Tuesday, 28 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 16

          RIZAL mengenakan baju jersey dan berseluar pendek, berkerut dahi Amini. Ke mana pula lelaki itu mahu pergi pagi-pagi buta ni dengan berpakaian sedemikian? Tidak mungkinlah Rizal mahu berjogging pula? Lelaki itu berjogging? Tertanya-tanya Amini di dalam hatinya.
            I nak pergi gym, you duduk dalam rumah ni. Jangan pergi mana-mana. Faham?” pesan Rizal pada Amini yang sedang duduk di ruang tamu. Dia membesarkan matanya. Amini tidak menjawab. Dia memandang pada pemandangan yang dihamparkan padanya di luar. Memang tempat ini cantik, dia tahu kondominium ini berharga jutaan ringgit. Ada juga orang sanggup berbelanja berjuta-juta semata-mata rumah yang kecil ini. Dan, Rizal adalah salah-seorang daripadanya.
            I tak pergi lama, janganlah nak tunjuk muka merajuk…”
            Terkedu Amini. Merajuk? Bila pula aku merajuk. Hisy, buang masa aku sahaja. “Saya nak balik,” usul Amini sebelum menghantar lelaki itu dengan rasa amarahnya yang masih bersisa.
            Langkah Rizal terhenti sebelum sampai ke pintu utama. Dia menoleh ke arah Amini. “Jangan nak mengada-ngada, tempat you di sini. I tak benarkan you balik.”
            “Tapi, saya tak ada baju…” tambah Amini lagi, memberikan alasan kepada lelaki itu.
            “Pakai jelah baju I, tak boleh?” duga Rizal.
            Amini melepaskan keluhannya. Lelaki sentiasa sahaja mahu menang. “Takkanlah kau mahu saya pakai underwear kau pula?”
            Rizal tersentak. Ya tak ya juga… dia mengakui kata-kata Amini di dalam hati. “Pakai sajalah,” alih Rizal. Dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu.
            “Huh!” bingung sebentar mendengar jawapan bodoh dari Rizal.
            “Kita bincang lepas ni, I nak pergi gym. Kalau ada orang tekan loceng jangan buka pintu.”
            Amini tidak menjawab lagi, dia biarkan sahaja pesanan Rizal itu ditiup angin bayu. Kenapa tak boleh buka? Takut Nelly datang? Kedengaran Rizal sudah menutup pintu. Tinggallah dia seorang diri di dalam rumah ini. Rumah yang tidak menyambutnya dengan mesra. Tiada kehangatan. Piala-piala dan medal-medal tersusun kemas di satu sudut. Lelaki itu juga mendapat anugerah? Hitam, putih dan merah. Jadi, itulah personaliti Rizal yang dapat dia nampak setakat ini.
            Dia berdiri di situ lagi, masih memerhatikan ruang-ruang yang ada di dalam rumah ini. Perutnya sudah berkeroncong, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan. Kakinya diorak menuju ke dapur. Matanya meliar mencari benda-benda yang boleh dimakan. Peti sejuk di buka. Adui! Tidak memasakkah lelaki ini dirumah? Soal Amini dalam hati apabila ternampak hanya tinggal beberapa biji telur dan makanan yang sudah sedia untuk dimakan. Ahh, lantaklah!
           
            “HEI Riz!” tegur satu suara disertai dengan tepukan di bahu kanan Rizal. Rizal menoleh, senyuman mekar di bibirnya.
            “Hei, lama tak nampak. Pergi mana?” tanya Rizal pada lelaki yang berkulit putih itu. Walaupun lelaki itu berbangsa Belanda tetapi fasih berkata-kata dalam bahasa Melayu. Dia meletakkan dumbbell ke tempat asalnya. Peluh yang merintik di dahi, disekanya menggunakan tuala yang disangkutkan pada tiang.
            “Adik I kahwin, so I kena pulang ke Belanda.”
            “I see,” terangguk-angguk kepala Rizal.
            “By the way, who’s that woman?”
            “Pardon,”
            “I saw you lived with woman, as I understood, you never let any woman enter your house.” Pelik Jodan apabila ternampak Rizal masuk ke dalam rumah bersama dengan seorang perempuan.
            “Ohh, that my wife.”
            “Your wife? When did you get married?”
            “Month ago…”
            “Whoa, tahniah bro! Tak sangka you dah berkahwin…”
            Rizal tersenyum tawar. Itu pilihan mama aku! Bukan pilihan aku! Ingin sahaja dia memberitahu perkara yang sebenar tetapi dia tidak mahu dituduh anak yang baik yang sentiasa mendengar cakap orang tua. Hilanglah maruah lelakinya dimata semua orang!
            “Tak nak buat party?” duga Jodan. “We can still throw party in a club, if you want too.”
            Kelab? Dia tidak mahu membawa Amini ke tempat-tempat seperti itu. “I don’t think so, my wife bukan jenis orang macam tu… but, you boleh datang makan malam di rumah I.”
            “Okay, no problem.”
            “Later I call you...”
            “Alright bro!”
           
