Friday, 21 June 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 27

BULAT biji mata Mastura mendengar cerita daripada mulut Amini sendiri. Dia tidak menyangka yang Amini akan bertindak seperti itu.
            “Kalau Mimi perlukan duit kenapa tak minta daripada umi? Kenapa mesti kahwin dengan lelaki yang Mimi tak kenal?” Mastura menggenggam jari-jemari Amini. Hashim yang duduk di sebelahnya diam, melihat anak muda yang lebih banyak menutup mulutnya sebaik sahaja menceritakan mereka perkara yang sebenar.
            “Mimi tak ada niat nak susahkan sesiapa tapi mama dapat tahu pasal Mimi, jadi dia langsaikan hutang keluarga Mimi.”
            “Puan Mahani?” soal Mastura. Amini menganggukkan kepalanya. “Jadi, Mahani jodohkan Mimi dengan anaknya itu?” Amini menganggukkan kepalanya lagi. Mahani memegang pipi Amini. Kasihan pula dia pada Amini.
            “Mimi bahagia tak dengan budak Rizal tu?” tanya Hashim setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Amini mengangkat kepalanya senyuman diberikan kepada lelaki tua yang dia sudah anggap seperti bapa kandungnya sendiri itu.
            “Rizal jaga Mimi dengan baik.”
            “Betul ni?” duga Mastura. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Amini. Dia masih belum dapat menerima berita itu. Amini sepatutnya menjadi menantunya dan bukannya menantu di keluarga orang lain. Anaknya, Harith perlukan calon seperti Amini.
            “Mas,” tegur Hashim. Dia tidak mahu Mastura terus-terusan memprovok Amini mengenai status Amini sekarang ini. “Jadi, abang Ikhwan kamu tahu?” tanya Hashim.        
            Amini menggelengkan kepalanya. “Mimi minta, abah dan umi rahsiakan perkara ini dulu ya. Mimi janji, Mimi akan bagi tau abang Wan sendiri.” Amini diam seketika. Dia cuba untuk menahan rasa peningnya.
            “Mimi,” panggil Mastura.
            Amini cepat-cepat menutup mulutnya menahan rasa ingin muntah. Sekali lagi. “Mimi, okey tak?” tanya Mastura. Amini sudah berdiri. Cepat melangkah menuju ke tandas yang ada di dalam bilik pejabat Hashim. Pasangan itu berpandangan sesama sendiri.
            Ketukan di pintu mengejutkan Hashim. “Datuk, Puan Chong dah sampai.”
           
            “HELLO HASHIM,” Chong berjabat tangan dengan sahabat lamanya. “I bawa A.R I sama, maybe you boleh bagi tau dia design yang you nak…” 
“Okey, jemput duduk.” Hashim membawa tetamunya duduk di ruang yang dia sediakan untuk perbincangan itu. Rizal perasan beg Amini yang ada di sebelahnya. “Ohh, sorry… purse anak I.” Hashim mengambil beg Amini yang ada ditangan Rizal dan diletakkan di sebelahnya. “Mas,” panggil Hashim pada isterinya yang masih berdiri di sebelah tandas.
            Anak? Dia tidak salah dengarkah?
            “Ohh,” Mastura menghayun langkahnya dan duduk di sebelah suaminya. “Sorry, Chong. Tak perasan pula. How are you?
            I’m fine, so kamu nak rumah yang macam mana?” tanya Chong pada Hashim. Dia masih perasan yang isteri sahabatnya itu masih belum dapat menumpukan perhatian kepadanya.
            Pintu bilik air itu dibuka. “Mimi,” Mastura terus sahaja mendapatkan Amini yang pucat itu.
            Sorry Chong, you terpaksa nampak benda-benda macam ini.” Hashim meminta maaf. Takut sekiranya sahabatnya itu mengambil hati kerana perkara seperti ini.
            “It’s okay, don’t bother.”
            Mastura jalan beriringan dengan Amini. “Mimi okey? Nak abah hantar pergi hospital?” tanya Hashim dengan muka risaunya.
            Amini mengangkat kepalanya. Terkaku dia sebentar. “Rizal… Puan Chong…” luahnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Mastura mengangkat kepalanya.
            “Rizal?” dia bertanya pada Amini. Amini menganggukkan kepalanya. Mastura terus sahaja memandang pada lelaki muda yang duduk di sofa hujung itu. Ohh, jadi itulah suami Amini.

