Wednesday, 29 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 18

“KENAPA buat saya macam ni Rizal?” soal Amini dalam nada kecewanya. Rizal lebih memfokuskan perhatiannya pada jalan raya di hadapan.
            I buat apa?” tanya Rizal semula. 
            “Kau buat saya serba-salah, buat saya rasa terhutang budi. Kalau kau rasa saya merupakan tempat untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang kau ada, sorry. I am not interested neither impressed.” Amini menyilangkan tangannya, memeluk tubuh.
Rizal mengerling, bibirnya mengukirkan senyuman. Dia membiarkan sahaja Amini dengan perasaan kurang senangnya itu. Dia pasti selepas ini Amini akan kembali seperti biasa. Perempuan manalah yang tidak suka dibelikan barangan mewah. “And where are we heading?” Amini bertanya lagi, masih belum berpuas hati. Jalan yang dilalui kini merupakan jalan menuju ke kondominium Rizal bukannya Teratak Senja.
            “Beli barang dapur sekejap. Kita kena stay dekat kondominium I untuk beberapa hari ni sebab I perlu siapkan tugasan I.” Rizal memberhentikan keretanya di salah-satu lorong parkir di tepi Kompleks Likas Square.
            Amini menjeling sekali lagi. Bukankah lelaki itu mahu berpindah masuk ke Teratak Senja?
“Kenapa tengok I macam tu? Jangan bagi tau I yang you tak pandai masak.” Lelaki itu membuat andaiannya sendiri. Sekarang ini, tidak ramai perempuan yang pandai memasak. Memang kebanyakan di antara mereka tahu memasak tapi sedap atau tidak itu semua menjadi persoalan. Dia berharap Amini pandai memasak, sarapan pagi yang disediakan oleh Amini benar-benar membuka seleranya. Nanti, tidaklah dia malu di hadapan rakannya itu.
Amini mengetap bibirnya. Rizal kerap mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Amini tidak suka! Tapi dari butir bicara Rizal, Amini dapat mengesan betapa pentingnya tugasan itu kepada Rizal. Pentingkah? Atau...

            MATA Amini tertancap pada set Hifi yang menghiasi ruang tamu itu, dia tercegat di hadapan Home Theatre itu. Pasti sedap sekiranya lagu seperti semalam dipasang. “How to turn this on?” tanya Amini pada Rizal sebaik sahaja lelaki itu menapak masuk ke dalam kondominiumnya.
            “Hah?” terkejut Rizal. Amini sudah pun memegang cakera padat, tinggal dimasukkan sahaja lagi.
            Nahh, it’s okay...” tangan Amini sudah pun mencapai alat kawalan jauh itu. Dia memasukkan cakera padat dan menekan punat main di alat kawalan jauh. Lagu Elton John, Something About The Way You Look Tonight mula kedengaran. Amini tersenyum lantas melabuhkan punggungnya di atas sofa hitam itu. “Something about the way you look tonight, hmmm, one of my favourite song...” dia mendongakkan kepalanya memandang siling putih. Fikirannya melayang sebaik saja dia menyandarkan badannya.
            Kelu lidah Rizal. Dia tidak tahu harus berkata apa lagi. Amini memang mengejutkan dirinya. Setiap lagu yang dipasang seolah-olah mempunyai kaitan dengan moodnya. Tubuh itu tidak bergerak mengikut rentak lagu sebaliknya Amini seperti menikmati lagu itu.
            “Ehemm!!” lelaki itu berdehem. Terjaga Amini, terbuka luas matanya. Dia teringat kembali akan tugasnya yang masih belum selesai, dia perlu menyediakan makan malam. Dia menepuk dahinya sebelum cepat-cepat bangkit.
            Sorry, lupa pula...” barang-barang dapur yang ada di tangan Rizal cepat-cepat diambil. Langkahnya terhenti di hadapan Rizal, kepalanya di angkat. Mata lelaki itu ditatap sejenak. “Kau nak makan apa?” tanya Amini.
            Ternaik kening Rizal. Bersinar-sinar anak mata itu memandangnya, tidak ada rasa marah seperti tadi. “Apa-apa sajalah, I tak suka makan lauk-pauk bergulai sangat.”
            “Hurmm, okay. I got it!! I’ll let you try my Thousand Island Chicken or maybe Lemon Chicken Chop I guess...” Amini memegang dagunya sambil menggambarkan lauk Thousand Island Chicken yang selama ini merupakan makanan kegemarannya.
            Rizal tersenyum. “Oh ya, jangan lupa masak sayur. I tak boleh makan kalau tak ada sayur. I bukan karnivor...” pesannya dalam nada menyindir. Amini tersentak. Dia menjuihkan bibirnya.
