Saturday, 4 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 4


4

            “BETULKAH mama kau nak kahwinkan kau dengan menantu pilihan dia?” Johan bertanya kepada Rizal. Lelaki itu diam. Straw minuman yang ada dihadapannya dimain-mainkan. Acuh tak acuh terhadap soalan yang diutarakan oleh Johan.
            “Apa kelulusan perempuan itu?” soal Johan lagi. Rizal kurang senang tiba-tiba. Dia sendiri kurang pasti. Menurut ibunya perempuan itu kini sedang bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah.
            “Entahlah, cikgu cabuk sekolah mana entah. Aku tak tahulah perempuan mana yang dikutipnya jadi menantu!”
            Johan tersenyum. Sikap Rizal tidak pernah berubah. Matanya selama ini sudah dikaburi oleh Nelly. Dia sendiri tidak tahu apa kebaikan yang ada pada diri Nelly sehingga Rizal tergila-gila akan perempuan itu. Jangan-jangan perempuan itu sudah beri ubat guna-guna pada Rizal. Siapa tahu! Dia membuat telahannya sendiri.
            “Cikgu satu profesion yang baik nak jadi cikgu at least kau kena ada degree, bukan senang nak jadi cikgu tau. Ingat macam zaman P.Ramlee, lulus tahun 6 dah boleh jadi cikgu. Kalau kau ada Ph.D sekalipun belum tentu kau boleh mengajar dengan baik. Kau sahaja yang berprasangka buruk. Lagipun, cikgu sekarang dah macam engineer dah. Kenal dulu hati budi dia Riz...”
            “Kau jangan mengarutlah Johan! Aku tak akan terima budak hingusan itu. Jangan-jangan, dia terima lamaran itu sebab dia nak tumpang sekaki kemewahan. Aku cukup pantang dengan perempuan macam itu!” Rizal mengeluarkan jawapan berupa alasan yang datang dari dirinya sendiri sebelum menilai sendiri perwatakan perempuan yang dijodohkan padanya. 
            “Kau maksudkan Nelly?” duga sahabatnya, tergamam Rizal. Nelly tidak akan malu-malu untuk meminta Rizal membeli apa-apa untuk dirinya. Johan tersenyum. “Kau tak boleh kata macam itu Riz, kenal dulu hati budinya. Jangan sesuka hati menilai orang tanpa mengenalinya. Orang kata don’t judge a book by it’s cover.” Johan menasihati lagi. Siapa tahu perempuan yang bakal menjadi isteri Rizal itu bukanlah seburuk yang disangka hanya Rizal sahaja yang berperasangka buruk. Patutlah dia digelar Mr.Cold di pejabat tempat mereka bekerja ini.
            Rizal mendengus. “Kau apa tahu? Kau kahwin atas dasar cinta, aku? Sudahlah, aku nak jumpa Nelly sekejap lagi. Aku chow dulu!” belum sempat Rizal berdiri lengannya sudah dipegang Johan, ditahan lelaki itu supaya duduk bersama-sama dengannya.
            “Aku cakap ja, kau duduklah dulu jangan dok tunjuk muka ketat hang dengan aku,” akhirnya terkeluar juga loghat utara Johan yang selama ini dipendam semenjak duduk di Kota Kinabalu. Rizal tidak jadi pergi, dia termakan juga dengan pujukan sahabat baiknya itu.
            “Aku bukannya apa Riz, aku tak mahu perkara yang menimpa dekat Shahrul tu jadi dekat kau menyesal tak sudah kau nanti. Di awal perkahwinan nanti kau cuba kenal dahulu hati budi dia, kalau tak ngam baru kau fikirkan jalan lain. Jangan buat benda-benda merapu, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik dengan isterinya...” nasihat Johan kepada Rizal. Rizal terdim.
            Beri peluang kepada perempuan itu? Bagaimana dengan Nelly?
            “Aku tahu kau tengah fikir akan Nelly sekarang ini tapi berjumpalah dahulu bakal isteri kau itu, itu lebih afdal. Kalau kau tak boleh, kau ajak Nelly berkahwin dengan kau. That’s it, mudahkan...”

