KAKI Amini melangkah masuk ke dalam kondominium mewah itu. Dia tidak
pernah menjejakkan kaki ke dalam rumah ini dan mungkin sahaja teman wanita
lelaki itu pernah masuk ke dalam rumah ini. Dia terbayang-bayang lelaki itu dan
teman wanitanya duduk berdua-duaan. Tiada siapa yang boleh menghalang perbuatan
mereka. Masya Allah! Sejauh manakah hubungan lelaki itu dengan teman wanitanya?
Hati Amini mulai tidak sedap. Dan siapa lelaki yang mabuk itu tadi? Apa kaitan
mereka dengan Rizal? Masih terbayang-bayang wajah lelaki itu di mata Amini
apatah lagi lelaki itu dan pasangannya berkucupan di dalam lif.
“Mari duduk.” Rizal masih lagi
memapah Amini tapi kali ini Amini menolak. Dia tidak mahu tangannya dipegang
oleh tangan yang pernah memegang perempuan lain. Amini berasa jijik!
“Saya okey,” tangan kanannya masih
menekan hujung perutnya, masih menahan rasa sakit yang menjalar-jalar. Ubat
yang diberikan oleh doktor itu tadi masih belum menampakkan kesan. Amini
melabuhkan punggungnya di atas sofa hitam yang direka dengan bentuk moden itu.
Sofa mahal, hatinya berkata. Belakang badannya disandarkan pada sofa.
Perlahan-lahan dia berbaring. Cepatlah sembuh wahai perut!
Rizal hanya memerhati. Dia tidak
tahu bagaimana wujudnya rasa simpati dari dalam dirinya untuk perempuan ini.
Sejak kali pertama mereka bertemu dahulu dia sudah serasi berbual bersama
dengan perempuan itu tetapi apa yang membuatkan dia marah ialah perempuan itu
menerima lamaran mamanya dengan mudah! Terus menjebakkan dia di dalam
percaturan keluarga ini. Dia hidup dalam kepura-puraan sekarang ini.
Wajah layu itu dipandang sekilas.
Gelisah sahaja wajahnya dari tadi. “Sakit lagikah?” soal Rizal. Dia cuba menolak tepi perasaan
buruknya dan cuba menggunakan kebaikan
serta simpati yang ada di dalam dirinya.
“Saya lapar...”
“Lapar?” Rizal mengerling jam
tangannya. Sudah hampir lewat malam. Kedai makan hampir tutup pada masa ini
kecuali kedai Mamak tapi masakan orang yang sedang menderita gastrik ini tidak
boleh makan benda-benda berempah dan pedas. Ahh!! Dia tiba-tiba mendapat satu
akal.
“AMINI, bangun...” bahu Amini
digoyangkan. Tangan Rizal terpegang leher Amini. Panas! Demamkah Amini?
Amini membuka matanya
perlahan-lahan. Dia membetulkan duduknya. Rizal mengambil tempat di sisi Amini.
“Makan sikit, I mampu buat ni sahaja...” tangannya masih lagi memegang pinggan
yang berisi spaghetti. Dia memegang
garfu, diangkat, mahu menyuap Amini. Terkesima Amini. Dia tidak biasa disuap
oleh orang. Dia bukan anak kecil lagi.
“Biar saya makan sendiri,” beritahu
Amini.
“Oh,
well...” pinggan itu beralih tangan. Amini menyuap spaghetti itu masuk ke dalam mulutnya. Erk! Tak sedap! Lantaklah,
sejak siang tadi dia belum menjamah apa-apa makanan. Kesibukan dia menguruskan
tugasannya tidak memberikan dia peluang untuk makan.
Rizal hanya memerhati Amini makan.
Dia tersenyum. Lapar benar agaknya, bisik hatinya. Dia sendiri tidak tahu sama
ada makanan yang dimasak itu memenuhi selera Amini ataupun tidak tapi dari gaya
Amini makan sudah menunjukkan masakannya itu sesuai dengan Amini.
“Kenapa tak makan sayur tu?” soal
Rizal. Amini berhenti makan. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
“Sa... saya tak makan sayur,” akui
Amini.
“Hah?” Rizal menyimpan rasa lucunya,
ada rupanya orang yang tak makan sayur. Dia masih memerhatikan Amini yang
sedang makan. Tubuhnya direbahkan di atas sofa. Matanya memandang siling putih.