            Piiiiiiiilaaahhh!!! Mentang-mentanglah aku tak makan sayur.
            Mahu saja diangkat tangannya, meniru gaya orang pulau di Penang.
            By the way, masak lebih sikit. Kawan I nak datang makan malam dengan kita malam ni,” pesan Rizal.
            Kawan? Nellykah?

            RIZAL memanjangkan kepalanya. Dia melihat Amini membersihkan dapurnya terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti memasak itu. Dia akui, dia bukanlah seorang yang rajin di dapur tapi dia ada mengupah mak cik yang bekerja di syarikat tempat dia bekerja datang untuk membersihkan rumahnya sekali seminggu jadi dia tidak perlu risau akan semua itu.
            Telinganya menangkap bunyi bawang dipotong. Laju sahaja bunyi itu. Seolah-olah Amini menghiris bawang itu seperti chef yang berada di dalam tv. Rizal terus sahaja meneruskan kerjanya yang tergendala.
            Dalam kesibukan dia bekerja, dia terkejut “Argghh!!” jeritan itu disertai dengan bunyi barang yang terjatuh di atas lantai. Pensel mekanikal itu terus sahaja dilepaskan dan mengorak langkah laju ke dapur.
            Amini kelihatan berlari dan terus bersembunyi di belakangnya. Baju yang dia pakai digenggam erat oleh jari-jemari Amini. Dia dapat merasakan Amini menyembamkan mukanya di belakangnya. Jantung itu berdegup dengan kencang.
            “Halau burung tu!!” arah Amini. Rizal nampak seekor burung pipit tersesat masuk ke dalam dapur mereka. Bila burung itu terbang, sekali lagi Amini menjerit dan mengalihkan posisinya, kali ini di depan Rizal pula. “Halau cepat!!”gesa Amini.
            Mahu saja Rizal ketawa rupa-rupanya Amini yang hebat ini takutkan burung. “Macam mana I nak halau kalau you tak lepaskan I,” Amini melepaskan perlahan-lahan. Matanya masih meliar mencari kelibat burung itu. Bila dia nampak burung itu bertenggek di atas sofa. Rizal berjalan perlahan dan menghalau burung itu.
            Bila burung itu terbang mendekati Amini, terus sahaja Amini tunduk. Duduk mencangkung sambil menutup mukanya. Burung pipit yang sesat itu terbang keluar dari tempat yang sama dia masuk tadi.
            I dah halau.”
            Perlahan-lahan Amini mengangkat kepalanya. Dia cuba memastikan betul-betul yang tiada lagi burung di dalam rumah itu. Matanya bertembung dengan Rizal. “Burung!” jerit Rizal menunjuk di belakang Amini.
            Sepantas kilat Amini berlari dan menyembunyikan mukanya ditubuh Rizal. Dia menyembamkan sekali lagi mukanya di badan Rizal. Kali ini di hadapan pula. Rizal dapat merasakan degupan jantung Amini yang berdegup dengan semakin kencang daripada tadi.
            I acah jelah!” akhirnya terlepas juga ketawa Rizal. Amini terus sahaja melepaskan tangan yang memeluk pinggang itu. Marah. Dia menarik nafas dalam-dalam, meraih kembali semangat yang hilang.
            “Marahkah?” tegur Rizal. Amini tidak menjawab, sebaliknya dia mengeluarkan barang-barang yang dibeli tadi dari bakul plastik.
            Amini merasakan bahunya disentuh. “Ami, marahkah?” tegur Rizal lagi. Amini tidak memperdulikan lagi. “Janganlah marah, I main-main dengan you je.”
            Amini menjeling sebentar sebelum merendam sayur yang dibeli itu. Lengannya ditarik. Bahunya dipegang oleh kedua-dua belah tangan Rizal. Lelaki itu menundukkan kepalanya. Amini memalingkan mukanya ke tempat lain. Rizal terpaksa memegang dagu itu dan menghalakan kepala itu menghadapnya.
            “Janganlah marah, nanti tak sedap masakan you. Nanti kalau ada burung lagi, panggil I. Okey?” tubuh itu ditarik dan dibawa rapat ke tubuhnya, dipeluk dengan erat. Rizal menundukkan kepalanya dan mengucup kepala Amini.
            Amini menolak tubuh itu. “Saya nak masak.” Tidak selesa bila lelaki itu berbuat begitu kepadanya.
            “Okey,” Rizal memerhatikan Amini sejenak sebelum berlalu menuju ke ruang tamu bagi meneruskan kerjanya yang tergendala disebabkan burung pipit itu. Terima kasih kepada burung pipit kerana mendedahkan kelemahan Amini! Kelemahan itu merupakan satu bonus kepadanya.



