“ARE
you sure ni tempat memancing?” tanya Rizal. Dia memandang di sekeliling
kawasan yang berhutan itu. Amini sudah siap turun. Baju jaket sudah disarungkan
di tubuhnya. Selipar sudah ditukar dengan kasut getah. Topi sudah pun menutup
kepalanya. Persediaannya sudah lengkap untuk memasuki kawasan berhutan itu.
Rizal
masih lagi bingung. Dia tidak nampak pun kawasan memancing. Lagun? Ini bukan
lagun, ini hutan!
“Jom!”
ajak Amini. Kereta Ninja yang dia belikan untuk ayahnya berparkir di sisi
jalan, begitu juga dengan kereta proton milik pak ciknya. Dia tidak salah lagi.
“Rizal!” panggil Amini. Terangkat kepala lelaki itu.
“I tak ready apa-apa untuk masuk hutan,” beritahunya. Amini tergelak.
“Tak
perlukan persediaan rapi. Adik saya masuk tak sedia apa-apa pun, pakai seluar
pendek dan selipar sahaja.” Dia memandang pakaian yang dikenakan oleh Rizal.
Lelaki itu dengan bangga mengenakan sehelai baju t berwarna putih yang tertulis
nama Solomon. Seluar pendek dan kasut pergi pusat beli belah. Mahu sahaja dia
ketawa berdekah-dekah di hadapan lelaki itu.
“Tapi you pakai macam tu...” bidas Rizal
lagi.
Amini
menepuk dahinya. “Ini stail saya lagipun saya kena jaga badan saya untuk suami
saya. Tak eloklah kalau ada cela nanti,” jawab Amini selamba.
Terkedu
Rizal. Jaga badan untuk suami? Maknanya, Amini jaga badan untuknya? Biar betul?
Amini turut terbungkam. Dia tidak
sedar lelaki yang ada di hadapannya itulah bakal suaminya. Nampaknya dia masih
belum sedar yang dia bakal bernikah tidak lama lagi. “Err, shall we?”
KAGUM dia melihat keindahan
pantai yang putih dan air laut yang membiru di kawasan yang terpencil dari
pengetahuan umum itu. Dia tidak pernah melihat keindahan alam seperti itu.
Perjalanan jauh untuk sampai ke tempat ini memang berbaloi.
“Dari sini kau boleh nampak
gunung Kinabalu, Nexus Karambunai dan di sebelah sana tu kawasan Rasa Ria
Resort.” Amini menerangkan kepada Rizal sambil tangannya menunjukkan arah
kawasan yang disebut.
Lelaki itu masih tidak terkata
apa-apa. Lidahnya masih lagi kelu.
“Macam mana jalan?” tegur bapa
Amini pada Rizal.
“Boleh tahan jauh juga tempat ni
pak,” jawab Rizal cuba memanggil lelaki itu dengan gelaran bapa. Dia tahu dia
akan menggunakan juga gelaran itu nanti. Inilah masa dia mempraktiskan.
“Aiman, bagi abang Rizal
pancing.” Aminuddin mengarahkan adik Amini supaya memberikan pancing kepada
Rizal. Amini hanya memerhati ekspresi wajah Rizal yang mulai cuak.
“Rizal tak biasa memancing,”
beritahu Amini bagi pihak Rizal. Dia tidak mahu bapanya memaksa Rizal
melaksanakan sesuatu tanpa keinginan Rizal sendiri. Rasanya dia tahu apa motif
sebenar bapanya. Kalau dahulu dia memang rapat dengan bapanya tapi sejak lima
tahun yang lepas hubungan itu semakin renggang. Tapi, dia cuba memperlihatkan
hubungan baik itu di hadapan Rizal.
“Tak apa, belajarlah...” alih
Aminuddin. Anak-anaknya semua pandai memancing bahkan isterinya juga pandai
memancing. Kalau boleh dia mahu keluarga Aminuddin tahu memancing, biar menantu
sekalipun, yang penting pandai memancing.
