DIA memandang jauh ke pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu sebentar.
Jalan yang berliku-liku itu ibarat kehidupannya. Hidup ini tidak selalunya
indah. Awan tidak selalunya cerah. Ada kalanya, manusia boleh diibaratkan
sebagai air di sungai yang mengalir lesu. Kadang-kadang deras, menumbuk-numbuk
di tepian tebing. Manusia rebah dan terkapar-kapar kerana turut
terumbang-ambing di terajang arus yang deras. Ada yang berlaga dengan batu,
tebing dan sesama sendiri. Masing-masing mempunyai tembok ego yang kukuh untuk
menjaga air muka. Perenggan perihal kehidupan yang pernah dibacanya suatu
ketika dahulu itu terus bermain-main di kepala Amini. Dia lupa nama penulis
itu, tapi di sini dia memberikan kredit kepada penulis itu di atas penulisannya
yang kreatif itu.
Dia turun dari jip Suzuki merah yang
baru sahaja dibelinya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya tertancap pada
satu susuk yang sedang memandangnya dengan tepat. Lelaki itu mendekatinya.
Amini menunjukkan wajahnya yang selamba meskipun hatinya sedikit cuak. Takut
dicemuh oleh lelaki itu.
“Perempuan materialistik dah sampai
rupa-rupanya, nice to meet you.”
Rizal memandang Amini dengan pandangan mata yang sinis. Perempuan itu bukanlah
siapa-siapa!
Amini terkedu. Perempuan
materialistik? Itukah yang dianggap lelaki itu mengenai dirinya? Kenapa
mengaturkan perjumpaan ini kalau setakat mahu menghina dirinya?
Amini mengukirkan senyuman sinis. “So what?” Amini menjungkitkan keningnya.
“Since
you dah terima duit dari mama I
jadi pernikahan kita tetap dijalankan but
we’ve a deal.”
“What
is it?”
Amini mendengar setiap butir bicara
yang dikemukakan oleh lelaki itu tanpa mencelah sedikit pun. Dia tidak
berminat. Sesekali dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pemandangan
bandar Kota Kinabalu dari atas menara itu menjadi tatapannya. Cantik! Seperti
biasa. Pulau Gaya dan Pulau Tunku Abdul Rahman kelihatan di tengah-tengah laut
Cina Selatan itu. Suasana sunyi itu memberi mereka ruang untuk berbicara tanpa
sebarang gangguan. Jalan lama menuju ke Pusat Bandar itu sudah jarang-jarang
sekali digunakan. Dan, menara ini pula seringkali menjadi tempat anak-anak muda
bermadu asmara. Tidak bagi mereka. Menara pemerhati DBKK ini menjadi tempat
pertemuan mereka untuk kali yang kedua. Meskipun angin bayu bertiup lembut
namun tidak dapat menenangkan hati Amini pada ketika itu.
Amini menunjukkan muka, ‘ada aku
kisah?’ kepada Rizal sebelum memandang ke tempat lain yang lebih elok
pemandangannya. “Dah habis? Saya terima, jumpa di majlis nikah itu nanti.”
Amini sedikit pun tidak memandang wajah itu. Dia terus sahaja berlalu
meninggalkan lelaki itu dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Rizal hanya memerhati. Itulah
perempuan yang dilihatnya beberapa minggu yang lalu di Pantai Chenang.
Perempuan yang berkejar-kejaran bersama ombak!
DIA kata aku perempuan
materialistik? Keretanya terus sahaja menderum laju turun ke bawah menuju ke
Pusat Bandar. Berkali-kali dia menilik jam dashboard.
Hah! Dia hampir-hampir terlupa janjinya pada teman-temannya. Mereka sudah
berjanji untuk keluar bersama-sama. Tanpa banyak membuang masa Amini terus
sahaja memandu menuju ke rumahnya. Terence akan mengambilnya malam ini. Dia
sudah pun berjanji dengan Terence agar pergi bersama-sama dengan lelaki itu
sebaik sahaja lelaki itu keluar dari tempat kerjanya.
Tanpa disedari, dia diekori...
“IKUT aku!” lengan Amini dipegang
dari belakang saat dia membuka pintu pagar. Langkahnya terhenti. Jantungnya
berdegup dengan pantas.
