TERBONGKOK-bongkok Amini keluar dari bilik mandi bersama dengan tuala
yang dililit pada badannya. Rasa sakit pada bahagian uterus itu menggigit-gigit
seperti biasa, ditambah lagi dengan bahagian belakang. Buang air besar pun
sakit. Semua badannya sakit. Lagi-lagi dibahagian dadanya.
Amini mengeluarkan pakaiannya dan
dipakai satu-persatu. Cuba tidak mengendahkan pada sakitnya. Setiap bulan dia
berhadapan benda yang sama. Sakit itu hanya akan mengambil masa beberapa minit
sahaja. Dan semuanya akan kembali seperti normal.
“You
nampak pucat?” tegur Rizal sebaik sahaja Amini datang ke meja makan. Rizal
sudah meletakkan sekeping roti bakar yang sudah disapu jem di pinggan Amini.
Rizal membancuh Horlicks untuk Amini dan kopi untuknya. “Are you okay?”
Amini menganggukkan kepalanya sambil
menggigit roti bakar itu. Minuman yang ada disediakan oleh Rizal untuknya
diteguk perlahan. Mual ditekaknya. Dia meletakkan semula di atas meja.
“Kenapa? Tak sedapkah?” tanya Rizal bila nampak Amini menjauhkan mug
itu darinya. Dia nampak Amini menarik minumannya pula. Tanpa segan silu Amini
menjadikan minuman itu menjadi miliknya. “Orang period tak boleh ambil kafein, lagi-lagi you ni.” Rizal menarik semula mugnya.
Amini menggigit sedikit lagi roti
itu. Tekaknya masih tidak dapat menerima benda-benda manis. Dia meletakkan roti
itu diatas pinggan semula. Dia membasahkan bibirnya. Kecur air liurnya apabila
teringat benda yang masam.
“Tak makankah?” soal Rizal apabila
nampak Amini meninggalkan sarapannya begitu sahaja. Amini kembali bersama lima
biji strawberi dan plain yogurt itu.
“Ami, awal pagi makan yogurt, gastrik
nanti.” Dia menegur Amini.
“Saya nak makan yang masam,” jawab
Amini. Sesekali dia mengambil air Rizal dan meneguk perlahan.
“You’re
acting like pregnant woman.” Rizal memerhatikan Kaliesa mencelupkan roti
bakar tadi ke dalam yogurt dan makan
seperti biasa. Ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badankah yang menyebabkan
perempuan yang period mempunyai
ciri-ciri seperti perempuan mengandung?
“MASUK,” arah Rizal sebaik sahaja
mereka selesai sarapan tadi dia terus menyuruh Amini menukar pakaiannya.
“Kita nak pergi mana sebenarnya
ini?” soal Amini, sepatutnya mereka pergi ke rumah ibu bapanya.
“Masuk jelah, banyak tanya pula.” Geram pula Rizal bila nampak Amini
berkeras seperti itu.
Benci Amini bila lelaki itu
membawanya berjumpa dengan rakan-rakannya. Bukan tidak suka tetapi dia tidak
mahu rakan-rakan Rizal itu mengatanya hanya kerana dirinya yang tidak setaraf
dengan Rizal. “I’m not going to meet your
friends Rizal!” bentak Amini pula. Dia masih tetap berdiri di sisi kereta
itu, enggan masuk ke dalam kereta itu walaupun Rizal sudah menunjukkan muka
geram.
“Jangan nak mengada-ngada Ami.”
Amini membesarkan matanya. “Nak offer saya duit lagi? You are nothing Rizal but shit. I hate you
and I’ll always hate you.”
“Bukan you perempuan jenis macam itukah?” duga Rizal. Perasan yang Amini
mudah sahaja melenting hari ini. Pengaruh hormon, bisik hatinya. Dia membuka
pintu dan memaksa Amini masuk ke dalam kereta. Dia terus menutup pintu itu
sebaik sahaja Amini duduk sambil menyilangkan tangan di dadanya. Naik turun
dada Amini, menahan marahnya.
Rizal mengerling. “Marahkah?”
tegurnya. Amini terus sahaja membuang pandangannya ke luar. Rizal menurunkan brek
tangan dan mula menekan minyaknya. Dia nampak Amini memegang bawah perutnya,
menggosok-gosok bahagian itu perlahan.
“I
nak jumpa klien sekejap,” akhirnya lelaki itu bersuara memberitahu Amini
tujuannya. “Tak kan I nak biar you sorang-sorang kat rumah, mana tahu you turun di bawah tu lagi.”
Huh! Rizal benar-benar tidak mahu
dia turun ke bawah. Jadi, lelaki itu lebih sanggup membawa dia bersama. Amini
mengetap bibirnya, berkerut dahinya apabila cecair itu keluar dari badannya.
Sakit sahaja dirasakannya. Ngilu pun ada juga.
“Sakit sangatkah?” tanya Rizal,
sejak tadi Amini diam. Macam orang bodoh sahaja dia bercakap seorang diri
bertemankan radio yang dipasang. Amini memejamkan matanya rapat-rapat apabila
Rizal menekan breknya secara mengejut.
