KERETANYA dibelokkan
memasuki ke kawasan kelab golf yang terletak di Bukit Padang itu. Dia sendiri
tidak tahu apa yang dibuat oleh Amini di tempat seperti ini. Tidak mungkinlah
Amini bermain golf pula, sedangkan dia sendiri pun kurang bermain golf.
Dia
memberhentikan keretanya di ruang letak kereta yang kosong. Bayang Amini tidak
kelihatan langsung di kawasan letak kereta itu. Rizal turun. Alarm ditekan dan
pintu kembali terkunci. Kakinya melangkah menuju ke ruang padang hijau yang
berumput pendek itu.
Langkahnya
mati apabila satu senyuman menyapanya. Aminikah itu? Soalnya di dalam hati. Ada
sesuatu yang lain… Amini masih mengenakan baju yang sama, kasut yang sama,
rambut itu nampak sedikit berbeza dan muka itu dicalit dengan mekap sedikit.
Semasa keluar dengannya tadi, Amini tidak mengenakan mekap melainkan bedak,
gincu dan maskara. Tetapi kali ini, di atas mata itu sudah tercalit pembayang
mata.
“Good job Ami!” satu tepukan singgah di
bahu Amini. Lelaki yang bernama Jodie
itu memberikan pujiannya.
“Thanks Jodie,” senyuman meleret di
bibir Amini.
“Well, I sangat berbesar hati kalau you nak kami shoot you lagi.” Jodie berkata lagi. Dia senang dengan kemesraan
yang ditunjukkan oleh Amini. Amini itu kaya dengan senyuman. Baginya, senyuman
itulah yang paling berharga yang sempat ditangkap dengan kamera. Dia yakin,
Kaliesa akan menggunakan senyuman Amini itu.
Kaliesa
datang tidak lama kemudian. “You sure
kau tak nak saya hantar?” tanya Kaliesa kepada Amini.
“It’s okay, husband saya dah datang pun.”
Amini memuncungkan mulutnya dan menunjuk pada Rizal yang sedang datang
mendekati mereka.
“Wow!
Tough, tall, hensem macam Christian
Bale!” usul Jodie tiba-tiba. Mata Jodie melekat pada Rizal yang semakin
menghampiri mereka. Terkedu Amini. Macam Christian Bale? Dia tidak pernah
membayangkan Rizal seperti Christian Bale.
“HI!” Jodie terlebih dahulu menyapa
Rizal. “I’m Jodie,” Jodie
memperkenalkan dirinya pada Rizal.
“Rizal,”
Rizal menyambut jabatan tangan itu. Pandangannya dialihkan pada perempuan yang
berdiri di sebelah Amini. “You must be
her friend right,” tanya Rizal sekadar berbasa-basi.
“Ya,
saya Kaliesa.” Kaliesa menoleh pada Amini. “Thanks
Ami, IOU. Tak sempat nak treat kau
lunch hari ini. Rushing nak siapkan kerja ni. Jumpa nanti,” Kaliesa memeluk Amini
sebelum meminta diri.
Amini
menghantar rakannya itu dengan sorotan matanya sebelum mengalihkan pada Rizal
yang sedang berdiri di hadapannya. Belum sempat Rizal membuka mulutnya
bertanya, Amini sudah berjalan terlebih dahulu menuju ke kereta. Tidak
memberikan dia peluang langsung untuk bercakap.
“Ami,”
tangan Amini ditarik sebelum Amini masuk ke dalam kereta. “Kenapa ni? Marah I ke?” tanya Rizal. Dia tidak tahu
kenapa Amini tiba-tiba bersikap dingin seperti itu. Mood swing lagikah? “You marah
sebab I tak bagi you balik dengan kawan you
tu?” soal Rizal lagi.
Amini
menggelengkan kepalanya. “Kita balik,” usulnya pada Rizal. Rizal melepaskan
keluhannya. Cepat benar mood itu berubah sedangkan Amini baru memberikan dia
senyuman mesra sebaik sahaja dia tiba tadi.
“Kita
pergi makan dulu okey, you nak makan
di mana?”