“Pergi mandi, I dah sediakan pakaian
di bilik tidur. Have a good rest
besok pagi kita akan ke rumah sewa you dan
bawa semua pakaian you ke Teratak
Senja.”
“Saya tak mahu!” Amini meletakkan
pinggan di atas meja kopi, berlaga pinggan itu bersama dengan meja kopi kaca.
Rizal segera bangkit, menundukkan sedikit kepalanya. Dia menoleh ke arah Amini.
Merenungnya tajam.
“You
have too! Ini arahan Amini!”
“Apa yang saya dapat?”
“Money
of course, perempuan macam you mesti suka duit bukan?” semakin galak Rizal
berkata sedemikian. Amini terdiam. Dia mengalihkan padangannya ke tempat lain.
“Jangan nak berpura-pura sedihlah,
kalau perempuan mata duitan macam you
ni tak akan pernah tolak bila ada duit di depan
mata.” Rizal menuduh lagi. “What
if, I upah you untuk stay dengan I…” cadangan itu membuatkan Amini terkesima.
Mahu sahaja dia menampar muka lelaki itu tapi, dia tahan.
Amini menarik nafas sedalam-dalamnya. “Saya tak
pernah buat salah pada kau. Apa sebenarnya salah saya?” soal Amini dalam nada
yang ditahan. Lelaki itu asyik mengaitkannya dengan wang, tiada benda lain
lagikah yang hendak dibangkitkan melainkan wang?
Rizal berang, dia berdiri. Badannya
dibongkokkan sedikit dan memandang Amini dengan wajahnya yang garang. “Kalau
perempuan macam you ni tak akan ada
benda lain yang dikejar melainkan duit! I
tak akan pernah salah-tafsir!” tengking Rizal.
Amini menutup telinganya. Pedih rasa
hatinya. Bagaikan disiat dengan pisau tajam. “Diam! Saya tak pernah tamakkan
harta kau! Kau tak kenal saya Rizal. Kau tak akan pernah tahu akan keadaan
saya...” matanya memerah, menahan tangis. “Saya tak mahu duit kau sesen pun!”
Rizal menikam ke dalam anak mata
Amini yang kemerahan itu. “Dah pandai melawan nampak! Carilah apa jua alasan, I tetap dengan pendirian I. You
akan ikut I ke Teratak Senja.”
Amini berdiri. Kakinya terus saja
melangkah masuk ke dalam bilik yang dikatakan oleh Rizal sebentar tadi. Air
matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Sampai hati Rizal menuduhnya
sedemikian rupa. Fikirnya lelaki itu sudah menerima dengan layanan baik yang
ditunjukkan sebentar tadi tetapi langit tidak akan selalunya cerah.
KEDINGINAN malam jelas terasa.
Kepalanya ditoleh ke arah pintu bilik yang kini dihuni oleh Amini. Pintu bilik
itu dikunci. Beg tangan Amini yang ada di atas meja itu lebih menarik
perhatiannya. Dia mengambil beg, rasa ingin tahu isi kandungan beg itu lebih
mengatasi segala-galanya.
Sebuah buku kecil menarik
perhatiannya. Dibukanya setiap helaian buku tersebut. Berkerut dahinya. Buku
ini penuh dengan angka. Peringatan bagi setiap pembayaran yang perlu
dilaksanakan. Matanya terpandang pada nilai bersih wang perbelanjaan yang akan
digunakan oleh Amini setiap bulan.
Liur ditelan. Perit sekali dia
rasakan. Tidak mungkinlah Amini hanya ada sejumlah wang yang sedikit ini? Ke
mana sejumlah duit besar yang diberikan oleh mamanya dahulu? Ke mana perginya
wang hantaran yang diberikan? Rizal menyelongkar lagi beg itu. Kali ini dia
terjumpa sebuah kotak cincin. Bukankah ini cincin pernikahan mereka? Kenapa
Amini tidak mengenakan cincin ini? Ya! Dia juga perasan yang Amini tidak
mengenakan apa-apa cincin di jari manisnya. Rizal tersenyum. Bodoh! Cincin yang
dia pakai itu ditatap.
Kenapa aku pula yang beria-ia pakai
cincin ini?