Novel : Cinta Antara Kita Bab 17


KERETA BMW hitam metalik itu dipandu Rizal dengan tenang. Sempat lagi Amini melirik pada Rizal yang mengenakan cermin mata hitam. Nampak begitu bergaya tapi alangkah baiknya jika pernampilan yang macho itu disertakan dengan hati budi yang baik dan tidak berprasangka buruk. Pasti ramai yang menyenangi.
Aku juga menyenangi, taklah aku kutuk di dalam hati selalu.
            “Kalau nak apa-apa cakap, tak payahlah tengok I macam nak telan.” Rizal bersuara tiba-tiba. Amini tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Amini menyentuh bibirnya. Semalam dia bermimpi bibirnya itu dikucup oleh seorang Putera. Ahh! Mainan mimpi sahaja! Telefon bimbit Amini berdering lantas menghentikan lamunannya. Lama skrin telefon itu ditatap, bertanya pada dirinya mengenai nombor asing yang tidak berdaftar di dalam telefonnya. Tanpa disedari Rizal memerhatikan perlakuannya.
            Hello,” jawab Amini akhirnya. Terhenti seketika bicara Amini, wajahnya yang kini berubah. Sesekali dia mengetap bibirnya. “Bagaimana? Baiklah, nanti saya siapkan semua dokumen yang diperlukan. Anyway, thanks to you again.” Amini memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangannya semula selepas panggilan itu tamat. Dia membuang pandangannya ke luar. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Matanya dipejam serapat-rapat yang mungkin.
            “Kenapa?” tanya Rizal.
            “Hah? Oh... tak ada apa-apa,” jawab Amini. Lelaki itu tidak perlu tahu apa-apa. Ini tanggungjawab dirinya tidak ada kaitan dengan lelaki itu sama sekali. Cukuplah lelaki itu menuduhnya yang bukan-bukan. Dia tidak tahu tuduhan apa pula selepas ini yang akan dijatuhkan oleh lelaki itu kepadanya. Dia tidak tahu sama ada dia kuat berhadapan dengan semua halangan atau pun tidak. Amini sendiri tidak yakin tapi dia sentiasa yakin bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengannya di mana sahaja dia berada. “Oh ya, kereta saya hari itu, berapa yang harus saya bayar?” tanya Amini pada Rizal.
            Bagaikan terhenti jantung Rizal. “Bayar?”
            “Ya, kau servis dan tukar parts dalam kereta tu kan… at least, you must be spend around 3K.” Amini harus membayar hutang-hutang itu sebelum dia bercerai dengan Rizal. Dia masih punya wang untuk membayar lelaki itu.
            I paid around 4K. Kenapa? You nak bayar? In cash or by cheque?” Nah kau! Aku tak minta bayar, kau sibuk-sibuk tanya berapa harga. Macamlah kerja cikgu dapat pulangan banyak.
            Amini diam. “Nanti saya bagi cash,” akhirnya…

RIZAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Amini. Enjin kereta dimatikan. “Pack your stuff.” Rizal terlebih dahulu turun daripada Amini. Dari luar dia memerhatikan Amini. Terkebil-kebil Amini melihat kiri dan kanan. Ini rumah aku! “Come on Amini,” gesa Rizal.
            Amini mengetap bibirnya menahan geram. Kalau boleh, mahu saja ditumbuk kepala lelaki yang sentiasa menggesanya ini. Dia baru sahaja kehilangan jam tangan kesayangan, dia masih berkabung, tapi dia turun juga. Kereta rakan serumahnya tiada di perkarangan rumah. Pintu pagar dikunci. Balik ke kampung mungkin.
            Rizal membuntuti Amini masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Ternaik keningnya saat melihat tiada banyak perabot yang diletakkan di ruang tamu rumah itu melainkan sebuah kabinet televisyen. Tempat duduk pula hanyalah ambal dan beberapa buah bantal kecil.
            “Rumah ni tak fully furnished ke?” soal Rizal sambil memerhati lagi keadaan rumah yang kosong itu. Selesakah tinggal di dalam rumah seperti ini?
            “Saya tak bercadang jadikan rumah sewa ini sebagai rumah saya...” jawab Amini dalam nada sarkastik. Rizal tersenyum. Ada betulnya juga. Tidak mungkinlah setiap kali berpindah Amini harus mengangkat barangan perabot. Bukankah itu menyusahkan.
