Wednesday, 29 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 17


KERETA BMW hitam metalik itu dipandu Rizal dengan tenang. Sempat lagi Amini melirik pada Rizal yang mengenakan cermin mata hitam. Nampak begitu bergaya tapi alangkah baiknya jika pernampilan yang macho itu disertakan dengan hati budi yang baik dan tidak berprasangka buruk. Pasti ramai yang menyenangi.
Aku juga menyenangi, taklah aku kutuk di dalam hati selalu.
            “Kalau nak apa-apa cakap, tak payahlah tengok I macam nak telan.” Rizal bersuara tiba-tiba. Amini tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Amini menyentuh bibirnya. Semalam dia bermimpi bibirnya itu dikucup oleh seorang Putera. Ahh! Mainan mimpi sahaja! Telefon bimbit Amini berdering lantas menghentikan lamunannya. Lama skrin telefon itu ditatap, bertanya pada dirinya mengenai nombor asing yang tidak berdaftar di dalam telefonnya. Tanpa disedari Rizal memerhatikan perlakuannya.
            Hello,” jawab Amini akhirnya. Terhenti seketika bicara Amini, wajahnya yang kini berubah. Sesekali dia mengetap bibirnya. “Bagaimana? Baiklah, nanti saya siapkan semua dokumen yang diperlukan. Anyway, thanks to you again.” Amini memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangannya semula selepas panggilan itu tamat. Dia membuang pandangannya ke luar. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Matanya dipejam serapat-rapat yang mungkin.
            “Kenapa?” tanya Rizal.
            “Hah? Oh... tak ada apa-apa,” jawab Amini. Lelaki itu tidak perlu tahu apa-apa. Ini tanggungjawab dirinya tidak ada kaitan dengan lelaki itu sama sekali. Cukuplah lelaki itu menuduhnya yang bukan-bukan. Dia tidak tahu tuduhan apa pula selepas ini yang akan dijatuhkan oleh lelaki itu kepadanya. Dia tidak tahu sama ada dia kuat berhadapan dengan semua halangan atau pun tidak. Amini sendiri tidak yakin tapi dia sentiasa yakin bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengannya di mana sahaja dia berada. “Oh ya, kereta saya hari itu, berapa yang harus saya bayar?” tanya Amini pada Rizal.
            Bagaikan terhenti jantung Rizal. “Bayar?”
            “Ya, kau servis dan tukar parts dalam kereta tu kan… at least, you must be spend around 3K.” Amini harus membayar hutang-hutang itu sebelum dia bercerai dengan Rizal. Dia masih punya wang untuk membayar lelaki itu.
            I paid around 4K. Kenapa? You nak bayar? In cash or by cheque?” Nah kau! Aku tak minta bayar, kau sibuk-sibuk tanya berapa harga. Macamlah kerja cikgu dapat pulangan banyak.
            Amini diam. “Nanti saya bagi cash,” akhirnya…

RIZAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Amini. Enjin kereta dimatikan. “Pack your stuff.” Rizal terlebih dahulu turun daripada Amini. Dari luar dia memerhatikan Amini. Terkebil-kebil Amini melihat kiri dan kanan. Ini rumah aku! “Come on Amini,” gesa Rizal.
            Amini mengetap bibirnya menahan geram. Kalau boleh, mahu saja ditumbuk kepala lelaki yang sentiasa menggesanya ini. Dia baru sahaja kehilangan jam tangan kesayangan, dia masih berkabung, tapi dia turun juga. Kereta rakan serumahnya tiada di perkarangan rumah. Pintu pagar dikunci. Balik ke kampung mungkin.
            Rizal membuntuti Amini masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Ternaik keningnya saat melihat tiada banyak perabot yang diletakkan di ruang tamu rumah itu melainkan sebuah kabinet televisyen. Tempat duduk pula hanyalah ambal dan beberapa buah bantal kecil.
            “Rumah ni tak fully furnished ke?” soal Rizal sambil memerhati lagi keadaan rumah yang kosong itu. Selesakah tinggal di dalam rumah seperti ini?
            “Saya tak bercadang jadikan rumah sewa ini sebagai rumah saya...” jawab Amini dalam nada sarkastik. Rizal tersenyum. Ada betulnya juga. Tidak mungkinlah setiap kali berpindah Amini harus mengangkat barangan perabot. Bukankah itu menyusahkan.
            Kakinya turut dihayun mengikuti Amini melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur. Sebaik sahaja Amini menguak pintu bilik haruman aromaterapi mula menusuk hidung Rizal. Terangkat sedikit hidung itu. Di dalam bilik itu terdapat sebuah tilam spring tanpa katil. Rak buku diletakkan di tepi sudut berdekatan dengan kabinet baju. Amini mengambil beg bagasinya. Satu persatu pakaian dikeluarkan dari kabinet. Rizal mengambil tempatnya di atas tempat tidur Amini. Begini rupa-rupanya kamar tidur seorang guru, sentiasa dipenuhi dengan buku-buku. Di bilik Amini yang ada di rumah maknya juga penuh dengan buku. Di mana-mana buku. Semuanya buku, buku dan buku, mengalahkan professor.
            Rizal tidak betah untuk terus memerhati, masih banyak lagi pakaian Amini di dalam almari yang masih belum dimasukkan ke dalam beg. Dia berdiri. Kakinya melangkah mendekati Amini. “You nak bawa semua pakaian you ni?” tanya Rizal. Amini mendongak lantas menganggukkan kepalanya. Rizal turut sama membantu Amini memasukkan semua pakaian itu ke dalam beg bagasi. Huh! Akhirnya selesai. Dua buah beg bagasi kini dimuatkan dengan pakaian Amini.
            Done? Jom pergi...”
           
