“KENAPA buat saya macam ni Rizal?” soal Amini dalam nada kecewanya.
Rizal lebih memfokuskan perhatiannya pada jalan raya di hadapan.
“I
buat apa?” tanya Rizal semula.
“Kau buat saya serba-salah, buat
saya rasa terhutang budi. Kalau kau rasa saya merupakan tempat untuk
menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang kau ada, sorry. I am not interested neither impressed.” Amini menyilangkan
tangannya, memeluk tubuh.
Rizal mengerling, bibirnya mengukirkan senyuman. Dia membiarkan sahaja
Amini dengan perasaan kurang senangnya itu. Dia pasti selepas ini Amini akan
kembali seperti biasa. Perempuan manalah yang tidak suka dibelikan barangan
mewah. “And where are we heading?”
Amini bertanya lagi, masih belum berpuas hati. Jalan yang dilalui kini
merupakan jalan menuju ke kondominium Rizal bukannya Teratak Senja.
“Beli barang dapur sekejap. Kita
kena stay dekat kondominium I untuk beberapa hari ni sebab I perlu siapkan tugasan I.” Rizal memberhentikan keretanya di
salah-satu lorong parkir di tepi Kompleks Likas Square.
Amini menjeling sekali lagi.
Bukankah lelaki itu mahu berpindah masuk ke Teratak Senja?
“Kenapa tengok I macam tu?
Jangan bagi tau I yang you tak pandai masak.” Lelaki itu
membuat andaiannya sendiri. Sekarang ini, tidak ramai perempuan yang pandai
memasak. Memang kebanyakan di antara mereka tahu memasak tapi sedap atau tidak
itu semua menjadi persoalan. Dia berharap Amini pandai memasak, sarapan pagi
yang disediakan oleh Amini benar-benar membuka seleranya. Nanti, tidaklah dia
malu di hadapan rakannya itu.
Amini mengetap bibirnya. Rizal kerap mengambil keputusan sendiri tanpa
berbincang dengannya terlebih dahulu dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai
seorang suami. Amini tidak suka! Tapi dari butir bicara Rizal, Amini dapat
mengesan betapa pentingnya tugasan itu kepada Rizal. Pentingkah? Atau...
MATA Amini tertancap pada set Hifi yang menghiasi ruang tamu itu, dia
tercegat di hadapan Home Theatre itu.
Pasti sedap sekiranya lagu seperti semalam dipasang. “How to turn this on?” tanya Amini pada Rizal sebaik sahaja lelaki
itu menapak masuk ke dalam kondominiumnya.
“Hah?” terkejut Rizal. Amini sudah
pun memegang cakera padat, tinggal dimasukkan sahaja lagi.
“Nahh,
it’s okay...” tangan Amini sudah pun mencapai alat kawalan jauh itu. Dia
memasukkan cakera padat dan menekan punat main di alat kawalan jauh. Lagu Elton
John, Something About The Way You Look
Tonight mula kedengaran. Amini tersenyum lantas melabuhkan punggungnya di
atas sofa hitam itu. “Something about the
way you look tonight, hmmm, one of my favourite song...” dia mendongakkan
kepalanya memandang siling putih. Fikirannya melayang sebaik saja dia
menyandarkan badannya.
Kelu lidah Rizal. Dia tidak tahu
harus berkata apa lagi. Amini memang mengejutkan dirinya. Setiap lagu yang
dipasang seolah-olah mempunyai kaitan dengan moodnya. Tubuh itu tidak bergerak mengikut rentak lagu sebaliknya
Amini seperti menikmati lagu itu.
“Ehemm!!” lelaki itu berdehem.
Terjaga Amini, terbuka luas matanya. Dia teringat kembali akan tugasnya yang
masih belum selesai, dia perlu menyediakan makan malam. Dia menepuk dahinya
sebelum cepat-cepat bangkit.
“Sorry,
lupa pula...” barang-barang dapur yang ada di tangan Rizal cepat-cepat diambil.
Langkahnya terhenti di hadapan Rizal, kepalanya di angkat. Mata lelaki itu
ditatap sejenak. “Kau nak makan apa?” tanya Amini.
Ternaik kening Rizal. Bersinar-sinar
anak mata itu memandangnya, tidak ada rasa marah seperti tadi. “Apa-apa
sajalah, I tak suka makan lauk-pauk
bergulai sangat.”
“Hurmm, okay. I got it!! I’ll let you try my Thousand Island Chicken or maybe
Lemon Chicken Chop I guess...” Amini memegang dagunya sambil menggambarkan
lauk Thousand Island Chicken yang
selama ini merupakan makanan kegemarannya.
Rizal tersenyum. “Oh ya, jangan lupa
masak sayur. I tak boleh makan kalau
tak ada sayur. I bukan karnivor...”
pesannya dalam nada menyindir. Amini tersentak. Dia menjuihkan bibirnya.
