Monday, 20 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 11


SATU-PERSATU buku yang ada di hadapannya itu diambil. Amini perlu memerhatikan setiap isi kandungan yang terdapat di dalam buku itu. Dia perlu memeriksa. Kadang-kala ada di antara kandungan itu bukanlah mencapai skop pembelajaran. Ada sesetengah penerbit mengeluarkan buku yang sama, memperbanyakkan cetakan tanpa menambah dan menyemak semula bahan-bahan yang ada di dalam. Sukatan pelajaran bukannya sama seperti dahulu. Itulah yang Amini khuatirkan. Dia perlu mencari bahan rujukan yang sesuai untuk adik-adiknya.
            “Buku ni semua sama saja,” luah Rizal, dia juga turut membelek-belek buku yang ada di hadapannya. Dia dahulu pun menggunakan banyak buku rujukan lebih-lebih lagi semasa dia berada di UM. Dia bukanlah jenis orang yang banyak menghabiskan masanya di perpustakaan. Jadi, dia beli semua buku yang dia akan gunakan di MPH. Kalau tidak pun, dia akan cari secara online.
            Amini mengangkat kepalanya. “Pergi Starbuckslah dulu sementara saya cari buku untuk Man dan Nura.”
            No. It’s okay, I’m fine. I ingatkan you nak shopping baju tadi.” Dia sendiri tidak menyangka yang Amini akan mencari buku untuk adik-adiknya. Memang dia menyangkakan yang Amini membeli pakaian baharu mungkin. Kalau tidak pun baju kurung baru untuk dipakai ke sekolah.
            Tergelak Amini, entah ikhlas entahkan tidak. “Siapa kata saya nak shopping baju?” satu-persatu buku rujukan yang tebal itu dimasukkan ke dalam bakulnya. Sudah ada lima buah buku tebal di dalam itu, tidak termasuk lagi dengan buku-buku latihan.
            Rizal mengambil bakul yang ada di dalam pegangan Amini. “Mari sini, I bawa.” Mahu tidak mahu, Amini terpaksa melepaskan bakul itu. Dia berjalan menuju ke rak novel pula. Kali ini, dia perlu mencari bahan bacaan untuk dirinya sendiri. Tangannya sudah mencapai sebuah novel yang mempunyai kulit berwarna biru gelap. Terus sahaja dia masukkan ke dalam bakul yang dipegang Rizal.
            Pelik Rizal. Kali ini, Amini masukkan sahaja tanpa membaca synopsis. “Saya dah baca buku tu.” Amini berkata kepada Rizal seolah-olah dia dapat mengagak apa yang sedang bermain di kepala lelaki itu.
            “Kalau dah baca, kenapa nak beli lagi?”
            Ebook, mana boleh pegang. Saya nak something yang saya boleh pegang.” Amini cuba mengambil bakul itu daripada pegangan Rizal tapi lelaki itu menjauhkan sedikit daripadanya. “Saya nak bayarlah…”
            I bayar.”
            “Ini buku-buku yang saya beli untuk Nura dan Man,” beritahu Amini, berharap lelaki itu faham dan bukannya ikut suka hatinya sahaja membuat keputusan.
            “So what?” Rizal mengangkat keningnya. “Biarlah I bayar untuk diaorang.” Laju sahaja kaki Rizal melangkah menuju ke kaunter bayaran, terpaksalah Amini mengikut sahaja kehendak  lelaki itu.
            Amini mengeluarkan kad ahli kedai buku Popularnya dan diberikan kepada Rizal. “Untuk apa?” tanya Rizal.
            “Diskaun.”
            Kad itu beralih tangan. Rizal memberikan kad ahli itu terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan kad kreditnya dari dompet kulitnya itu. Dia mengerling pada Amini yang sedang memegang sebatang pen fountain. Tidak beralih tangan itu, tapi bila Amini memandang pada tag harga itu, Amini terus sahaja meninggalkan pen fountain itu.
           