            Kakinya turut dihayun mengikuti Amini melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur. Sebaik sahaja Amini menguak pintu bilik haruman aromaterapi mula menusuk hidung Rizal. Terangkat sedikit hidung itu. Di dalam bilik itu terdapat sebuah tilam spring tanpa katil. Rak buku diletakkan di tepi sudut berdekatan dengan kabinet baju. Amini mengambil beg bagasinya. Satu persatu pakaian dikeluarkan dari kabinet. Rizal mengambil tempatnya di atas tempat tidur Amini. Begini rupa-rupanya kamar tidur seorang guru, sentiasa dipenuhi dengan buku-buku. Di bilik Amini yang ada di rumah maknya juga penuh dengan buku. Di mana-mana buku. Semuanya buku, buku dan buku, mengalahkan professor.
            Rizal tidak betah untuk terus memerhati, masih banyak lagi pakaian Amini di dalam almari yang masih belum dimasukkan ke dalam beg. Dia berdiri. Kakinya melangkah mendekati Amini. “You nak bawa semua pakaian you ni?” tanya Rizal. Amini mendongak lantas menganggukkan kepalanya. Rizal turut sama membantu Amini memasukkan semua pakaian itu ke dalam beg bagasi. Huh! Akhirnya selesai. Dua buah beg bagasi kini dimuatkan dengan pakaian Amini.
            Done? Jom pergi...”
           
            LENGAN itu ditarik masuk ke dalam sebuah kedai jam tangan. Amini mulanya enggan tapi dipaksa Rizal supaya menurutinya setelah Rizal memberikan pandangan yang tajam. Amini benci pandangan itu, pandangan itulah yang membuatkan dia berasa serba-salah. Serba-salah kerana mengingkari kata seorang suami? Huh!
            Yes sir, may I help you...” seorang pekerja di kedai jam itu menghampiri mereka sambil memberikan senyuman manis. Pekerja itu melihat satu-persatu wajah yang ada di hadapannya. Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Lihat sahaja cincin di jari manis mereka, pasti pasangan suami isteri. Bisik hatinya.
            So, bagi menggantikan jam tangan you dulu. Try to find the same one...” ujar Rizal. Lembut sahaja bicaranya, hendak muntah Amini mendengar. Rasa lucu juga ada. Dia yakin jam tangannya itu terlepas semasa di ruang letak kereta di bawah 1 Borneo semalam. Rasanya, jam tangan itu sudah hancur dek dilanggar kereta.
            Tersenyum sinis Amini. Dia menjungkitkan keningnya. “Untuk pengetahuan abang sayang, jam tangan saya dulu bukanlah jam tangan mahal macam ni setakat...”
            Rizal berpura-pura tidak mendengar. Dia memerhatikan satu-persatu jam tangan yang ada di dalam rak kaca itu. “Bagi yang ni,” pintas Rizal. Dia terus sahaja mengarahkan pekerja tersebut berbuat demikian daripada terus mendengar kata-kata bebelan Amini, Amini memang keras kepala. Terkunci rapat bibir Amini.
            Rizal menarik tangan Amini tanpa sebarang bicara dia terus sahaja memasukkan jam tangan itu di pergelangan tangan Amini. Hurmmm, jam tangan yang berbentuk bulat dan berwarna silver itu memang sesuai dengan Amini. Jam tangan elegan sesuai dengan Amini yang berperwatakan keras sekaligus menjadikan Amini kelihatan anggun. Bibirnya tersenyum. Jari manis itu sudah disarungkan dengan cincin perkahwinan mereka semula.
            “Berapa?” tanya Rizal kepada pekerja itu.
            “Jam ni, ada diskaun 50 peratus. Jadi, kami hanya pasarkan RM4900. Harga sebenar RM9800.”
            Pardon, how much is it?” sampuk Amini tiba-tiba.
            “RM 4900 puan...”
            Amini mengalihkan pandangannya ke arah Rizal. “Rizal, I don’t think...” Gila! Dia tidak pernah bermimpi mempunyai jam yang mahal. Kalau ada pun, dia mungkin tidak akan pernah membeli untuk dirinya.
            “Kita ambil jam ni okey...” lelaki itu terus sahaja menghulurkan kad kreditnya kepada pekerja itu. Dia langsung tidak bertanya akan pendapat daripada Amini. Pekerja itu dengan senang hati menerima. Amini melepaskan keluhan berat. Dia tidak mahu Rizal terus-terusan mencop dia sebagai seorang perempuan yang pentingkan kebendaan. Dia pasti suatu hari nanti, Rizal pasti akan mengungkit. Dia sangat pasti perkara itu pasti akan berlaku suatu hari nanti! Jam tangannya sebelum ini hanyalah jam tangan berjenama Q & Q Quartz yang hanya berharga RM 89.90 dan dibeli dengan harga RM39.90, jam tangan penghabisan stok. Tapi, Rizal... tahukah lelaki itu nilai masa lebih berharga daripada nilai harga.