            MASTURA memberikan dua biji paracetamol kepada Amini tetapi Amini menolak. Dia mengecilkan matanya. “Mimi pregnant?” soalnya tiba-tiba. Soalannya itu membuatkan semua orang yang ada di dalam bilik itu mengangkat kepala, memandang tepat ke arahnya.
            “Amini pregnant?” Chong bertanya kepada Rizal pula. Hashim menoleh pada suami Amini, menanti jawapan yang keluar dari bibir Rizal.
            Kelu lidah Rizal. Tidak mungkinlah Amini mengandung pula, sedangkan dia belum pernah menyentuh Amini lagi melainkan…
            Amini pura-pura tergelak perlahan. “Tak lah umi, Mimi tak pregnant. Mimi period ja,” jawab Amini.
            “Lahhh, mati-mati umi ingat kamu pregnant.” Mastura memasukkan semula paracetamolnya ke dalam beg tangannya. Dia berjalan mendekati suaminya semula. Rasanya mereka perlu berbincang mengenai rumah yang akan dibina itu nanti.
            Amini mengambil tempat kosong di sebelah Rizal. Dia langsung tidak memandang pada lelaki itu. Dia takut. Rahsianya bocor.
            “Mimi nak bilik Mimi macam mana?” kini Mastura bertanya kepada Amini pula. Dia sememangnya sudah merancang agar rumah itu akan meliputi kehadiran Amini di dalam keluarga mereka.
            Amini tersentak. Senyuman terukir di bibirnya. “Mimi tak kisah.” Hashim meletakkan tangannya di atas pahanya sendiri.
            “Rizal rasa, rumah macam mana yang ngam untuk kami. Abah hanya nak rumah yang selesa dan lengkap semua, kolam renang, gelanggang tenis, galeri lukisan untuk Mimi…”
            Abah? Terkedu Rizal. Begitu cepat lelaki itu menerimanya sebagai anak di dalam keluarga itu. Puan Chong sudah menyimpulkan senyumannya apabila terdengar Hashim menggelarkan dirinya abah.
           
            “GIVE me your purse,” pinta Rizal pada Amini. Aroma coffee yang dihidangkan oleh setiausaha Hashim sudah naik aromanya memenuhi bilik itu. Amini teragak-agak memberikan begnya kepada Rizal. Kenapa Rizal tiba-tiba meminta begnya pula?
            Beg tangan Amini itu dibuka. Rizal mengeluarkan satu sachet Gaviscon. “Kalau you dengar cakap I pagi tadi, gastrik you tak akan keluar. Ini tak, you ni degil sangat!” marah Rizal dalam nada yang masih dia boleh kawal. Tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh orang-orang tua itu. Sachet Gaviscon itu dikoyak dan diberi pada Amini.
            “Macam mana Gaviscon ni ada dalam beg saya pula ?” tanya Amini.
            I masukkan tadi sebab I tahu you mesti jadi macam ni,” selamba sahaja lelaki itu menjawab dengan nada sindirannya. Amini mengetap bibirnya. Dia memasukkan cecair antacid itu masuk ke dalam mulutnya, berkerut dahinya menahan rasa ubat itu. Dia memberikan sachet kosong itu kepada Rizal semula dan cepat-cepat mengambil minuman yang dihidangkan, tapi sempat dihalang oleh Rizal. “No. It’s caffeine.”
            Amini tidak jadi ambil.
            “Dah berapa lama Mimi macam ni Rizal?” tanya Hashim. Dia tidak pernah tahu yang Amini ada masalah gastrik yang serius.
            Sempat lagi dia melirikkan matanya pada Amini. Amini hanya menundukkan kepalanya. Diam membisu sejak tadi lagi. “Baru juga, Ami ni degil. Tak dengar cakap, benda yang dia tak boleh makan, itulah juga dia nak makan.” Rizal merasakan siku Amini menyikunya. Tidak lama kemudian, Amini memberikan amaran tajam menggunakan matanya.
            “Ami! Tak baik buat macam tu dengan suami kamu,” tegur Mastura. “Kenapa Ami tak dengar cakap Rizal. Tengok siapa yang sakit sekarang.”
            Amini nampak lelaki itu tersenyum, terasa dirinya diejek oleh lelaki itu pula. Hah! Dia suka nampak aku dimarah oleh umi! Kurang asam punya Rizal!

            “MAS ingatkan suami Ami tu teruk,” luah Mastura sebaik sahaja Amini dan Rizal serta Chong meninggalkan pejabat Hashim. Mereka sudah bersetuju untuk mereka bentuk rumah seperti yang Hashim dan Mastura inginkan tetapi perhatian mereka kali ini lebih tertumpu kepada Amini. Isu rekaan rumah itu sudah ditolak tepi kerana mereka yakin menantu lelaki mereka yang bernama Rizal itu pasti akan memberikan satu rekaan yang baik.
            “Mas tak nampakkah Rizal ambil berat pada Ami tadi?” duga Hashim. Dia juga sangkakan Rizal tidak mengambil berat mengenai Amini tetapi melalui pemerhatiannya, Rizal sangat prihatin pada Amini. Kalau tidak, masakan Rizal akan membekalkan ubat itu di dalam beg tangan Amini.
           

No comments:

Post a Comment