“Mak mana? Nura?” tanya Amini
pada bapanya.
“Mak dan Nura pergi KK.”
“Ohh...”
Aiman berjalan mendekati Rizal
dengan sebatang joran. Joran itu diberikan kepada Rizal. Tanpa teragak-agak,
Rizal terus menyambut sambil diperhatikan oleh Amini. Aiman dengan ilmunya yang
dipelajari dari abang dan bapa kini diturunkan pada Rizal pula, bakal abang
iparnya. Petah sungguh adik lelakinya itu menerangkan cara penggunaan joran itu
kepada Rizal. Dan Rizal pula mendengar dengan penuh teliti.
“Pancing yuyu mana Man?” tanya
Amini pada Aiman. Dia membahasakan dirinya sebagai Yuyu yang bermakna kakak di
dalam bahasa Jawa.
“Ni,” Aiman menunjuk pancing yang
digunakan Rizal sekarang ini. “Yuyu kongsi pancing dengan abang Rizal sajalah. Daddy pasang pancing.”
Ah,
sudah! Hmm, tak apalah, biar lelaki ini tahu nikmat memancing pula. Aiman
meninggalkan Rizal bersama dengan Amini. Mata kail sudah pun dikait udang
hidup.
“I nak pancing di mana ni?” soal Rizal.
“Cuba
buang dekat dengan pokok rebah tu, ikan selalunya banyak di situ,” terang
Amini. Rizal akur. Kali ini, dia menuruti, akur atas kelemahan diri yang tidak
pernah memancing. Dia dapat melihat abang Amini yang sedang memancing di hujung
pantai. Sekali dibuang, sekali ditarik umpan itu. Pelik!
“Itu
namanya casting, kaedah yang kau guna sekarang ni bottom. Casting tu guna umpan palsu, kaedahnya lempar dan tarik. Bottom pula guna umpan hidup, kaedahnya
lempar dan tunggu ikan makan.” Amini memberitahu Rizal. Dia sedar lelaki itu
sedang memerhatikan abangnya memancing.
“Cuba
sentak joran,” arah Amini apabila dia ternampak tangsi joran sudah pun tegang.
Rizal menurut. Dia sentak, ada yang menarik, dia cepat-cepat memutar pemegang reel bagi menggulung tangsi semula.
“Hah!!”
Rizal tertawa apabila seekor anak ikan kerapu sebesar tapak tangannya berjaya
dia naikkan. Amini menyimpul senyumannya. Lucu melihat telatah orang baru
belajar memancing itu.
“Daddy, abang Rizal dapat ikan!” laung
Aiman memberitahu Aminuddin.
“Gambar-gambar!”
arah Aminuddin. Terjungkit kening Rizal. Gambar? Aiman sudah berlari
mendekatinya.
“Abang
pinjam handphone sekejap,” pinta
Aiman. Rizal mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek, diberikan kepada Aiman.
“Man ambil gambar, abang tunjuk ikan tu. Yuyu rapat dengan abang Rizal. Okey,
satu, dua, tiga...”
“LAPAR?”
tanya Amini pada Rizal. Keringat mula membasahi muka lelaki itu. Sehelai tuala
dihulurkan pada Rizal. Rizal menyambut dan mengelap peluh di muka dan lehernya.
Matahari sudah meninggi di atas kepala. Amini memacakkan pacak besi di dalam
pasir. Dia mengambil joran Rizal dan dimasukkan ke dalam lubang yang ada pada
pacak besi itu. “Jom makan,” ajak Amini.
Dari
jauh lagi Rizal dapat mendengar keriuhan keluarga Amini bersembang. Entah apa
yang disembangkan sehingga boleh tergelak sakan begitu. Amini jalan
mendahuluinya. Perempuan materialistik dan keluarga, ujar hatinya.
Bapa,
pak cik-pak cik, abang dan adik lelakinya sudah pun berkumpul di bawah pokok.