            LENGAN itu ditarik masuk ke dalam sebuah kedai jam tangan. Amini mulanya enggan tapi dipaksa Rizal supaya menurutinya setelah Rizal memberikan pandangan yang tajam. Amini benci pandangan itu, pandangan itulah yang membuatkan dia berasa serba-salah. Serba-salah kerana mengingkari kata seorang suami? Huh!
            Yes sir, may I help you...” seorang pekerja di kedai jam itu menghampiri mereka sambil memberikan senyuman manis. Pekerja itu melihat satu-persatu wajah yang ada di hadapannya. Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Lihat sahaja cincin di jari manis mereka, pasti pasangan suami isteri. Bisik hatinya.
            So, bagi menggantikan jam tangan you dulu. Try to find the same one...” ujar Rizal. Lembut sahaja bicaranya, hendak muntah Amini mendengar. Rasa lucu juga ada. Dia yakin jam tangannya itu terlepas semasa di ruang letak kereta di bawah 1 Borneo semalam. Rasanya, jam tangan itu sudah hancur dek dilanggar kereta.
            Tersenyum sinis Amini. Dia menjungkitkan keningnya. “Untuk pengetahuan abang sayang, jam tangan saya dulu bukanlah jam tangan mahal macam ni setakat...”
            Rizal berpura-pura tidak mendengar. Dia memerhatikan satu-persatu jam tangan yang ada di dalam rak kaca itu. “Bagi yang ni,” pintas Rizal. Dia terus sahaja mengarahkan pekerja tersebut berbuat demikian daripada terus mendengar kata-kata bebelan Amini, Amini memang keras kepala. Terkunci rapat bibir Amini.
            Rizal menarik tangan Amini tanpa sebarang bicara dia terus sahaja memasukkan jam tangan itu di pergelangan tangan Amini. Hurmmm, jam tangan yang berbentuk bulat dan berwarna silver itu memang sesuai dengan Amini. Jam tangan elegan sesuai dengan Amini yang berperwatakan keras sekaligus menjadikan Amini kelihatan anggun. Bibirnya tersenyum. Jari manis itu sudah disarungkan dengan cincin perkahwinan mereka semula.
            “Berapa?” tanya Rizal kepada pekerja itu.
            “Jam ni, ada diskaun 50 peratus. Jadi, kami hanya pasarkan RM4900. Harga sebenar RM9800.”
            Pardon, how much is it?” sampuk Amini tiba-tiba.
            “RM 4900 puan...”
            Amini mengalihkan pandangannya ke arah Rizal. “Rizal, I don’t think...” Gila! Dia tidak pernah bermimpi mempunyai jam yang mahal. Kalau ada pun, dia mungkin tidak akan pernah membeli untuk dirinya.
            “Kita ambil jam ni okey...” lelaki itu terus sahaja menghulurkan kad kreditnya kepada pekerja itu. Dia langsung tidak bertanya akan pendapat daripada Amini. Pekerja itu dengan senang hati menerima. Amini melepaskan keluhan berat. Dia tidak mahu Rizal terus-terusan mencop dia sebagai seorang perempuan yang pentingkan kebendaan. Dia pasti suatu hari nanti, Rizal pasti akan mengungkit. Dia sangat pasti perkara itu pasti akan berlaku suatu hari nanti! Jam tangannya sebelum ini hanyalah jam tangan berjenama Q & Q Quartz yang hanya berharga RM 89.90 dan dibeli dengan harga RM39.90, jam tangan penghabisan stok. Tapi, Rizal... tahukah lelaki itu nilai masa lebih berharga daripada nilai harga.
            “Rizal!!” tegur satu suara. Seorang lelaki cina keluar dari bilik yang ada di dalam kedai jam itu. Senyuman terukir di bibir lelaki itu. Tangan mereka berjabat. “Lama tak jumpa kau. Apa khabar?” soal lelaki cina itu.
            “Aku okey. Tak tahu pula kau dah pulang dari Taiwan...”
            Lelaki cina itu tertawa. Matanya tertancap pada susuk yang ada di sisi Rizal. Siapakah gerangan wanita yang mengenakan blouse putih dan berseluar jeans itu? “Baru saja. Your  girl?” duganya. Dia tidak pernah melihat perempuan itu sebelum ini.
            Rizal tersentak. Dia menarik lengan Amini supaya dekat dengannya, lengannya merangkul pinggang itu. Begitu mudah dia merangkul tubuh itu apabila berhadapan dengan orang, sengaja mahu menunjukkan mereka merupakan pasangan yang bahagia, kononnya.
            My wife actually,” jawab Rizal.
            Terjungkit kening sahabatnya. Tidak percaya, bukankah Nelly cinta mati lelaki itu selama ini? Macam mana boleh beralih arah pula? “For real?
            Amini mengetap bibirnya, menahan geram kerana dia terpaksa membuat muka manis di hadapan semua orang yang mengenali Rizal.
            Of course... honey meet Danish, Danish this is Amini.” Rizal memperkenalkan Amini dengan sahabatnya. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu mengenai cerita di sebalik perkahwinannya melainkan Johan.
            Amini lebih memaniskan mukanya, dia tidak menghulurkan tangannya. Aurat. Cukuplah dengan memberikan senyuman ramah kepada lelaki cina itu.
            Danish memandang Amini dari atas ke bawah. Tidak ada apa-apa barang mewah yang melengkapi pernampilan isteri Rizal. Tidak ada beg tangan Louis Vuitton, wajah itu tidak dicalit dengan mekap yang tebal seperti mana teman wanita Rizal yang dahulu tetapi jika dibandingkan wanita yang ada ada dihadapannya sekarang ini lebih padan dengan Rizal. Cincin di jari manis itu diperhati, bukankah itu cincin yang dibeli oleh Rizal sewaktu di Paris dahulu? Nampaknya lelaki itu berpegang kepada janjinya. Dia masih ingat lagi kata-kata Rizal kepadanya.
            ‘Aku akan berikan cincin ini kepada isteri aku nanti...’
            “Oh ya, since kau ada di sini apa kata aku belanja kau lunch.” Danish mengajak, dia sudah lama tidak bertemu dengan Rizal. Rindu pun ada juga pada sahabat lamanya itu.
            “Boleh juga, kami pun baru rancang nak pergi makan...”
            Same place?
            Okay, no problem.”