“Jangan tekan brek mengejut boleh
tak?” pinta Amini. Dia paling tidak suka sekiranya orang menekan brek secara
mengejut. Apabila brek ditekan secara mengejut tubuhnya akan terdorong ke
hadapan dan terhentak kepala serta belakang badannya ke bangku semula
benar-benar membuatkan isi kepalanya bergoncang. Sesiapa pun tidak suka bila
berhadapan dengan situasi seperti itu, sedang kereta lumba juga tidak berhenti
seperti itu. Huh!
“Okay,
I akan tekan smooth-smooth nanti.” Masih boleh bercakap rupa-rupanya, ingatkan
dah bisu. Bisik hati Rizal. “I jumpa
klien I kat Hyaat. You tunggu I, nanti kita jalan-jalan kat Wisma Merdeka.” Rizal memberhentikan
keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk ke hotel itu. Amini keluar. Kali
ini, dia tidak lupa membawa beg tangannya bersama. Seorang jockey datang mendekati Rizal dan Rizal memberikan kunci itu kepada jockey hotel itu, membiarkan jockey itu memarkirkan kereta untuknya.
Lengan Amini cepat-cepat dipegang
dan dia menggenggam jari-jemari itu. Amini nampaknya bijak memilih pakaiannya
hari ini. Gaun labuh bercorak bunga berlatarkan warna putih itu dan mempunyai
butang di hadapan nampak sesuai dengan kulitnya. Nampak seperti seorang isteri
CEO dan juga seorang guru. Ahh, personaliti seorang guru itu tidak pernah
hilang. Matanya dialih pula pada rambut itu pula dibiarkan begitu sahaja tetapi
bahagian rambut hadapan itu sudah diklip dengan klip rambut yang mempunyai
permata. Kasut tinggi yang berwarna merah itu tetap menjadi pelengkap Amini.
Entah kenapa Rizal suka melihat pernampilan Amini kali ini…
“RIZAL,
nice to meet you. Your wife?” lelaki cina itu bertanya kepada Rizal bila
ternampak Amini yang sedang berdiri di sebelah Rizal. Perempuan itu sejak tadi
mengukirkan senyumannya.
“Ya,” jawab Rizal.
“She’s
beautiful…” puji lelaki cina itu. Semakin melebar pula senyuman di bibir
Rizal. Bangga kerana isterinya? “Are you
a teacher?” soal lelaki cina itu kepada Amini. Kali ini matanya difokuskan
kepada Amini.
Terjungkit kening Amini. “How do you know?”
“Well,
it’s written all over your face.” Tersenyum lelaki cina itu. “Can
we start now?”
“Ya, sure.” Dia menoleh pada Amini terlebih dahulu. “I dah order drink for you. It’s
vanilla latte.” Beg bimbitnya dicapai dan terus sahaja mengajak kliennya
itu mengambil tempat di sebuah meja yang kosong.
“Do
you always order drink for your wife?” soal Tan. Dia tidak pernah melihat seorang
suami memesan minuman untuk isterinya melainkan isteri yang memesan minuman
untuk suaminya.
“I
tak boleh biar dia order drink
sendiri. Wife I tu, addicted dengan caffeine. Keluar masuk hospital sebab gastrik.”
“Must
be tough living without coffee. Never knew caffeine can make our gastric more
trigger.” Dia juga seorang penggemar kopi tapi setelah mendengar kisah
daripada Rizal, dia berfikir berkali-kali. Masuk hospital hanya kerana kafein?
AMINI duduk. Seorang pelayan datang
menghantar minuman yang dipesan oleh Rizal dan sepotong kek cheese. Macam
tahu-tahu sahaja lelaki itu yang dia inginkan rasa yang masin kali ini. Garfu
kecil yang ada di hadapannya itu diambil dan memotong sedikit bahagian,
dimasukkan ke dalam mulutnya.
Seorang wanita yang serabai dan
berpakaian kusam yang mendukung anaknya tiba-tiba sahaja berdiri di hadapannya.
Terkejut Amini. Wanita yang mungkin baru berusia awal 40-an atau lewat 30-an
itu memerhati makanannya. Wajah itu comot. Rambut itu kusut-masai begitu juga
dengan anaknya. Bila Amini melihat pada pakaian
yang dikenakan, lubang ada di sana, sini. Perempuan itu tidak kisah
berkaki ayam meski cuaca yang panas boleh membuatkan simen dan jalan raya
menjadi alat pemanggang semula jadi. Wanita itu memandang pada keknya sambil
menelan air liur. Wanita itu bercakap tapi suaranya tidak kedengaran disebabkan
cermin yang dijadikan dinding itu tapi Amini dapat menangkap butir itu melalui
pergerakan mulutnya. ‘Sedapnya?’