            RIZAL sudah melangkah masuk ke dalam restoran Secret Recipe sambil memegang buku yang baru sahaja mereka beli dari kedai buku itu. Sudah berkali-kali Amini meminta barang itu, tapi dia langsung tidak memperdulikan Amini.
            Barang-barang itu diletakkan di bawah meja. Seorang pelayan datang menghampiri mereka dan memberikan dua buku menu kepada mereka berdua. Amini memberikan pesanannya terlebih dahulu dan diikuti oleh Rizal.
            So, you nak pergi mana lepas ni?” tanya Rizal kepada Amini setelah pelayan itu berlalu bersama dengan pesanan mereka. Dia melihat Amini mengeluarkan sebuah buku nota kecil daripada dalam begnya. Bibir bawah itu diketap.
            “Hmmm, jam tangan untuk Aiman. Beg baru untuk Anura. Mungkin nak beli sehelai dua baju untuk diaorang kot.”
            You pula?” soal Rizal.
            Amini mengangkat keningnya. Tidak faham. “Saya, kenapa?” dia bertanya kembali kepada Rizal. Lelaki itu melepaskan keluhan.
            You tak beli something untuk diri youkah?”
            “Ohh… tengoklah dulu.” Amini hanya membajetkan duitnya kali ini untuk membeli barangan adik-adiknya. Tiada niat langsung melainkan novel yang dia ambil tadi.

            JAM tangan digital yang berwarna hitam itu diambil. Amini sendiri rambang mata hendak memilih yang mana satu. Dia menoleh pada Rizal. “Tolong pilih untuk Aiman. Payah sikit kalau pilih untuk budak tu.” Memang payah pun. Aiman bukannya seperti Anura. Aiman jenis yang memilih manakala Aiman pula jenis yang memilih. Semua pun kena up to date.
            “You rasa Aiman nak mana satu?” tanya Rizal.
            “Entahlah, selalunya budak-budak di sekolah tu pakai jam tangan yang biasa-biasa sahaja.”
            Rizal ternampak seutas yang menarik matanya. Dia terus meminta pekerja itu mengambil jam tangan Casio itu. “Ini okey?” tanya Rizal.
            Mata Amini bersinar tiba-tiba. “That nice.” Dia melihat pada tag harga. RM180? Biar betul. Budak tingkatan dua pakai jam tangan berharga RM180? “Tak ada yang murah daripada itukah?”
            “Kenapa?” tanya Rizal.
            “Teenager, you know…”
            What’s wrong kalau teenager pakai jam tangan macam ini?”
            “Budak-budak ni, suka menunjuk-nunjuk. Senang jadi mangsa buli.”
            “Tak apa, nanti I cakap dengan Aiman. I’m sure he’ll listen to me…” yakin sahaja lelaki itu berkata sedemikian. Dia masih belum pernah melihat lagi Aiman tidak mendengar cakapnya. “Oh ya, you cari jam tangan untuk Nura. Tak aci kot kalau kita beli untuk Aiman saja.”
            Amini mahu memberitahu perancangannya tapi bila difikirkan kembali. Dia harus membelikan benda yang sama. Kalau Aiman punya jam, sudah tentu Anura juga mahukan jam. Walaupun perbezaan mereka hanya setahun tapi mereka berlagak seperti kembar.
            Jam tangan yang khas untuk perempuan itu Kaliesa perhatikan. Matanya tertancap pada seutas jam tangan yang mempunyai permata. Dia meminta pekerja itu mengambil untuknya. Dan kali ini, seperti biasa Rizal sudah menghulurkan kad kreditnya kepada cashier di kedai jam itu. Amini memang tidak dapat lari. Dia tidak mahu digelar perempuan materialistik oleh lelaki itu lagi. Tapi, barang kali ini bukan untuk dirinya…

No comments:

Post a Comment