5
GAMBAR
perempuan yang ada ditangannya itu ditatap, berkerut dahinya. Dia seperti
pernah melihat wajah itu sebelum ini tapi dia sendiri kurang pasti. Gambar
perempuan itu yang mengenakan baju warna ungu ditatap dengan lebih fokus. Rizal
memasukkan gambar bakal isterinya yang diberikan oleh ibunya itu ke dalam laci
meja. Jam tangan ditatap, hari ini merupakan hari aktiviti syarikat, seperti
biasa mereka akan mengadakan satu perlawanan boling sesama staf bagi
mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.
“Kau
dah ready?” terpacul kepala Johan
tiba-tiba. Rizal menganggukkan kepalanya. Baju pejabat sudahpun ditukar kepada
baju sukan. Beg diambil dan kakinya melangkah keluar jalan beriringan bersama
dengan Johan.
“AKTIVITI
kita dari dahulu sampai sekarang tak pernah berubah. Saya memang salutelah dengan kelas kita ni...” Amini
tertawa, dia menyandarkan belakang badannya di penyandar bangku yang disediakan
khas.
“Yalah,
aku sendiri pun tak tahu tapi kalau bukan kita mencipta sejarah siapa
lagikan...” usul Darul sambil membetulkan cermin matanya. Amini menepuk-nepuk
bahunya yang sengal. Dia berdiri, berjalan menuju ke rak-rak yang menyimpan
bola-bola boling. Dia mencari-cari bola yang sesuai dengannya. Jenuh dia
mencuba satu-persatu bermula dari lane
pertama sehinggalah kakinya melangkah ke lane
16, 17 dan 18 yang mungkin sudah ditempah oleh mana-mana syarikat ataupun
individu untuk perlawanan kumpulan. Riuh-rendah kawasan hujung itu, sakit
telinganya. Lagi-lagi lane mereka
bersebelahan dengan lane itu. Hurmm....
“Mimi!!”
Amini
tertoleh-toleh, nama diakah yang dipanggil? Atau orang lain? Orang yang bernama
Mimi memang banyak. Perlahan-lahan dia menoleh kiri, kanan, depan dan belakang.
Pandangannya tertancap pada satu tubuh gemuk
yang dia sangat kenal. Terjungkit keningnya, bukankah lelaki itu pernah berkata
padanya yang dia tidak akan melancong ke dalam negara sendiri melainkan
melancong ke luar negara. Hurmmm, nampaknya lelaki itu sendiri merobek
kata-katanya. Meleret senyuman Amini, kalau boleh meleret sampai ke telinga.
“Bro! Awat
tak bagi tau nak mai?” Amini menyoal
sambil menyambut huluran tangan itu.
“Saja,
ni pun I datang dengan Mat Jun. Family I dah balik minggu lepas, depa dah pergi awai, awai lagi. Tinggal I
sorang je biasalah anak pungutkan...” Amir menunjuk ke arah lelaki yang berada
di kaunter pembayaran.
Amini
tersenyum. Amir tidak pernah habis-habis melabelkan dirinya sebagai anak
pungut. “Tak apalah, berapa hari dah di sini?” soal Amini.
“Hat
ni second day, esok dah nak gerak pi
tempat abang I tu... saja nak tengok
hidup dia kat pedalaman tu. Hang
sorang?”
“Tak,
datang dengan kawan. Ada reunion
kelas masa sekolah menengah dulu...”
“Hang
main tak apalah, biasalah championkan...”
Amir teringat akan perlawanannya bermain bowling
bersama dengan Amini juga Misha suatu ketika dahulu. Amini memang pandai
bermain bowling, gayanya memang gaya
seorang pemain bowling. Tersenyum
Amini? Hebat? Pengalaman cara permainan yang betul sewaktu dia mengikuti
bengkel itu beberapa tahun yang lalu.
“Ke
situ pula, ni jomlah main sama...” ajak Amini.
“Tak
apa, esok-esok kita jumpa ajak Misha sekali.”
“Okay, anyway nice to meet you!” mereka
berjabat tangan sebelum berpisah. Amini sudah pun mendapat bola yang sesuai
dengannya. Dia kembali bersama dengan rakan-rakannya.
“CANTIKLAH
Macho!!” rakan-rakan Amini bersorak
apabila balingannya tepat pada semua pin. Tersipu-sipu Amini, dia menutup
mulutnya sambil tersenyum. Dia mengangkat tangannya, melambai-lambai seperti
model iklan syampu. Sempat lagi dia mengerling ke kanannya. Ada beberapa pasang
mata yang sedang memerhatikannya sejak tadi.
“Alah
korang, macam tak biasa orang Macho
memang selalu strike!” ujar Amini
dalam nada bongkaknya. Gelaran Macho itu
tidak pernah lari dari Amini, dari bangku sekolah menengah sehinggalah ke
Institut Perguruan. Kadang-kala, ada juga sesetengah rakan-rakannya di Institut
Perguruan menggelarnya sebagai Tomboi tapi Amini tidak pernah kisah. Dia tetap
dirinya, tidak akan berubah.
“Eleh
temberang lebih Macho Man ni!” Adam
meluahkan rasa tidak puas hatinya. Amini menjeling.
