Wednesday, 26 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 28


RASANYA tidak ada sudah rasa kemewahan mahupun kebaikan yang dia dapat lihat dari sini. Peak Condominium? Tiada suara kanak-kanak yang memeriahkan suasana di tempat ini. Tiada keceriaan yang dia dapat rasakan melainkan kedinginan. Amini memejamkan matanya. Sudah berapa lama dia bersama dengan lelaki itu di rumah ini? Dia sendiri kurang pasti dan sehingga kini dia masih belum dapat meneka siapa Rizal yang sebenarnya.
            Senja masih belum melabuhkan tirainya saat dia menurunkan kakinya mencecah lantai yang gersang ini tapi di satu sudut dia nampak satu gelanggang yang mulai dikunjungi. Terasa asing meski berpijak di bumi yang nyata. Bagaimana dia boleh berada di dalam lingkungan sosial ini sedangkan dia tidak pernah mengimpikan kehidupannya akan melalui fasa ini.
            “Hei Riz!”
            Amini turut memanggungkan kepalanya, mencari orang yang menegur Rizal. Dia mengerling pada Rizal pula.
            “Hei!” balasnya sambil mengangkat tangan. Deretan gigi itu terserlah di sebalik senyumannya. Rizal tidak pernah senyum begitu kepadanya melainkan senyuman sinis.
            “Join us?” lelaki itu mengangkat beg tenisnya, memberi isyarat kepada Rizal. Bila Rizal memandang Amini, cepat-cepat Amini melihat ke tempat lain.
            Maybe next time. My honey here, sakit.” Bahu itu terus sahaja ditarik rapat ke tubuhnya. Dia cuba memberikan senyuman rasa bersalah kepada rakannya.
            Ohh, too bad. It’s okay, kami chow dulu!” lelaki itu mengangkat tangan kanannya yang dibalut wrist band itu. Rizal mengekor langkah rakannya sebentar sebelum dialihkan pada Amini.
            Tangannya yang memegang bahu itu dilepaskan. Amini jalan mendahuluinya. Jauh di hadapan. Sedikit pun tidak mengajak mahupun memberitahu lelaki itu.
           