            TERANGKAT hidung Rizal tatkala terhidu bau wangi keluar dari rumahnya. Amini masak? Masak apa? Barang-barang dapur belum dibelinya lagi, kesibukan bekerja membuatkan dia tidak punya masa untuk membeli barangan mentah.
            “Amini,” panggil Rizal sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menjenguk hidangan pagi yang disediakan oleh Amini apabila dia melintasi meja makan. Egg roll? Bisik hatinya, pandai juga Amini mempelbagaikan masakannya walaupun barang dapur tidak mencukupi. Telinganya menangkap bunyi pancuran air dari bilik mandi di dalam bilik.
           
            AHH, lega!! Luah Amini sebaik sahaja air dari pancuran membasahi tubuhnya. Dia membasahkan rambutnya lagi. Syampu Clear yang berwarna biru gelap botolnya itu dicapai, dituang cecair syampu di atas tapak tangannya. Haruman syampu itu sememangnya direka khas untuk lelaki, ahh! Biarlah…
            Tuala dicapai sebaik sahaja dia menyudahkan mandinya, dilap sehingga kering tubuhnya yang basah itu. Kakinya melangkah keluar dari bilik mandi. Matanya tertancap pada satu susuk yang kini berdiri di hadapannya. Terkejut Amini. Lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah.
            “Are you going to wear this?” Rizal pada Amini sambil menunjukkan baju t miliknya. Perlahan-lahan Amini menganggukkan kepalanya. Marahkah lelaki itu? Bukankah lelaki itu sendiri yang menyuruh dia memakai bajunya.
            “Baju ni besar sangat, kenapa tak cari baju yang kecil sedikit?”
            Fiuhh! Lega… nasiblah Rizal tidak melepaskan nuklearnya.
            “Saya tak ada seluar,”
            “Jadi, you nak pakai baju ni sahaja?”
            Amini menganggukkan kepalanya sekali lagi. Rizal meletakkan semula baju t itu di atas katil. “Ikutlah, nanti kita keluar…”
            “Tunggu pakaian saya kering dahulu boleh?”
            “Hmmm,” hanya itu sahaja yang dijawab oleh Rizal. Dia tidak memanjangkan bicaranya, baju yang basah lencun dek peluh terus sahaja ditanggalkan. Amini mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia masih belum biasa melihat lelaki asing yang tidak berpakaian di hadapannya. Lainlah kalau lelaki itu abang atau bapanya tidak pun saudara-saudara lelakinya.
            I nak mandi dulu, kalau you nak sarapan you makanlah dahulu…”
            “Saya tunggu,” jawab Amini cepat.
            “Suka hati youlah.”
            Gila! Jantung Rizal tidak berhenti berdegup. Nafasnya hampir-hampir sesak, mujurlah dia cepat-cepat melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Ya Allah! Amini benar-benar menguji keimanannya. Kalau diikutkan nafsu sudah lama Amini berada dalam dakapannya namun walaupun Amini isterinya yang sah, dia masih belum menerima perempuan itu menjadi isterinya.
            Wajah Amini terbayang-bayang di hadapan matanya. Senyuman Amini, suara Amini memang terngiang-ngiang di telinga sejak dahulu lagi. Dia sendiri kurang mengerti kenapa perkara sebegitu terjadi. Perempuan ini ada pelihara saka barangkali, dia membuat andaiannya sendiri.
            Sabun disapu ke seluruh badannya, flannel yang ada ditangannya dipandang sejenak. Flannel itu baru sahaja digunakan Amini, senyumannya melebar. Pada masa yang sama dia masih memikirkan mengenai Amini, Amini dan Amini sehinggalah dia siap mandi dan berpakaian, dia masih memikirkan mengenai Amini.
            Annulment? Bolehkah?” Amini mengerutkan dahinya. Tidak salah istilahkah sahabatnya itu? Langkah Ashman terhenti. Annulment? Dia tidak salah dengarkah?
“Get an annulment, a car and compensation. Not bad huh!”
            Oh, begini rupanya rancangan perempuan ini ya? Dia mahu bercerai dan mendapatkan sebuah kereta dan juga pampasan. Bijak juga perempuan ini, fikirnya perempuan kolot seperti Amini tidak akan memikirkan perkara seperti ini. Kau memang ditipu hidup-hidup Rizal. Sia-sia sahaja kau berbuat baik pada perempuan seperti ini. Kenapa? Tidak cukupkah mahar yang diberikannya dahulu? Atau mahar yang diberikan tidak seperti mahar yang telah ditetapkan oleh keluarga Amini?
