coming.”
            Bagaikan melayang tubuh lelaki itu sebaik sahaja Amini mendakap tubuhnya, terlalu rapat, lagi-lagi apabila Amini melekapkan pipinya di dadanya. “Ami…” teragak-agak Rizal memegang bahu Amini, ditolak tubuh itu, melepaskan pelukan. Amini mengangkat kepalanya. “Kenapa ni?” soalnya apabila ternampak pipi itu dibasahi air mata. Amini perasan, cepat-cepat dia menyapu air matanya. Dia melarikan pandangannya ke tempat lain.
            “Jom balik!” ajak Amini sambil berjalan pantas menuju ke kereta Rizal yang diparkirnya di tepi menara sebentar tadi.
            Amini menangis? Kenapa? Tidakkah Amini tahu, dia paling pantang melihat perempuan menangis di hadapannya?

            PANGGILAN telefon daripada rakan-rakannya dibiarkan begitu sahaja, panggilan telefon mengajak ke kelab itu tidak diendahkan sejak kebelakangan ini. Dia sibuk, kerjanya masih bertimbun dan dia masih perlu perhatikan Amini. Ya! Perhatikan Amini, dia tidak boleh melepaskan pandangannya daripada memerhati akan gerak-geri Amini sepanjang tinggal bersama dengannya di kondominium ini. Kalau boleh, dia tidak mahu Amini keluar dari rumah pun meski hanya menuju ke luar. Residen kondominium ini kebanyakannya dihuni oleh lelaki-lelaki bujang. Lelaki-lelaki yang berjawatan tinggi dan mampu membuat apa sahaja.
            You must be a good architect right?” soalan itu meniti di bibir Amini, pelan 3D yang ada di dalam komputer riba milik lelaki itu diperhatikan. Memang cantik rekaan bangunan itu. “Design bentuk rumah di taman perumahan? Tapi lebih cantik kalau rumah tu ada keunikannya tersendiri, ada daya penarik bukan dari segi rekaan landskap tapi dari rumah itu sendiri. Might be good right,” Amini memandang Rizal yang sedang berdiri di sebelahnya. Minuman panas yang dibancuh oleh Amini tadi disisip penuh nikmat. Dia cuba menafsirkan maksud yang ingin disampaikan oleh Amini. Berkerut dahinya...
            Rekaannya diperhatikan, mencari-cari kelemahannya. Dia perlu buat sebaik mungkin untuk mendapatkan tender itu. “What do you mean by unique?” soal Rizal. Matanya berpadu dengan Amini.
            Well,” matanya dilarikan dari terus direnung oleh Rizal. “Don’t judge a book by its cover. Kadang-kala rumah yang kita nampak biasa di luar tetapi mempunyai rekaan bentuk dalaman yang menarik, I’m not talking about interior design but by the way you express the uniqueness through your design in the house. The stairs maybe or the balcony, maybe attic in the house. Why don’t you bring classic to modern life? You should combine it, bukankah trenda sekarang dah kembali ke trenda zaman agogo.” Amini tersenyum.
            Rizal meletakkan jari-jemarinya di dagu, dia mengusap-usap dagunya perlahan-lahan dan cuba membayangkan rumah seperti yang diberikan bayangannya oleh Amini.
            Amini menguap. Dia menolak rambutnya ke belakang. “Anyway, take your time. Nak makan apa untuk sarapan besok?” tanya Amini.
            Terkedu Rizal. Amini benar-benar ingin menyediakan makanan mengikut citarasanya kalau tidak masakan Amini kerapkali bertanya kepadanya. “Make me surprise Amini,” ujar Rizal.
            Amini memberikannya senyuman.
            You dah makan belum?” soal Rizal, sebaik sahaja pulang tadi Amini terus sahaja membersihkan pinggan mangkuk yang kotor. Dia sendiri tidak pasti sama ada Amini sudah makan atau pun belum.
            “Saya tak lapar,” jawab Amini. Jam sudah melepas pukul 10 malam, tidak mungkinlah dia akan mengisi perutnya lewat malam sebegini. Rizal menatapnya tanpa mengelipkan matanya. Lelaki itu berdiri. Dia menghampiri Amini, lengan itu dipegang, ditarik ke dapur.
            “Makan, nanti kalau sakit susah…”
            “Rizal, dah lewat ni nanti tak terhadam pula,” beritahu Amini. Dia melepaskan tangannya dari pegangan Rizal. Lelaki itu tidak mengendahkan, sebaliknya lelaki itu mencapai mug dan membancuh minuman. Nestum? Bisik hati Amini, dia bagi aku minum nestumkah?
            “Minum ni, sekurang-kurangnya perut you beralas. Apa sebenarnya yang berlaku tadi?” tanya Rizal. Amini bukan main risau lagi tadi, alih-alih Amini menemani perempuan itu di menara pemerhati pula.
            “Suami dia tak nak ceraikan dia,” jawab Amini ringkas. Dia masih belum serasi untuk menceritakan setiap masalah yang dihadapinya pada lelaki itu.
            Ternaik kening Rizal, dia memerhatikan Amini meneguk minuman itu sedikit demi sedikit. “Kenapa nak bercerai pula?”
            “Sanggupkah bila suami ada perempuan lain, tak bagi nafkah dan tak pedulikan isteri? Lagi-lagi bila suami ugut akan memukul isteri kalau isteri tak dengar cakap. Kalau menurut Islam, isteri berhak menuntut fasakh bukan? Dan bagi mereka, mereka berhak mendapat tuntutan cerai.” Panjang lebar jawapan yang diberikan oleh Amini, pada masa yang sama dia hanya mahu menyedarkan Rizal agar tidak melakukan perkara yang sama.
            “Tapi dalam Islam, suami boleh berkahwin sampai empat…” tambah Rizal tidak mahu mengaku kalah.
            “Kahwin empat tanpa bersandarkan pada nafsu, itu betul. Lelaki itu juga kena pandai menjaga dan boleh berlaku dengan seadil-adilnya, kalau tak boleh jangan beranganlah nak berkahwin empat.” Amini menyindir lelaki itu lagi, kali ini disertai dengan jelingan yang tajam. Tersenyum Rizal, Amini nampaknya tidak mahu dirinya dimadukan. Boleh tahan juga perempuan ini ya.
            Amini memandang air yang tinggal sedikit di dalam mugnya, “tapi kalau lelaki itu bahagia bersama dengan perempuan lain, apa salahnya mengundurkan diri demi kebahagiaan lelaki itu,” perlahan nada Amini berbicara, seperti berbicara pada dirinya sendiri.
            Tekedu Rizal. Apa maksud Amini? Amini sudah membasuh mugnya sebelum meninggalkan dia yang masih lagi tercegat di dapur sedangkan Amini sudah berlalu ke ruang tamu.



No comments:

Post a Comment