Dia meletakkan semua beg itu di atas
meja. Rizal berdiri. Kakinya melangkah mengambil kunci pendua yang diletakkan
di dalam kabinet. Pintu bilik yang dikunci tadi kini telah terbuka. Langkahnya
terhenti apabila terpandang sekujur tubuh terbaring di atas katilnya tidak
berselimut. Baju yang disediakan tadi kini membalut tubuh itu. Baju yang sempit
itu nampak besar di tubuh Amini.
Rizal melangkah menuju ke katil. Tubuhnya
direbahkan di sisi Amini. Dia tidak biasa tidur di tempat lain melainkan tidur
di atas katil yang tilamnya empuk. Matanya dipejamkan. Matanya yang dipejam
dibuka tiba-tiba. Terlupa menarik selimut menutup tubuhnya. Sempat dia melirik
ke arah Amini. Rasa simpati sentiasa melimpah-limpah pada Amini tidak kira
setinggi mana amarahnya pada Amini namun tidak dapat menandingi rasa simpati
itu. Ada sesuatu dalam diri Amini yang membuatkan dia tidak mampu menolak.
Tubuh yang kedinginan itu terus
sahaja dibalut dengan selimut.
Selamat malam Amini.
Rizal terkejut. Tangan Amini
tiba-tiba melayang hinggap di atas dadanya. Tubuh Amini mendekatinya.
Perlahan-lahan Rizal cuba mahu mengalihkan tangan Amini tapi apabila dia
tersentuh tubuh yang membahang itu dia tidak jadi. Sebaliknya, Rizal menarik
tubuh itu masuk ke dalam pelukannya. Satu kucupan diberikan di kepala Amini dan
juga di dahinya tanpa Rizal menyedari tindakannya itu. Kehangatan dari tubuh
Amini membuatkan jiwa lelakinya bergetar. Wajah Amini ditatap lama. Kenapa
tidak ada sekelumit pun perasaan marahnya kepada Amini? Ke mana hilangnya
perasaan amarah itu?
Dia mengangkat tangannya.
Jari-jemarinya diletakkan di bawah bibir Amini. Bibir bawah yang berlekuk itu
menjadi perhatiannya. Dia suka tekstur bibir itu. Tanpa disedari Rizal
mengangkat dagu Amini dan menyentuh bibir itu dengan bibirnya.
BUNYI bising air shower di dalam bilik air mengejutkannya
dari tidur. Amini mencelikkan matanya beberapa kali sebelum membuka seluas yang
mungkin. Dia terdengar bunyi bising. Malas-malas dia bangkit. Rambut yang kusut
itu dibetulkan sedikit sementara sebelah tangan lagi membersihkan matanya. Dia
mencapai telefon bimbit yang diletakkan di sisinya semalam.
Matanya tertancap pada susuk yang
berdiri di hadapannya. Tubuh itu terdedah dan hanya memakai tuala bagi menutup
bahagian bawah pinggangnya. Amini cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah
lain.
Rizal tersenyum sinis. Kepalanya
digelengkan beberapa kali. “Where’s your
ring?” soal Rizal tiba-tiba.
Amini terkejut. Dia menyembunyikan
tangan kirinya di sebalik selimut.
“Too
bad, dah kahwin tapi tak mengaku...” sindir Rizal sebelum berlalu menuju ke
kabinet bajunya. Dia perasan Amini menyembunyikan tangannya sebaik sahaja dia
bertanya akan perihal cincin itu. Tahu juga dia erti takut. “Pergi mandi, lepas
ni kita pergi sarapan...”
Perlahan-lahan Amini turun dari
katil. Dia mengemaskan katil tersebut sebelum melangkah keluar menuju ke
balkoni di luar bilik tersebut. Dia menolak pintu gelongsor itu. Angin bertiup
dengan kencang meliuk-liuk pepohon yang ada di bawah sana. Rambutnya turut
berterbangan ditiup angin kencang. Rasa sejuk menggigit sehingga ke tulang.
Jari manis yang kosong di tatap. Dia mengetap bibirnya.
Sekurang-kurangnya aku tak macam kau. Aku tak ada teman lelaki, jadi aku
tak akan pernah selingkuh. Kau, suami orang, tapi tak pernah layan aku seperti
seorang isteri. Suami mana yang menggantungkan isterinya di awal-awal perkahwinan? Bodoh!
No comments:
Post a Comment