            “It’s not that easy babe, you have been married for seven years for now. Why getting an annulment? Bukannya you berdua baru kahwin. It’s a divorce not an annulment lagipun bukankah you all memang saling suka di antara satu sama lain? Lainlah kalau macam kes saya.”
            Erk! Bukan Amini yang mahu bercerai? Rizal memasang telinganya lagi. Tiba-tiba dia berminat pula ingin mengetahui cerita di sebalik panggilan telefon itu.
            “Yalah, at least kau kena fikir masak-masak. I envy you; you married with guy that you love but me? I don’t even love him.”
            Kau fikir aku cinta kau? Bentak Rizal dalam hati.
            Hey, siapa yang kaunseling siapa sekarang ni? By the way, I’m at Peak Condominium right now. Yes! At his place, orang kaya-kaya punya rumah. Kau fikir saya dapat tinggal dalam rumah mahal macam inikah? In your dream. You know what, I wish that you were here. Take me away from here. Saya tak biasa, saya tak biasa tinggal dalam rumah mewah macam ni. I just can’t stand it. I miss my life, I miss my own life. No! I’m not crying.”
            Rizal dapat mendengar Amini cuba berpura-pura ketawa. Ketara sangat buat-buat ketawa. Dia dapat melihat dengan jelas Amini yang sedang bercakap di telefon. Amini mengangkat tangannya, jari-jemari itu seakan-akan menyeka air mata. Amini benar-benar menangis?
            “Saya sedih sebab jam tangan saya hilang. Well, saya kena tunggu gaji keluar baru dapat beli jam. Biasalah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. And why should I? I’m not that desperate. Okaylah, I got to go. See you, fikir masak-masak tau.
            Rizal berundur perlahan-lahan ke belakang. Amini tidak boleh melihat dia di situ. “Ehem!” Rizal pura-pura berdehem sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik. Terkejut Amini, cepat-cepat dia menyapu sisa-sisa air mata di pipinya. Dia menoleh pada lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik tidur. Dia mengangkat telefon bimbit antiknya, meneliti wajahnya pada skrin telefon bimbitnya, dia harus memastikan matanya tidak sedikit pun menunjukkan yang matanya itu baru sahaja menitiskan air mata. Lelaki itu tidak perlu tahu. Kalau lelaki itu tahu pasti lelaki itu lagi berfikir yang bukan-bukan dan menuduhnya yang tidak-tidak.
            Amini mengukirkan senyuman pada Rizal tapi lelaki itu kelihatan tidak mengendahkannya. Mati senyumannya itu. Rizal memang melayannya dengan dingin pun selama ini, dia harus terima itu seadanya.
            Cerai!
            Perkataan itu tiba-tiba muncul di benak Amini. Ya, cerai! Rizal dan dia boleh bercerai bila-bila masa sahaja. Selepas itu dia boleh hidup seperti sedia kala.
            “Aren’t you going to breakfast?” tanya Rizal pada Amini yang sejak tadi berkhayal. Entah apa yang difikirkan oleh perempuan itu.
            “Ya,” Amini mengorak langkahnya menuju ke ruang makan. Dia mengambil tempat di hadapan Rizal. Sarapan pagi yang disediakannya ditatap. Macam mana harus dia memulakan bicara dengan Rizal mengenai penceraian?
            Rizal mengangkat kepalanya. Dia menatap wajah sugul yang ada dihadapannya, sekurang-kurangnya Amini perlu memberikan wajah ceria apabila berhadapan dengannya, bukan wajah sugul seperti itu. Jam tangan! Mungkinkah kerana dia kehilangan jam tangan kesayangannya? Pandangannya beralih pada baju yang membalut tubuh Amini, tersenyum Rizal di dalam hati. Memang baju itu besar di badan Amini. Kalaulah Nelly, sudah pasti Nelly tidak akan mengenakan baju besar seperti itu. Nelly mungkin akan memaksanya membelikan pakaian baru untuknya.

No comments:

Post a Comment