Terkedu
Amini. Ini adalah kali pertama lelaki itu minta pendapatnya tanpa memberikan
dia pilihan. Amini mengangkat tangannya, dia melihat jam yang ada di
pergelangan tangannya. “Upperstar?”
Senyuman
terukir di bibir Rizal. “Okey.”
CHICKEN
CHOP yang dipesan Amini itu dipotong dengan berhati-hati. Rizal masih menanti
Amini berbicara mengenai aktivitinya dengan rakannya tadi tapi egonya melarang
keras. Buat apa dia kisah akan hal peribadi Amini?
Dia
nampak bibir merah. Hatinya tidak menentu. Dia melarikan pandangannya sebentar
pada ruang luar, memerhati pelanggan-pelanggan yang lain. Dia sememangnya tidak
dapat menghindar tarikan daripada bibir itu. Lebih-lebih lagi apabila bibir itu
diwarnakan merah.
Christian
Bale? Soal Amini di dalam hati. Lucu. Adakah patut Jodie menyamakan Rizal
dengan Batman itu pula. Tak kena langsung. Dia mengangkat tangannya.
“You tak pakai jam yang I beli tu,” tegur Rizal.
Amini
menunjukkan jam yang dia pakai itu. “Kan saya dah cakap yang saya dah jumpa jam
saya semula.” Tipu. Dia baru sahaja singgah membeli jam itu bersama dengan
Kaliesa di City Mall sementara menunggu rakan-rakan Kaliesa tadi.
“I tak rasa jam tu jam lama you Ami.” Rizal memegang tangan Amini.
Dia memegang satu tag yang tergantung pada jam itu. Dia tersenyum sinis. “Kalau
nak tipu pun agak-agaklah. Buka dulu tag harga tu.” Jam itu tidaklah semahal
jam tangan yang dia belikan untuk Amini. Jam tangan Mont? Dari mana pula jam
itu dikilangkan? China?
RESIT
itu dilempar di atas riba Amini. “Pergi ambil kain di kedai dobi tu,” arah
Rizal. Amini mengetap bibirnya. Huh! Marahlah tu, omel hatinya. Kalau tidak
masakan lelaki itu cepat sahaja menghabiskan makanannya dan kelam-kabut hendak
balik.
Amini
membuka pintunya. Rizal memarkir di belakang kereta orang. Jadi, dia perlu
segera mengambil kain mereka di kedai dobi yang ditunjukkan oleh Rizal tadi. “Hello uncle,” tegur Amini pada apek tua
yang sedang memasukkan kain ke dalam plastik putih itu. Siap dilipat lagi.
“Hello, may I help you?” tanya Henry
kepada Amini. Amini menghulurkan senyumannya.
“Saya
nak ambil kain,” resit itu diberikan kepada Henry. Terjungkit kening orang tua
itu.
“Mrs.Rizal. Finally got the chance to meet
you.”
Amini
senyum lagi. “It’s very nice to meet you
too.” Rizal tidak pernah memberitahunya mengenai kedai dobi ini…
“Your husband selalu hantar kain di
sini.”
“I see,” jawab Amini.
“Tapi
sejak kebelakangan ni dia dah jarang hantar kain. You do his laundry?” duga Henry kepada Amini. Kali ini senyumannya
pula yang terukir apabila melihat Amini menganggukkan kepalanya. “Your laundry.” Plastik yang mengandung
kain itu diletakkan di atas kaunter.
“Thank you uncle, see ya…”
“See you.” Henry memerhatikan isteri
pelanggan tetap yang berjalan menuju ke kereta Rizal yang berparkir betul-betul
di hadapan kedainya. Jarang dia dapat
melihat perempuan yang tidak lokek senyuman seperti itu. Anak muda itu
mengingatkan dia kepada mendiang isterinya. Betapa sedihnya dia bila isterinya
itu meninggalkan dia dahulu.
LANGKAH
Amini mati ditengah-tengah tangga turun ke bawah jalan raya. Dia menyambut
panggilan telefon itu. “Hello,
assalamualaikum umi.”
“Sampai
hati Mimi kan…”
“Umi,”
panggil Amini, bingung.