            “LERRY?” Amini mengerutkan dahinya. Sejak tadi dia memerhatikan lelaki yang datang menghampiri mereka. Lelaki itu mengangkat kepalanya. Dia turut mengerutkan dahinya.
            “Amini Aminuddin?”
            Amini tersenyum. Dia tidak salah lagi. Dia takut menegur lelaki kacukan itu sebenarnya. Dia takut lelaki itu sudah tidak mengenalinya. “Leremy Johnstan, right?” duga Amini lagi. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Lerry mengambil tempatnya di sisi abangnya.
            I tak sangka you masih kenal I. It’s been a long time. Is it 8 years?” soal Lerry.
            Amini tergelak. Dia menganggukkan kepalanya. “Me too, hampir-hampir tak kenal. Your hairstyle, your dressing, completely change.”
            Same to you then,” tertawa lelaki cina kacukan dengan Perancis itu.
            How’s your relationship with Mandy?
            “Shusshhh! Kami tak ada hubungan apa-apa, dia saja yang lebih-lebih...” sangkal Lerry. Terjungkit kening Amini.
            I thought...” dia mula mengimbas kembali. Memang betul, Mandy  yang tergila-gilakan Lerry dahulu.
Danish dan Rizal pelik. Lerry dan Amini berbicara seperti sahabat baik
You guys know each other?” celah Danish. Rizal diam. Dia tidak sangka Amini mengenali lelaki yang berketurunan Cina Perancis ini sedangkan bukan mudah berada dalam lingkungan mereka.
“Kami ambil foundation sama-sama di Unitar, same batch but she withdraw before the course end. Where did you go Amini? You don’t even say goodbye to us...”
Oh well, saya pindah, somewhere...” jawab Amini. “Meet my hubby, guess you know him already.
Terkedu Lerry. “You’re married? With Rizal... wow!” Lerry terus memegang tangan Rizal, ditepuk-tepuk tangan itu. “You’re so lucky man! She’s adorable, hilarious and friendly...”

No comments:

Post a Comment