            “Rizal!!” tegur satu suara. Seorang lelaki cina keluar dari bilik yang ada di dalam kedai jam itu. Senyuman terukir di bibir lelaki itu. Tangan mereka berjabat. “Lama tak jumpa kau. Apa khabar?” soal lelaki cina itu.
            “Aku okey. Tak tahu pula kau dah pulang dari Taiwan...”
            Lelaki cina itu tertawa. Matanya tertancap pada susuk yang ada di sisi Rizal. Siapakah gerangan wanita yang mengenakan blouse putih dan berseluar jeans itu? “Baru saja. Your  girl?” duganya. Dia tidak pernah melihat perempuan itu sebelum ini.
            Rizal tersentak. Dia menarik lengan Amini supaya dekat dengannya, lengannya merangkul pinggang itu. Begitu mudah dia merangkul tubuh itu apabila berhadapan dengan orang, sengaja mahu menunjukkan mereka merupakan pasangan yang bahagia, kononnya.
            My wife actually,” jawab Rizal.
            Terjungkit kening sahabatnya. Tidak percaya, bukankah Nelly cinta mati lelaki itu selama ini? Macam mana boleh beralih arah pula? “For real?
            Amini mengetap bibirnya, menahan geram kerana dia terpaksa membuat muka manis di hadapan semua orang yang mengenali Rizal.
            Of course... honey meet Danish, Danish this is Amini.” Rizal memperkenalkan Amini dengan sahabatnya. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu mengenai cerita di sebalik perkahwinannya melainkan Johan.
            Amini lebih memaniskan mukanya, dia tidak menghulurkan tangannya. Aurat. Cukuplah dengan memberikan senyuman ramah kepada lelaki cina itu.
            Danish memandang Amini dari atas ke bawah. Tidak ada apa-apa barang mewah yang melengkapi pernampilan isteri Rizal. Tidak ada beg tangan Louis Vuitton, wajah itu tidak dicalit dengan mekap yang tebal seperti mana teman wanita Rizal yang dahulu tetapi jika dibandingkan wanita yang ada ada dihadapannya sekarang ini lebih padan dengan Rizal. Cincin di jari manis itu diperhati, bukankah itu cincin yang dibeli oleh Rizal sewaktu di Paris dahulu? Nampaknya lelaki itu berpegang kepada janjinya. Dia masih ingat lagi kata-kata Rizal kepadanya.
            ‘Aku akan berikan cincin ini kepada isteri aku nanti...’
            “Oh ya, since kau ada di sini apa kata aku belanja kau lunch.” Danish mengajak, dia sudah lama tidak bertemu dengan Rizal. Rindu pun ada juga pada sahabat lamanya itu.
            “Boleh juga, kami pun baru rancang nak pergi makan...”
            Same place?
            Okay, no problem.”

            “LERRY?” Amini mengerutkan dahinya. Sejak tadi dia memerhatikan lelaki yang datang menghampiri mereka. Lelaki itu mengangkat kepalanya. Dia turut mengerutkan dahinya.
            “Amini Aminuddin?”
            Amini tersenyum. Dia tidak salah lagi. Dia takut menegur lelaki kacukan itu sebenarnya. Dia takut lelaki itu sudah tidak mengenalinya. “Leremy Johnstan, right?” duga Amini lagi. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Lerry mengambil tempatnya di sisi abangnya.
            I tak sangka you masih kenal I. It’s been a long time. Is it 8 years?” soal Lerry.
            Amini tergelak. Dia menganggukkan kepalanya. “Me too, hampir-hampir tak kenal. Your hairstyle, your dressing, completely change.”
            Same to you then,” tertawa lelaki cina kacukan dengan Perancis itu.
            How’s your relationship with Mandy?
            “Shusshhh! Kami tak ada hubungan apa-apa, dia saja yang lebih-lebih...” sangkal Lerry. Terjungkit kening Amini.
            I thought...” dia mula mengimbas kembali. Memang betul, Mandy  yang tergila-gilakan Lerry dahulu.
Danish dan Rizal pelik. Lerry dan Amini berbicara seperti sahabat baik
You guys know each other?” celah Danish. Rizal diam. Dia tidak sangka Amini mengenali lelaki yang berketurunan Cina Perancis ini sedangkan bukan mudah berada dalam lingkungan mereka.
“Kami ambil foundation sama-sama di Unitar, same batch but she withdraw before the course end. Where did you go Amini? You don’t even say goodbye to us...”