AMINI tertawa melihat gelagat rakan-rakannya yang nakal itu. Dia memasukkan ke dalam kocek seluarnya. Seluar bercorak askar dan mempunyai kocek yang banyak. Amini sangat suka seluar seperti itu. Masuk di dalam kumpulan yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki menjadikan dia sama taraf seperti mereka. Dia tidak pernah meminta rakan-rakannya melayan dirinya seperti seorang perempuan dan mereka juga tidak akan melayannya seperti seorang perempuan. Amini sedar. Sekiranya dia ingin terus bergiat aktif di dalam kumpulan itu dia tidak perlu menjadi seorang yang gedik. Lagipun, dia bukan tergolong dalam golongan orang gedik. Dia bukan gedik dan tidak akan pernah jadi perempuan gedik! Dalam keadaan seperti ini, dia harus membawa dirinya seperti jantina itu. Ini tidak bermakna dia harus merendahkan sikap keperempuanan dirinya untuk bersama dengan kumpulannya itu. Amini masih tahu batas dirinya seorang perempuan dan dia perlu menjaga dirinya dengan baik.
            “Mimi macam mana? Okey tak?” Ikhwan mengangkat ibu jarinya, ditunjukkan kepada Amini. Amini menganggukkan kepalanya, terus membalas, mengangkat jarinya dan menunjukkan ibu jarinya juga.
            Okay bro!”
            “Kalau nak rehat, kita boleh berhenti sekejap...” usul Sulaiman, berkata bagi pihak dirinya. Sungguh! Dia sudah tidak larat membawa perutnya yang buncit itu. Lelaki bapa kepada dua orang anak itu melabuhkan punggungnya di atas akar pokok. Air mineral dikeluarkan. Penutup dibuka lantas dituang masuk ke dalam mulut, diteguk dengan rakus.
            Okay guys, kita rehat sekejap.”  Ikhwan yang merupakan ketua ekspedisi kali ini mengarahkan rakan-rakannya berehat. Amini mengeluarkan kamera yang sentiasa di bawanya. Dia mengambil gambar beberapa tumbuh-tumbuhan liar yang sukar untuk ditemui.  Dia boleh menggunakan hasil gambar itu untuk pelbagai tujuan, dia boleh memperkenalkan tumbuh-tumbuhan hutan itu kepada anak-anak muridnya. Aktiviti seperti inilah yang seringkali dibuat oleh kumpulannya. Mereka meredah denai untuk merasa kehidupan di dalam hutan, mereka turut berkayak bagi menikmati keindahan alam semula jadi, mereka mendaki gunung, snorkelling, semua aktiviti seperti itulah yang dilakukan oleh kumpulan mereka sekiranya mempunyai masa lapang. Gunung mana yang tidak pernah didaki, lurah mana yang tidak dituruni, lautan mana yang tidak pernah diselam, itulah misi kumpulan mereka. Masing-masing sangat meminati aktiviti seperti itu. Ahli-ahli kumpulan mereka juga terdiri daripada orang-orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
            “Mimi, jauh lagi ke nak pergi kawasan air terjun tu?” tanya Ahmad kepadanya. Amini memerhati kawasan yang pernah diteroka dahulu. Dia menggelengkan kepalanya.
            “Tak, dah nak hampir ni...” jawab Amini. “Shall we Bro?” Amini bertanya kepada Ikhwan.
            Okay guys, lets go! Awal kita sampai, kita boleh bina khemah dengan cepat.” Kumpulan yang terdiri dari empat orang lelaki dan seorang perempuan itu meneruskan perjalanan mereka. Meredah belukar. Kawasan belukar yang kawasannya terletak di lereng bukit itu membuatkan mereka berhati-hati. Hujan yang turun malam tadi melicinkan kawasan tanah merah itu. Tergamam rakan-rakan Amini tatkala ternampak alat menggiling getah milik penduduk kampung di sekitar kawasan itu. Mata mereka tidak berhenti berkelip apabila melihat rumah pondok milik penduduk kampung itu yang terletak jauh di dalam hutan. Terlalu payah untuk masuk ke kawasan itu.
            “They live in poverty,” usul Ikhwan meluahkan rasa simpatinya pada keluarga yang tinggal di pondok yang sangat daif itu. Amini hanya senyum, sebelum ini dia juga pernah tinggal di dalam rumah seperti itu. Hidup dalam serba sederhana. Setiap kali hujan turun, mereka terpaksa menadah di bawah titisan hujan yang menitis jatuh di ruang tamu dan ruang dapur mereka menggunakan baldi ataupun besen.
            “Mimi,” panggil Ikhwan. Dia meletakkan tangannya di bahu Amini. Air muka gadis itu tiba-tiba sahaja berubah. Amini seperti sedang memikirkan sesuatu. “Are you hiding something?” tanya Ikhwan lagi. Khairul, Khalil dan Sulaiman menoleh pada Amini. Amini jarang berkongsi masalah dengan mereka melainkan rasa gembira.
            “Oh, rumah tu mengingatkan saya masa-masa kecil dahulu.” Akhirnya terluah juga. Empat orang lelaki itu tidak berkelip. Mereka mengalihkan pandangan mereka pada rumah itu dan juga Amini. Jadi, betullah dakwaan Amini selama ini yang dia bukanlah daripada kalangan keluarga yang senang.
            Ikhwan menarik nafasnya sedalam-dalam. Inilah yang membuatkan dia menyayangi Amini. Rasa simpati dan kasihan bercampur-baur. Tidak sia-sia dia mengenali Amini selama ini.