Bekalan yang di bawa dari rumah dikeluarkan. Pak cik-pak ciknya sesekali
memandang pada Rizal. Amini berdoa di dalam hati agar lelaki itu tidak kekok
bila berada dalam kelompok keluarganya.
“Rizal
kerja apa?” tanya Uncle Ah Min.
“Arkitek
uncle.”
Terangguk-angguk
kepala Ah Min, nampaknya anak saudaranya itu bijak mencari suami yang bekerjaya
baik. Dia memandang anak saudaranya dan bakal suaminya itu. Memang padan. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan tetapi dia nampak ada persamaan
di antara Amini dan Rizal.
Amini
menghulurkan minuman pada Rizal. Mee goreng yang dibungkusnya tadi diberikan
kepada Rizal. Dia tahu lelaki itu belum menjamah sarapan pagi. Dari muka
sahaja, dia sudah tahu.
“Yu,
Man perlu buku rujukanlah.” Aiman duduk berhadapan dengan Amini. Amini
mengambil begnya, telefon bimbit dikeluarkan.
“Hmm,
minggu depan kita beli.”
“Okey,”
senyuman mula terukir di bibir Aiman. Bahagia apabila kakaknya bersetuju untuk
membelikan dia buku rujukan tambahan. Rizal memerhati keluarga Amini, hanya
Amini seorang sahaja perempuan. Tidak hairanlah perwatakan Amini keras. Dirinya
memang diterima dengan baik dalam kelompok ini, ada kalanya cerita yang
dicanang kena dengan dirinya. Bapa Amini seorang yang sempoi dan kelakar
orangnya. Dalam usia lewat lima puluhan ototnya masih lagi kelihatan. Perutnya
tidak buncit seperti kebanyakan orang-orang tua.
“SO, you dah ready jadi wife I?”
“Kau
dah ready jadi husband saya?” Amini turut mengutarakan soalan yang sama. Mereka
berpandangan sesama sendiri. “Do we have
to do the photoshoot thing?”
“You tak suka?” duga Rizal.
Amini
terdiam. Siapa yang tidak suka ada kenangan gambar perkahwinan? Tapi perlukah
dia berbuat demikian untuk perkahwinan yang tidak pasti sampai bila ianya akan
bertahan.
“Kita
dah bind deal kita. Saya rasa tak ada
sebab untuk saya memungkiri janji.” Jari-jemari Amini memegang hujung topinya. Rizal
sesekali menoleh ke arah Amini, di selang-selikan dengan memandang ke jalan
raya. Ada sesuatu yang tak kena dengan Amini. Dia tertanya-tanya sebab utama
perempuan ini menerima pinangan mamanya. Adakah kerana wang semata-mata atau
kedudukan?
“You nak tambah apa-apa lagi dalam
hantaran tu?” tanya Rizal.
Amini
diam sejenak. Tambah apa lagi? Sedangkan semua yang diberikan lebih daripada
mencukupi. Mahani membantu keluarganya melangsaikan semua hutang-piutang.
Mahani turut memberikan sejumlah besar wang sebagai wang hantaran. Majlis
perkahwinan ini turut diuruskan semuanya oleh Mahani.
Dia
menoleh pada lelaki itu. Ternyata lelaki itu memberikan soalan yang sarkastik
kepadanya.
“Hanya
satu permintaan saya,” usul Amini.
“Apa
dia?”
“Saya
tak mahu jalankan majlis di hotel atau mana-mana restoran mewah.”
Terjungkit
kening Rizal. Tidak mahu menjalankan perkahwinan di hotel? Pelik, bukankah itu
idaman setiap perempuan materialistik. Perkahwinan ala fantasi.
“Kenapa?”
‘Sebab
kita pun tak tahu sejauh mana perkahwinan ini,’ jawab Amini di dalam hatinya,
tidak terluah. “Sederhana lebih afdal kan..” sambung Amini lagi.
No comments:
Post a Comment