“Apa ni?” marah Amini. Cepat sahaja
dia melepaskan pegangan tangan lelaki
itu di lengannya. Mata lelaki itu merenungnya dengan tajam. Gelabah Amini
tiba-tiba.
“Ikut aku,” nada lelaki itu tidak
sekuat tadi tetapi masih jelas kekasarannya. Amini mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Saya tak boleh, saya ada janji
dengan kawan-kawan saya. Kau boleh pergi sekarang, pergilah minta teman wanita
kau temankan and what should I?”
jawab Amini.
“You’re
my bride to be. Cancel it!” arah Rizal.
Besar biji mata Amini. “Hei! Stop it, I... I’ve nothing to do with you.”
Dia tidak suka lelaki itu memberikan alasan hanya kerana dia bakal suaminya.
Tidak masuk akal langsung!
“Park
kereta you dekat dalam dan ikut I. Now!”
Rizal mengarah dalam nada suaranya yang tegas. Lagaknya seperti seorang bapa
yang mengarah seorang anaknya tetapi dalam kes ini tingkah Rizal sama seperti
seorang King Control. Mengarah itu
dan ini tanpa persetujuan daripada pihak lain. Amini tidak suka diarah seperti
itu, dia seperti berhadapan dengan guru disiplin. Masalahnya, siapa lelaki itu
suka-suka hati mengarahnya? Bengang Amini. Dia memberikan Rizal pandangan
sinis. Menggeletar tangannya menahan geram.
“Okey tapi memandangkan saya perempuan materialistik. Saya akan kenakan
bayaran setiap jam masa saya bersama dengan kau.” Dia mula mencari helah.
“Okey, tak ada masalah.” Rizal
menyeluk kocek di belakang seluar. Dompet kulit dikeluarkan. Sekeping kad
kredit diberikan kepada Amini. “Ini kad kredit, unlimited.”
“Terima kasih!” terus sahaja Amini
mengambil. Rasa benci berbaur menyampah masih tebal di hatinya, dalam keadaan
yang terpaksa dia merelakan diri mengikuti lelaki itu dengan memungkiri
janjinya pada teman-teman. Dia membuka pintu kereta mewah hitam metalik itu,
dihenyakkan punggungnya di atas bangku yang berlapik kusyen mewah. Bergoyang
kereta itu! Rasakan! Biar rosak kereta kau! Marah Amini dalam hati.
Dasar perempuan mata duitan! Bisik
hati Rizal sebaik sahaja melihat Amini mengambil kad kredit itu dari tangannya.
Tersenyum dia apabila terlihat bibir itu mula memuncung. Pelik juga dia,
walaupun Amini tidak rela mengikutinya namun Amini tetap menuruti. Betapa besar
sungguh pengaruh duit pada Amini. Materialistik tegar! Rizal terus mengambil
tempatnya. Dia memasang lagu, kebetulan lagu yang dipasangnya itu lagu yang
mempunyai rentak yang kuat. Tergamam
dia tatkala Amini menggoyangkan kepalanya mengikut rentak itu lagi. Tidak semua
orang akan menggoyangkan kepalanya apabila mendengar lagu genre seperti itu,
melainkan...
Amini suka lagu seperti itu, dia
memalingkan kepalanya ke arah Rizal yang sedang memandu memecah jalan raya yang
sedikit lenggang. Dia cuba menggambarkan perwatakan lelaki itu melalui genre
lagu yang didengarinya. Pelbagai soalan muncul di benaknya, mungkinkah lelaki
itu salah seorang daripada pengunjung setia kelab malam? Berkerut dahinya,
bukannya apa dia hanya belajar berdasarkan pengalaman.
RIZAL memarkirkan keretanya di letak
parkir, akhirnya, dia menemui juga kawasan kosong untuk memarkirkan keretanya.
Kawasan Lintas Square ini sentiasa sahaja dipenuhi dengan orang-orang. Dia
sedar sejak tadi Amini asyik merenungnya tapi dari mimik muka itu sukar baginya
menafsirkan apa yang tersirat di dalam hati Amini yang sebenarnya.
“Keluar,” arah Rizal. Amini menurut.
Dia keluar dari kereta itu. Rizal mendekati Amini. Dia memandang baju yang
dikenakan oleh Amini dari atas ke bawah. Dia tersenyum. Lucu. Kolot sungguh!