Amini menarik nafas
sedalam-dalamnya. Dia tidak boleh membiarkan wanita itu begitu sahaja. Dia
masih punya ada rasa simpati. Biar dia tahu, sindeket peminta sedekah semakin
berleluasa. Dia terus menuju ke bahagian kek. Dia memesan dua potong kek yang
sama dia makan sekarang ini. Amini meminta kek itu dimasukkan ke dalam kotak. “I’ll come back,” pesannya pada pekerja
itu. Amini berjalan ke luar. Pintu itu ditolak. Wanita tadi masih berdiri di
hadapan cermin, masih memerhatikan kek milik Amini.
“Ambil kek ni…” Amini menghulurkan
kotak yang berisi kek itu kepada wanita itu. Senyuman mulai terukir di bibir
wanita itu, menunjukkan giginya yang hitam berkarat.
“Terima kasih, terima kasih, terima
kasih,” jawab wanita itu berkali-kali, bersinar-sinar mata perempuan yang
berpakaian kumal itu? Pengemis. Sejak kebelakangan ini semakin meningkat
peratusan gejala pengemis di bandar ini. Gejala beggarism yang tidak pernah sudah. Tenaga orang tua yang cacat dan
kanak-kanak itu dieksploitasi untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri
dengan mengerah mereka meminta sedekah. Majukah Negara apabila peratusan pengemis
itu semakin meningkat? Angan-angan tinggi di angkasa entah digapai entahkan
tidak.
Kek itu
beralih tangan. Amini menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan wanita itu
sebentar. Wanita itu sudah melangkah meninggalkan kafe hotel itu dengan
senyuman yang meleret sehingga ke telinga. Amini menarik nafas dalam-dalam.
Miskin-miskin dia tapi ada lagi orang yang lebih miskin darinya sehinggakan
tidak cukup makan.
Amini melangkah masuk ke dalam kafe
hotel semula. Semua orang memandang ke arahnya. Terkaku dia sebentar. Kenapa
semua orang memandang pelik padanya? Seperti dia baru sahaja melakukan jenayah
besar. Amini berpura-pura tidak peduli. Dia terus sahaja mencapai beg duitnya
dan berjalan menuju ke kaunter semula.
“How
much?” tanya Amini.
“It’s
RM25 miss,” Amini menghulurkan sekeping not RM50 kepada cashier itu. Dan menunggu bakinya.
TIDAK berkelip mata itu daripada
menyaksikan perlakuan itu. Dia mengalihkan pandangannya kepada Rizal. “I tak percaya masih ada orang yang
bersimpati dalam dunia sekarang ni,” usul Tan.
Rizal tidak berkata apa-apa. Dia
sendiri terkata apa-apa. Amini membuatkan jantungnya berhenti buat seketika.
Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya? Perempuan materialistik yang
masih punya rasa simpati?
Dia nampak Amini tiba-tiba datang
menghampiri mereka. Amini mengangkat tangan pada Tan dan memberikan senyuman
maafnya. “Hi, sorry for disturbing.”
“It’s
okay,” jawab Tan. “I’m just wondering, kenapa you belikan kek itu daripada you bagi duit padanya saja?” baginya,
memadailah memberikan RM1 atau RM2 kepada mereka. Harga kek itu lebih mahal
daripada duit yang dia berikan!
Amini terdiam sejenak. Soalan apa
tu? Namun bila teringat akan perihal kek tadi. “Ohh, lagi okey kot kalau saya
belikan daripada bagi duit. Nampak yang mereka makan, kalau duit mungkin mereka
guna untuk beli benda-benda yang tak sepatutnya.” Terangguk-angguk lelaki itu,
ada benarnya juga.
Rizal mengangkat kepalanya apabila
Amini meletakkan tangannya di bahu lelaki itu. “Saya nak keluar sekejap, kawan
saya nak minta tolong. Boleh kan,” Amini berbicara dalam nada yang lembut.
“Kawan?” Amini terus menunjukkan
pada seorang perempuan yang sedang berdiri di sisi sebuah kereta Honda.
Perempuan itu menyandarkan badannya pada kereta. Bila dia perasan yang dia
sedang diperhatikan, dia terus sahaja mengangkat tangannya. “You nak I ambil you nanti?” duga
Rizal.
“Tak tahu lagi, later I call you. Okay, saya pergi dulu.” Amini menarik tangan
Rizal dan disalam cepat. Satu kucupan singgah di pipi Rizal. Tersenyum-senyum
Tan memandang pasangan itu. “It’s very
nice to meet you,” ucap Amini pada Tan sebelum berlalu.
Rizal melihat Amini keluar dan
menghampiri rakannya itu. Dia dapat lihat dua perempuan itu tergelak sebelum
Amini menerobos masuk ke dalam kereta itu. “I
envy you Rizal. You have such a lovely wife. And you still have lipstick on
your cheek,” tegur Tan. Dia menghulurkan tisu pada Rizal.
Perlahan-lahan Rizal mengesat gincu
Amini yang melekat dipipinya. Amini berpura-pura baik lagi…
No comments:
Post a Comment