“Kau
apa peduli!” marah Amini, tangannya terus melayang di atas bahu Adam, menampar
sekilas. Hubungan mereka rakan sekelas memang rapat. Selalunya dia akan
ditemani oleh Gracey dan Julia, sebagai rakan perempuan tetapi memandangkan
rakan-rakan perempuannya itu ada komitmen masing-masing jadi terpaksalah dia
menjadi perempuan solo dalam perjumpaan kali ini. Jadilah dia bunga yang
dikerumuni oleh kumbang-kumbang. Amini mengambil tempat duduk, sebaik saja dia
menyandar dia mendongak kepalanya. Terhantuk kepalanya dengan orang yang duduk
di belakangnya. “Aduhh!!” Amini cepat-cepat memalingkan kepalanya ke belakang.
“Sorry,” ucap Amini sebelum orang itu
melepaskan marah padanya. Lelaki itu terus berdiri. Sedikit pun tidak menoleh
pada Amini.
Huh!!
Sombong! Bisik Amini dalam hati. Dia berdiri, tekaknya terasa dahaga. Minuman
yang dibeli oleh Adam tadi terus sahaja dikeluarkan dari plastik. Diputar
penutup botol mineral itu, lagu Dynamite dendangan
Taio Cruz yang berkumandang itu membuatkan Amini bergerak mengikut rentak beep
lagu tersebut. Dia menggoyangkan kakinya serta tubuhnya sambil menyanyi kecil,
kepalanya turut bergoyang, leka memerhati Adam membuat balingan sambil
mendengar lagu, tanpa menyedari yang dirinya sedang diperhatikan.
“Kenapalah
bola aku tak pernah masuk ni?” Adam datang dengan muka tidak puas hati. Bola
yang dibaling kerap masuk ke longkang.
“Tulah
kau tak jampi-jampi sebab tu macam tu,” jawab Saputra. Amini tertawa sambil
menutup botol mineral, begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. “Kau tengok
aku buat macam mana...” Saputra berjalan menuju ke lane. Dia meniup tangan kiri dan kanannya. Kakinya melangkah dan
bola terus saja meluncur laju... Banggg!!!
“Woohooo!!!
Cayalah Put!! Hebat kau!” laung
Darul.
Satu tepukan gemuruh dan sorakan
diberikan kepada Saputra, hampir terlepas botol mineral yang ada dalam tangan
Amini. Berderai tawanya, macam manalah tak ketawa. Bola yang dibuang meluncur
laju sehingga mengena penghadang pin. Merah muka Saputra menahan malu, pada
masa yang sama dia turut menahan tawanya. Amini cepat-cepat melangkah mengambil
bola yang berpusing kembali ke garis lane,
sangat faham dengan perasaan Saputra sekarang ini kerana dia juga pernah
berhadapan dengan situasi yang sama sebelum ini.
“Kau
memang hebat!!” puji Amini sekali lagi, tawanya masih bersisa. Orang-orang yang
ada di lane hujung itu ada juga yang
terhibur dengan telatah mereka, apa tidaknya merekalah satu-satunya kumpulan
yang sangat meriah meskipun hanya ada empat orang sahaja. Dia memandang
satu-persatu rakan-rakannya. Mereka semua mempunyai kerjaya profesional sendiri
tapi hilang begitu sahaja sebaik sahaja mereka berkumpul. Kumpulan mereka
memang kerap-kali membuat perkara-perkara yang memalukan, dari dahulu sampai
sekarang tak berubah-ubah. Apatah lagi mereka sering mengenakan baju yang sama.
“Cikgu!!”
seorang anak kecil berlari mendapatkan Amini yang masih memegang bola. Terkejut
Amini, dia memberikan bolanya kepada Adam.
“Haziqa,”
ucap Amini. Tangannya diangkat dan disalam oleh anak kecil yang baru berumur
tujuh tahun itu. Amini meletakkan tangannya di atas kepala anak kecil itu.
“Bye cikgu, jumpa esok ya...” murid Amini
meminta diri sebaik saja ibunya memanggil. Amini menganggukkan kepalanya,
sempat lagi dia melambai pada anak muridnya itu.
“Kantoi
Macho man hari ni oleh anak murid
dia,” tegur Darul.
“Ha
ah, kantoi dah...” tambah Saputra menyokong Darul.
Terbeliak
mata Amini. “Oooiii!! Mereka sepatutnya berbangga dengan cikgu ni, well saya kan cikgu paling Macho...” Amini menjungkit-jungkitkan
keningnya.
Adam
terkedu, dia terus saja mengangkat tangannya, meluat dengan kata-kata Amini. “Piraaahhhhh!!!”
“Sabar
Adam, aku tahu kau tak Famous Amos dalam
kalangan murid-murid dekat sekolah. Kau carilah peluang supaya kau dapat jadi Famous Amos macam Macho man ni...” Darul mengusap-usap belakang badan Adam.
“Gila!!”
marah Adam, dia menjeling.
“AMINI
BINTI AMINUDDIN.”
Langkah
Amini mati. Dia yang baru berkira-kira hendak masuk ke dalam kereta terpaksa
menghentikan niatnya.
“Ya,”
jawab Amini pada orang yang memanggil nama penuhnya sebentar tadi. Lelaki itu
memandangnya atas bawah. Amini turut meneliti dirinya dari atas ke bawah, apa
pula yang tak kena dengan dirinya. Biasalah dia hanya mengenakan seluar jeans denim dan sehelai jersey.
“I, Muhammad Rizal your future husband.”
“Erk!”
No comments:
Post a Comment