Apa tidaknya, Amini hanya mengenakan seluar jeans dan berbaju jersey yang bernombor, ditambah lagi
dengan lencana di tepi kiri dada. Sememangnya pernampilan Amini tidak boleh
dibandingkan dengan Nelly.
Dia tidak menyangka yang dia akan
mengajak Amini keluar makan tengah hari bersama-sama dengannya. Tidak pernah
terlintas di hatinya ingin keluar bersama tetapi, perut yang berkeroncong itu
mengganggunya. Jadi, apa salahnya dia bawa perempuan itu bersama. Bukankah ini
masa untuk dia mengenali perempuan itu.
“Kita pergi makan,” ajak Rizal. Dia
terus menggenggam jari-jemari Amini namun Amini cepat-cepat melepaskan
tangannya. Jari-jemarinya itu masih suci. Tidak pernah dinodai oleh mana-mana
tangan kotor. Dia tidak pernah berpegangan tangan dengan mana-mana lelaki
melainkan hanya berjabat tangan atas perkenalan disebabkan urusan atau pun di
atas kejayaan sesuatu urusan selain daripada itu, minta maaf.
Terkejut Rizal di atas penolakan
daripada Amini. Tidak mahukah Amini
berpegangan tangan dengan lelaki yang bergaya sepertinya? Tetapi, Rizal tidak
makan saman. Dia terus sahaja
menggenggam jari-jemari itu. Dia tidak peduli akan penolakan Amini yang
berkali-kali cuba meleraikan genggaman itu. Beberapa orang yang sedang makan di
restoran Cina itu memandang ke arah mereka. Pelik sahaja
pandangan mata itu.
Pelik bila Rizal tinggi melampai.
Sedangkan, Amini, nun jauh di bawah
bahu.
Ahh!! Tak kisahlah tinggi atau
tidak. Masalahnya sekarang ini, Rizal tidak melepaskan tangannya, dan, dia
sendiri pun tidak pernah suka diperlakukan seperti itu. Bawah bibir itu
diketap.
Porgie & co.
Micco.
Satu-persatu butik yang ada di
kawasan itu diperhatikannya. Butik mahal seperti itu, jangankan masuk, memegang
pemegang pintu itu pun dia tidak sanggup.
Hah!! Amini mendapat satu akal
tatkala dia ternampak sebuah butik yang menjual pakaian-pakaian designer daripada luar negara. Dia mula
terfikir akan cara untuk menyakitkan hati lelaki itu. Amini membawa Rizal masuk
ke sebuah butik itu. Dia mengeluarkan kad kredit yang diberikan oleh Rizal
sebentar tadi, sengaja di angkat dan ditunjukkan pada lelaki itu.
“Welcome!!”
sapa tuan punya butik itu. Akhirnya Rizal melepaskan tangan yang menggenggam
jari-jemari Amini. “He...” baru pemilik itu hendak menyapa Amini. Amini terus
memberikan isyarat supaya mendiamkan diri. Butik itu sebenarnya kepunyaan
rakannya. Pakaian yang dijual di dalam butik ini sememangnya hanya disasarkan
kepada golongan yang berada sahaja tetapi ada juga bahagian yang disasarkan
kepada golongan pertengahan cuma Amini sengaja menuju ke rak yang menawarkan
harga mahal itu sengaja mahu menduga Rizal. Terangguk-angguk kepala tuan punya
butik itu. Dia tersenyum sambil melirikkan matanya pada lelaki yang ada di
samping Amini.
“Yes
miss, may I help you...”
“Of
course!” Amini mengambil sehelai gaun panjang. Dia melihat tag harga yang
disangkut. RM2399. Rizal yang ada di situ tergamam. “Saya nak try yang ini,” gaun itu ditunjukkan pada
tuan punya butik itu. “Yang ini,” tunjuk Amini lagi. Dia mengulangi perbuatan
yang sama sambil diperhatikan oleh Rizal.
“Yes,
this way miss...” mereka jalan beriringan menuju ke bilik persalinan. Rizal
melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku yang disediakan khas kepada
pelanggan. Matanya meliar memerhatikan keadaan kedai itu. Barang-barang yang
dijual di situ bukanlah murah.
“I
need your favour La,” bisik Amini di telinga tuan punya butik itu.