Oh well, saya pindah, somewhere...” jawab Amini. “Meet my hubby, guess you know him already.
Terkedu Lerry. “You’re married? With Rizal... wow!” Lerry terus memegang tangan Rizal, ditepuk-tepuk tangan itu. “You’re so lucky man! She’s adorable, hilarious and friendly...”

Tuesday, 28 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 16

          RIZAL mengenakan baju jersey dan berseluar pendek, berkerut dahi Amini. Ke mana pula lelaki itu mahu pergi pagi-pagi buta ni dengan berpakaian sedemikian? Tidak mungkinlah Rizal mahu berjogging pula? Lelaki itu berjogging? Tertanya-tanya Amini di dalam hatinya.
            I nak pergi gym, you duduk dalam rumah ni. Jangan pergi mana-mana. Faham?” pesan Rizal pada Amini yang sedang duduk di ruang tamu. Dia membesarkan matanya. Amini tidak menjawab. Dia memandang pada pemandangan yang dihamparkan padanya di luar. Memang tempat ini cantik, dia tahu kondominium ini berharga jutaan ringgit. Ada juga orang sanggup berbelanja berjuta-juta semata-mata rumah yang kecil ini. Dan, Rizal adalah salah-seorang daripadanya.
            I tak pergi lama, janganlah nak tunjuk muka merajuk…”
            Terkedu Amini. Merajuk? Bila pula aku merajuk. Hisy, buang masa aku sahaja. “Saya nak balik,” usul Amini sebelum menghantar lelaki itu dengan rasa amarahnya yang masih bersisa.
            Langkah Rizal terhenti sebelum sampai ke pintu utama. Dia menoleh ke arah Amini. “Jangan nak mengada-ngada, tempat you di sini. I tak benarkan you balik.”
            “Tapi, saya tak ada baju…” tambah Amini lagi, memberikan alasan kepada lelaki itu.
            “Pakai jelah baju I, tak boleh?” duga Rizal.
            Amini melepaskan keluhannya. Lelaki sentiasa sahaja mahu menang. “Takkanlah kau mahu saya pakai underwear kau pula?”
            Rizal tersentak. Ya tak ya juga… dia mengakui kata-kata Amini di dalam hati. “Pakai sajalah,” alih Rizal. Dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu.
            “Huh!” bingung sebentar mendengar jawapan bodoh dari Rizal.
            “Kita bincang lepas ni, I nak pergi gym. Kalau ada orang tekan loceng jangan buka pintu.”
            Amini tidak menjawab lagi, dia biarkan sahaja pesanan Rizal itu ditiup angin bayu. Kenapa tak boleh buka? Takut Nelly datang? Kedengaran Rizal sudah menutup pintu. Tinggallah dia seorang diri di dalam rumah ini. Rumah yang tidak menyambutnya dengan mesra. Tiada kehangatan. Piala-piala dan medal-medal tersusun kemas di satu sudut. Lelaki itu juga mendapat anugerah? Hitam, putih dan merah. Jadi, itulah personaliti Rizal yang dapat dia nampak setakat ini.
            Dia berdiri di situ lagi, masih memerhatikan ruang-ruang yang ada di dalam rumah ini. Perutnya sudah berkeroncong, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan. Kakinya diorak menuju ke dapur. Matanya meliar mencari benda-benda yang boleh dimakan. Peti sejuk di buka. Adui! Tidak memasakkah lelaki ini dirumah? Soal Amini dalam hati apabila ternampak hanya tinggal beberapa biji telur dan makanan yang sudah sedia untuk dimakan. Ahh, lantaklah!
           
            “HEI Riz!” tegur satu suara disertai dengan tepukan di bahu kanan Rizal. Rizal menoleh, senyuman mekar di bibirnya.
            “Hei, lama tak nampak. Pergi mana?” tanya Rizal pada lelaki yang berkulit putih itu. Walaupun lelaki itu berbangsa Belanda tetapi fasih berkata-kata dalam bahasa Melayu. Dia meletakkan dumbbell ke tempat asalnya. Peluh yang merintik di dahi, disekanya menggunakan tuala yang disangkutkan pada tiang.
            “Adik I kahwin, so I kena pulang ke Belanda.”
            “I see,” terangguk-angguk kepala Rizal.
            “By the way, who’s that woman?”
            “Pardon,”
            “I saw you lived with woman, as I understood, you never let any woman enter your house.” Pelik Jodan apabila ternampak Rizal masuk ke dalam rumah bersama dengan seorang perempuan.
            “Ohh, that my wife.”
            “Your wife? When did you get married?”