            SETENGAH jam kemudian, mereka sampai di kawasan air terjun. Akhirnya!! Amini meletakkan beg yang digalasnya sejak tadi di atas akar kayu yang besar. Dia memeriksa kawasan air terjun itu.
            “Inilah dia, air terjun Kionsom. Cantik bukan...” Amini mendekati rakan-rakannya. Terangguk-angguk kepala mereka. Tempat ini memang damai.
            “Memang cantik, sekarang ni kita buat tapak khemah dahulu. Mimi, you stay dengan Khalil while kami bertiga cari kayu api untuk malam ini.”
            Aye captain!” Amini mengangkat tangannya. Dirapatkan ke dahinya. Memberi hormat kepada Ikhwan. Tergelak tiga lagi lelaki itu. Amini memang kaki melawak.
            “Jom Mimi!” Khalil mengajak Amini membuat khemah. Amini mengorak langkahnya. Dia mengambil tiga pasang khemah yang dibawa oleh Sulaiman.
            “Rasanya tempat ni baik buat khemah.” Amini menunjukkan sebuah kawasan yang agak sedikit lapang. Kawasan ini memang tidak mempunyai kawasan yang luas kerana berada di kawasan lereng bukit. Khalil mendongakkan kepalanya. Tiada pokok yang melindungi kawasan itu. Jauh dari gigi air.
            “Hmmm, okey juga.”

            “NELLY, kita kahwin!” Rizal memegang tangan kekasihnya dengan erat. Sedikit pun dia tidak lepaskan. Dia merenung ke dalam mata itu. Dalam.
            Nelly terkejut, bulat biji matanya. Dia ketawa. Dia tidak pernah percaya Rizal akan membawanya berkahwin. Bukankah mereka sudah berjanji bahawa mereka tidak akan berkahwin sehinggalah mereka bersedia. “Are you crazy? I tak ada apa-apa rancangan nak berkahwin...” beer yang ada di dalam botol itu diangkat, dituang masuk ke dalam perutnya. Pantai Tanjung Aru semestinya memberikan pemandangan yang cantik pada waktu malam. Rasa sejuk mula menggigit namun dipanaskan dengan meneguk minuman keras itu.
            You nak tengok I kahwin dengan perempuan lain?” duga Rizal. Dia tidak percaya Nelly akan membiarkan dia berkahwin dengan perempuan yang dia tidak tahu asal-usulnya.
            Baby, kalau you kahwin you kena setia dengan isteri you. Mungkin kita tak ada jodoh lagipun kita dah tak boleh buat apa-apa melainkan you larikan diri...”
            Berkerut muka Rizal. Dia tidak suka Nelly ambil ringan akan perkara serius seperti itu. “I tak main-main Nelly, this end of the month. I’m getting married with woman that I don’t even know her name.”
            Nelly terdiam. Dia memang tiada rancangan untuk berumah tangga dengan Rizal. Dia tidak mahu sia-siakan masa depannya begitu sahaja. “I’ll marry you if you want to convert in Christian.” Nelly menjungkitkan keningnya. Mahukah lelaki itu menukar agamanya? Sudah tentu tidak! Dia sendiri tahu Rizal tidak pernah meninggalkan puasanya sewaktu bulan ramadhan. Sedangkan puasa tidak ditinggalkannya, apatah lagi agama. Mungkin Rizal sanggup mati kerana agamanya...
            Rizal terkedu. Apa pilihan yang dia ada?