“KAU tak pernah singgah pun butik
aku kan, apa angin tiba-tiba datang ni?” soal Lala sambil memberikan Amini gaun
yang dia ambil. Tersengih-sengih Amini.
“Sorrylah,
bukan tak mau singgah. Mahal sangat, saya mana mampu.”
Lala tidak memberikan komennya. Dia melekapkan
gaun pendek yang mempunyai potongan yang lurus itu pada tubuh Amini. “Hmm, not bad. Aku ingat masa kita study sama-sama dulu. Kau selalu pakai
gaun.”
“Sekarang pun saya masih pakai gaun
okey,” jawab Amini sambil tertawa kecil. Amini mengambil gaun itu dari tangan
Lala. “Surekah gaun ni tak mahal?”
duganya lagi.
“Surelah,
memang murah dah pun, tapi, since kau datang, aku bagi diskaun lagi.” Senyuman
Amini sudah melebar. “Sandal?”
“Ada, kau janganlah risau. So, itukah bakal husband kau?” tanya Lala.
“Kau rasa?”
Lala memandang pantulan Amini pada
cermin. Dia mengusap-usap dagunya. “Aku rasa, that guy, selalu bersama dengan perempuan yang ada figure macam model.”
“Ha! Perasan pun kau.” Amini terus
sahaja menguis lengan sahabatnya menggunakan jari telunjuknya. Dia tidak pernah
menyangka Lala akan berkongsi pendapat dengannya.
“Kau dah gilakah apa? Suka hati
kahwin dengan lelaki macam tu...” tergeleng-geleng kepala Lala.
“Memang over gila pun, sedangkan Bukit Padang dan Tanjung Rambutan pun reject saya.”
Satu tamparan singgah di lengan
Amini. “You silly girl! Tapi, lelaki yang nampak macam playboy selalunya jenis yang setia kaw-kaw. Kalau dia orang dah
tangkap cintan dengan kau, huh, bulan pun sanggup dikait tau.”
Ternaik kening Amini. Sampai begitu
sekali?
“No
comment,” pinda Amini tiba-tiba. Lala meletakkan tangannya di atas bahu
Amini.
“Well
baby, you perlukan touch-up. Biar
kau nampak macam model.”
AMINI sudah pun menukar pakaiannya
dengan sehelai gaun labuh di bawah paras lutut berwarna hitam dan kini
mengenakan sepasang sandal yang sepadan dengan gaun hitam itu.
Rizal menghampiri Amini. Tahu pula
perempuan ini bergaya. Bisiknya di dalam hati. Dia memandang Amini dari atas
sehingga ke bawah. Wajah yang kosong tadi sudah pun ditouch up sedikit. Tidak dilukis dengan mekap yang berat tetapi
wajah itu dirias dengan bedak ringan dan
gincu berwarna merah.
“As
your wish, kami akan menghantar baju-baju yang cik pilih tadi ke
rumah,” ujar Lala kepada Amini. Amini
menganggukkan kepalanya.
“Berapa semuanya?” tanya Amini.
“Semuanya RM15,900.”
Terbeliak Rizal mendengar. Dia
meneguk air liurnya. Perit. Kini terbuktilah kesahihan mengenai Amini yang
mengejar kemewahan.
Amini mengeluarkan kad kredit yang
diberikan oleh Rizal sebentar tadi. Lala mengembalikan kad kredit itu kepada
Amini sebaik sahaja membuat pembayaran. Tanpa Rizal sedari di bawah kad kredit
miliknya itu diselitkan sekeping kad debit milik Amini. Amini membayar baju dan
sandal itu menggunakan duitnya sendiri. Dia hanya mahu menyakitkan hati Rizal.
Biar padan dengan muka!
“Thanks miss, come again...” ucap Lala. Sempat
lagi dia mengenyitkan matanya kepada Amini. Amini membalas kenyitan mata itu
sambil menggerakkan bibirnya mengucapkan terima kasih kepada sahabat lamanya
itu.
“Nah, ambil balik kad kau. Terima
kasih banyak-banyak sebab dah belanja perempuan materialistik macam saya ni.”
Amini memberikan kad kredit itu semula kepada Rizal. Mujurlah gaun dan sandal
yang dibelinya ini baru berharga RM300 itu pun selepas Lala memberinya diskaun
kalau tidak, makan mee segeralah dia.
No comments:
Post a Comment