BILIK yang dihias indah itu seakan-akan
mengalu-alukan kedatangan Rizal. Sekali lafaz sahaja Amini sah menjadi
isterinya. Seperti yang dipinta Amini majlis perkahwinan mereka hanya dibuat di
rumah Amini sahaja. Rumah kecil ini menerima kunjungan ramai daripada rakan dan
sanak-saudara Amini. Jenuh dia menyambut tetamu yang hadir. Bibir ini tidak
pernah berhenti daripada melakukan tugasnya. Naik lenguh dia.
Berkerut
dahi Rizal tatkala matanya terpandang katil Amini. Katil itu tidaklah sebesar
mana. Muatkah? Atau Amini mahu dia tidur di lantai? Ahhh, aku tidak akan
menyerah kalah. Aku tak akan tidur atas lantai.
Pintu
bilik dikuak. Rizal menoleh. Amini masuk dengan baju tradisi Dusunnya. Mekap
masih belum dibuka. Rambutnya masih berbentuk. Cantik! Puji Rizal dalam hati.
Amini nampak seperti orang lain. Bukan perempuan materialistik kuno yang dia
pernah kenal.
Timbunan
hadiah yang diberikan kepada mereka menjadi tatapan Rizal. Dia pelik bila
melihat teman-teman Amini yang datang. Teman-temannya boleh dibilang dengan
jari. Begitu sedikit? Tidak mungkinlah seorang guru tidak mempunyai teman-teman
yang ramai. Pelik, sangat pelik. Bahkan Amini sempat berbisik dengan seorang
perempuan yang bernama Suraya dan Acy. Bagaikan ada sesuatu yang dirahsiakan
oleh mereka. Dia sendiri sukar untuk mentafsir apa yang sedang difikirkan oleh
Amini sekarang ini.
Amini
melangkah menuju ke meja solek. Dia mengeluarkan kapas dari laci meja solek.
Baby oil berbotol ungu itu dibuka dan dituangkan pada kapas. Kewujudan Rizal di
dalam bilik itu tidak diendahkan. Dia menatap matanya yang merah. Lack of sleep! Kapas itu disapu
perlahan-lahan pada kelopak matanya, membuang pembayang mata. Dan kapas itu disapu
di muka, menghilangkan mekap yang menutup kekurangan dirinya.
“Ehem!”
Rizal berdehem. Amini tersentak. “I think
I’m going to take shower. Towel please,” pinta Rizal. Amini meletakkan
semula kapas di atas permukaan meja. Kakinya melangkah menuju ke almari pakaian.
Tangannya mencapai sehelai tuala yang masih berlipat, diserahkan kepada Rizal.
Mata
Rizal tertancap pada cincin yang tersarung di jari manis Amini. Cincin yang
dibelinya sewaktu di luar negara dahulu. Dia simpan khas cincin itu untuk bakal
isterinya, dan kini menjadi milik Amini bukan lagi milik Nelly yang pada
mulanya dia ingin memberikan kepada isterinya.
“Are you okay?” soal Rizal apabila dia
ternampak muka lesu Amini. Senyuman tawar terukir di bibir Amini. Dia
menggelengkan kepalanya.
“Saya
okey, penat sikit.” Mahu tidak mahu sahaja Amini berbicara.
“I see. I pergi mandi dulu...”
Amini
menganggukkan kepalanya. Dia kembali meneruskan kerja membersihkan mukanya
daripada mekap. Sempat lagi dia melirikkan matanya pada Rizal. Terkejut dia
apabila Rizal menanggalkan pakaiannya di dalam bilik itu namun dia berbuat tak
nampak. Tapi, tak boleh juga, apa orang akan fikir kalau Rizal keluar dalam
keadaan yang tak berbaju. Oh tidak! Dia patut lakukan sesuatu.
Okey,
dia mesti keluar dari bilik itu sebelum Rizal. Cantik!
“MACAM
mana I nak tidur atas katil sempit
ni?” pertanyaan bodoh itu menerjah masuk ke dalam telinga Amini. Amini masih
lagi mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
“Tidur
sajalah.”
“Okey,
jangan marah kalau you jatuh ke bawah
nanti.”
Amini
mengecilkan matanya, memandang Rizal seperti The Rock. “You won’t dare Rizal.”
“Bet me,”
Amini
menjungkitkan bahunya. Rizal terlebih dahulu merebahkan tubuhnya di atas tilam
empuk milik Amini. Ahh, akhirnya. Seharian badan itu bekerja untuk resepsi
majlis perkahwinannya. Dari semalam lagi, tapi mujurlah majlis nikah itu hanya
dilaksanakan di rumah ini juga.
“Kenapa tak beli tilam baru yang
lebih besar daripada ini? Ini tilam singlelah
Amini,” bebel Rizal.
Amini mengetap bibirnya. “Sayang
beli tilam baru, tilam tu masih okey apa hence
it’s super single, bukannya single biasa.”