            “Month ago…”
            “Whoa, tahniah bro! Tak sangka you dah berkahwin…”
            Rizal tersenyum tawar. Itu pilihan mama aku! Bukan pilihan aku! Ingin sahaja dia memberitahu perkara yang sebenar tetapi dia tidak mahu dituduh anak yang baik yang sentiasa mendengar cakap orang tua. Hilanglah maruah lelakinya dimata semua orang!
            “Tak nak buat party?” duga Jodan. “We can still throw party in a club, if you want too.”
            Kelab? Dia tidak mahu membawa Amini ke tempat-tempat seperti itu. “I don’t think so, my wife bukan jenis orang macam tu… but, you boleh datang makan malam di rumah I.”
            “Okay, no problem.”
            “Later I call you...”
            “Alright bro!”
           
            TERANGKAT hidung Rizal tatkala terhidu bau wangi keluar dari rumahnya. Amini masak? Masak apa? Barang-barang dapur belum dibelinya lagi, kesibukan bekerja membuatkan dia tidak punya masa untuk membeli barangan mentah.
            “Amini,” panggil Rizal sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menjenguk hidangan pagi yang disediakan oleh Amini apabila dia melintasi meja makan. Egg roll? Bisik hatinya, pandai juga Amini mempelbagaikan masakannya walaupun barang dapur tidak mencukupi. Telinganya menangkap bunyi pancuran air dari bilik mandi di dalam bilik.
           
            AHH, lega!! Luah Amini sebaik sahaja air dari pancuran membasahi tubuhnya. Dia membasahkan rambutnya lagi. Syampu Clear yang berwarna biru gelap botolnya itu dicapai, dituang cecair syampu di atas tapak tangannya. Haruman syampu itu sememangnya direka khas untuk lelaki, ahh! Biarlah…
            Tuala dicapai sebaik sahaja dia menyudahkan mandinya, dilap sehingga kering tubuhnya yang basah itu. Kakinya melangkah keluar dari bilik mandi. Matanya tertancap pada satu susuk yang kini berdiri di hadapannya. Terkejut Amini. Lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah.
            “Are you going to wear this?” Rizal pada Amini sambil menunjukkan baju t miliknya. Perlahan-lahan Amini menganggukkan kepalanya. Marahkah lelaki itu? Bukankah lelaki itu sendiri yang menyuruh dia memakai bajunya.
            “Baju ni besar sangat, kenapa tak cari baju yang kecil sedikit?”
            Fiuhh! Lega… nasiblah Rizal tidak melepaskan nuklearnya.
            “Saya tak ada seluar,”
            “Jadi, you nak pakai baju ni sahaja?”
            Amini menganggukkan kepalanya sekali lagi. Rizal meletakkan semula baju t itu di atas katil. “Ikutlah, nanti kita keluar…”
            “Tunggu pakaian saya kering dahulu boleh?”
            “Hmmm,” hanya itu sahaja yang dijawab oleh Rizal. Dia tidak memanjangkan bicaranya, baju yang basah lencun dek peluh terus sahaja ditanggalkan. Amini mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia masih belum biasa melihat lelaki asing yang tidak berpakaian di hadapannya. Lainlah kalau lelaki itu abang atau bapanya tidak pun saudara-saudara lelakinya.
            I nak mandi dulu, kalau you nak sarapan you makanlah dahulu…”
            “Saya tunggu,” jawab Amini cepat.
            “Suka hati youlah.”
            Gila! Jantung Rizal tidak berhenti berdegup. Nafasnya hampir-hampir sesak, mujurlah dia cepat-cepat melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Ya Allah! Amini benar-benar menguji keimanannya. Kalau diikutkan nafsu sudah lama Amini berada dalam dakapannya namun walaupun Amini isterinya yang sah, dia masih belum menerima perempuan itu menjadi isterinya.
            Wajah Amini terbayang-bayang di hadapan matanya. Senyuman Amini, suara Amini memang terngiang-ngiang di telinga sejak dahulu lagi. Dia sendiri kurang mengerti kenapa perkara sebegitu terjadi. Perempuan ini ada pelihara saka barangkali, dia membuat andaiannya sendiri.
            Sabun disapu ke seluruh badannya, flannel yang ada ditangannya dipandang sejenak. Flannel itu baru sahaja digunakan Amini, senyumannya melebar. Pada masa yang sama dia masih memikirkan mengenai Amini, Amini dan Amini sehinggalah dia siap mandi dan berpakaian, dia masih memikirkan mengenai Amini.
            Annulment? Bolehkah?” Amini mengerutkan dahinya. Tidak salah istilahkah sahabatnya itu? Langkah Ashman terhenti. Annulment? Dia tidak salah dengarkah?