            “AMBOI! Termenung jauh nampaknya Mi.” Ikhwan mengambil tempat berdekatan dengan Amini. Duduk sambil menghayati keindahan malam diiringi dengan bunyi air terjun yang jatuh.
            “Tak adalah, jarang kita dapat menikmati suasana seperti ini.” Amini mengusap-usap lengannya yang mulai digigit kesejukan. Asap dari unggun api menghalau nyamuk daripada menghampiri mereka. Bermalam di dalam hutan bukanlah kali pertama dia lakukan tetapi dia masih lagi tidak betah dengan nyamuk-nyamuk yang suka meminta dia menderma darah dengan tidak ikhlas. Bukan dia kedekut tapi dia takut penyakit yang bakal ditinggalkan oleh Sang Nyamuk.
            Ikhwan menoleh menatap wajah itu sejenak. Amini bukannya tidak cantik. Ada satu peribadi istimewa yang dimiliki oleh wanita itu. Dia sendiri masih belum dapat mengesani akan perkara itu. “Kalau you ada masalah, ceritakanlah. Mana tahu I boleh bantu.” Dia menawarkan diri untuk membantu Amini. Dia sudah menganggap Amini seperti sahabat baiknya apatah lagi wajah Amini itu mengenangkan dia pada arwah adik yang telah lama meninggalkan dia dan keluarga. Raut wajah Amini hampir dan umur mereka juga sebaya. Bezanya, Amini seorang yang berdikari dan tegas berlainan sangat dengan adiknya yang manja itu.
            “Tak ada apa-apa, masalah itu memang ada tapi manusia tak akan pernah lari daripada masalah kan...” senyuman di bibir Amini terukir. Dia mendongakkan kepalanya. Menatap langit biru yang menjadi gelap. Bintang-bintang di dada itu nampak cantik. Tidak seperti di kota.
            I nak cakap something sebenarnya,” Ikhwan bersuara.
            “Hmm,” Amini mengalihkan pandangannya. Kali ini dia menghadap Ikhwan. Menanti butir bicara dari lelaki itu.
            Ikhwan tersenyum. “You tahu yang adik perempuan I dah lama meninggal kan?”
            “Ya, saya tahu.”
            I ingat nak ambil you jadi adik angkat I Mimi. I dah bagi tau parents I. Mereka pun setuju dan mereka nak jumpa you selepas ini.”
            “Wah! What can I say? Bertuahnya saya...” Amini tertawa.
            “Mula hari ini, you kena panggil I brother.”
            Aye brother!” Amini mengangkat tangannya, menghormat Ikhwan. Dia tergelak. Sedangkan jauh di lubuk hatinya masih mengenang akan masalah yang sedang dihadapinya.
            Ya Allah! Kau cekalkanlah hati hambamu ini. Bukakanlah hati aku untuk menerima lelaki itu sepenuh jiwa dan raga aku. Jangan kau jadikan hambamu ini seorang isteri yang derhaka kepada perintah suaminya. Itu doa Amini. Keputusan yang dibuat di Pantai Chenang beberapa minggu yang lepas muktamad. Amini nekad menjadi isteri orang dengan menamatkan zaman bujangnya.












No comments:

Post a Comment