JALAN yang gelap itu
hanya diterangi oleh lampu kereta Rizal. Debu-debu merah mulai berterbangan.
Sesekali dia menoleh pada Amini yang duduk di sebelahnya. Seperti biasa, Amini
sememangnya tidak banyak berbicara dengannya tapi apabila Amini bertemu dengan
rakan-rakannya atau saudara-maranya, Amini menjadi seorang yang petah
berbicara.
Amini
memang tidak membeli barang untuk dirinya melainkan novel itu. Adakah Amini
sengaja menyembunyikan belangnya yang sebenar hari ini? Tapi bila dia perhatikan
Amini pada hari ini, dia rasa bersalah pula tiba-tiba. Dia sendiri tidak dapat
mengesan sebabnya.
Keretanya
diberhentikan di hadapan sebuah rumah. Amini turun dan membuka pagar itu. Rizal
memandu dan masuk di ruang parkir yang kosong. Kereta Ninja dan dua buah kereta
Proton Saga yang sepatutnya sudah dihapuskan itu masih mengisi ruang parkiran
itu.
“Yuyu
datang!!” jerit Anura sebaik sahaja membuka pintu rumah. Senyuman sudah terukir
di bibir Amini. Dia membuka pintu bahagian penumpang. Bakul plastik yang ada
dikeluarkan. Terkejut dia bila Rizal sudah ada di belakangnya, menunggu barang
itu Amini beri kepadanya.
“Ini
tak...” Rizal meletakkan semula bakul plastik yang kecil itu di tempat bangku
itu. “It’s your novel,” beritahu
Rizal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah kecil itu. Amini tidak banyak
bicara. Dia terus sahaja tutup pintu dan menghayun langkahnya masuk ke dalam
rumah.
“WOW!!”
melonjong mulut itu sebaik sahaja mencuba memakai jam tangan yang diberikan
oleh Rizal. Amini membiarkan Rizal memberikan barang-barang yang dibeli itu
kepada Anura dan Aiman. Lagipun, lelaki itu yang membayar semua perbelanjaan
kali ini.
“Kalau
Man pakai pergi sekolah mesti semua kawan-kawan Man jeles ni.” Terkedu Amini.
Dia terus sahaja menyiku Rizal. Lelaki itu memandangnya.
“Told you right!” tersengih-sengih
Rizal. Dia tidak menyangka begitu pula yang difikirkan oleh Aiman.
“Pandai-pandailah cakap dengan Man. It’s
man to man talk.” Amini meninggalkan Rizal bersama dengan Aiman. Biar Rizal
bercakap dengan Aiman. Anura sejak tadi sudah menyimpan barang-barang yang
dibelikan untuknya dan meneruskan membuat kerja rumahnya.
“Kamu
berdua bermalam di sini?” tanya Aminuddin yang baru keluar dari bilik itu. Dia
mengambil tempat duduk berdekatan dengan Rizal, memerhatikan menantu lelakinya
itu memberikan barang-barang untuk anak-anaknya.
“Tak
rasanya pak. Saya kerja besok, Ami pun kerja juga.”
“Ohh,
ingatkan kamu bermalam di sini.” Aminuddin menekan alat kawalan jauh
televisyen, memindahkan rancangan.
Aiman
tidak pernah berhenti memerhatikan jam tangan barunya itu. “Water proof, boleh bawa menyelam ni.”
“Man
tak boleh tunjuk dengan kawan-kawan di sekolah tau. Kalau kawan-kawan Man tanya,
cakap je jam ni jam tangan murah okey.” Rizal menjungkitkan keningnya.
“Okey,”
ringan sahaja bibir itu bersetuju. Rizal mengangkat tangannya dan memberikan
ibu jarinya kepada Aiman.
“Macam
itulah, cilik sikit.”
BATIK
yang menghiasi biliknya itu ditatap. Lama. Amini membiarkan Rizal menghabiskan
masanya untuk berbual dengan keluarganya sementara dia mengasingkan dirinya di
dalam bilik. Dia perlukan masa senggang daripada lelaki itu. Dia tidak mahu
menerima lelaki itu seratus-peratus. Dia yakin yang lelaki itu pasti akan
mengungkit mengenai itu dan ini di masa akan datang.
Dia
memang tidak menafikan Rizal seorang yang tidak kisah tapi dia perlukan satu
pengesahan yang mengatakan lelaki itu betul-betul tidak akan menuduhnya
perempuan materialistik di hari yang mendatang.