            SATU-PERSATU langkah dia atur, berjalan sehinggalah dia melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu. Beg tangan diletakkan di atas meja kaca dan tubuhnya direbahkan pada sofa kulit itu. Kepalanya bagaikan dihempas dengan batu-bata yang besar. Terlalu banyak masalah yang timbul hari ini. Satu rahsianya sudah terbongkar. Rahsia yang dia tidak pernah mahu diketahui oleh Rizal!
            Ya Allah!
            Tangannya diletakkan di atas dahinya. Jari-jemari itu memicit kepalanya perlahan-lahan berharap agar rasa sakit itu akan hilang dengan serta-merta. Matanya layu tapi dia masih perlu menyediakan makan malam. Perlahan-lahan dia bangkit dan mengambil beg tangannya, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Beg itu diletakkan di atas meja solek. Dia perlu membuka semua mekap yang dicalit di mukanya itu. Dan dia juga perlu menukar pakaiannya.
            Sehelai baju t dan seluar pendek ditarik keluar dari kabinet pakaian itu. Dia ternyata berkongsi kabinet pakaian dengan Rizal. Baju-baju milik lelaki itu tersusun kemas disebelah baju-bajunya. Mujurlah, Rizal tidak menjadikan kabinet itu sebagai satu isu. Amini menanggalkan gaun dari tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Dia membasuh mukanya. Lama wajah itu ditatap. Wajah ini adalah miliknya. Dia harus terima dengan seadanya. Cantik atau tidak, itu semua belakang kira. Syukur sekurang-kurangnya dia masih punya bibir yang masih boleh diukirkan senyuman kepada orang di sekelilingnya, bibir yang mengucapkan kalimah suci Allah.
            Tuala yang tersangkut pada palang itu ditarik dan membalut tubuhnya. Tahu tuala itu bukan miliknya tapi dia harus menutup tubuhnya. Rizal sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tidak mungkinlah dia melangkah keluar dengan berpakaian dalam pula.
            Amini nampak lelaki itu menanggalkan satu-persatu butang baju kemejanya. Tubuh itu terbina dengan baik. Biarpun tidak setegap The Rock, Rizal sudah mempunyai tubuh yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Bila mata itu beralih pada otot di dada itu… cepat-cepat Amini menundukkan kepalanya. Panas dirasakan mukanya.
Rizal sedar dirinya sedang diperhatikan Amini. Dia sedar bila mata itu dialihkan tapi dia tidak ambil kisah akan hal itu, selagi Amini masih isterinya dia tidak perlu berlagak seperti orang asing. Ditarik kemeja itu keluar dari seluar slacknya. Kedutan-kedutan bekas dituck in itu jelas kelihatan, dan kemeja itu ditarik keluar dari tubuh yang dikatakan seperti Christian Bale itu.
            “You’re wearing my towel.”
            Amini membuka matanya, juga membuka mindanya sedikit apabila terdengar Rizal berkata sesuatu kepadanya. “Apa dia?” soalnya perlahan.
            “Nevermind…” lelaki itu menanggalkan seluar slacknya pula. Tidak peduli pada Amini yang ada di dalam bilik itu. Kabinet dibuka dan mengambil seluar pendeknya. Rizal terus sahaja mengenakan seluar itu sedangkan Amini baru sahaja mencapai bajunya.
            “Saya nak pakai baju,” usul Amini perlahan. Dia berharap agar lelaki itu keluar dari bilik itu dan memberikannya peluang untuk memakai baju.
            “So?”
            “Nevermind,” kali ini giliran Amini pula yang berkata sedemikian. Dia melangkah masuk menuju ke bilik mandi dan mengenakan pakaiannya. Dia menyidai semula tuala itu pada palang besi. Dan menapak keluar bersama dengan pakaian rumahnya.
            You okeykah ni?” tanya Rizal, cuba memastikan yang Amini betul-betul sudah sihat sepenuhnya. Wajah pucat itu diperhatikan, bibir Amini sangat pucat.
            Tangan yang mengikat rambut itu diturunkan. “Saya okey, saya masak dulu.”
            You tak perlu masak, kita boleh makan kat luar.” Belum sempat Amini melangkah keluar, Rizal sudah berkata sedemikian.
            “Tak apa Rizal, saya tak ada selera nak makan makanan luar.” Amini sudah terbiasa makan masakannya sendiri, dia sendiri pun jarang makan di luar. Dia lebih suka makan di rumah, lagi jimat. Kadang-kala makanan di luar menggunakan minyak yang banyak. Makanan yang baik seelok-eloknya makanan yang dimasak di rumah. Lebih selamat dan sihat sebab kita tahu apa yang kita makan.
            Rizal tidak berkata apa-apa lagi. Dia sendiri sudah bosan makan di luar. Sekurang-kurangnya kehadiran Amini di rumah ini boleh menyenangkan kerjanya sedikit. Telefon bimbitnya berdering. Cepat dicapai. “Nelly?”

            TERGOPOH-GAPAH Rizal keluar dari rumah itu. Siap dengan baju polo dan seluar pendek khakinya. Cologne yang dipakai oleh lelaki itu melintasi Amini yang sedang memotong daging ayam di atas meja dapur. Lelaki itu pergi dalam keadaan yang tergesa-gesa.
            Amini meletakkan pisaunya di atas meja sebentar. Bunyi pintu ditutup itu membuatkan hatinya mula berdegup laju daripada degupan normal. Lub, dub, lub, dub, pantas… betapa lelaki itu bergaya dengan pakaiannya. Nelly? Bisik hatinya…
            Biarkanlah dia Amini. Matanya dialihkan pada bahan-bahan yang dia keluarkan. Mungkin lelaki itu akan makan malam bersama dengan kekasihnya. Dia tersenyum. Dungunya kau Amini! Buat apa kau masak banyak-banyak macam ini?
            Ya tak ya juga.
            “Everthing is so good in a summer air, just put behind all the problem that we share…” Amini memasukkan semula bahan-bahan mentah itu ke dalam peti sejuk sambil bernyanyi-nyanyi kecil. “Sunny, happy with the music no money, I’m thinking you’re on holiday, sipping yellow lemonade.” Dia menyambung lagi.
            Jam di dinding dipandang sekilas. Rizal ada mengatakan yang dia turun ke gim di dalam bangunan ini. Senyuman mulai terukir pada bibirnya. Kenapa dia tidak turun ke gim sahaja malam ini? Kalau Rizal bertemu dengan kawannya apa salahnya kalau dia juga turun bergembira di gim.
            Kakinya laju diorak menuju ke bilik tidur. Dia mengeluarkan seluar tight sukan yang dia gunakan selalu sekiranya dia bersenam di gim bersama dengan sahabatnya. Baju tanpa lengan yang ketat itu turut diambil, menggantikan pakaian rumahnya. Kasut Asic yang masih tersimpan kemas dalam beg bagasi itu dikeluarkan. Sudah lama dia tidak bersama-sama dengan sahabat baiknya ini, akhirnya terubat juga rindu dia pada clicknya ini. 