“Get an annulment, a car and compensation. Not bad huh!”
            Oh, begini rupanya rancangan perempuan ini ya? Dia mahu bercerai dan mendapatkan sebuah kereta dan juga pampasan. Bijak juga perempuan ini, fikirnya perempuan kolot seperti Amini tidak akan memikirkan perkara seperti ini. Kau memang ditipu hidup-hidup Rizal. Sia-sia sahaja kau berbuat baik pada perempuan seperti ini. Kenapa? Tidak cukupkah mahar yang diberikannya dahulu? Atau mahar yang diberikan tidak seperti mahar yang telah ditetapkan oleh keluarga Amini?
            “It’s not that easy babe, you have been married for seven years for now. Why getting an annulment? Bukannya you berdua baru kahwin. It’s a divorce not an annulment lagipun bukankah you all memang saling suka di antara satu sama lain? Lainlah kalau macam kes saya.”
            Erk! Bukan Amini yang mahu bercerai? Rizal memasang telinganya lagi. Tiba-tiba dia berminat pula ingin mengetahui cerita di sebalik panggilan telefon itu.
            “Yalah, at least kau kena fikir masak-masak. I envy you; you married with guy that you love but me? I don’t even love him.”
            Kau fikir aku cinta kau? Bentak Rizal dalam hati.
            Hey, siapa yang kaunseling siapa sekarang ni? By the way, I’m at Peak Condominium right now. Yes! At his place, orang kaya-kaya punya rumah. Kau fikir saya dapat tinggal dalam rumah mahal macam inikah? In your dream. You know what, I wish that you were here. Take me away from here. Saya tak biasa, saya tak biasa tinggal dalam rumah mewah macam ni. I just can’t stand it. I miss my life, I miss my own life. No! I’m not crying.”
            Rizal dapat mendengar Amini cuba berpura-pura ketawa. Ketara sangat buat-buat ketawa. Dia dapat melihat dengan jelas Amini yang sedang bercakap di telefon. Amini mengangkat tangannya, jari-jemari itu seakan-akan menyeka air mata. Amini benar-benar menangis?
            “Saya sedih sebab jam tangan saya hilang. Well, saya kena tunggu gaji keluar baru dapat beli jam. Biasalah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. And why should I? I’m not that desperate. Okaylah, I got to go. See you, fikir masak-masak tau.
            Rizal berundur perlahan-lahan ke belakang. Amini tidak boleh melihat dia di situ. “Ehem!” Rizal pura-pura berdehem sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik. Terkejut Amini, cepat-cepat dia menyapu sisa-sisa air mata di pipinya. Dia menoleh pada lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik tidur. Dia mengangkat telefon bimbit antiknya, meneliti wajahnya pada skrin telefon bimbitnya, dia harus memastikan matanya tidak sedikit pun menunjukkan yang matanya itu baru sahaja menitiskan air mata. Lelaki itu tidak perlu tahu. Kalau lelaki itu tahu pasti lelaki itu lagi berfikir yang bukan-bukan dan menuduhnya yang tidak-tidak.
            Amini mengukirkan senyuman pada Rizal tapi lelaki itu kelihatan tidak mengendahkannya. Mati senyumannya itu. Rizal memang melayannya dengan dingin pun selama ini, dia harus terima itu seadanya.
            Cerai!
            Perkataan itu tiba-tiba muncul di benak Amini. Ya, cerai! Rizal dan dia boleh bercerai bila-bila masa sahaja. Selepas itu dia boleh hidup seperti sedia kala.
            “Aren’t you going to breakfast?” tanya Rizal pada Amini yang sejak tadi berkhayal. Entah apa yang difikirkan oleh perempuan itu.
            “Ya,” Amini mengorak langkahnya menuju ke ruang makan. Dia mengambil tempat di hadapan Rizal. Sarapan pagi yang disediakannya ditatap. Macam mana harus dia memulakan bicara dengan Rizal mengenai penceraian?
            Rizal mengangkat kepalanya. Dia menatap wajah sugul yang ada dihadapannya, sekurang-kurangnya Amini perlu memberikan wajah ceria apabila berhadapan dengannya, bukan wajah sugul seperti itu. Jam tangan! Mungkinkah kerana dia kehilangan jam tangan kesayangannya? Pandangannya beralih pada baju yang membalut tubuh Amini, tersenyum Rizal di dalam hati. Memang baju itu besar di badan Amini. Kalaulah Nelly, sudah pasti Nelly tidak akan mengenakan baju besar seperti itu. Nelly mungkin akan memaksanya membelikan pakaian baru untuknya.