Kalau
sahaja dia tidak meninggalkan beg tangannya di dalam kereta, sudah tentu dia
tidak akan bertembung dengan lelaki itu dan dia juga tidak akan berjalan
bersama-sama dengan lelaki itu hari ini.
Resit-resit
yang ada ditangannya itu diperhatikan satu-persatu. Dia sudah mengira jumlah
wang yang digunakan oleh Rizal untuk membeli barang-barang itu. RM700. Dia
sudah terlebih bajet. Beg duit dikeluarkan dan dikira satu-persatu wang yang
tidak digunakan itu. Cukup untuk membayar Rizal tapi bagaimana dia harus
membayar Rizal?
“Ami.”
Amini
dengar namanya dipanggil. Cepat sahaja dia memasukkan resit dan beg duitnya ke
dalam beg. Pintu dikuak. Rizal sudah berdiri di hadapan pintu. “Jom, balik.”
“TERIMA
KASIH,” ucap Amini sebelum menutup pintu kereta itu. Dia tidak punya bicara
panjang untuk berbicara dengan lebih lanjut dengan lelaki itu.
Cermin
kereta diturunkan. Dia belum membuka mulut, Amini sudah menutup pintu
keretanya. “Ami!” panggil Rizal. “Your
novel.”
Ohh!
Hampir-hampir Amini terlupa. Dia membuka ruang pintu belakang dan mengambil
bakul plastik itu. “Thanks Rizal.
Hati-hati…” pesan Amini. “Good night.”
Pintu itu ditutup semula. Dia menunggu kereta itu hilang dari matanya baharulah
dia masuk ke dalam.
“Assalamualaikum,”
ucap Amini sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah sewanya. Suraya sedang
menatap televisyen. Drama Korea itu lagi! Tak habis-habis dengan drama
Koreanya.
“Walaikumsalam,
kereta kau mana?” tanya Suraya. Pelik. Dia tidak mendengar bunyi kereta Amini
masuk ke dalam perkarangan rumah.
“Rosak.
Saya jalan dengan Rizal tadi.”
Keropok
yang ada ditangan itu terus sahaja diletak di atas lantai. Drama Korea sudah
tidak diperdulikan lagi. Amini kini menjadi perhatiannya. “Kau jalan dengan
Rizal?”
Amini
menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan novelnya dari plastik itu. “Beli barang
Man dengan Nura.”
“Itu
saja?”
“Yalah…”
“Ingatkan
pergi mana-mana tadi, ingatkan pergi tempat yang romantik ka...”
Terkedu
Amini. Dia membesarkan matanya. “Tak ada maknanya. Erk!” berkerut dahinya
apabila ternampak kotak pen ada di dalam plastiknya. Suraya memerhatikan Amini
mengeluarkan pen dari kotak itu.
Itukan
pen yang dia pegang tadi. Dia ternampak satu kad yang diletakkan di dalam. Dia
buka kad itu.
‘Best wishes.’
Suraya
mengambil kad itu dari tangan Amini. “Fuyoo!! Dapat hadiah daripada husband
rupa-rupanya.”
“MAMA,”
Amini menyalami tangan tua itu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam butik
yang terletak berdekatan dengan Kompleks Karamunsing itu. Amini sengaja singgah
di butik ini selepas mengambil keretanya dari pelabuhan tadi. Dia bersyukur
kerana keretanya sampai dua hari selepas Jipnya rosak.
“Ami!”
tubuh Amini terus sahaja dipeluk dengan erat. Amini mengangkat kepalanya
selepas pelukan dilepaskan. Sepasang mata tua itu seolah-olah menahan air mata
daripada mengalir turun. Kenapa?
“Rizal
ada jumpa kamu?” tanya Mahani. Dia menarik lengan menantunya itu menuju ke
ruang rehat bagi pengunjung yang datang berkunjung di butiknya. Amini
menganggukkan kepalanya perlahan.
“Kami
ada keluar hari tu, beli barang untuk Nura dan Man. Kenapa ma?” Amini bertanya
kembali kepada Mahani, sekurang-kurangnya dia perlu tahu sebab wanita itu
bersedih sedemikian rupa.
“Riz
dah lama tak balik rumah selepas majlis itu, dia dah tak balik rumah dah. Mama
tahu dia ada kondominium sendiri tapi dia dah tak jenguk mama lagi selepas
itu.” Mahani diam, dia merenung ke dalam anak mata itu dalam-dalam. “Rizal
masih marah dengan mama agaknya.”
Terkedu
Amini. Sampai begitu sekali? Rizal memang melampau!
No comments:
Post a Comment