Piiiiiiiilaaahhh!!!
Mentang-mentanglah aku tak makan sayur.
Mahu saja diangkat tangannya, meniru
gaya orang pulau di Penang.
“By
the way, masak lebih sikit. Kawan I
nak datang makan malam dengan kita malam ni,” pesan Rizal.
Kawan? Nellykah?
RIZAL memanjangkan kepalanya. Dia
melihat Amini membersihkan dapurnya terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti
memasak itu. Dia akui, dia bukanlah seorang yang rajin di dapur tapi dia ada
mengupah mak cik yang bekerja di syarikat tempat dia bekerja datang untuk
membersihkan rumahnya sekali seminggu jadi dia tidak perlu risau akan semua
itu.
Telinganya menangkap bunyi bawang
dipotong. Laju sahaja bunyi itu. Seolah-olah Amini menghiris bawang itu seperti
chef yang berada di dalam tv. Rizal terus sahaja meneruskan kerjanya yang
tergendala.
Dalam kesibukan dia bekerja, dia
terkejut “Argghh!!” jeritan itu disertai dengan bunyi barang yang terjatuh di
atas lantai. Pensel mekanikal itu terus sahaja dilepaskan dan mengorak langkah
laju ke dapur.
Amini kelihatan berlari dan terus
bersembunyi di belakangnya. Baju yang dia pakai digenggam erat oleh jari-jemari
Amini. Dia dapat merasakan Amini menyembamkan mukanya di belakangnya. Jantung
itu berdegup dengan kencang.
“Halau burung tu!!” arah Amini.
Rizal nampak seekor burung pipit tersesat masuk ke dalam dapur mereka. Bila
burung itu terbang, sekali lagi Amini menjerit dan mengalihkan posisinya, kali
ini di depan Rizal pula. “Halau cepat!!”gesa Amini.
Mahu saja Rizal ketawa rupa-rupanya
Amini yang hebat ini takutkan burung. “Macam mana I nak halau kalau you tak
lepaskan I,” Amini melepaskan
perlahan-lahan. Matanya masih meliar mencari kelibat burung itu. Bila dia
nampak burung itu bertenggek di atas sofa. Rizal berjalan perlahan dan
menghalau burung itu.
Bila burung itu terbang mendekati
Amini, terus sahaja Amini tunduk. Duduk mencangkung sambil menutup mukanya.
Burung pipit yang sesat itu terbang keluar dari tempat yang sama dia masuk
tadi.
“I
dah halau.”
Perlahan-lahan Amini mengangkat
kepalanya. Dia cuba memastikan betul-betul yang tiada lagi burung di dalam
rumah itu. Matanya bertembung dengan Rizal. “Burung!” jerit Rizal menunjuk di
belakang Amini.
Sepantas kilat Amini berlari dan
menyembunyikan mukanya ditubuh Rizal. Dia menyembamkan sekali lagi mukanya di
badan Rizal. Kali ini di hadapan pula. Rizal dapat merasakan degupan jantung
Amini yang berdegup dengan semakin kencang daripada tadi.
“I
acah jelah!” akhirnya terlepas juga ketawa Rizal. Amini terus sahaja melepaskan
tangan yang memeluk pinggang itu. Marah. Dia menarik nafas dalam-dalam, meraih
kembali semangat yang hilang.
“Marahkah?” tegur Rizal. Amini tidak
menjawab, sebaliknya dia mengeluarkan barang-barang yang dibeli tadi dari bakul
plastik.
Amini merasakan bahunya disentuh.
“Ami, marahkah?” tegur Rizal lagi. Amini tidak memperdulikan lagi. “Janganlah
marah, I main-main dengan you je.”
Amini menjeling sebentar sebelum
merendam sayur yang dibeli itu. Lengannya ditarik. Bahunya dipegang oleh
kedua-dua belah tangan Rizal. Lelaki itu menundukkan kepalanya. Amini
memalingkan mukanya ke tempat lain. Rizal terpaksa memegang dagu itu dan
menghalakan kepala itu menghadapnya.
“Janganlah marah, nanti tak sedap
masakan you. Nanti kalau ada burung
lagi, panggil I. Okey?” tubuh itu
ditarik dan dibawa rapat ke tubuhnya, dipeluk dengan erat. Rizal menundukkan
kepalanya dan mengucup kepala Amini.
Amini menolak tubuh itu. “Saya nak
masak.” Tidak selesa bila lelaki itu berbuat begitu kepadanya.
“Okey,” Rizal memerhatikan Amini
sejenak sebelum berlalu menuju ke ruang tamu bagi meneruskan kerjanya yang
tergendala disebabkan burung pipit itu. Terima kasih kepada burung pipit kerana
mendedahkan kelemahan Amini! Kelemahan itu merupakan satu bonus kepadanya.
No comments:
Post a Comment