            AMINI melangkah menuju ke gim yang terletak di tingkat sebelas itu. Dia menolak pintu itu padahal pada mulanya dia was-was sama ada dia boleh masuk ke dalam gim itu atau pun tidak. Risau sekiranya gim ini terhad kepada ahli sahaja. Bila matanya ternampak beberapa orang lelaki sedang bersenam, dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia harus lupakan semuanya… semuanya!
            Matanya tertancap pada treadmill yang diletak berhadapan dengan dinding kaca yang menghadap ke luar. Laju sahaja dia menghayun langkahnya. Botol air diletakkan di sebelah treadmill itu. Amini naik di atas belt itu sementara tangannya menekan butang yang ada di atas itu, memilih manual. Dia menetapkan masa selama 30 minit. Rasanya, 30 minit itu lebih daripada lari sejauh 2.4 kilometer. Jarak 2.4 kilometer dia boleh sampai dalam masa 15 minit. Sekiranya dia berlari dengan laju tanpa henti, dia boleh menghabiskan dua minit lebih awal. Perlahan-lahan belt itu berjalan dan Amini membuka langkah perlahannya. Dia dapat melihat dengan jelas pemandangan yang ada di hadapannya. Lagi jelas daripada ruang balkoni Rizal. Kapal-kapal laut yang mengangkut barang itu berjalan perlahan di hadapannya, lampu-lampu dari kapal-kapal itu menerangi keadaan sekeliling yang beransur gelap. Tapi, kawasan itu tidak pernah gelap, sentiasa diterangi dengan lampu-lampu neon. Di tengah-tengah laut juga dipasang lampu, sebagai petunjuk kepada kapal-kapal yang berlayar agar tidak merempuh persisiran yang cetek. Butang kelajuan ditekan. Amini mula berlari sedikit laju daripada tadi. Rambut itu turut sama berlari. Atas, bawah, kiri dan kanan. Tidak tentu pergerakan rambut yang diikat ekor kuda itu. Sekali lagi butang kelajuan ditekan, dan kini Amini sememangnya berlari dengan lebih laju.
            Lupakan semuanya Amini!
            Bunyi tapak kaki pada belt itu ringan. Amini menggunakan bebola jemari kakinya untuk berlari. Bila menggunakan bebola jemari kaki untuk berlari, tubuh akan sedikit relaks dan tidak terlalu penat. Ada sesetengah individu menggunakan tumit untuk berlari, dan bila mereka berlari di atas track atau pun di atas treadmill, bunyi tapak kaki itu kedengaran sangat kasar dan kuat. Itulah salah-satu penyebab tubuh mereka mudah letih.
            Peluh mula merintik di belakang serta di hadapan badannya. Begitu juga pada dahinya. Telinganya dapat menangkap dengan jelas bunyi suara yang semakin riuh masuk ke dalam gim itu. Suara garau itu membuatkan tengkuknya mula meremang. Dia mengangkat kepalanya, dia terpandang susuk-susuk yang dibina dengan baik itu sudah mengambil peralatan masing-masing. Ada juga yang berdiri di belakangnya dan memandang dia. Lelaki itu tidak perasan yang Amini sedang memerhatikan tingkahnya.
            “Pheewit!” bunyi siulan ditangkap dengan jelas. Amini melihat lelaki itu menggelengkan kepalanya. “Nice…” kali ini suara pula.
Siap kau kalau kau datang dekat aku!
           

No comments:

Post a Comment