“Mimi
dah kahwin tapi tak bagi tau umi dan abah pun.”
Jantung
Amini bagaikan ditikam dengan belati tajam. Plastik yang berisi kain itu
hampir-hampir terlepas dari tangannya. “Umi, Mimi tak bermaksud nak rahsia.”
“Kalau
Mimi masih sayangkan umi, Mimi tak akan simpan rahsia daripada umi.” Pernyataan itu membuatkan Amini hilang
keseimbangannya. Dia terus sahaja berpaut pada besi pemegang di tepinya.
“Mimi
akan ceritakan pada umi.”
“Sekarang?”
duga suara dalam telefon itu.
“Ya.”
“Mimi
datang ke office abah okey sayang,
umi tunggu di sana.” Amini mengangkat kepalanya. Ofis abahnya itu tidak jauh
dari situ, diseberang jalan sahaja. Dia turun dan meletakkan kain di bahagian
belakang.
BEG
yang ada ditempat duduk itu diambil oleh Amini. “You nak pergi mana lagi Amini?” tanya Rizal. Satu-persatu barang
yang Amini tinggalkan di dashboard itu dia masukkan ke dalam begnya.
“Saya
balik sendiri lepas ni.”
Tangan
itu cepat ditarik sebelum sempat Amini menutup pintu. “Hei! Talk to me. You nak pergi mana?” marah
Rizal.
Amini
menarik tangannya. Kasar. “Please Rizal.
Please… saya janji saya akan balik.” Dia cuba mengawal emosinya. Dia tidak
tahu bagaimana ibu angkatnya itu tahu akan perkara itu.
“Ami, I’m expecting your answer at home.”
Hanya itu sahaja yang dikatakan oleh Rizal. Sebaik sahaja Amini menutup pintu, Rizal
terus sahaja memecut laju di lorong kecil itu. Terpempan Amini. Dia menarik
nafas sedalam-dalamnya. Satu-persatu masalah datang menghampirinya.
Kakinya
melangkah menuju ke bangunan di sebelah hotel Tang Dynasty itu. Luguh sahaja
dia melangkah. Tidak tahu bagaimana penerimaan kedua-dua orang tua itu terhadap
cerita yang akan dia sampaikan nanti.
RIZAL
masih tidak berpuas hati dengan tindakan Amini tadi. Tidak semena-mena, dia
memusingkan keretanya dan meletakkan di dalam ruang parkir syarikat tempat dia
bekerja. Dia terus sahaja berjalan mengekori Amini yang sedang menuju ke sebuah
bangunan. Dia perlu tahu ke mana tujuan Amini.
Langkahnya
terhenti. Dia cuba bersembunyi di sebalik pokok hiasan yang diletakkan di tepi
pintu masuk bangunan itu. Dia nampak Amini menuju ke meja receptionist yang ada berdekatan dengan lif itu.
“Hi, saya nak berjumpa dengan Datin
Mastura dan Datuk Hashim.”
“Your name please,”
“Amini.”
“Ohh!
Datin dan Datuk sedang tunggu Cik Amini di atas. Mari saya tunjukkan…” staf itu
dengan rela hati menunjukkan jalan kepada Amini sebaik sahaja Amini memberitahu
namanya.
Datuk
Hashim? Datin Mastura? Siapa mereka pada Amini? Kenapa Amini bertemu dengan
mereka.
“Rizal!”
satu tepukan singgah dibahu Rizal. Terkedu Rizal. “You dekat sini pula, mati-mati I
ingat you dah balik. Well, since you here. You temankan I jumpa dengan Datuk Hashim.”
Terjungkit
kening Rizal. Pucuk dicita ulam mendatang. “Buat apa puan nak jumpa dengan
Datuk Hashim?” tanya Rizal pada Chong.
“Well, dia nak kita minta design rumah untuk dia. Since he is my bestfriend, I sendiri
yang jumpa dengan dia. Come with me.”
Rizal mengikut wanita tua itu. Dia sememangnya ingin tahu tujuan Amini dan
bukannya ingin berjumpa dengan Datuk Hashim untuk membincangkan mengenai rumah
itu.
No comments:
Post a Comment