Rizal tersenyum sinis, memang
betul kata-kata Amini itu. Tilam itu bukan tilam single biasa. Tilam ini boleh memuatkan dua orang masalahnya cuma
sempit sedikit. Tilam itu memberikan ruang sedikit kepada Amini dan selebihnya
kepada badannya. Tak apa, Amini pun bukannya besar sangat. Matanya asyik
mengekor pergerakan Amini. Dipandang Amini dari atas ke bawah. Amini hanya
mengenakan seluar pendek dan berbaju singlet. Bukankah Amini harus mengenakan
baju tidur seksi pada malam pertama? Rizal tergelak dalam hati. Seksikah kalau
Amini mengenakan baju tidur nipis? Hmm… nafasnya sesak tiba-tiba. Dia
memejamkan matanya, kenapa tiba-tiba sahaja dia begini?
Rizal
cepat-cepat memejamkan matanya apabila Amini menghampiri katil. Tubuh itu rebah
di sisi Rizal. Haruman dari tubuh dan rambut Amini menusuk ke hidungnya.
Seperti aromaterapi, Rizal mulai mengantuk.
RIZAL
terjaga dari tidurnya dek terdengar kokokan ayam jantan yang kedengaran pelik,
dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas kiub kecil di sisi katil.
Empat pagi? Masih awal. Terkedu dia apabila tangannya melayang di atas pinggang
Amini. Tubuh itu rapat ke dadanya. Nyenyak sungguh Amini tidur. Amini tidak
berdengkur malah posisi tidurnya masih sama seperti posisi malam tadi. Tidak
berkalih walau sejengkal. Biar betul. Amini mengiring membelakanginya. Isteri
tidak patut membelakangi suami. Diperhati lagi tubuh yang sedang berbaring di
sisinya. Alangkah bagus kalau perempuan itu Nelly.
Namun,
ada sesuatu dalam diri Amini membuatkan dia berasa sesuatu. Kadang-kala, Amini
boleh membuatkan dia rasa bahagia, hanya kerana perkara kecil. Kadang-kala
memandang Amini yang sedih boleh membuatkan dia tertanya-tanya, tertanya-tanya
apa yang membuatkan mood Amini
berubah tetapi kadang-kala, amarahnya memang terlepas begitu sahaja dan Amini
kadang-kala membidas, kalau tidak pun, Amini hanya membiarkan begitu sahaja.
Dia
mendekatkan hidungnya mendekati kepala Amini. Hidungnya didekatkan pada rambut
Amini. Haruman yang terbit dari setiap rambut itu membuainya. Itulah haruman
rambut yang selalu dia terhidu dari rambut Amini. Rizal mendekatkan bibirnya
pada rambut Amini perlahan-lahan. Belum sempat kucupan itu singgah di rambut
itu, Amini sudah terjaga dari tidurnya. Cepat-cepat Rizal menutup matanya,
berpura-pura tidur. Padahal, dia takut Amini menyedari tindak-tanduknya
sebentar tadi.
“AWAL
bangun,” tegur Kartina apabila ternampak Amini di dapur. Anak gadisnya itu baru
sahaja bergelar isteri orang semalam. Bagaikan baru semalam dia membesarkan
Amini, cepat benar masa berlalu. Amini mendahului Arman dalam berumah tangga,
tak apa... dia sangat bersyukur Amini bertemu jodoh juga akhirnya walaupun
Amini pernah berkata kepadanya yang dia tidak mahu berkahwin dalam masa yang
terdekat.
Takut
juga dia bila Amini tidak pernah mempunyai teman lelaki, setahunyalah, anak
gadisnya itu bukanlah jenis seperti anak-anak gadis yang lain.
Amini
senyum. “Saja, sedia sarapan. Rizal tak boleh kalau tak sarapan pagi.” Haha!
Kali ini Amini buat lawak. Dia sendiri tidak tahu sama ada Rizal seorang yang
berdisiplin dalam bersarapan ataupun tidak. Hanya idea itu sahaja yang
terlintas di dalam fikirannya. Dia tidak betah tidur lama-lama bersama dengan
Rizal. Dia bangun awal kerana tidak mahu diejek oleh saudara-mara,
sepupu-sepapat di atas malam pertama dia dan Rizal. Malam pertama? Huh! Tak
ingin!
“Hmm,
yalah...” Kartina meninggalkan Amini seorang diri di dapur. Dia tahu cara
anaknya bekerja. Amini tidak suka memasak beramai-ramai. Masakannya tidak akan
menjadi sekiranya ada orang sedang memerhatinya memasak. Lebih baik dia
membersihkan halaman depan daripada mengganggu Amini memasak.
Amini
membuka pintu dapur. Dia terpandang ibu saudaranya yang sedang menyiram
bunga-bunganya.
“Tante!” panggil Amini.
“Oiii,”
sahut ibu saudaranya.
“Dah
masak sarapan pagi?” tanya Amini.
“Belum
lagi,” jawab ibu saudaranya.
“Tak
payah masak, nanti saya hantar sarapan pagi...”
“Ya
lah,” tersenyum wanita tua itu. Amini memang rapat dengannya sejak kecil lagi. Amini
ibarat anak kandungnya sendiri, dia sanggup menghulurkan wang saku kepada Amini
setiap bulan sewaktu Amini masih menuntut di Institut Pendidikan Guru. Amini
bukanlah seorang yang jenis kacang lupakan kulit. Amini sedia membantu
sekiranya dia berhadapan dengan sebarang masalah. “Masak sedap-sedap tau!”
pesan ibu saudaranya.
“Eh,
mesti!”
No comments:
Post a Comment